Pesanan Penaja ^_^

24 Jul 2015

Emas Oh Emas..

Assalammuallaikum semua..

Yeahhhhhh.. Dah raya. Alhamdulillah hari ni dah 8 Syawal kita menyambut Hari Raya Aidilfitri kan.

Dapat banyak duit raya tak? Of course penuh kocek dan purse anak-anak dengan duit raya kan..

Yang pasti seyuman emak sampai ke telinga ler.. Duk bayangkan duit raya anak-anak. Kepala otak tu mula dah duk fikir nak buat apa dgn duit raya anak ni. Nak beli itu ke nak beli ini ekkk... Hahahahahhah..

Duit raya anak. Mak bapak yang excited lebihkan. Almaklum ler lepas raya ni pening kepala emak bapak nak rolling duit sana sini sebab Gaji+Bonus dah abisssss..!!! Nak tunggu gaji kena tunggu hujung bulan Ogos nanti..

OMG..!!!! Now baru 24hb Julai. Ayoyoyo ada seminggu lagi nak masuk awal Ogos... Astafirullahalazim.. Mula tick kalendar bila nak gaji.. Tick kalendar tanda mana-mana hari jemputan Open House... Pergi dapur check stock makanan apa ada lagi.. OMG kuih raya je ada.. Ok boleh balun kuih raya sebagai breakfast atau pose Sunat lagi sebulan. Hahahahahah. Terukkk benar dah bunyinya tu.. Yang paling sadis.. Advance dulu ler duit raya anak ni. Sok next month mama gaji.. Mama ganti balik duit anak-anak yea. Hikhikhikhik...

Korang biasa ke hadapi situasi-situasi cenggini? Ni situasi orang dah berkawin. Orang bujang camana plak situasi lepas pose dan raya ni?

Kalau tanya akak. Situasi cenggini besa berlaku untuk tahun-tahun sebelum ni tapi bukan untuk tahun ni. Sebab tahun ni awal-awal tahun lagi akak dah atur STRATEGI KEWANGAN dengan mengumpul GOLD BAR fizikal. Beli emas. Dapat emas fizikal depan mata. Boleh pegang emas tu. Boleh gigit emas tu. Bukan beli emas dan buat pelaburan emas tapi dapat sijil belian emas je. NO..!!! Akak kurang yakin dengan cara labur emas tapi ntah mana2 emasnya. Janji sana sini keuntungan.. NO..!!! Akak tak percaya. Maybe akak BODOH dalam bab-bab pelaburan ni. Maafkan akak ek.

Tapi strategi akak untuk tahun ni. Akak memang dah fikir macam mana cara nak Bebaskan Diri Dari Hutang? dan Bagaimana Nak Memantapkan Kewangan Diri? dan Meningkatkan Ekonomi Keluarga?

So ini adalah Strategi Bebas Hutang yang akak dah mula sendiri amalkan dari awal tahun lagi. Hasil bacaan ni. Alhamdulillah.. Ada feedback yang positif. Kalau dulu bayar ASTRO mahal2 tapi tak tengok pun semua channel. So downgrade kan. Kalau dulu suka beli barang berhutang. Sekarang cuba beli barang secara CASH. Kalau tak mampu nak beli. Kumpul dulu duit. Main duit KUTU dengan kengkawan. Cukup duit baru beli barang TANPA berhutang. Kalu dulu dapat gaji shoping dulu baru SIMPAN duit. Sekarang potong siap-siap duit untuk SIMPANAN baru shoping. Kalau dulu dapat BONUS suka, dapat KEUNTUNGAN bisnes suka joli. Sekarang semua SIMPAN dan tukarkan kepada EMAS BAR.

Time emas murah kita beli. Time emas mahal kita jual. Eh eh bila time emas murah?

Kalau nak tunggu emas murah. Sesapa pun tak akan tau bila emas murah. Jadi mulakan beli seketul dulu emas dalam 1gram. Baru tengok berapa harga naik dan turun emas ni.

