Assalammuallaikum.
'Kesusahan Itu Guru Besar Ku'. Wah, tajuk dah macam bunyi tajuk cerpen. Tapi itu ler kebenarannya yang ramai orang tak tahu tentang pengalaman hidup akak yang lalu.
Orang ingat kesenangan dan kebahagian yang akak ada hari ni semuanya bermula selepas akak kawin. Tidak. Iya tidak bermula dalam setahun dua ini.
Hidup akak becampur baur. Lebih banyak sedih dan pahit daripada kebahagiaan. Bila duduk termenung. Kadang-kadang tak sedar ada air mata yang mengalir. Dalam tido pun selalu menangis sampai kena kejutkan dek suami.
Apa kan daya? Ini ler lumrah kehidupan. Bila susah orang tak nampak. Kawan-kawan pun jauhkan diri. Tapi bila senang baru ramai kengkawan datang dekat. Siap datang nak pinjam duit lagi. Aduhai. Serius akak cakap. Akak memang kurang berkawan. Yang hanya kawan2 ofis atau kawan2 sekolah je. Tu pun tak seakrab mana pun. Hanya Incik Padil 'bestfriend' akak kini dan selamanya. Masa akak banyak dihabis kan bekerja. Tak ada masa untuk melepak. Nak huahua dgn kawan-kawan pun curi-curi masa.
Dulu kita bukan orang senang. Tapi tidak ler susah sampai kena mengemis. Mak dan abah akak tidak pernah mengajar kami adik beradik dengan kemewahan. Tidak pernah menunaikan apa keinginan akak dengan sewenang-wenangnya. Kalau dulu akak pernah berasa marah dan sedih kerana janji dimungkiri hingga menyimpan perasaan dendam pada mak dan abah. Tapi hari ini akak terasa bangga dan bahagia hasil dari didikan itu. 'Susah itu mengajar ku erti kepayahan.' Akak kutip pengalaman lepas menjadi permata kebahagiaan akak hari ini.
Apa yang akak marah sangat sampai buat akak sedih? Berdendam??
Dulu akak bukan dilahirkan dari keluarga yang senang. Kalau nak komputer atau basikal tu. Bagi akak sangat mahal. Tak seperti anak sekarang. Belajar rajin2 dapat upah. Pandai dalam exam dapat gi melancong kan. Tapi kehidupan akak kena berusaha sendiri. Cukup sekadar belanja 80sen dari usia 7tahun hingga 9tahun. Naik sikit darjah 4 hingga darjah 6 dapat belanja RM 1. Masuk sekolah menengah dapat belanja kadang2 RM 1 dan kadang 50sen. Tapi kadang-kadang tak ada belanja pun. Anak-anak sekarang belanja sekolah pagi hingga petang RM 5 tau. Terkejut akak. Nanti akan datang dengan anak-anak akak sendiri pun akan di didik Fayadh dan Fa'iz seperti akak dulu. Bia diorang rasa susah seperti akak rasa dulu. Duit itu sangat tinggi nilainya.
Episod kesusahan ini ler membuatkan akak nekad cari duit belanja sendiri. Di usia 12tahun darjah 6 waktu tu akak mula amik upah jual nasi lemak pada kengkawan sekolah dengan jualan satu nasi lemak 80sen. Untung akak dibayar dengan upah satu nasi lemak untuk makan akak di pagi hari. Alhamdulillah. Hari itu belanja yang mak abah bagi akak simpan. Perut dah di isi dengan upah nasi lemak tadi. Setahun akak buat jualan ini.
Masuk sekolah menengah. Ditakdirkan akak bersekolah agak jauh dari kawasan tempat tinggal akak. Jadi akak tak boleh meneruskan jualan nasi lemak ini. Waktu persekolahan pun agak panjang hingga habis di petang hari baru balik. Jadi agak penat. Akak bertukar pulak kepada jualan gula2 kepada kawan2. Sebab tengok diorang asik mengantuk je dalam class. So akak supplier gula2 untuk diorang tidak mengantuk bila belajar hingga ke petang. Akak beli sebotol besar gula-gula macam Cloud 9, Kopiko dan Hacks dengan modal hasil duit tabungan akak selama ini. Aku packingkn sebungkus 5pcs gula2 harga 20 sen. Kali ni banyak sikit untung tapi tak kekal lama. Gara2 kawan-kawan yang suka makan gula dan buang plastik gula merata-rata. Akhirnya akak di panggil cikgu supaya menamatkan bisnes akak ni. Ermm Sedih sangat.
Tapi apa yang membuatkan akak mrah dan sedih hingga berdendam??
Oh lupa plak nak citer tadi.
Sebenarnya akak dulu usia 12tahun teringin sangat nak ada komputer yang waktu tu hanya orang kaya-kaya je boleh ada PC ni. Akak nak sebab nak belajar guna komputer. Bila belajar komputer di sekolah asik sharing dan berebut dgn kawan-kawan. Kadang-kadang akak dapat part pegang mouse je selebihnya kawan-kawan yang guna. Yea ler satu PC sampai 3pelajar. Belajar plak 30minit je. Time bila akak nak merasanya kan. Sedih sangat hati. Hasrat untuk memiliki PC ni di sua kepada emak dan abah. Emah abah setuju untuk keluarkan KWSP mereka belikan komputer ni yang pada tu bernilai RM5000 PC kepala besar tu kan. Hahahahha.
Yeahh, akhirnya mak tunaikan hajat aku ni. Seronok jiwa tak terhingga. Menghitung hari di kalender bila nak dapat duit nk pi beli PC ni.
Tapi bahagia itu hanya seketika. Bila janji dimungkiri. Kenapa?????
Jawapan kenapa PC akak tak dapat dibeli. Bia lah akak merahsiakan untuk diri sendiri sahaja. Tak ada sapa tau walaupun Incik Padil sekali pun kenapa janji ini di capati.
Waktu itu masih tiada dendam tersemat dijiwa. Umur ketika tu dah 14tahun pun. Waktu persekolahan hanya sampai tengahri sahaja tapi akak selalu hadiri class tambahan atau discussion bersama kawan-kawan dan cikgu. Akak di kategorikan class kedua dihadapan. Jadi masing-masing berlumba untuk dapat markah yang tip top. So usaha kena lebih. Bila dah sekolah sampai ke petang. Kadang-kadang akak tak ada kenderaan untuk balik dan terpaksa berjalan kaki balik ke rumah sejauh 5km sehala. Sangat letih. Waktu tu kalau berjalan sorang2 pun tak ada isu jenayah atau penculikan berlaku. Jangan macam sekarang. Takut dah nak berjalan sorang2.
Jadi akak sua kan lagi hasrat untuk dapatkan basikal pulak. Akak mintak pada emak. Emak cakap 'kalau nak basikal. Belajar rajin-rajin. Dapat no 1, 2 atau 3 dalam class. Baru mak beli kan basikal.' Itu syarat emak. Jadi aku pegang janji dan syarat itu.
Exam pertenggahan tahun tingkatan 2 akak dapat no 3 dan hujung tahun akak dapat no 1. Janji tetap akak tagihkan. Akak tanya lagi pada emak bila dia nak tunaikan janji. Emak tidak belikan akak basikal pun. Janji di capati lagi.
Akhirnya akak nekad dalam hati. Akak sematkan jauh dilubuk paling dalam jiwa ni. Walaupun akak susah suatu hari nanti bia akak usahakan sendiri tanpa mengemis duit orang lain kerana bertapa susahnya kita meminta-minta untuk ditunaikan hasrat keinginan kita. Maybe waktu tu orang tua kita tidak sesenang hari ini kan. Ni akak cerita perasaan dulu ekk.
