Pesanan Penaja ^_^

1 Dec 2015

Tips Mengelak Kebocoran Kewangan

Assalammuallaikum semua.

Wah ari ni dah 1 Disember. Cepatnya masa berlalu dah hujung tahun.

Tak lupa gak akak nak wish Happy Belated Birthday for my 2nd kiddos Muhammad Fa'iz Hilman untuk 1years pada 29 Nov hari tu. First kid akak Muhammad Faydh Hilman akan di sambut pada 3 Dis nanti untuk ke-3 tahun.

Uwaaa, sedihnya hati tengok anak-anak cepatnya membesar. Tak puas rasanya hati mengomol diorang masa kecikecik ni. Tau-tau Fayadh dah besar. Next year dah masuk tadika dah pun. Si adik plak masuk taska dah.

Jadi perbelanjaan makin bertambah. So this month this year kena rangka bajet utk next year plak.

Menteri-menteri kewangan "Sila Jalankan Tugas Anda" (ayat dituju untuk diri sendiri).

Semalaman akak duk fikir dan berbincang dgn Incik Padil mengenai perancangan kewangan kami untuk mengelakkan kebocoran duit di hujung2 bulan dan menghadapi suasana kewangan luar perancangan tahun depan.

Bila di lihat listed hutang yg dibuat. OMG..! Tak ada lebihnya. So no KFC no McD no Shoping2 no jalan2. Back to kehidupan 8 tahun lepas. Macmana waktu tu akak just kerja kilang sahaja dengan gaji RM 500 ++ sebulan. Ni kira gaji tak ada OT tau. Kalau overtime gila2 sabtu ahad dan kerja 12jam + OT ari2 pun baru dapat RM 1000 je sbulan. Waktu tu kenaikan gaji tahunan pn RM 5 setahun. Ada tu RM 3 setahun. Kalau bernasib baik prestasi kerja bagus pandai kipas bos lagi. Dapat ler RM 10 kenaikan setahun. Masih segar dalam otak akak ni. Permulaan kerja akak dulu basic RM450 selepas 4 tahun kerja last basic RM470 je. Naik RM20 je dalam 4tahun tu, Sedih kan?

Jadi waktu tu akak masih anak dara dan xda komitmen sangat. Just komit dgn parents sahaja. Bila dikenang balik waktu tu dgn kerja macam hamba. Penat dgn gaji 600 sbulan. Memang tak setimpal. Tapi alhamdulillah. Gaji waktu tu masih mencukupi dgn hutang kecik akak byr rumah parent RM250 sbulan, bagi mak, topup fon dan barang keperluan. Tapi waktu tu tak ada ler nak makan KFC setiap bulan macam sekarang. Setahun sekali nak makan KFC pun susah tau. Apatah lagi nak makan Kenny Roger's atau Pizza yang ketika tu bagi akak sangat mahal dan makanan tu utk orang kaya je.

Tapi dengan cara yang tersendiri akak manage duit. Alhamdulillah. Rasanya belum pernah akak hidup merempat dan belum pernah hidup akak dikelilingi hutang yang boleh buat akak pening kepala membayarnya. Apa sahaja barang yang nak dibeli semua ukur di baju sendiri dulu. Ikut kemampuan poket.

Satu je akak nak ingatkan korang untuk jadi kaya korang kena bijak mengawasi emosi korang sendiri. Kawal emosi untuk tidak bershoping. Kawal tekak untuk tidak makan yang sedap2 di restoran2 mewah. Ini salah satu tips untuk elakkan kebocoran kewangan dihujung2 bulan. Tapi kalau korang mampu dan tiada kebocoran kewangan sana sini. Ok je.. Ni atas diri sendiri jugak yea

Akak berkongsi apa yang akak terapkan dalam hidup akak. Bukan nak cakap akak perfect atau bagus sangat. Tapi cuba sharing benda2 yang bermanfaat ni kan. Bukan nak tunjuk pandai. Hokeyy..!



Antara tips yang akak amalkan untuk mengelak kebocoran duit dari sejak tamat sekolah lagi.

Tips #1 - Simpan Sebelum Belanja
Bila dapat gaji. Akak selalu buat simpanan terlebih dahulu. Kadang2 simpan RM 10 kadang2 RM 50 sebulan dalam ASB. Akak tak suka simpan yang ada ATM Kad ni. Bila ada ATM Kad ni mula ler gatal tangan nak mencucuk dkt mesin ATM tu. Bila dah bijak sedikit. Akak cuba buat potongan gaji automatik melalui company kilang. Bila dah kerja macam sekarang ni. Akak cuba buat simpanan melalui pelaburan ASB dan main kutu dgn kawan-kawan. Dapat kutu segedebuk. Simpan lagi. Ni antara cara akak membayar penat lelah akak bekerja. Walaupun tak nampak hartanya tapi nilai yang disimpan buat akak rasa lega. Penat kerja pun hilang tengok duit sentiasa ada tersimpan.

Tips #2 - Tukar Duit kepada Harta
Walaupun akak masih tak ada kereta sendiri. Tapi alhamdulillah akak ada rumah hasil kongsi beli bersama Incik Padil. Korang boleh baca 1st Properties kami. Selain tu akak try tukar duit yang tak seberapa ni kepada Gold Bar. Sebab kadang-kadang duit yang tersimpan dalam bank pun ada risiko nya. Apa risikonya? Nanti akak cerita di bab yang lain.

