Yeahhhh.. Adik Fa'iz hari ni dah 6bulan 14hari. Mama yang paling excited duk hari-hari men'google' nak buat menu apa untuk Fa'iz. Rasanya bukan akak sorang je kot berperasaan cenggini. Of course semua mak-mak dekat luar sana excited gak nak bagi anak masing-masing makan kan? Ada tu anak baru 4bulan dah excited nak bagi anak makan. Alasannya anak asik lapar je. Tak pun alasan anak bile tengok orang lain makan kemain air liuq dia meleleh. Sebenarnya situasi camni dah besa akak tengok dan dengar.
Akak pun ni adalah first experience dalam menyediakan menu makanan untuk si anak sebab anak yang sebelum ni akak kurang kerajinan nak menyediakan makanan hari-hari. Lagipun time tu akak kurang membaca dan kurang pengetahuan bab-bab makanan pertama si manja. Semuanya akak beli yang instant dan ready made. Kalau teragak nak bagi si Fayadh makan bubur. Gi je beli bubur McD. Teragak nak bagi dia nestum. Akak beli je Cerelac. Tapi bubur tu akak blend cair tau. Udahnya hancur perut dan usus Fayadh nak menghadam. Terpaksa bekerja keras untuk menghadam di usia awal 6bulan. Nahtijahnya.. Bila Fayadh berumur 1tahun 6bulan dia mengalami SEMBELIT yang teruk akibat permulaan makanan yang tak sesuai dengan keadaan ususnya. Kelamaan usus tak dapat nak menghadam dengan baik tu yang jadi sembelit. Kesian dekat Fayadh. Terpaksa menanggung derita sembelit selama hampir setahun. Akak terpaksa guna ubat cucuk punggung tu untuk melawaskan pembuangan Fayadh. Sedih benar hati bila mengenangkan nasib Fayadh angkara kemalasan diri akak sendiri.. :-(
Tapi kali ni akak dah berazam dari awal kelahiran lagi. Tak mau malas-malas dah. Mama harus belajar dari kesilapan dan pengalaman lepas. So untuk anak yang kedua ni. Mama lebih rajin berbanding time Fayadh dulu. Dulu akak pemalas sikit. Semua nak cepat. Nak instant. Nak sedap je. Kesian perut anak. Lagipun dulu akak duk dengan mertua. Jadi manja a.k.a pemalas cikit. Nenek Fayadh selalu masakkan bubur untuk Fayadh. Tapi kali ni mama lebih berilmu nak sediakan makanan yang terbaik untuk Faiz. Baru usia 5bulan mama dah google camna cara masakan dan penyediaan makanan yang terbaik untuk usia bayi awal 6bulan. Menu apa yang sesuai. So hasil pembacaan dan aktiviti menggoogle ni. Akhirnya akak decide untuk bagi Fa'iz makan puri buah-buahan dulu. Next baru sayur then seterusnya baru bubur. Cara penyediaan pun lebih kepada kukus, stim dan blender halus. Cara penyimpanan pun akak lakukan secara beku di freezer bagi tahan lama makanan tersebut. Memandangkan akak ni adalah wanita yang bekerja. Jadi mengalami kekangan masa untuk memasak ni. So akak akan tuka menu setiap 4 hari sekali. Maksudnya bila buat puri epal contohnya akak akan buat stock sehingga 4hari. Hari ke-5 akak akan tuka menu lain contoh puri pisang plak dan akan buat stock puri pisang untuk 4 hari punya makan. Kalau korang still tak faham. Tak pe. Nanti akak buat jadualnya bagi korang tengok ekkk.
Hah, nah amik kaww.. Ni ler contoh jadual yang menjadi panduan akak dalam menyediakan makanan si Fa'iz |
No comments:
Post a Comment