Bagi akak senang je. Harga emas murah akak beli. Lepas tu pajak di Ar-Rahnu. Dapat duit pinjaman dari Ar-Rahnu akak beli lagi emas time murah yea. Bila harga emas naik. Akak jual balik. Dapat untung tebus balik emas yang di pajak+bayar upah sikit. Untung yang ada akak simpan dekat ASB. Pas2 beli ler balik emas dengan modal yang dilaburkan.

Eh harga emas tengah mahal. Akan nak beli emas tengah mahal?

INGAT..!!! Kalau nak melabur emas. Jangan pandang berat emas. Sila pandang nilai KEUNTUNGAN nilai duit. Sebagai contoh.


Katakanlah start melabur dengan modal RM60,000. Masa tu boleh beli 100 keping 1 dinar i.e. RM600 sekeping x 100 = RM60,000. Lepas setahun simpan, harga jual balik (PG Buy) dah naik ke RM700 sekeping. Untuk dapat untung, jual kesemua 100 keping syiling 1 dinar tu. Dapat la RM70,000 (RM700 x 100 keping). Sekarang ni, asingkan keuntungan RM10,000 (RM70,000 – RM60,000) daripada modal asal.

Maklumat lanjut boleh baca Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas.

# Kenapa Emas Bar? Kenapa tak simpan dekat TABUNG HAJI ke atau ASB ke?

Ni ler masalah akak. Akak tak boleh tengok duit banyak dalam bank. Walaupun dalam bank ada 100 inggit je. Mula ler nafsu nak membeli tu mengilasss... Almaklum ler ada ATM kad kan. So mudah nak mencucuk nya. Simpan plak dekat ASB pun sama. Walaupun tak ada ATM kad tapi still otak tu gatal nak pi keluarkan nya. Tak boleh mata ni nampak Sale atau barang cantik sikit. Mula ler otak ni duk mengira duit dekat bank cukup ke idak nak membelinya. Akhirnya tewas kepada nafsu. Duit pun cair je keluar. Kalau simpan awal bulan. Tengah bulan atau hujung bulan corfirm keluarkan balik. So kaedah menyimpan yang sesuai untuk akak adalah membeli Emas Bar dan lupakan emas tersebut. Sebabnya kalau beli emas. Nak pakai kena jual atau pajak dekat Ar-Rahnu. Banyak plak prosesnya. Nak kena fikir nak menebus barang dan nak kena bayar upah simpanan plak. Hah pening kepala kan. Sementara nak menukar emas kepada duit tu. Nafsu akak nak membeli pun hilang. .

Selain itu emas adalah aset tunai yang tiada dalam sistem kewangan. Berapa banyak pun emas yang kita miliki atau dimana emas itu disimpan. Bank atau kerajaan tak akan tahu. Berbeza dengan duit simpanan, saham atau sebagainya. Ia boleh di trace oleh kerajaan melalui institusi-institusi kewangan. Tapi pastikan waris terdekat tau ler berapa emas yang uolls ada. Kang tertiba kita mati. Tak sapa tau dimana emas kita simpan. Ni kaedah yg sesuai untuk akak je. Kalau uolls akak tak tau ler.

Lagi satu yang paling akak suka menyimpan emas ni memang tak rugi untuk jangka masa panjang. Emas ni KALIS INFLASI. Ada keistimewaannya menyimpan emas ni. Kalau korang nak akak ceritakan tentang emas ni memang akak tak pandai nak bercerita. tapi korang sendri boleh baca dekat sini- 6 Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan

Teringat akak pada anting-anting telinga emas yang mak beli masa akak umur setahun dulu tahun 1988. Time tu anting-anting tu harga RM25 je sepasang. tapi setelah akak umur 23tahun akak trade in anting-anting tu dekat kedai emas pada tahun 2010. Harga nya mencecah RM289. Nampak tak pelaburan emas disitu. Bagaimana keuntungan tu dapat dilihat dalam jangka masa panjang. Bukan setahun bukan 2tahun untuk melihat keuntungan yang berlipat ganda. So sesapa yang rasa nak buat simpanan pelajaran anak. Boleh ler cuba beli GOLD BAR untuk setiap anak. Tapi kalau setiap tahun beli GOLD BAR untuk anak. Mana plak nak simpan emas ni? Nak simpan dekat umah. Takut kena rompak plak. Akan nak bawak emas ni ke hulu hilir.

