Sapa tahu ini buah apa?
Ni ler rupa buah yang di namakan Delima. Buah ni mempunyai banyak khasiat buat ibu-ibu yang mengandung, pesakit yang menghidapi penyakit buasir dan merupakan salah satu makanan terbaik yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Buah Delima ini memang Kak Mira suka amalkan memakannya sejak mengandungkan Si Fayadh lagi. Kebetulan rumah mak mertua pun tanam pokok ni. Jadi memang mudah Kak Mira dapatkan buah ni tapi buahnya tak ler sebesar yang dijual di kedai. Kalau u'olls nak tahu antara serba sedikit khasiat yang Kak Mira tahu mengenai Buah Delima ini adalah seperti :-
[✔] Membantu mengurangkan alahan ibu semasa mengandung
[✔] Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
[✔] Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
[✔] Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
[✔] Mencegah rasa mual
Tapi sapa yang kenal Si Fayadh ni. Korang rasa cam ner. Fayadh cerdik ke?? Pandai ke?? Hehe. Bagi akak besa je cuma yang akak perasan Fayadh cepat belajar dan tangkap apa yang kita ajar. Tu je buat masa ni akak nampak. Besa ler perkembangan kanak-kanak memang berbeza. Bergantung cara asuhan dan didikan daripada mak dan ayah jugak.
Lagi satu akak nak bagitau semasa berpantang yakni selepas bersalin kan Fayadh memang akak menghadapi sembelit yang teruk dan buasir dalam. Jadi bila nak membuang tu memang payah dan menyakitkan. Kalau nak membuang sampai terpercik2 darah. Bila dirujuk pada doktor rupanya akak mengalami buasir. Mungkin disebabkan semasa bersalin akak meneran terlalu kuat kot.
Jadi doktor bagi ubat untuk melawaskan najis serta ubat untuk mengubati luka buasir ni. Tapi penyakit buasir ni memang susah nak diubati sehingga lah akak berjumpa dengan pakcik sendiri yang dikenali sebagai Doktor Buasir oleh penduduk kampung. Jadi dengan sebiji buah delima yang kecil. Ia direbus selama 3 hingga 4 jam dengan air bersama delima yang tidak dibuang kulitnya, garam dan kunyit serta di baca dengan doa ayat-ayat Al-Quran. Selepas tu diminum sebelum tido.
ALHAMDULILLAH..!! Dengan izin ALLAH hari keesokkannya. Bangun je pagi-pagi perut akak dah terasa memulas-mulas. Memang lawas. 2minggu selepas minum air delima yang direbus ni. Luka buasir akak pun berkurangan dan sehingga kini Syukur kepada-Nya. Buasir akak dah sembuh.
Tu ler antara khasiat delima yang akak boleh kongsikan melalui pengalaman akak. Kalau korang nak tahu lagi khasiat buah delima ni. Korang boleh ler tanya En Google.
Lagi satu tips Kak Mira nak kongsikan dengan korang iaitu bagaimana cara memilih buah delima yang manis? Tips ni Kak Mira dapat masa nak beli Buah Delima ni di UniKeb Bangi tadi. Pakcik yang menjual tu cakap pilih ler buah delima yang kulit dia buruk dan bertompok-tompok seperti yang anak panah dalam gambar dibawah ni tunjukkan. Pastu jangan pilih delima yang warnanya banyak kemerahan. Pilih lah yang lebih banyak warna kekuningan daripada kemerahan. Akak Mira pun beli ler buah yang pakcik tu pilihkan untuk akak dengan jaminan pasti manis. ALHAMDULILLAH. Memang buah yang pakcik ni pilih manis. Buah Delima yang korang tengok ni adalah Delima China tau. Kalau Delima Arab lain cikit rupanya. Harga tak mahal RM 2.00 je sebijik. Berbeza harga di pasar
RM 5.00 sebiji dan ada yang lebih mahal harganya.
No comments:
Post a Comment