Tips #3 - Katakan "Tidak pada Kad Kreadit"
Ada yang cakap kad kreadit ni penting di saat waktu yang terdesak. Tapi sebenarnya kalau anda bijak menguruskan kewangan sendiri. Insya Allah. Anda tidak akan mengalami masalah kewangan di saat terdesak. Bila ada kad kreadit ni bahaya jika anda tidak mampu mengawal emosi dan nafsu anda untuk membeli. Walaupun tak nampak pengaliran duit keluar. Tapi anda terlupa tau2 hutang dah banyak. Jika ia tidak terkawal. Kad ini boleh buat korang pening untuk membayanya. Interest kad kreadit pun tinggi tau. Jadi please katakan Tidak for Kad ni.

Tips #4 - Berbelanja Secara Tunai
Jujur akak cakap memang jenis akak tak suka dgn kad kreadit. Kalau nak berhutang pun hanya cetern2 barang sahaja akak beli dgn berhutang contoh rumah atau kereta. Yang lain2 besanya akak simpan sikit2 duit dan baru beli barangan secara 'cash'. Jarang akak beli barangan secara ansuran. Kalau masih tak mampu nak beli dgn cash. Akak akan simpan dulu angan2 utk beli barangan tersebut. Cara ni mendisplinkan akak untuk tidak buat hutang2 yang akan membebankan akak.

Lagi satu akak tak suka simpan duit terlalu banyak dalam poket mahupun "cash di tangan". Bila ada duit sikit je dalam tangan mula ler nak membeli ntah apa2 barangan ntah. So akak selalu membeli menggunakan debit card. 0 interest payment.

Tips #5 - Bijak Berbelanja
"Bijak berbelanja" ni sangat penting tau. Bila dapat gaji selalunya mesti kita terasa nak makan yg sedap2 kan. Nak shoping barangan. Almaklum ler baru dapat gaji. Kita enjoy..! Kalau ini yang kita amalkan selalu. Nampak gayanya tengah bulan hingga ke hujung bulan makan mi segera ler jawabnya kan. So kita ubah tabiat ni. Kita cuba buat simpanan dahulu dan selesaikan perbelanjaan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan anak-anak terlebih dahulu. Then baru kita tengok bajet adakah boleh kita berbelanja atau pun tidak.

Macam akak. Hobi suka simpan resit pembelian. "Wallet" tu penuh bukan sebab banyak duit tapi full dek resit saje. Balik shoping akak akan buat list. Berapa banyak pengaliran duit keluar dan masuk untuk bulan tersebut.

Tips #6 - Tambah Sumber Pendapatan
Akak akui sekarang nilai RM50 tu sangat kecik dibandingkan nilai sewaktu akak kecil dulu. RM50 dulu boleh beli macam2 berbanding sekarang. Isi minyak kereta pun abis dah RM50. So cabaran kehidupan akan datang sangat tinggi. Semua barangan dah mahal. Itu kena bayar. Ini kena bayar. Jadi kalau nak berharap makan gaji dan tunggu gaji pada hujung bulan memang sangat2 strugle untuk berjimat. Jadi tak heran sekarang ramai yang buat part-time job. Ikut minat korang ler. Ada suka bisnes online, buat insurans, kerja partime di shoping complex, ada amik upah menjahit. Macam2 kerja part-time boleh dilakukan. Asal pekerjaan itu halal dan tidak memberi impak negatif pada pekerjaan hakiki korang. Jangan plak buat bisnes tapi curi2 masa kerja di ofis. Ponteng kerja sebab nak berbisnes. Hah, jangan ler macam tu plak. Apa2 pun bia rezeki yang kita dapat tu adalah dari sumber yang halal dan berkat. Baru bahagia kehidupan kita dan keluarga.

Tips #7 - No "Window Shoping"
Window shoping ni memang susah nak dipisahkan dari kaum hawa. Ini adalah salah satu pengubat stress kan. Tapi kalau asik nak mencuci mata dekat shopping mall. Lama kelamaan tersangkut gak kan untuk membeli. Bila dah membeli. Duit habis. Stress datang balik. So daripada terjebak better elakkan aktiviti window shopping ni. Berbelanja ikut senarai yang perlu sahaja. Kalau dah tengok2 barangan lain tu. Kang listed 10 barang tapi akhirnya terbeli 15 barang.

Tips #8 - Rajin Bersedekah
Ini adalah salah satu untuk mensucikan harta dan rezeki yang kita ada. Akak selalu tanamkan dalam hati ini dan cuba menerapkan nilai-nilai yang baik dalam membesarkan anak2 untuk berkongsi barangan dan bersedekah. Kita tak akan jatuh miskin kalau kita bersedekah. Biapun hanya RM 1 saje tapi jika ada keikhlasan. Insya Allah. Tuhan akan memperlipat gandakan rezeki yang kita perolehi. Semoga harta2 dan rezeki yang kita kecapi hari ini mampu kita berkongsi bersama dengan orang lain. Ingatlah..Dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain juga..

p/s : Satu je selalu akak ingatkan pada diri akak. Tak semesti orang yang kaya dan duduk dirumah yang besar dan mewah itu adalah kaya. Kadang-kadang duit simpanan kecemasan pun tak ada. Penuh dengan hutang. Dan jangan pandang rendah pada orang yang susah dan hidup besederhana itu. Ntah2 hidupnya lebih bahagia tanpa dikelilingi hutang di pinggang.

No comments: