Pesanan Penaja ^_^

30 Dec 2016

Indahnya Japan Di Mata Ku

Hai semua.

Wah, lamanya akak peram entry ni. Dah masam macam jeruk dah kisahnya. Sebenarnya akak dah taip entry ni bulan Ogos lagi tapi dek kerana kecelaruan dalam diri yg teruk. So entry pun pending seketika.

Kecelaruan apa ek?? Jantina ke? Huhuhu

Sebenarnya impian nak ke Jepun bakal terlaksana Feb 2017 nanti. Insya Allah. Yeahhhh. (big clap)

Feeling excited tu. Tentu ada kan. So bila buat kisah ni. Akak confius nak publish ke idokkk.. Publish ke idokkk. Kang orang cakap poyo nya ler minah ni.. Macam dia sorang aje pernah ke sana kan... So akak save je ler dulu. Sok nanti-nanti baru publish.


Now. Ada 32ari lagi..

Wowwwww.. Debaran semakin terasa. Fefiling salji macam dah terasa sojuk-sojuk dah ni. Setahun beb akak menunggu. Of course perasaan tu lain dari orang lain.

Yer ler akak bukan orang kaya dik oit tapi impian setinggi Fujiyama. Perancangan di atur hampir 1tahun lebih kot akak merancang. Baru impian bakal terlaksanan.

Tik tok tikkk tokkk tikk tokkk...

Hari-hari tengok kalendar. Tandakan.

Kejap2 tengok ittinerary... Kejap2 tengok blog blogger traveler buddies ni.

Kalau boleh ilmu kena cukup dan mantap sebelum berperang.. Hafal mana nak naik train.. mana nak turun. Katanya sistem train sini sangat ler on time. Puntcual betul..

Takut sesat. Guna plak google street view. At least akak boleh nampak sedikit gambaran tempat mana yang akak nak pergi nanti.

Tak cukup plak dgn google street. Search pula google map untuk tengok jarak jauh destination. So dari situ akak baru boleh estimated berapa jauh dan masa untuk akak walking distance di sana. Baru boleh buat ittinerary lengkap.

Orang jepun ni kebanyakkan suka berjalan. Jalan diorang pulak bukan jenis mak limah pulang petang. Lenggang lenggok je. Diorang berjalan laju beb... Semput dibuatnya.

Hahahahaha. Bunyi poyo kan. Orang lain relax je. Akak je bagai nak pecah hotakkk duk fikir macam2.

Sebenarnya ramai kengkawan akak duk bertanya kenapa pilih Jepun sebagai destination holiday bukannya negara di Eropah???

Bila difikirkan balik negara-negara Eropah pun cantik sebenarnya tapi Jepun budaya masyarakat mereka unik itu lebih menawan hati akak untuk kesana.

Pembetulan juga yea. Akak ke sana bukan untuk bercuti ala2 mewah tapi ia lebih kepada mengembara melihat keindahan panoramanya, keunikan budaya dan displin masyarakat mereka dengan arus kemodenan yang membangun. Kiranya ala-ala backpackers.. No tour guide.. Semua sendiri-sendiri je. Lebih kepada walking. Lantak ko ler nak sesat barat di sana nantikan...

Apa uniknya Jepun di mata Mira Bechok??

Budaya Masyarakat Jepun

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan budaya tradisional mereka biapun negara tersebut telah menuju arus kemodenan yang pesat. Namun displin dan saling menghormati antara satu sama lain tetap utuh dalam jiwa masyarakat mereka.

Kalau korang ke sana nanti boleh tengok sendiri dengan mata korang masyarakat diorang ni selalu mengucapkan perkataan "ohayōgozaimasu" (selamat pagi) atau kon'nichiwa (hello) sambil menundukkan kepala (bow). Diorang sangat menghormati biapun kita ni warga asing. Kalau diorang ada buat salah ke atau terlanggar kita ke. Of course dengan cepat mereka meminta maaf "sumimasen" (minta maaf) sambil bow berkali-kali. Kadang-kadang kita plak rasa serba salah dibuatnya sebab kesalahan tu bukannya besar pun tapi bagi mereka sangat besar.

Lagi satu kalau kita datang menginap atau buat lawatan ke tempat mereka. Kalau kita nak pulang kan. Selagi tak hilang kita dari mata mereka. Selagi tu ler mereka akan melambai-lambai tangan mengucap "sayonara" (selamat tinggal). Kita plak rasa sedih nak tinggalkan mereka dek kerana layanan baik diorang berikan. Kita pun jangan ler lupa mengucapkan "arigatōgozaimasu" (terima kasih) sebagai tanda menghargai layanan baik mereka.

Korang kalau tersesat di sana pun jangan mudah gelabah yea. Boleh bertanya dengan rakyat sana kerana diorang sangat mudah membantu. Bia pun bahasa pertuturan menjadi penghalang utama tapi tu bukan penghalang. Diorang kalau boleh akan membantu kita selagi mereka termampu.

Itu yang terjadi kepada sahabat Kak MB bila tersalah turun train station. So nak patah balik tak tau kan. Jadi bertanya ler kepada warga jepun ni. Punya ler baik mereka sanggup turun carikan platform yang betul untuk kawan Kak MB ni. Sama juga bila nak cari penginapan yang di tempah sanggup mamat mata sepet ni berlari sama mencari rumah penginapan kawan Kak MB ni berpandukan alamat yang di bagi. Nak cakap tak ngeti kan. Macam lembu dan kambing.

So kesimpulannya perbezaan bahasa tidak menghalang kita untuk saling membantu. Yang penting budaya dan nilai-nilai murni itu wajib ada dalam setiap mayarakat kita hari ini.

Displin

Orang Jepun ni displinnya memang tinggi dan sangat punctual dari segi masa. Tak heran ler jadual ketibaan train diorang sangat tepat 100%. Sebabnya masyarakat diorang ni adalah jenis yang workaholic dan bersistematik. So majoriti mereka pergi bekerja menggunakan train dan bas. Jarang diorang bawa kereta sebab parking dan minyak kereta di sana sangat mahal. Orang naik kereta ni di kira orang kaya tau.

Jadi displin mereka sangat ketat untuk mematuhi waktu bekerja dan menghargai masa yang berlalu. Kalau menunggu train ni WAJIB beratur. Korang jangan datang sana memandai-mandai nak potong barisan ekk. Please hormat peraturan di tempat orang. Jangan nak duk berebut naik train ke naik bas ke sambil bertolak-tolak. Please behave yourself. Kalau diorang boleh beratur dengan elok korang pun boleh.

Lepas tu jangan suka suki nak merokok atau buang putung rokok ikut sedap korang je. Di Jepun ada banyak kawasan larangan merokok. Ada tempat khas yang diorang sediakan untuk merokok ni.

Lagi satu di negara matahari terbit ni memang susah korang nak jumpa tong sampah. Rasanya macam tak disediakan pun tong sampah. So kalau korang nak buang sampah sila simpan sampah dalam beg dulu then bawa ke rumah dan buang dalam tong sampah tempat korang menginap tu nanti. Jangan lupa plak sampah tu mesti di asingkan ikut kategori. Kalau botol buang dalam tong botol. Kertas buang dalam tong kertas. Kalau ada saki baki makanan buang dalam satu tempat khas. Jadi sampah sarap mudah nak di uruskan mengikut ketegori. Walaupun tong sampah memang payah nak jumpa di sana tapi kebersihan negara diorang sangat diutamakan. Tak ada sampah pun di kaki jalan atau merata-rata. Ni semua kerana displin yang kuat.

Kalau korang rasa-rasa nak holiday dengan anak-anak di sana. Boleh ler ajar anak-anak dari sini untuk menjaga kebersihan dan tatacara buang sampah dengan betul.

Keselamatan

Yang ni akak memang tabik spring ler dengan Jepun. Walaupun duit bersepah, wallet atau barangan berharga di tepi jalan pun. Rakyat diorang sikit pun tak endahkn dengan duit tu. Diorang buat don't no je. Bz menguruskan urusan masing-masing sebabnya mereka memang dah di terap dalam jiwa mereka tidak akan mengambil barangan yang bukan milik mereka dari kecik lagi.

Jangan buat dekat Malaysia. Tercicir duit seringgit pun sekejapan je lesap. Belum lagi jumpa wallet ke barang kemas ke. Simpan dalam almari pun boleh hilang apatah lagi tercicir di tengah jalan. Musnah harapan nak jumpa balik.

Tapi ia berlainan di Jepun kadar keselamatan diorang memang selamat. Kalau nak travel sengsorang pun boleh tapi walaupun ia selamat korang jangan ler take easy dengan sengaja tak berhati-hati langsung kan. Ni yang membezakan Jepun dengan negara yang lain. Kurang mat copek.

Pernah satu insiden ni berlaku kepada anak kawan Kak MB sendiri yang hilang pasport ketika di Osaka dan tercicir begpack. Mereka hanya buat laporan di "keisatsusho" (balai polis). Alhamdulillah kurang 12jam dapat semula pasport dan bagpack mereka. Syukur sangat.

Lagi satu kalau korang ingin memandu di Jepun pun. Sangat selamat. Pemanduan di sana sangat berhemah. Kelajuan kenderaan mereka tidak melebihi 100km/j. Budaya pemanduan mereka pun sangat menghormati pengguna berbasikal. Jarang sekali diorang nak meng'hon orang yang bawak basikal ni. Kalau kenderaan berat nak memotong pun diorang kalau boleh amik space luas untuk memotong. Diorang lebih mengutamakan pengguna berbasikal. So tak perlu risau kalau korang nak round tour di Jepun ni dengan berbasikal ekk. Lebih save dan selamat.

Kebersihan

Tadi Kak MB dah bagitau bab sampah kan??? Jangan buang sampah merata-rata. Tong sampah memang susah nak jumpa. So pandai-pandai korang ler nak uruskan sampah korang. Rakyat Jepun punya budaya buang sampah adalah buang mengikut kategori. Sampah mereka diurus dengan baik. Lori sampah datang ada jadualnya. Kalau ada sisa-sisa makanan dalam bekas tupperware plastik tu. Diorang tak akan terus buang macam tu je. Diorang akan buang sisa makanan dalam satu plastik khas dan bekas makanan tu pun akan dicuci terlebih dahulu sebelum dibuang dalam tong plastik. That why sampah diorang tak berbau. Bab kebersihan di Jepun memang sangat diutamakan.

Kepada kengkawan muslim Kak MB. Kalau datang ke sana tak perlu risau dah mengenai masjid. Di tokyo atau area kansai memang banyak dah disediakan tempat solat (musollah). Boleh google yea. Cuma satu akak nak ingatkan kalau korang nak amik air wudhuk. Please jangan membazir air. Rakyat sana tak suka membazir. Displin. Gunakan sedikit sahaja air untuk berwudhuk dan kalau boleh jangan ler amik wuduk sampai basah satu lantai. Kerana masyarakat Jepun sangat pembersih orang nya. Kalau basah lantai ketika berwuduk sila lap balik dengan tisu.

Kalau ke toilet tu memang kering. Lepas membuang please flush dan jangan biarkn air terpecik ke lantai. Kalau terpecik pun diorang akan lap air di lantai tu dengan tisu atau kain. Nampak tak bertapa bersihnya mereka. Kalau tengok tandas-tandas awam mereka pun tidak seperti tandas awam di sini. Di Jepun toilet diorang memang jarang ada paip air disediakan. Walaubagaimanapun toilet diorang still bersih dan tidak berbau. Macam mana yea diorang menjaga kebersihan?? Kalau masuk toilet mereka boleh siap-siap tido berdengkur lagi. Punya ler selesa.

Kekeluargaan

Kak MB selalu tertanya-tanya kenapa anak-anak diorang ni mudah mendengar cakap ibu bapa dan menghormati guru mereka. Macamana cara diorang mendidik yea?

So hasil dari beberapa blog dan maklumat yang akak baca. Rupanya anak-anak mereka ni kalau nak bermain kena keluar dari rumah. Bermain ler di taman permainan seperti dalam cerita Doraemon mahupun Chibi Maruko Chan. No gadget. Biapun negara mereka hebat dengan gadget yang up to date. Anak-anak mereka di larang menjerit-jerit, berkejaran atau melompat-lompat dalam rumah. Biasa ni kawasan rumah adalah quiet zone.

Korang kalau nak menginap dengan bawak anak. Kena tau dulu kawasan korang menginap tu macamana. Sesuai ke idokkk bawa anak yang tengah melasak ni. Ini bagi menghormati tuan rumah tu sendiri dan peraturan yang di beri.

Kalau kita tengok rumah-rumah Jepun ni kebanyakkannya small house bukan compact house. Susun atur barangan diorang minimalis aje. Cukup ada satu tv kecik dan alas tikar mengkuang (tatami). Ala macam papa nobita time tengok tv kan. Bukan rumah macam kita. Ada sofa, tv gedabak besar, radio, meja makan. NO.!! Sana tak ada itu semua.

Barang rumah mereka ada sekadar untuk keperluan sahaja bukan kehendak. Sebab tu rumah mereka nampak luas walaupun kecil. Lagi satu bonding antara anak dan parents sangat rapat. Aktiviti malam diorang di isi dengan sesi bercerita kisah-kisah seharian yang berlaku.

Sekolah

Sistem pembelajaran diorang pun berbeza dengan sistem di Malaysia. Kalau di Jepun anak-anak yang berusia 7tahun hingga 12tahun tu kurang di tekankan kepada pembelajaran subjek ni. Bukan macam di sini anak 7tahun wajib tau membaca. Usia 9tahun dah terror mengira. Di Jepun lebih menekankan kepada nilai-nilai murni, displin dan kebersihan.

Di sekolah mereka tak ada cleaner ni. Anak-anak murid sendiri yang akan mengemas, membersih dan mencuci kelas dan sekolah mereka sendiri. Toilet anak murid yang basuh. Landskap anak murid yang akan kutip sampah bersama-sama. So menjaga kebersihan ni memang dah di terap seawal usia. Bila melonjak ke sekolah menengah baru mereka akan fokus kepada pembelajaran subjek.

Vending Machine

Vending machine ni dekat Malaysia pun ada. Apa nak di heran kan? Betul tak?

Hah u'olls salah. Yes, vending machine di sini memang ada tapi tak sebanyak di Jepun. Sana majoriti semua barang dijual melalui vending machine. Kalau korang nak beli barang dapur ke, rokok ke, sim card, beg duit, barang basahan dan apa saje ler semua melalui vending machine. Masuk je duit then tekan item mana yang korang ni.

Di Malaysia setakat jual air je di vending machine kan tapi di sana penjualan nya menyeluruh. So yang ni akak tak dapat nak bayangkan sangat sebab belum sampai lagi ke sana. Apa lagi jenis vending meachine ni jual. Nanti akak update live semua yang akak tulis hari ni. Unik ke idokkk??

Jepun tungguuuu akak datanggg !!!!

Okay ler setakat ni je kot yang mampu akak abadikan sedikit keunikan yang membuat hati akak terkinja-kinja nak ke sana. Selebihnya biar akak pergi dulu yea. Bagi ler akak merasa dulu apa yang akak tulis ni betul-betul unik ke idokkk??

Selamanya akak hanya membaca, melihat dokumentari dan menilai keunikan ni sendiri dari sudut mata yang melihat dan kefahaman akak je. So bila dah pergi nanti baru betul-betul faham.

Kalau ada yang salah apa yang akak tulis ni. Korang boleh tinggalkan jejak di komen yea. Kadang-kadang tak semua apa yang akak faham tu ia betul-betul terjadi. Maybe ia hanya ler rekaan semata-mata nak bagi rencah cerita menarik kan.

Gambar pun akak tak mampu nak update banyak. Cukup ler satu gambar yang akak google dulu ekk. Nanti akak amik gambar banyak-banyak. Kasi tepek sini blog. Baru real kan.

So unikkk ke idokkkk?

Sayonara..!!!

8 Dec 2016

Buat pasport di Imegresen Putrajaya menguji kesabaran..!!!

Hai.

Hujan mencurah-curah dekat luar tu tak mampu menyejukkan hati aku yang terbakar ni.

Aircond ofis ni pun aku rasa macam tak berfungsi je.. On ke off ni?

