Pesanan Penaja ^_^

23 Feb 2016

# Tips Ajar Anak Tinggalkan Pampers/ Lampin

Assalammuallaikum wbt.

Hai.

Parents dekat luar sana mesti risau kan. Anak makin hari makin membesar. Bijak. Tapi bab nak mengajar anak tinggalkan pampers diorang memang agak sukar sebenarnya nak di ajar. Banyak menguji kesabaran ibu bapa. Akak sendiri pun begitu. Ada pengalaman juga anak kencing atas tilam. Tapi tak pernah ler anak yak yak atas tilam atau yak merata2.

Akak Mira ada 2 orang anak sahaja. Pengalaman nak memberhentikan si Fayadh dari pempers pun baru sahaja lalui ni. Tu pun usia dia 3tahun baru dapat latih 100% tinggalkan pampers siang dan malam. Tapi....????

Ada tapi nya??? Hihihihi

Walaupun anak korang dah boleh mendengar dan memahami arahan yang diberi supaya nak shi shi (kencing) atau yak (berak) wajib ke toilet tapi adakala nya mereka ada gak ter shi shi di atas tilam. Maybe sewaktu leka bermain atau ketika tidur siang atau malam. Macam Fayadh walaupun dah 2bulan 100% stop pampers. Tapi ada ler sekali dua dia ter kencing atas tilam. Maybe sebab cuaca terlalu sejuk di waktu malam atau dia penat sgt bermain di siang hari dan menyebabkan malam dia tak mampu utk bangun ke toilet.

Jadi hari ni akak sharing serba sedikit step by step yg akak ajar pada Fayadh pada mula2 akak nak latih dia kurangkan memakai pampers.

Pertama : Akak ajar dia tanpa pampers di siang hari dahulu. Tapi ketika dia nak tidur siang dan malam. Wajib dipakaikan pampers. Sebelum tidur siang pula akak akan bagi Fayadh minum susu dalam cawan sejam atau 30minit sebelum dia masuk tidur dan minta si anak pergi kencing dulu di toilet sebelum mereka tidur. 

Kenapa akak ajar Fayadh minum susu dalam cawan bukan dalam botol susu? Sebabnya bila Fayadh minum susu dalam botol sambil baring dia seolah2 macam heaven sgt sampai minum 2 3 botol sekali gus. Ralit. Tu yang menyebabkan dia selalu kencing banyak dan menyukarkan akak nak stop kan dia dari berpampers. Lagipun Fayadh dh umur 3tahun patut dah berhenti minum dalam botol susu kan.

Kedua : Kalau di waktu tidur siang pula akak akan pastikan pampers yang anak pakai kering ketika dia bangun dari tidur. Kalau masih basah lagi. Bermakna ibu belum boleh lagi putuskan pempers anak di waktu siang. Jadi kena sabar dan buat lagi step pertama iaitu bagi susu sejam sebelum tidur dan minta mereka kencing dahulu sebelum ditidur kan.


Ketiga : Jika anak dah boleh dipisahkan pampers ketika tidur waktu siang dan bermain. Maka ibu boleh cuba ajar anak step pertama tadi iaitu bermain di waktu malam tanpa dipakaikan pampers. Tapi ibu kena selalu ingatkan mereka dan bertanya adakah mereka mahu kencing? Kalau ya. Ibu sila bawa anak ke toilet utk shi shi atau yak. Lepas tu ulang kembali step kedua. Kalau subuh tu pampers anak masih kering. Boleh cuba pakaikan anak pampers selama 3hari berturut2 dan keputusan pampers anak tetap kering di subuh hari. Jadi ibu boleh dah putuskan pampers anak dimalam hari pula.

Macam Fayadh siang dia boleh minum dalam cawan tapi malam dia akan cari balik botol susu dia. Kalau tak ada botol susu. Dia susah nak tidur dan akan tidur lambat. Jadi suatu hari akak sorokkan semua botol susu Fayadh dgn botol adik nya sekali. Bila Fayadh tanya mana botol dia. Jadi akak terpaksa auta Fayadh bagi dengan alasan "semua botol Fayadh telah dicuri orang. Jadi Fayadh kena minum dalam cawan dulu sementara nak tunggu mama gaji belikan botol baru." Jadi Fayadh boleh terima alasan ni. Alhamdulillah. Tapi bila time gaji dia akan ingat balik apa yang dijanjikan. Tapi akak tetap bagi banyak alasan dan akhirnya. Fayadh dah boleh terima tanpa botol susu dan terus berhenti botol susu.