Ermmm.. Masalah jugak yea kalau banyak emas ni.. JANGAN RISAU..!!!

Ada cara dan kaedah yg pratikal kita boleh cuba. Kita boleh simpan emas yang kita ada di rumah tapi bukan di dalam alamari bilik tidur kita. Kita boleh simpan di tempat2 yang orang lain tak jangka disitu ada emas. Contoh dalam soket dinding ke, dalam pasir aquarium ke, dalam pam tandas, belakang jam, dalam pasu, atau dalam tanah belakang rumah ke.. Tapi make sure uolls ingat ler mana emas yang uolls simpan. Kang simpan merata-rata. Cari pun merata-rata. Akhirnya tak jumpa. Kalau korang nak. Beli ler Safe Deposit Box dan simpan di rumah atau Sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta.

Ni akak dah bagitau tempat. Jangan plak korang datang rumah akak nak pi samun. Memang tak akan jumpa emas tu. Hahahahahha. Mana ekk akak simpan? ^_^

# Untung ke beli Emas Bar? Kenapa tak beli barang kemas yang lebih cantik dan boleh dipakai?

Akak dah bagitau awal-awal tadi. Kalau nak KAYA CEPAT dengan membeli atau melabur emas. Bukan caranya. Sebab pelaburan emas mengambil jangka masa yang sedarhana dan panjang untuk melihat keuntungannya. At least setahun. Lagi satu membeli barang kemas sebagi pelaburan KURANG SESUAI sebab barang kemas dikeluarkan bertujuan untuk cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk menjana KEUNTUNGAN. Harga barang kemas perhiasan pun LEBIH TINGGI nilainya dari emas pelaburan. Kos upahnya boleh dimanupulasi oleh pekedai emas dan susut nilainya juga TINGGI bila nak jual balik iaitu mencecah 20% KECUALI barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu. So kepada sesapa yang berminat nak cuba melabur emas secara kecilan boleh Klik Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil

Tapi kena ingat. Apa saje perkara yang kita nak buat. Ilmu mesti ada. Kena selalu bertanya kepada yang Pakar. Akak memang tak pakar ekk dalam turun naik harga pasaran emas ni. Tapi kalau nak kongsi ilmu cikit2 tu boleh ler. Namun nak bercerita lebih detail. Akak pun masih menimba ilmu lagi.

Kalau korang nak beli emas pun. Korang kena tau kriteria memilih emas. Jangan main beli je. Meh timba ilmu dekat sini. Cer baca betul2 dan buat perbandingan tentang Kriteria Melilih Emas Pelaburan

Kalau nak akak jawap soalan sorang demi sorang tentang Emas Pelaburan ni memang susah. Nak jumpa orang dan terangkan satu per satu pun ilmu akak baru sejengkal. Jadi disini akak bagi link yang banyak membantu akak dalam mengenali ilmu Pelaburan Emas ni. Semoga korang faham dan Selamat Menimba Ilmu.

Asas Pelaburan Emas 

1# Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil
2# Kriteria Memilih Emas Pelaburan
3# Cara Simpan Emas Dengan Selamat
4# 10 Kesilapan Pelabur Emas
5# 4 Kerugian Membeli Barang Kemas
6# Akaun Pelaburan Emas Atau Emas Fizikal? 
7# Strategi Pelaburan Emas 2015