Panaihhh bakk hang hati aku tau tengok perangai segelintir masyarakat Malaysia ni. Langsung tak ngeti bersabar satu hal.. Yang buat2 tak faham peraturan pun satu hal.. Lepas tu PEMALAS satu hal gak... Ko yang malas bertanya. Sesat jalan.. Pas tu Ko punya salah tak nak ngaku.. Orang lain punya salah yg ko cari. Apahal weii???

Aishhhhhhhhhh.....


Hari ni aku memang datang nak amik pasport je. Awal-awal lagi aku bertanya dekat pegawai imegresen tu yang aku datang nak amik pasport. Elok je pegawai tu layan pertanyaan aku dengan baik dan senyuman. Disuruhnya aku beratur. Aku pun beratur ler ikut laluan yang betul. Depan aku ni pun ada gak 2 3 orang brader tgh beratur. Sangkaan aku dia pun macam aku kot. Dah buat pasport hari-hari yang lepas dan datang hari ni nak kutip pasport je. Sebab aku perasan ada kertas kuning beserta nombor giliran seperti aku juga di tangan diorang. 

Sekali tengok macam tak ada beza pun orang yang datang hari ni buat pasport dengan orang yang dah buat pasport pada hari-hari sebelum hari ini. Mereka juga memegang resit bayaran yang sama seperti aku. Tapi perbezaannya orang yang buat pasport hari ini perlu diminta menunggu nombor giliran tiba. Manakala pemohon pasport yang hanya datang untuk mengambil SAHAJA perlu beratur di line yang ditentukan. 

Ulang sekali lagi...!!!!

PEMOHON PASPORT HARI INI DIMINTA MENUNGGU NOMBOR GILIRAN ANDA. HANYA PEMOHON YANG DATANG UNTUK MENGAMBIL PASPORT SAHAJA PERLU BERATUR DI SINI......

Korang faham tak apa yang aku tulis ni.. Faham kan..

Tapi tadi ada juga makhluk Allah ni yang tak faham bahasa... Lepas tu tak ada etika langsung terus memotong barisan.

Ewah2... Mentang2 aku kecik je.. Umpama cacing di tepi kaki ko. Ingat..!! Senang-senang ko nak pijak kepala aku. Ko ingat mulut akak tak laser.. Nah amik ko menjerit aku sound brader tu.  Dah semua pandang aku. 

Alamak baru teringat.. hari ini akak berbaju batik dik non.. Kang ada amik gambar akak kang. Maun satu jabatan cemuh aku kang.

Tapi apa ada heran. Benda salah perlu diperbetulkan. 

"Hello brader.. Apa hal tertiba ko potong que plak ni??? Orang lain elok je beratur panjang sampai ke muka pintu masuk tu dengan kesabaran tapi kerana perangai ko yang kurang ajar ni menyebabkan orang lain pun ikut sama BODOH potong que gak. Tak ngeti menyabar..."

Ko nampak je pegawai imegresen tu duduk dekat kaunter serahan. Terus ko datang melulu ke kaunter yea. Dengan nombor giliran ko. Katanya saya dah menunggu dari pukul 11 pagi tadi. Tak setle2 urusan lagi.

Apa ko ingat aku baru datang ke? 

Ko xtau aku datang 3 hari lepas tak setle urusan lagi tau.. Relax chilll je. Walaupun aku rasa fed-up plak nak kena datang balik amik pasport hari lain.


Hah ni ler nombor aku. Perlu menunggu 248 orang lagi. After lunch baru no aku naik. Bila tunggu akhirnya pukul 4 ptg baru dia panggil no akak.. Pk4.30 ptg baru proses bayaran tau. Amik nya hari ni ler.. Angin tak rasanya ni? Nak marah ke idokkk? Tapi lex wat peace je... XOXO

Tapi bila aku tengok 24 kaunter yang ada di pejabat Imegeresen Putrajaya ni semua berfungsi dan memberi perkhidmatan yang boleh aku kira diorang serve customer dalam 10-15minit  seorang. Kira 12 kaunter pasport.. 5 kaunter serahan.. 2 kaunter bayaran. Selebihnya kaunter lain2 urusan. Ni kira cepat tau.. Aku tak jadi nak marah. Bukan kerana diorang lambat tapi orang yang ramai memerlukan kesabaran menungu. Purata diorang boleh serve dalam sejam 6orang untuk setiap 10minit.. kira ler utk 12kaunter dgn brapa jam aku menunggu...

Bukan nak puji sangat tapi sebab orang yang datang membuat pasport pun boleh dikira ramai gak. Sampai tak da tempat duduk lagi. Lagi besar kawasan ni. Lagi ramai plak yang nak buat pasport ke luar negara kan.. Suruh bukak ler berapa banyak pun kaunter tp kalau yang datang pun bertali harus tak berhenti-henti. Kita kena gak bersabar dan patuh pada peraturan. So sila amik nombor giliran anda dan sabar menunggu. Kesabaran anda saya ucapkan terima kasih yea...

Bila difikir-fikirkn balik. Tang mana yang rakyat Malaysia semua hidup susah. Aku tengok berduyun-duyun orang ke luar negara. Ermmmmm....

Kalau barang naik. Ramai plak yang mengeluh.. Tapi ermm tengokk je ler... No komen...

Tadi bila aku tengok second pegawai ni masuk ke kaunter serahan. Terus aku plak melulu tanya semula pasport yang dah dibuat pada hari yang lepas mcmana nak amik. Pegawai tu minta resit bayaran dan amik pasport aku tapi dalam masa yang sama hamba Allah lagi sekor dekat belakang aku ni memang tak faham bahasa atau tak ngeti baca kot.. Sila beratur...

Dia pun menghimpit2 aku nk tunjuk gak no giliran dia kenapa tak sampai lagi dan suh jugak pegawai tu amik pasport dia..

Hello auntie sayang.. Pegawai bertugas ni kan tengah serve saya. Yang kamu ni tak menyempat dah kenapa??? Tak nampak ke rabun ke butaa ke sampai nak asak-asak aku ke tepi...??? Mula ler aku nak berangin balik ni..(Mampu cakap dalam hati je tapi memandang tajam ke muka auntie tu sambil buat ala-ala muka bengis) Ermmm...

Punya ler dia tak sabar menunggu tu kan. Buruk perangai betul manusia ni. Nasib time tu aku memang tak terfikir nak snap gambar ko.. Kalau tak aku viralkan.

Tapi setle je urusan aku dengar ramai ngak sok sek sok sek tepi aku. Budak ni nombor tak naik lagi. Tapi dia dah setle. Aku ni dari pagi tak setle lagi.

Hai cik kak.. Yang beratur tu hanya datang nak amik je.. Diorang tu dah mohon hari-hari yang lepas. Ada gak buat online pasport. Bukan macam cik kak yang baru mohon tadi. Tak ngeti nak tunggu giliran. Kalau dah tak sabar sangat. Boleh buat Permohonan Pasport Online disini. Tak payah nak bersapau menunggu ohkey. Nanti datang collect je..

Tapi bila di fikir-fikirkan balik dengan positif nya maybe pemohon-pemohon yang ada ni pun keliru kot sebab tak ada kenyataan atau notis yang minta atau bunyi ala-ala gini "PEMOHON PASPORT HARI INI DIMINTA MENUNGGU NOMBOR GILIRAN ANDA. HANYA PEMOHON YANG DATANG UNTUK MENGAMBIL PASPORT SAHAJA PERLU BERATUR DI SINI......

Arahan yang di beri oleh pegawai bertugas pun maybe tak jelas dan maybe arahan tersebut tak sampai kepada pemohon yang belakang2 tadi tu. Tu yang semua still berkerumun walaupun telah diminta oleh pegawai bertugas untuk tunggu nombor giliran.

Jadinya abang-abang sado yang bertugas tadi tu boleh ler pakai pembesar suara yea bila bercakap. Bagi orang2 yang kurang dengar dan kurang faham ni lebih dengar dan faham arahan.

Ok ler..

Akak minta maaf geng. Akak tak sempat nak amik gambar dari hari mula buat pasport hingga setle urusan sebab tak ada niat nak update cerita pun. Tapi bila jadi insiden gini. Mula ler laman bechok akak ni menjadi tempat luahan perasaan akak. Incik Padil seperti biasa. Orang sabar kan. Dia diam je.. Akak sabar gak tapi kepantangan akak kalau orang pijak kepala akak ni... 