Semenjak Fayadh dah berhenti minum susu dalam botol. Dia dah agak kurang minum susu. Kalau dulu balik je sekolah hampai 6botol susu dia minum menjelang ke malam. Sampai pampers pun kena tuka 2x waktu dia tido tghmalam. Sekarang dia lebih banyak minum air suam sahaja. Susu hanya sekali sekala dan kencing pun dah tak kerap seperti dulu dan dah boleh ke toilet untuk terkencing.

Keempat : Bila anak dah boleh dilatih tanpa pampers. Si ibu jangan lupa ajarkan mereka memakai underwear sebagai penganti pampers. Kadang2 diorang dah terbiasa dgn pampers jadi underwear ni nak mengajar mereka menjadi seperti orang dewasa pakai.

Kalau dulu bila pertama kali Fayadh pakai spender. Dia mesti tanya kenapa dia kena pakai spender? Kenapa adik tak pakai spender? Kenapa dia tak pakai pampers tapi adik kena pakai pampers? Si anak diusia 3tahun ni ada rasa perasaan ingin tahu. Asik bertanya je. Kadang2 letih nak menjawab nya. Jadi kita sebagai parents get ready dengan jawapan yang munasabah yang anak boleh terima secara rasional nya.

Macam akak selalu jawap Fayadh dah besar. Dah sekolah kena pakai spender. Tengok mama dan papa pun pakai benda yang sama macam Fayadh sebab mama dan papa dah besar. Adik kecik lagi dia kena pakai pampers sebab dia tak pandai bercakap lagi. Fayadh dah pandai cakap. Nak kencing atau yak bagitau mama dan papa. Yak di toilet.

Fayadh akan tanya lagi. Kenapa kena berak dekat toilet? Jadi akak akan cerita yang sbenarnya sebab yak tu najis. Najis tu kotor. Nanti kulit Fayadh kena gatal2 kalau yak dalam pampers atau merata2 sebab kencing dan yak ada kuman dan bakteria. Kalau kencing atau yak merata2 nanti bau busuk. Itu ler jawapan yang selalu akak berikan. Sebab fayadh akan tanya soalan yang sama setiap kali dia nak ke toilet atau tak berpampers. Tapi hanya sebulan je dan selepas tu dia dah tak tanya lagi dah. Rupanya disekolah pun dia di ajar seperti di rumah juga.

Alhamdulillah. Hampir 2bulan dah Fayadh tanpa pempers. Stock pampers yang ada pun dah jual balik dekat orang lain. Jimat dah duit papa tak payah beli pampers. Susu pun tak perlu beli banyak macam dulu. Puting dan botol susu pun tak perlu nak renew setiap bulan dah. Sangat2 jimat.

Ni hanya perkongsian ringkas pengalaman akak sahaja. Lain orang lain ceritanya sebab anak ni berbeza2 tau. Kalau korang ada anak umur 2tahun nak putuskan pampers. Boleh cuba cara akak ni tapi pastikan anak faham apa itu toilet? Apa itu kencing dan yak? Faham mendengar arahan.

Kalau anak tengah belajar putus pampers dan diorang ter yak terkencing merata2 ke.. Please jangan marahkan diorang. Cuba slow talk. Kenapa adik yak tak bagitau? Kan mama dah pesan nak shi shi kena gi toilet? Tunjuk kan arah toilet tu. Saba sikit hati tu. Kalau kita marah diorang. Nanti diorang akan takut dgn kita nak bagitau nak yak atau nak shi shi. Tau2 duk diam buat projek kan.

Lagi satu kalau di waktu malam nak ajar anak ke toilet. Lampu toilet atau lampu jalan menghala ke toilet tu tak payah ler padam. Biar terang supaya anak mudah ke toilet dengan sendirinya tanpa menganggu kita tidur. Anak ni takut gelap kadang-kadang. Yang penting jangan momokan mereka dengan mitos hantu ni. Asal malam ada hantu. Asal gelap hantu duk dalam gelap. Pleasee.... Benda2 ni pun menyumbang serba sedikit kegagalan kita untuk putuskan mereka pampers.

Sekian, terima kasih. Selamat Mencuba. Wassalam.

14 Feb 2016

Kesusahan Itu Guru Besar Ku...

Assalammuallaikum.

'Kesusahan Itu Guru Besar Ku'. Wah, tajuk dah macam bunyi tajuk cerpen. Tapi itu ler kebenarannya yang ramai orang tak tahu tentang pengalaman hidup akak yang lalu.

Orang ingat kesenangan dan kebahagian yang akak ada hari ni semuanya bermula selepas akak kawin. Tidak. Iya tidak bermula dalam setahun dua ini.

Hidup akak becampur baur. Lebih banyak sedih dan pahit daripada kebahagiaan. Bila duduk termenung. Kadang-kadang tak sedar ada air mata yang mengalir. Dalam tido pun selalu menangis sampai kena kejutkan dek suami.

Apa kan daya? Ini ler lumrah kehidupan. Bila susah orang tak nampak. Kawan-kawan pun jauhkan diri. Tapi bila senang baru ramai kengkawan datang dekat. Siap datang nak pinjam duit lagi. Aduhai. Serius akak cakap. Akak memang kurang berkawan. Yang hanya kawan2 ofis atau kawan2 sekolah je. Tu pun tak seakrab mana pun. Hanya Incik Padil 'bestfriend' akak kini dan selamanya. Masa akak banyak dihabis kan bekerja. Tak ada masa untuk melepak. Nak huahua dgn kawan-kawan pun curi-curi masa.

Dulu kita bukan orang senang. Tapi tidak ler susah sampai kena mengemis. Mak dan abah akak tidak pernah mengajar kami adik beradik dengan kemewahan. Tidak pernah menunaikan apa keinginan akak dengan sewenang-wenangnya. Kalau dulu akak pernah berasa marah dan sedih kerana janji dimungkiri hingga menyimpan perasaan dendam pada mak dan abah. Tapi hari ini akak terasa bangga dan bahagia hasil dari didikan itu. 'Susah itu mengajar ku erti kepayahan.' Akak kutip pengalaman lepas menjadi permata kebahagiaan akak hari ini.

Apa yang akak marah sangat sampai buat akak sedih? Berdendam??

Dulu akak bukan dilahirkan dari keluarga yang senang. Kalau nak komputer atau basikal tu. Bagi akak sangat mahal. Tak seperti anak sekarang. Belajar rajin2 dapat upah. Pandai dalam exam dapat gi melancong kan. Tapi kehidupan akak kena berusaha sendiri. Cukup sekadar belanja 80sen dari usia 7tahun hingga 9tahun. Naik sikit darjah 4 hingga darjah 6 dapat belanja RM 1. Masuk sekolah menengah dapat belanja kadang2 RM 1 dan kadang 50sen. Tapi kadang-kadang tak ada belanja pun. Anak-anak sekarang belanja sekolah pagi hingga petang RM 5 tau. Terkejut akak. Nanti akan datang dengan anak-anak akak sendiri pun akan di didik Fayadh dan Fa'iz seperti akak dulu. Bia diorang rasa susah seperti akak rasa dulu. Duit itu sangat tinggi nilainya.

Episod kesusahan ini ler membuatkan akak nekad cari duit belanja sendiri. Di usia 12tahun darjah 6  waktu tu akak mula amik upah jual nasi lemak pada kengkawan sekolah dengan jualan satu nasi lemak 80sen. Untung akak dibayar dengan upah satu nasi lemak untuk makan akak di pagi hari. Alhamdulillah. Hari itu belanja yang mak abah bagi akak simpan. Perut dah di isi dengan upah nasi lemak tadi. Setahun akak buat jualan ini.

Masuk sekolah menengah. Ditakdirkan akak bersekolah agak jauh dari kawasan tempat tinggal akak. Jadi akak tak boleh meneruskan jualan nasi lemak ini. Waktu persekolahan pun agak panjang hingga habis di petang hari baru balik. Jadi agak penat. Akak bertukar pulak kepada jualan gula2 kepada kawan2. Sebab tengok diorang asik mengantuk je dalam class. So akak supplier gula2 untuk diorang tidak mengantuk bila belajar hingga ke petang. Akak beli sebotol besar gula-gula macam Cloud 9, Kopiko dan Hacks dengan modal hasil duit tabungan akak selama ini. Aku packingkn sebungkus 5pcs gula2 harga 20 sen. Kali ni banyak sikit untung tapi tak kekal lama. Gara2 kawan-kawan yang suka makan gula dan buang plastik gula merata-rata. Akhirnya akak di panggil cikgu supaya menamatkan bisnes akak ni. Ermm Sedih sangat.

Tapi apa yang membuatkan akak mrah dan sedih hingga berdendam??

Oh lupa plak nak citer tadi.

Sebenarnya akak dulu usia 12tahun teringin sangat nak ada komputer yang waktu tu hanya orang kaya-kaya je boleh ada PC ni. Akak nak sebab nak belajar guna komputer. Bila belajar komputer di sekolah asik sharing dan berebut dgn kawan-kawan. Kadang-kadang akak dapat part pegang mouse je selebihnya kawan-kawan yang guna. Yea ler satu PC sampai 3pelajar. Belajar plak 30minit je. Time bila akak nak merasanya kan. Sedih sangat hati. Hasrat untuk memiliki PC ni di sua kepada emak dan abah. Emah abah setuju untuk keluarkan KWSP mereka belikan komputer ni yang pada tu bernilai RM5000 PC kepala besar tu kan. Hahahahha.

Yeahh, akhirnya mak tunaikan hajat aku ni. Seronok jiwa tak terhingga. Menghitung hari di kalender bila nak dapat duit nk pi beli PC ni.

Tapi bahagia itu hanya seketika. Bila janji dimungkiri. Kenapa?????

Jawapan kenapa PC akak tak dapat dibeli. Bia lah akak merahsiakan untuk diri sendiri sahaja. Tak ada sapa tau walaupun Incik Padil sekali pun kenapa janji ini di capati.

Waktu itu masih tiada dendam tersemat dijiwa. Umur ketika tu dah 14tahun pun. Waktu persekolahan hanya sampai tengahri sahaja tapi akak selalu hadiri class tambahan atau discussion bersama kawan-kawan dan cikgu. Akak di kategorikan class kedua dihadapan. Jadi masing-masing berlumba untuk dapat markah yang tip top. So usaha kena lebih. Bila dah sekolah sampai ke petang. Kadang-kadang akak tak ada kenderaan untuk balik dan terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sejauh 5km sehala. Sangat letih. Waktu tu kalau berjalan sorang2 pun tak ada isu jenayah atau penculikan berlaku. Jangan macam sekarang. Takut dah nak berjalan sorang2.

Jadi akak sua kan lagi hasrat untuk dapatkan basikal pulak. Akak mintak pada emak. Emak cakap 'kalau nak basikal. Belajar rajin-rajin. Dapat no 1, 2 atau 3 dalam class. Baru mak beli kan basikal.' Itu syarat emak. Jadi aku pegang janji dan syarat itu.

Exam pertenggahan tahun tingkatan 2 akak dapat no 3 dan hujung tahun akak dapat no 1. Janji tetap akak tagihkan. Akak tanya lagi pada emak bila dia nak tunaikan janji. Emak tidak belikan akak basikal pun. Janji di capati lagi.

Akhirnya akak nekad dalam hati. Akak sematkan jauh dilubuk paling dalam jiwa ni. Walaupun akak susah suatu hari nanti bia akak usahakan sendiri tanpa mengemis duit orang lain kerana bertapa susahnya kita meminta-minta untuk ditunaikan hasrat keinginan kita. Maybe waktu tu orang tua kita tidak sesenang hari ini kan. Ni akak cerita perasaan dulu ekk.

Jadi mulai usia 14tahun akak dah start buat kerja partime di waktu cuti sekolah Nov-Dis menjual buah dan air. Begitu gak ketika cuti pertengahan tahun di usia akak 15tahun di saat orang bz prepare study utk PMR. Akak bekerja mencari duit poket buat jualan walfer dan kayaball. Jadi setakat buat walfer dan kaya ball tu akak terrer beb buatnya. Perkerjaan ini akak buat setiap tahun hingga nak amik exam SPM.

Selepas exam SPM last paper semalam accounting paper. Hari ni akak dah mula bekerja sebagai cashier di Kedai Baker's Boy di Terminal 1 Seremban. Maknanya akak tak pernah duduk diam dirumah selepas habis SPM dulu. Akak tak pernah goyang kaki untuk dapatkan duit. Akak usaha atas titik peluh sendiri. Akak bekerja di kedai roti ni selama setahun dan akak beralih ke bidang kedai makan pulak. Akak bekerja sebagai cashier di restoran mamak selama 12jam 7pagi dan 7malam dgn upah RM15 sehari. Jadi upah sebulan RM450 untuk 30 hari bekerja. Kalau banyak cuti. Sikit ler gaji akak dapat bulan tu. Akak bekerja hanya 2bln-3bln sahaja.

Selepas tu akak bekerja di pasar plak. Jangan cakap akak tak biasa bau hamis hanyir dan busuk ikan-ikan di pasar tu. Hidung ni dah lali dgn bauan dan tangan ni bermain dgn kotoran. Dengan bekalan ilmu simple accounting. Usia 19tahun akak di offer oleh tauke kedai untuk buat billing pada customer di pasar. Sambil-sambil tu akak buat gak jualan ikan dan sayuran. Pekerjaan pasar ni bermula pk5 pagi. Di waktu rakan-rakan akak sibuk tidur berdengkur. Akak kena bangun pk4 pagi untuk siap-siap bekerja di pasar. Pekerjaan ni pun tak bertahan lama bila tauke kedai memberhentikan akak atas alasan anak dia nak gantikan tempat akak. Akak akur dan bermula ler episod hidup akak bergelar 'minah kilang'.

Kilang pertama dan terakhir akak bekerja adalah Kilang NWB (Nippon Wiper Blade) sebelum akak masuk sektor perkeranian ni. Akak bekerja sebagai operator pengeluaran sahaja dan akak bekerja selama 3tahun. Dari berat 49kg boleh kurus jadi 43kg tau. Sebab kerja ni berdiri, panas dan berat. Korang bayangkan ler kerja buat wiper kereta kan. Besi. Kotor berminyak jangan cerita. Makanan harian tu. Dalam bekerja sebagai minah kilang ni pun sempat lagi akak buat partime job jual barangan katalog. Alhamdulillah. Rezeki Allah yang bagi. Jualan ni walaupun untung sedikit tapi mampu ler akak menyimpan sikit demi sedikit untuk beli komputer idaman akak di usia 12tahun dulu. Di waktu yang sama akak da gak buat kerja partime hujung minggu di Kedai Serbaneka di Senawang waktu tu dgn gaji RM 3/jam. Asal tak kerja dikilang akak pasti kerja di kedai ni.

Untuk mencapai sasaran akak iaitu komputer idaman. Akak main duit kutu bersama kawan-kawan kerja kilang. Bila dah dapat duit kutu RM2000 kemain ler seronok nak pi beli PC idaman kalbu. Tapi sayang. Sayang seribu kali sayang. Atas masalah keluarga yang menimpa akak terpaksa korbankn duit kutu akak ini untuk membantu keluarga. Walaupun tersemat kekecewaan di dalam hati. Tapi akak yakin suatu hari nanti kecewa yang akak rasa hari itu akan di balas dgn nikmat kebahagiaan.

Apa masalah keluarga akak?

Ermm berat nak cerita. Tapi bia lah ia menjadi memory dalam lipatan hati akak.

Akak tak pernah putus asa. Akak usaha lagi mengumpul duit. Alhamdulillah pertengahan tahun 2009 bulan Jun di usia 22tahun akak dapat memiliki komputer yang akak inginkan. 10tahun tau akak tunggu komputer ni. Dari usia 12tahun nak kan dia. Akhirnya akak dapat beli dgn duit titik peluh akak sendiri. Dah ada PC peribadi. Setiap hari akak belajar menaip. Dari menulis diari dalam buku. Akak tulis diari dalam PC plak. Akak melatih tangan akak ni menaip walaupun tak laju.

Akhirnya di usia 22tahun gak pada bulan Ogos 2009 akak dapat khabar berita baik. Akak diterima bekerja dalam Sektor Kerajaan pada 20 Okt 2009 dua hari selepas birthday akak 18 Okt. Syukur sangat-sangat Allah SWT bagi akak hadiah hari jadi yang tak ternilai harganya.

Bermula episod hidup akak totally berubah sesangat-sangat menjadi lebih baik. Dari bidang perkejaan yang bermain dengan kotoran berminyak, berpanas, berdiri ke bidang pekerjaan yang lebih kemas dan teratur. Berhawa dingin. Duduk. dan pastinya akak akan mengadap ler komputer yang menjadi idaman akak sangat ni sampai ke tua. Bidang perkeranian. Kerani je sayang oiitt. Bukan big bos. Tapi akak bersyukur. Sekurang-kurangnya akak cuba perbaiki diri akak.

Walaupun kerja kerani. Bidang perniagaan tak pernah hilang dalam jiwa akak. Hidup di kota yang sesak ni KL. Akak kena bijak cari duit poket. Jadi akak buat jualan kek moist dgn harga RM45 pada kawan-kawan. Ni akak buat base on oder sahaja. Kadang-kadang buat jual barangan AVON. Ni semua partime sahaja dan bisnes suka-suka orang kata.

Hingga akak sambung belajar. Akak tetap tak guna duit mak dan abah. Akak sambung pertime study guna duit KWSP akak sendiri. Akak dah berjanji. Akak tak akan mengemis duit orang lagi. Hingga lah berkawin. Akak kawin guna duit simpanan sendiri tanpa minta duit mak abah mahupun pinjam pada sedara mara. Tidak. Akak usaha membina masjid dan mahligai cinta akak atas usaha peluh akak sendiri dan duit hadiah Incik Suami.

Alhamdulillah. Setelah pelbagai pengalaman yang dilalui dan apa yang terjadi. Hari ini Allah telah balas kekecewaan dulu dengan kebahagiaan yang datang bertimpa-timpa. Kalau dulu frust tak dapat basikal. Hari ni Allah berikan hadiah kereta yang Incik Padil hadiahkan. Walaupun aku tak drive kereta itu tapi akak tau itu hadiah Incik Padil pada akak. Akak rela dia menjadi driver akak selamanya.

Kalau dulu berdendam tak dapat komputer. Sekarang nah amik ler komputer sebijik Allah bagi kan dengan kurniaan rezeki perkerjaan menghadap komputer hari-hari. Kalau dulu serik kerja berdiri 12jam sehari. Hari ni amik kerusi sebutir ni duduk ler kamu wahai si Mira sampai tepu punggung asik nak duduk je. Hihihihi.

Kalau dulu teringin merasai pengalaman orang kayo-kayo naik kapal terbang. Hari ni keinginan akak tertunai bila Incik Padil ajak bercuti kesana sini dengan terbang tinggi ke Langkawi dan Bali. Tapi tak kaya pun naik yang promo sahaja. Murah. AA bukan Mas.



Alhamdulillah. Rezeki yang akak dapat. Kita kongsi bersama orang-orang yang kita sayang. Dapat bawak mak mertua dan kak ipar berjalan ke Langkawi.

Mak dan abah sendiri bila nak bawak jalan??

Jangan risau. Hujung tahun ni turn mak dan abah pulak. Tiket telah ditempah. Harap-harap ia berjalan dengan lancar nanti.


Bali i'm coming.


Betul orang cakap. Kalau nak rezeki lebih murah. Kawin lah. Jangan takut kawin. Ada rezekinya pada orang yang berkawin dan yang ada anak ni. Lagi banyak anak lagi murah rezekinya.

Hari ini akak masih buat bisnes secara sambilan. Cukup ler sekadar buat jualan tudung dan produk kesihatan. Mencukupi apa yang tak cukup. Bak kata kawan akak buat duit pasar kan.

Jauh di sudut hati. Akak masih mencari-cari peluang bisnes yang sesuai dgn jiwa akak.

Pada mak dan abah terima kasih sebab mengajar anak mu kesusahan di waktu dulu. Mak dan abah telah mengajar saya erti berdikari. Mengajar saya bertaba nilainya duit itu.

That whay akak selalu berkira bab duit ni. Bukan kedekut tau. Tapi akak belajar bertapa susahnya nak cari duit. Kalau membeli mesti buat kira-kira dulu. Fikir keperluan ke kehendak. Kalau jumpa duit ditengah jalan 5sen atau 10sen pun akak kutip tau. Kerana itu rezeki. Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Berjalan dipasar malam pun jumpa duit 20sen ke 5sen pun akak kutip. Sampai Incik Padil naik heran duit sikit tu pun nak kutip ke. Kang kena langgar dek orang baru tau. Bahahahhaah. Duit-duit ni ler selalu memenuhkan tabung ko cik abe weiii..

Tak lupa pada suami ku yang sentiasa membantu akak menjayakan jualan akak setiap minggu.

Eh eh ada orang tanya ler dah senang jangan lupa zakat? Sedekah?

Adik-adik. Kakak-kakak. Abang-abang. Terima kasih mengingati diri saya. Tapi sesunggungnya itu semua telah saya lakukan. Cuma akan akak nak tunjukkan pada orang nak update dekat FB sedekah dan zakat kita. Walaupun akak 24/7 suka mengupdate status. Tapi ada part-part tertentu. Tak perlu ler akak nak bagitau orang kan. Nanti orang cakap riak. Bia ler amalan ini yang ketahui Allah Swt sahaja. Dia Maha Mengetahui Niat hati akak.

* Maaf tak ada gambar ketika akak bekerja dulu-dulu. Dulu handfon ni hanya keperluan utk telefon sahaja. Fon pun cap ayam. Tak ada kamera tau. So memory hanya dalam ingatan sahaja. Tak dapat nak diabadikan dalam gambar.