So peringatan kepada manusia-manusia atau hamba-hamba Allah di luar sana. Please please please..... bersabar kalau buat urusan yea. Kaunter ada 24 je. Yang datang beribu nak di layan. Beribu juga perangai nak hadap. Kalau korang menyenangkan kerja orang lain. Insya Allah urusan korang pun Allah permudahkan yea.

Kepada jabatan yang terlibat. Tahniah sebab anda adalah yang terbaikkk..!!! Tapi boleh di perbaiki mutu perkhidmatan diantara yang TERBAIK dalam yang TERBAIK...

7 Nov 2016

Family Holiday : Pulau Langkawi Part 3

Entry sebelum ini..

Hai.

Penat tak hilang lagi wei..

Ya Allah.. Sabarkan lah hati ku dengan perangai budak ni. Tadi kemain seronok si abam Fayadh berlari sana sini kan tengok ikan. Bila dah ada dalam kereta dah mula buat perangai. Asik nak menangis ler. Tak nak masuk dalam kereta ler..

Tengok jam. Ohh hampir pukul 12tghari rupanya. Kebiasaan anak-anak Kak MB time ni adalah waktu tido mereka. Bila lewat tido mula tunjuk perangai kan.

Masa dalam perjalanan ke Cable Car di Gunung Mat Chincang. Abah suh berhenti jap mana-mana Petronas sebab nak berhajat jap. So nampak ler ada satu Petronas Station ni dekat sebelahan Telaga Habour Park, Perdana Quay. So kami berhenti rehat jap. Sambil-sambil tu amik angin tepi Telaga Harbour tu sementara abah setle kan semua hajat tutttt...

Punya ler cantik pemandangan disini. Cadang nya nak gak meronda disekeliling telaga ni. Dah banyak kali datang ke Langkawi tak pernah sekali pun menyinggah. Banyak gak info berkaitan marin dan hidupan laut yang boleh kita dapat di sini. Tapi disebabkan Kak MB mengejar masa kan tengok cuaca dah mula mendung tu. So better pergi area Cable Car dulu. After that baru gi Telaga Harbour ni semula. Info Telagar Harbour.
Jangan tak percaya tau. Ni gambar Fayadh yang amik. Nampak cantik gak viewnya. Bila dia tengok kapal-kapal ni terus aje dia ajak akak naik sekali kapal tu.

"Amboi-amboi ko fayadh.. Ingat papa da share dana ke utk suka suki ko je nak naik kapal kan.."

Bila dah dilarang naik ke kapal tu. Mula ler si fayadh sambung balik perangai yang ntah apa-apa tu.

Jap menangis..jap menjerit nak naik kapal layar. Aduhai. Pening tau kepala mak jemah dibuatnya. Memberontak. Dah akak terangkan dah kapal tu semuanya rosak. Tak boleh naik. Tak berjalan.

Hampa. Alasan tak diterima. Tak berjaya memujuk Fayadh.

Dia nak jugak naik. Dia bukan kira alasan yang diberi kan.. Dah nama pun budak-budak. Tertiba aku plak nak naik hantu dibuatnya. Hot.. Hot.. Very hot tengok perangai koo Fayadhhh..



Tengok le tu. Budak belakang protes tak nak bergambar. Dia duk pandang je kapal-kapal tu. Kalau tak ditegah maun dia terjun ke laut tu.

Lantak awokkk ler Fayadh oitt. Mama dan adik nak bergambar ni.

15minit kemudian. Jom kita bergerak ke Cable Car plak.

Kak MB masuk ke kereta dulu. Sekali toleh keluar. Si atuk tengah memujuk Fayadh utk sama-sama masuk ke kereta. Papa tercegat tengok je perangai Fayadh.

Aishhhh.. Fayadh ni. Mula ler nak spoil kan mood akak ni. Dah ler matahari tetap terik walaupun dah nampak gaya mendung. Panas tetap panas.

Akhirnya, akak MB peluk je Fayadh sambil angkut masuk dalam kereta sambil dia meronta-ronta. Abih badan akak ni disepak-sepaknya. Hah, mula ler tangan akak ni berpusing gatal nak bagi penumbuk sulung kan. Bagi pengsan satu kali. Senang kerja. Hahahahhaha. (Tak buat pun. Tak sampai ati weii). Nah amik ko satu cubitan yang amat berbisa. Bukan cubit-cubitan dah.

Ok diam seketika.

Perjalanan diteruskan.

Dari Petronas Station ke Cable Car ni dah tak jauh dah sebenarnya. Dalam 10minit sampai dah.

Kali ni akak pergi parking dah berbayar ler pulokkk. Dulu 8thn dulu rasanya tak berbayor pun. Tak pelah. Parking bayar ikut jam yea.

Alhamdulillah sampai dah. Jom turun. Kak MB tak sabar ni nak naik Cable Car. Hihihihi.

Sebenarnya bukan anak-anak yang excited. Tapi mama yang OVER... Plss.

Fayadh buat lagi perangai. Tak nak turun pulak dari kereta. Ya Allah sabarnya ler bawak budak2 kecik berjalan. Puting beliung satu badan dibuatnya.

Tertiba aku dah macam Scha Alyahya plak....

Ok ler nenek dan atuk berjalan dulu ke Cable Car bersama adik Faiz. Nanti Kak MB dan Incik Padil menyusul kemudian. Kita nak bagi talk warning dekat budak sekor ni jap.

Dush.. Dush.. Dushummm... Amik ko penangan halilintar mama. Eee, geramnya mama tengok perangai awok yea, Fayadh. Ngada-ngada sangat.. Mentang-mentang ada nenek dan atuk yang mama tak boleh nak marah awak. Meh sini ko. Belakang atuk nenek, mama bagi berdas-das penangan dan cubitan berbisa ni. Hahahahahah (Gelak Jahat). Incik Padil memandang je utk mengawal tumbukan yang diberi supaya tak jatuh kes dera plak kan. Ni bukan dera tapi nak bagi mengajar dan berdisplin cikit bila berjalan.

Geram punya pasal. Ambik ko bantal yang ada dalam kereta ni. Akak dah tumbuk2 dia. Sepak-sepak dia. Fayadh terlongo pandang akak. Mesti dia fikir.

Apa mama buat ni???? Kenapa mama pukul bantal???

Alhamdulillah. 15minit talk warning. Sambil melepaskan geram dan amarah dekat bantal.

Fuhhh lega rasanya.

Kecian Fayadh berpeluh-peluh ko kan. Telinga merah bila mama membebel tak ingat... Padan muka. So next time kalau bercuti lagi. Ko tinggal. Mama tak berminat nak bawak budak suka buat perangai ni. No geng.. (Acah-acah bila marah je.. Bila dah cool. Of course tak sampai hati nak tinggalkan anak) Mama pun poyo gak. Drama sangat. :-p

So bila dah sampai sini akak pun menuju ke kaunter pertukaran tiket. Sebabnya akak dah book tiket cable car ni online. Tiket Cable Car Online. Kalau time cuti sekolah atau hujung minggu pasti kaunter ni crowded. Panjanag giler orang beratur. Ramai giler sioot yang nak naik ke Gunung Mat Chincang. Akak memang pemalas nak beratur. Nasib baik ada tiket online. Mudah dah kerja akak. So hari ni hanya foreigner je yang ramai. Pak dan mak Arab ramai ari ni. Memang akak sengaja pilih hari orang berkerja kalau nak bercuti ni.

Ikutkan pakej yang Kak MB riki-riki dekat website ni. Nak aje pilih Combo C ni yang menawarkan pakej Sky Cab + Sky Dorm + Sky Rex + Duck Tour dalam satu harga. Nampak macam murah je. Tapi bila di ingatkan balik pesanan Incik Padil. Kalau boleh jadual jangan pack sangat takut anak-anak penat.

So Kak MB tak jadi pilih Combo C dan pilih yang basic aje untuk RM 30 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak-kanak 3thn ke atas. Si adik Faiz free. Pastikan korang ada MyKad ekk. Kalau tak da IC Kad. Harganya lebih mahal.

Nasib tak beli Combo C. Kalau tak rugi je. Of course tak kan pergi ke Duck Tour bila Fayadh dah buat perangai kan.

Apa Duck Tour tu????

Apa yang Kak MB faham duck tour ni akan bawa kita berjalan-jalan menaiki truck yang dah di modified dan akan berjalan pula ke air.




Macam ni ler...

Hah, bila sampai ke kaunter tiket. Sekali minah kaunter tu cakap akak kena tunggu turn yea. Time boarding akak pukul 1.00 ptg. Tengok jam baru pukul 12.30 tghari. Ok ler. 30minit je menunggu kan.

So sambil-sambil menunggu turn nak naik cable. Moh kita jalan-jalan dulu cari rabbit park. Kalau dulu masa akak pergi tak perlu pun nak queue boarding. Kalau beratur pun just dekat atas je. Lepas je beli tiket. Beratur tunggu turn. Sekarang dah lain plak peraturannya. Dulu pun ada gak rabbit park ni. Sekarang cari punya cari tak jumpa plak. Kesudahnya lepak je ler tepi kolam ni sambil bagi ikan makan.



Sorry morry.. Tak ada gambar from my memory. Just Ehsan Google. Terima kasih incik google.

The Oriental Village ni dekat je dengan Cable Car. Dia satu kawasan je. Sementara menunggu turn. Boleh lepak2 sini yang banyak kedai-kedai menjual cenderamata, restoran makan dan aktiviti air diadakan. Tapi time akak datang tu tak ada plak aktiviti main bola dekat tasik tu.

Ok time's up. Lets gi beratur ke Cable Car.. Dari bawah nampak cam smooth je perjalanan kan.

Sekali sampai atas tengok. OMG..!!! Ramainya que. Belum boleh naik lagi ler. Beratur melingkau macam ulorr ler pulokkkk..

Hampir 15minit beratur utk masuk ke Sky Dome dulu. Baru boleh que lagi utk naik cable car. Nasib show dalam sky dome tak lama. Risau gak. Kang dibuatnya show ni dalam gelap dan agak lama masanya. Corfirm Faiz menangis kang ni. Nasib show just 3minit je.

After show sky dome. Kena que lagi. So total hampir 30minit gak ler beratur. Baru dapat turn duduk dalam cable car ni.

Alhamdulillah. Berjaya gak pungkuk melabuh dalam cab ni. Jenuh kaki berdiri sambil dukung budak kecik tu. Faiz buat muka pelik pandang atas. Ngeri kot dia. Tengok kenapa makin tinggi ni.. Hihihii. Incik Padil ni 1st time naik cabel car Langkawi. Sebelum ni di Cabel Car Genting Highlands dia ok je. Tak panik.

Tapi ntah kenapa dia rasa gayat plak sekarang bila berada dekat tempat tinggi. Tu muka Incik Padil cover gayat ler tu. Hahahahah. Si abah memang takut ler. Nak tak nak dia naik gak walaupun gayat.
Gambar atas tu adalah 1st stop. Kalau nak lebih tinggi. Boleh naik lagi satu aras iaitu 2nd stop.

 Kalau nak pergi ke area seperti gambar di atas tu. Korang kena naik ke aras ke dua iaitu 2nd stop.
Lepas tu naik glide ni dan turun ler ke bawah nun ke bridge. Kalau dulu sebelum ada glide ni. Korang kena menapak turun melalui denai-denai kecil baru sampai ke bridge tu. Nak turun ok ler. Tapi bab nak naik. Nauzubillah wei. Bertolakkan pungkuk nak naik ke atas. Hahahhaha. Penat gak.

Bila dah ada glide ni. Alhamdulillah. Makin mudah dan selesa korang nak menikmati panorama indah dekat bridge Gunung Mat Cincang tu. Bayaran akan dikenakan RM 10 pergi dan balik.

Tapi memandangkan abah dan Incik Padil memang gayat nak ke situ. So mak dan Kak MB lupakan aje hasrat nak ke bridge. Cuaca pun makin mendung di atas. Ada petanda nak ujan di tambah angin yang agak kuat walaupun sekali sekali berhembus kan.

Bridge tu walaupun ia panjang dan macam menyerupai huruf Y tapi dia ada satu tiang sahaja di bawah. So bila angin kuat dia atas. Korang akan rasa bridge tu seolah-olah berbuai. Takutkan. Hahahahahah Tu pengalaman 8tahun lepas. Sekarang akak tak tau ler. Ari tu tak pergi area situ.
 1st stop yang makin berkabus dan cuaca yang mendung menyeliputi pemandangan.

Wajah Incik Padil cuakkk. Akak nak amik gambar tepi-tepi tu pun dia tak bagi amik gambar. Katanya nanti jatuh nanti. Hahahahha. Kesudahnya amik ler gambar jauh dari pemegang belakang tu.


Budak banyak perangai tu. Nasib ler dia mood ok nak bergambar. Ada ler kenangan di sini.


Hah, time ni angin kuat tau. Sampai tertelap2 mata Fayadh.

Punya gayat si abah dan Incik Padil. Akhirnya tak sampai 1jam pun kami di atas Gunung Mat Chincang ni. Abah decide jom turun. Ngeri katanya lama-lama duk atas ni. Dia takut kang tengah-tengah turun tertiba angin kuat plak. Mana tau ujan lebat kang. Dah cable tu stop dia atas. Aduhaiiii. Abah oh abah. Masa beratur lagi lama dari berada di atas ni. Tak pelah. Lepas ni kita repeat lagi ekkk datang ke Langkawi ni.


Tu budak kecik dah penat. Jam pun dah pkl 2 lebih. Cuaca tadi nampak mendung. Tapi bahang panas nya tak mengambarkan hari akan hujan.

Mana Fayadh??

Fayadh dengan atuk dan nenek ler. Ingatkan nak ke Sky Rex. Sekali pergi ke Sky Rex. Orang kaunter tu just suggest orang dewasa je yang dibenarkan masuk. Kanak-kanak bawah 4tahun tak boleh masuk sebab bunyi nya sangat kuat. Tak sesuai dengan kanak-kanak.

Jadi sebagai pengubat geram dekat Fayadh yang mengada-ngada time tu. Incik Padil bagi ler Kak MB masuk sat dalam tu tengok show Sky Rex yang amik masa dalam 8-10minit je. Dia tunggu dekat luar bersama Si cinonet yang dah mengantuk tu.

Lepas abis show. Jom kita balik. Nak cari kedai makan plak. Badan dah melengas dgn panasnya lagi. Lapar lagi. Boleh buat satu badan berangin tau.

So jangan kemana-mana. Nantikan next entry Kak MB yea. Bersambung....

27 Oct 2016

Family Holiday : Pulau Langkawi Part 2

Entry sebelum...

Hai.

Wah, seronoknya semua anak-anak mama tido.

Wake up..! wake up..! wake up..!

Cepat bangunnnn..!!!!! Dah pukul 7pagi dah ni.

Ermmm. Dah nama pun mak mak kan. Kalau tak bising pagi-pagi tak sah.

Hari ni kalau ikutkan jadual memang banyak tempat Kak MB nak pergi. Tapi tu pun bergantung kepada mood budak-budak ni gak.

Kalau dulu zaman solo kasi redah je berjalan walaupun kaki dah bak hang tercabut kan. But now semenjak dah ada 2luggage ni (Bukan 2 handbag but luggage). Memang nak kemana-mana wajib fikir perihal diorang dulu. Mental mak pak kena kuat.

So memandangkan penginapan kami ni memang area Pantai Chenang. Sangat berdekatan dengan Underwater World. Jadi jadual perjalanan kita ke sini dulu ler yea. Almaklum ler pepagi ni mood anak-anak pun ceria. Jadi kita tambahkan lagi kecerian mereka dengan minat anak-anak Kak MB yang sangat suka dengan binatang dan hidupan laut ni.

Walaupun Kak MB dah selalu datang ke Pulau Langkawi ni tapi ini adalah pengalaman pertama Kak MB datang ke Underwater World ni. Dengar-dengar info nya aquarium di sini akan melalui terowong yang disambungkan bersama air laut. Maknanya kita berjalan dalam real in dasar laut ler kot. Apa-apa pun jom ler kita cuba pengalaman ni. Ntah betul ke idokk berjalan dekat dasar laut.

Kalau korang nak tau. Underwater World ni bersebelahan dgn pusat membeli belah The Zone dan sederet juga dgn Restoran McD. Jadi sementara menunggu Underwater ni bukak pukul 10 pagi. Korang boleh ler bersarapan dekat McD dulu. Tak pun warung roti canai bersebelahan dengan McD ni. Roti canai nya pun sangat sedap dan lembut. Nama warung tu Restoran Selera Tanjung. Kak MB kalau datang ke Pantai Chenang sini je port akak bersarapan sebabnya area sini pagi-pagi memang susah nak jumpa kedai yang menjual sarapan. Jadi warung ni akan menjadi agak crowded pada satu-satu masa dan ia menjadi tumpuan pelancong luar untuk menikmati makanan tempatan.

Thumb up..!!

Pagi ni selepas je bersarapan kami terus walk in ke Underwater World. Banyak pulak rombongan pak kulit itam (rombongan pak bangla/nepal) hari ni nak pi tengok ikan. Rombongan sekolah pun ada. Jadi memang ramai ler yang  beratur nak membeli tiketnya. Nasib baik ada pengasingan line beratur untuk pelancong luar dgn pelancong tempatan. Kalau tak. Mati ler nak oii mak nak beratur panjang kan.


Ni adalah harga tiket masuk Underwater World. Kak MB hanya dikenakan bayaran RM26 (Adult) dan RM18 (Children) sebab menggunakan pass kerja. Alhamdulillah.. Dah jimat di situ...

So let's go....

Kang boleh tengok pertunjukkan African Penguin dan Rockhopper Penguin kan.. Yeah..!!!

Masuk-masuk je ke dalam amik gambar dulu buat kenangan. Bila diperhatikan ke semua gambar yang diambil. Kesemuannya muka Kak MB memang tak senonoh. Dengan anak yang tak ready pandang kamera. Tudung Kak MB pun senget2 di kerjakan dek hero kecik tu. Memang gambar akak tak semenggah dibuatnya. Spoilll..!
Tengok ler tue si Fayadh.. Geram.




Maaf ler kalau gambar tak berapa cantik sangat sebab pakai kamera fon je. Kamera urban saya nun di tangan Fayadh tu.. Eeee.. Sakit je mata ni memandang kamera tu dkt tangan dia tau. Sampai jahanam kamera tu dibuatnya.

Tengok ler bertapa sukarnya mereka-mereka si cilik kami untuk ajak bergambar.

Tak penahnya sempurna gambar jadinya.. Sabar ler wahai si mama oitt.. jadi ler. Asal ada kenangan gak.


Time ni Kak MB dah dekat dgn hidupan penguin. Katanya waktu pk11 pagi akan ada pertunjukan. Tapi tunggu punya tunggu. Tak ado pun.. Hampa je menunggu.



Bila dah ada anak-anak ni? Nak bergambar together-gether dgn boyfriend pun susah. Kesian Incik Padil kurang bergambar dah. Buzy mengejar anak ler..

Dekat underwater world ni walaupun dari luar nampak kecik je kawasannya tapi bila dah berada di dalamnya. Kawasannya agak luas dan banyak hidupan laut yang boleh anak-anak terokai cuma pada pandang Kak MB best lagi Aquaria KLCC. Sebab dia Aquaria banyak aktiviti dianjurkan bersama anak-anak. Boleh pilih pakej mana yang bersesuaian. Di sini sekadar lawatan boleh ler. Pertunjukan hidupan pun tak ada time tu.

Mengenai berjalan dekat dasar laut katanya tadi. Bagi Kak MB pengalaman yang besa2 je. Seperti kita berjalan dalam terowong biasa gak.
 Sila teka binatang apa yang terSEMBUNYI?
 Sapa tau ikan apa yang berwajah dot dot dot ?????
 Apa ni????

Semua gambar ni Incik Padil yang snap. Tak tau ler binatang apa di sinun.
 Hah, ni baru kuda laut...
 Ni ketam di air sejuk. Biasa dia hidup di lautan 4musim. Japan Crab @ Ketam Gergasi @ Ketam Batu @ isKETAMBOLA. Hihihi. Kalau dekat Jepun besar ni ketamnya sekoq harga RM700 hingga harga ribu-ribu. Tapi tak tau ler sedap ke tak isinya.
 Cuba teka. Siapakah saya yang pemalu ini?
Ermmm.. Ni apa plak???

Ok ler. Kebanyakan hidupan laut disini kurang INFO yang di pamerkan. Jadi Kak MB main agak-agak je binatang apa bila ditanya dek Fayadh.

Jenuh gak ler nak jawap soalan si abang. Sebab dia sangat teruja berada di sini biapun bagi akak ia seperti besa-besa je.

Akak di sini pun tak lama dalam 2jam je. Lepas tu Kak MB terus ke Cable Car pula. Sebab tengok cuaca pun seakan mendung. Tiket plak dah beli online. Takut hujan kang. Rugi je tiket yang ado ni.

So jangan buang masa.. Moh kita ke Pulau Langkawi Part 3. Bersambung...

13 Oct 2016

Family Holiday : Pulau Langkawi Part 1

Assalammmuallaikum.

Hai.

Syukur alhamdulillah. Akhirnya tercapai gak impian mak dan abah nak merasa naik flight. Walaupun mak hampir-hampir nak buekkk* atas flight tapi sempat ler dia menahan isi perut dari terburai. ^_^ Kesian mak.

Kalau nak ditanya apa perasaan anak time ni? Of course ler anak-anak paling excited bila nak bercuti tapi percutian kali ni Kak MB dengan Incik Padil yang terasa berdebar-debar. Sebab tak pernah bawak anak gi travel jauh-jauh. Besa kalau berjalan kemana pasti akan pergi dan balik hari yang sama. Tapi kali ni kena bermalam plak di tanah Mahsuri ni kan.

Risau ahkak di buat nya. Kot-kot mood diorang ni ke laut kang. Hancusss semua program beb. Serius tauu. Akak memang tak ada pengalaman lagi bercuti bermalam berhari-hari dgn anak-anak kecik ni. Tapi akak dah pesan dgn Incik Padil supaya ikut je ragam anak tu nanti. Cool. Chill.

29 Sept 2016 : Khamis

Pagi ni semua bangun seperti biasa macam nak gi sekolah. Cuma bezanya ari ni kena pakai baju yang bukan uniform sekolah. Kalau si Fayadh plak dari semalam lagi dah duk bertanya "kita nak naik kapal terbang kan, mama???" Iye. Fayadh. Jap lagi dia ulang soalan yg sama gak. Nak jumuh mulut ni duk jawab soalan dia. Si Faiz plak relax je. Maybe dia masih tak faham apa-apa lagi kot.

Lepas je bersarapan pagi ni kami terus menuju ke Putrajaya Central untuk parking kereta di situ dan kami akan menaiki ERL menuju ke KLIA2 pukul 9 pagi. Alhamdulillah. Putrajaya Central ni memang ada disediakan parking berbumbung untuk sesapa yang nak menggunakan perkhidmatan ERL menuju ke KLIA, KLIA2 dan KL Sentral. Bayaran parking akan dikenakan RM 4 semalaman. Harga parking harian RM 2 bermula daripada jam 7 pagi hingga 6ptg. After 6ptg dikira RM 4 yea. Harga tiket ERL seperti di SINI.


Fayadh still buat muka. Mood memang selalu swing. Taka sabar menunggu train ERL sampai.

Susah sangat abg Fayadh nak bergambar. Jom ler kita je bergambar dik.

Flight kami hari ni pukul 12.45tghari sebenarnya tapi sengaja Kak MB datang awal. Supaya tak rushing nak check-in nanti. Almaklum ler 1st time nak handle anak2 ni. Masih tak tau lagi peel diorang ni macamana.


Ari tu Kak MB da terbaca dalam FB. Budak-budak besanya akan mengalami degungan atau desiran atau telinga tersumbat atau pekak ler bila berada di atas awan. Sebab tu kanak-kanak selalu menangis bila di atas awan sebab telinga diorang seakan-akan berbunyi Pop pop* dan menganggu pendengaran. So petuanya nak hilangkan pekak telinga ni adalah mengunyah gula-gula berangin, sewing gum atau menelan air liur. Bab ni akak dah standby kan gula-gula. Kang kalau telinga tersumbat boleh di sua kan gula dekat si fayadh ni. Tapi jauh di sudut hati Kak MB berdoa ler sesangat-sangat supaya diorang ni tido ler sepanjang dalam flight nanti.

So sepanjang menunggu masa sebelum berlepas. Sengaja akak bagi anak-anak ni bermain dan berlari ke sana sini supaya diorang penat dan lepas tu tertido. Tu yg sengaja akak booking flight tghari sebab kebetulan time diorang tido.

Alhamdulillah. Doa akak di makbulkan Allah SWT. Masuk je dalam flight Si Fayadh pun tido. Si Faiz sebelum flight sampai lagi dah ke laut tertido.
Cuaca hari ni tenang. Alhamdulilah. Sepanjang berada di atas. Tak ada apa-apa yang berlaku. Tengok awan pun rasa tenang seperti sehampar karpet kapas rasanya. Cantik. Subahanallah..

Syukur pukul 1.30 kami selamat touchdown di Pulau Langkawi. Yeayyy..!!!



Sampai-sampai je terus call owner kereta sewa ni. Akak dapat no. fon kereta sewa ni pun dari Google. Diorang memang dah tunggu kami di airport. Memang sengaja akak booking kereta ni sebelum sampai ke sini. Bukan apa. Takut nanti baru nak deal kereta akak terkial-kial dgn anak lagi. Lagipun lebih jimat masa kalau kita deal awal-awal.

Akak just booking kereta Saga Auto je. Bukannya lama sgt pun kami di Langkawi ni. Ikut akak memang booking kereta Saga tapi owner boleh bagi Toyota Vious sementara waktu kami sampai sebab kereta yang akak booking tu ada penyewa tu lewat cikit pulangkan. Tapi bila tgk condition Toyota Vious tu macam ok je. Terus Incik Padil decide amik kereta ni je. Harga bagi akak berpatutan ler kot. Kadar RM 80 semalam utk Toyota Vious Auto dan Saga BLM Auto RM 70 semalam. Sebab bukan public holiday. Kalau ada event berlangsung di Langkawi atau musim Cuti Sekolah ke. Kebiasaannya harga kereta sewa, hotel atau vacation fees akan jadi mahal. So korang kalau nak datang ke Langkawi nak cari kereta sewa boleh ler call En Anuar 019-5109509. Kalau tak nak booking awai-awai pun tak pe. Sampai je airport/ jetty point pun bersepah kereta sewa. Beza harga mahal atau murah je.

Ok luggage dah dapat... Kereta pun dah dapat kan.... So makan time. Jom kita cari makan dulu.

Ikut jadual nak makan laksa tepi airport ni yg sgt femes katanya. Tapi mak dan abah nak makan nasi. So moh kita cari gerai makan yg ada jual nasi. Alhamdullillah. Syukur lunch time kami hari ni makan nasi ayam berdepan dengan Restoran Jom Ikan Bakar ni.

Sori geng. Waktu berjalan dekat Langkawi ni akak langsung tak dapat nak snap gambar. Sebab kecoh melayan Si Faiz. Bawak kamera pun Si Fayadh dah kongker kamera tu smpai rosak lens di kerjakannya. Nasib ler ada kamera fon Incik Padil. Dapat ler akak minta dia snap kan siki-sikit gambar buat kenangan.


Hah, ni bukti si Fayadh kecoh dengan kamera murah. Walaupun kamera tu dah urban. Tapi still ok lagi tau condition nya. Sayang dah sampai kamera tu di tangan Fayadh abih jahanam lens dia. Hukk Hukk Hukk. Sedih.

Lagipun perangai kami ni dah nama pun makan kan. Corfirm ler semua kusyuk menghayati makanan masing-masing. Tak da kenangan langsung gambar di setiap gerai dan restoran yang kami singgah.  Huhuuhuu. Sayanggg nya tak ada kenangan utk di abadi kan. Tak pelah nanti Kak MB update nama restoran. Lepas tu korang google ler sendiri ekkk.

Burkkkkkk. Alhamdulillah. Kekenyangan Kak MB dibuatnya. Walaupun just makan nasi ayam je pun. Tapi bila dah terlalu lapar. Makanan simple2 pun nampak sedap di tekak.

Bila perut dah kenyang. Hati pun riang ler kan.

Kalau ikut agenda yang dirancang kita akan ke Gunung Mat Chincang untuk naik Cable Car waktu tu. Tapi memandangkan keadaan mak masih lagi pening-pening lalat. Buekkkk buekkk lagi (muntah). So tommorrow ler kita ke Cable Car. Now kita gi shoping dulu. Bagi terapi cikit dekat mak.

Kilang Gamat Nusantara

Jom kita jalan-jalan ke Kilang Gamat Nusantara dulu. Abah nak beli minyak gamat di sana. Incik Padil pun belum pernah lagi ke Kilang Gamat Nusantara ni. Percutian sebelum ni pun dia tak sempat singgah sebab jadual yang padat.



Dekat kilang ni pun ada di tunjukkan cara-cara gamat di masak. Kalau 8tahun dulu time pertama kali Kak MB datang sini memang ada satu kuali kawah yang tengah mengelegak panas memasak gamat dan di demonstarsi kan kepada tetamu yang datang dengan mencelup tangan ke dalam kuali tersebut. Tapi kali ni akak datang tengok dah ada arahan yang di pamerkan hadapan pintu masuk untuk tidak membenarkan tetamu mencelup tangan ke dalam kuali gamat tu. Maybe ni faktor keselamatan dan kebersihan kot.


Syok sangat nampaknya abah membeli minyak untuk uwan di kampung. Abih minyak angin, minyak serai, minyak gamat hingga ke losyen dia borong tau. Mak pulak dah duk tersandar tepi dinding melayan mual.. Kesian mak. Bahana naik flight. Pening katanya. Udahnya Kak MB je melayan perangai abah membeli belah. Incik Padil tolong jaga anak yea.. Muahhhhh...*

Idaman Suri

Ok. Lepas ni jom kita ke Idaman Suri. Part ni mesti mak suka kan. Harap-harap hilang ler pening mak bila dapat shoping nanti. Hhahahahahah. Idaman suri ni adalah port kaum hawa shoping pinggan mangkuk. Memang meletopsss poket para suami tau. Kalau area KL pinggan mangkuk atau periuk brand Correlle, Visions, periuk ajaib mahal nak mampusss harganya. Dekat idaman suri baru harga RM5++ set pinggan mangkuk. Periuk ajaib Cap Idaman Suri pun baru RM 80 ke bawah yang besar tau.

Kak MB pun of course tak lepaskan peluang membeli Pressure Cooker untuk mak mertua. Kebiasaan harga di KL RM 2++. Dekat Langkawi dapat harga RM 1++. Ok ler kan harganya. 3 in 1 boleh mengukus, mengulai dan melembutkan daging dan tulang2 sekali.



Shoping kali ni abah menjuarai shoping daripada mak. Abah yang excited membeli. Siap membeli one set pisau memasak. Nasib tak memborong lagi sudu-sudu yang murah-murah ni. Bukan apa. Asal mereka datang sini mesti memborong sudu dgn sudip. Tau ler murah tapi pastikan membeli ikut kegunaan bukan hawa nafsu tau.

Puas dah hati shoping. Perut pun berbunyi lapar minta di isi makanan.

Haji Ismail Group HIG

Shoping periuk sudah kan.... Kali ni kita shoping coklat pulak. Destinasi wajib kalau datang ke Langkawi sebab Free Duty. Antara tempat Idaman Suri dengan tempat Komplek Haji ISmail Group (HIG) ni memang tak jauh. Iye satu kawasan sahaje cuma kena gak ler menaiki kenderaan sebab nak borong banyak barang kan. HIG ni memang banyak cawangan di Jetty Point dan Pekan Kuah pun ada. Tapi semenjak komplek HIG yang terletak bersebelahan dgn hotel HIG dibuka. Akak memang menuju ke sini je. Ia lebih besar dan mudah nak parking. Food Court dan bazar membeli belah pun ada di sini.

Sebelum kita shoping coklat. Jom kita perkena cendol durian dulu. Perghhhh, rasanya memang sodap. Marvellous... Bekasnya pun besar. Harga pun murah RM 7 je sebekas. Incik Padil plak minum soda herb RM 6 je harganya. Mak plak baru nak makan bakso di sini setelah abih isi perut dikeluarkan di setiap perhentian.. Buekkkkk buekkk dari tadi kan. Serupa orang mengandung dah. Hikhikhik. Mak oh mak. Buah ati hamba ni.
 Tak sempat Kak MB nak snap gambar bakso yang nenek makan. Baru nak snap gambar air dah tertumpah. Tengok ler pic tu. Ermmm anak-anak. Tu ler cendol durian (kiri) di minum bersama sagu mata ikan dan seulas durian. (kanan) Air soda herb Incik Padil. Murah je harganya tu.

Dah kenyang. Lets go to shopping coklat. Yabedabeduuuuu..!!!

Part ni memang seronok sebab akak akan mencari coklat buatan luar negara. Akak kalau datang ke HIG ni tak akan cari coklat made in Balakong atau Seri Kembangan ekkk. Tu boleh walk in kilang dia je. Jadi akak akan shopping Cadbury Made in Australia.
Coklat feveret akak of couse Toblerone, Da'im, Cadbury and Hersyey's. Walaupun coklat2 ni boleh dapat dekat KL tapi harga di sana jauh lebih murah beb. Bebas cukai. Ia pun tak ada kilang di Malaysia semuanya import.

Kalau tak percaya jom tengok harga coklat diorang. Memang murah gilerr... Nyesal akak tak beli banyak ari tu coklat yang kononnya tak nak membazir sangat. Sekali dah sampai airport Langkawi harga tak sama seperti di HIG. Mahal cikit dari HIG dan lebih mahal lagi bila dah sampai airport KLIA. Sob sob sob. Cedih tau..!

Sumber Google

Sumber Google

Sumber Google

Sumber Google
Sori. Akak tak sempat nak snap gambar lagi. Jadi google je ler.

Dekat HIG pun ada jual Coklat/Jem Nutella tau. Harga dia pun murah di sini. Besa akak beli dekat pasaraya RM 9.90 dapat nutella kecik je saiz nya. Yang big size pun RM 32.90 harganya. Tapi di HIG ni akak boleh dapat harga RM 11.90 yang saiz botol besar. Uwahhhhh... Jadi kira rugi ler kan kalau tak amik. So atas hasutan s*^@_ ni akak pun beli sebotol nutella. Kang tak beli nyesal.


Selain tu sesapa yang nak cari rokok free duty sini pun ada jual. Minyak wangi pun ada. Akak sempat ler mencari feveret perfume akak. Anna Sui Limited Edition. Nama je Limited Edition tapi banyak je jual di Langkawi ni exspecially dekat The Zon dan HIG. Cuma bila di KL perfume ni susah pulak nak mencarinya. Tak jumpa beb. Tu yang akak terpaksa kirim dekat kengkawan yang nak bercuti ke Langkawi ni minta tolong belikan perfume ni. Bau nya memang best.. Kalau pakai terasa di alam khayalan je. Very slow bau tapi tahan lama.

Ok ler. Kaki dah mula terasa lenguh dah ni. Tangan pun sakit dah sebab asik nak dukung si Faiz ni je. Penat duk mengejar dia ke sana sini yang tak ngeti duk diam-diam kan. Si Fayadh plak bila dah ada atuk nenek memang berkepit dgn atuk je ler. Mama dan papa dipinggirkan seketika. Perut pun masih kenyang lagi. Jam pun dah pukul 6petang.

Moh ler kita check- in hostel dulu. Dimana hostel kami??? Jom kita terjah... Hahahahah.

The Cottage, Pantai Chenang Langkawi


Asal perancangan akak memang nak booking Landscon Hotel di Pantai Chenang atas alasan ada kolan mandi, dekat dengan tempat makan, tempat shoping, berhadapan dgn Under water, McD dan yang pastinya dekat dgn airport. Tapi mak plak nak tempat yang tak crowded dan yang pasti murah dan selesa ler kan. So akak cari dan terus mencari penginapan mana yang akan menjadi pilihan. Akhirnya akak decide The Cottage, Langkawi sebab tengok tempatnya macam aman je dan ala-ala berkonsepkan homestay. Area the cottage ni pun dalam kampung dan berdekatan dengan Muzium Laman Padi, Langkawi. Jadi memang aman tenteram ler tempatnya.




Tapi kalau nak ke bazar jualan area Pantai Chenang tu mudah je nak access dengan berjalan kaki pun boleh sampai. Tak jauh mana pun. Dekat je beb. Depends dgn kekuatan kaki korang je. Mampu berjalan ke idokkkk.

Pantai Chenang ni pun salah satu tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara sebab tempat yg strategik sgt berdekatan dgn pantai, airport, tempat makan, tempat menaiki bot untuk Island Hopping, dan hotel yang banyak pilihan. So no wonder tempat ni agak sesak sikit tapi happening ler bila waktu malam.

Mengenai The Cottage, Langkawi ni akak akan buat next entry untuk review mengenai hostel ni ohkeyyy. Sabarrr.. Tungguuuu..!

Akak dah booking 2unit bilik utk mak abah dan untuk Kak MB sefamili. Harga tak mahal untuk 2bilik ni dengan menyewa untuk 2malam RM 360 je. Sangat murah dan selesa ler utk bermalam je kan. Siang kita keluar berjalan.

Jadi lepas je masing2 check in dan terus mandi. Fuhhh..!! Rasa segar kembali badan selepas seharian melengas dgn peluh mengejar Si Faiz kan. Terasa sengal-sengal dah tangan dan pinggang ni dikerjakannya.

Baru terasa perut berkeroncong kembali.

Jom kita dinner plak. Tekak macam terasa nak makan ikan bakar tapi badan dah terasa letih dah ni. Mata pun seolah-olah dah nampak bantal je dah. Larat ke mulut nak mengunyah plak kang ni.

Ketuk pintu bilik mak dan abah ajak keluar makan malam ni. Rupanya diorang pun keletihan. Mak pun dah tak daya nak berjalan dah. So Kak MB tapaukan je makanan untuk mereka. Si Fayadh usah tanya dia memang tak kan nak ikut kami kalau atuk nya ada dgn dia.

Jadi kami ke Restoran Selera Lubuk Buaya yang terletak berdekatan dengan Aseania Resort. Melalui review dan suggestion kengkawan cakap kedai ni makanannya memang murah dan sedap.



So akak memang lapar sangat walaupun badan letih. Sesampai je di sini akak tengok memang ramai orang. Tekaan akak memang sedap ler kot makanan dekat sini. Nampak ramai je orang makan. Tu 1st impression. Semuanya beriya menikmati hidnagan masing-masing.

Kak MB ingat nak oder ikan bakar tapi mak abah tak ada macam tak syok plak makan berdua je dgn Incik Padil kan. Cukup ler sekadar mengoder nasi putih 3pinggan, tomyam campur 2pax, kailan goreng ikan masin 2pax, telur dadar, sotong celup tepung 2pax dengan air barli dan jus nanas untuk Incik Padil. Siap tapau kan lagi untuk mak abah nasi goreng cina, nasi goreng ikan masin dan air nescafe panas. Totally harga RM 35 je. Mahal ke murah ekkk???

Kalau di KL ni dah mencecah RM 50 dah kan. Serius memang sedap makanannya. Esok boleh ajak mak abah makan ikan bakar dekat sini. Tak rugi duit. Tapi rugi sebab tak ada gambar kenangan yang di ambil. Sampai je makanan ke meja. Kami berdua dah serupa ikan pirana kelaparan dah. Makan tak sampai 20minit setlle licin pinggan.

Kalau tengok oder tadi ada 3pinggan nasi kan. Tapi yang makannya 2orang je. Of course korang fikir Incik padil makan 2pinggan ni.. hikhikhik. SALAH tekaan anda. Kak MB yang wajib makan 2pinggan nasi. Akak tolong makan kan untuk si Faiz sebab dia masih menyusu badan. Kalau tak makan banyak mana nak datang susu kan.. So mama kena makan lebih macam membela hantu raya. Balance2 lauk abih mama bedal serupa sang buaya dah..  XOXO

Syukur alhamdulillah atas nikmat rezeki yang Allah berikan.

Dapat gak kita bercuti bersama dan berkongsi rezeki yang ada bersama mak dan abah. Syukur juga dah setle dah trip hari pertama kan. Alhamdulillah. Berjalan lancar walaupun ada ler insiden sedikit yang berlaku tadi. So now jom zzzzzz berehat. Esok nak berjalan lagi.

Nite, semua....

Next Entry. Bersambung.......