Jadi mulai usia 14tahun akak dah start buat kerja partime di waktu cuti sekolah Nov-Dis menjual buah dan air. Begitu gak ketika cuti pertengahan tahun di usia akak 15tahun di saat orang bz prepare study utk PMR. Akak bekerja mencari duit poket buat jualan walfer dan kayaball. Jadi setakat buat walfer dan kaya ball tu akak terrer beb buatnya. Perkerjaan ini akak buat setiap tahun hingga nak amik exam SPM.
Selepas exam SPM last paper semalam accounting paper. Hari ni akak dah mula bekerja sebagai cashier di Kedai Baker's Boy di Terminal 1 Seremban. Maknanya akak tak pernah duduk diam dirumah selepas habis SPM dulu. Akak tak pernah goyang kaki untuk dapatkan duit. Akak usaha atas titik peluh sendiri. Akak bekerja di kedai roti ni selama setahun dan akak beralih ke bidang kedai makan pulak. Akak bekerja sebagai cashier di restoran mamak selama 12jam 7pagi dan 7malam dgn upah RM15 sehari. Jadi upah sebulan RM450 untuk 30 hari bekerja. Kalau banyak cuti. Sikit ler gaji akak dapat bulan tu. Akak bekerja hanya 2bln-3bln sahaja.
Selepas tu akak bekerja di pasar plak. Jangan cakap akak tak biasa bau hamis hanyir dan busuk ikan-ikan di pasar tu. Hidung ni dah lali dgn bauan dan tangan ni bermain dgn kotoran. Dengan bekalan ilmu simple accounting. Usia 19tahun akak di offer oleh tauke kedai untuk buat billing pada customer di pasar. Sambil-sambil tu akak buat gak jualan ikan dan sayuran. Pekerjaan pasar ni bermula pk5 pagi. Di waktu rakan-rakan akak sibuk tidur berdengkur. Akak kena bangun pk4 pagi untuk siap-siap bekerja di pasar. Pekerjaan ni pun tak bertahan lama bila tauke kedai memberhentikan akak atas alasan anak dia nak gantikan tempat akak. Akak akur dan bermula ler episod hidup akak bergelar 'minah kilang'.
Kilang pertama dan terakhir akak bekerja adalah Kilang NWB (Nippon Wiper Blade) sebelum akak masuk sektor perkeranian ni. Akak bekerja sebagai operator pengeluaran sahaja dan akak bekerja selama 3tahun. Dari berat 49kg boleh kurus jadi 43kg tau. Sebab kerja ni berdiri, panas dan berat. Korang bayangkan ler kerja buat wiper kereta kan. Besi. Kotor berminyak jangan cerita. Makanan harian tu. Dalam bekerja sebagai minah kilang ni pun sempat lagi akak buat partime job jual barangan katalog. Alhamdulillah. Rezeki Allah yang bagi. Jualan ni walaupun untung sedikit tapi mampu ler akak menyimpan sikit demi sedikit untuk beli komputer idaman akak di usia 12tahun dulu. Di waktu yang sama akak da gak buat kerja partime hujung minggu di Kedai Serbaneka di Senawang waktu tu dgn gaji RM 3/jam. Asal tak kerja dikilang akak pasti kerja di kedai ni.
Untuk mencapai sasaran akak iaitu komputer idaman. Akak main duit kutu bersama kawan-kawan kerja kilang. Bila dah dapat duit kutu RM2000 kemain ler seronok nak pi beli PC idaman kalbu. Tapi sayang. Sayang seribu kali sayang. Atas masalah keluarga yang menimpa akak terpaksa korbankn duit kutu akak ini untuk membantu keluarga. Walaupun tersemat kekecewaan di dalam hati. Tapi akak yakin suatu hari nanti kecewa yang akak rasa hari itu akan di balas dgn nikmat kebahagiaan.
Apa masalah keluarga akak?
Ermm berat nak cerita. Tapi bia lah ia menjadi memory dalam lipatan hati akak.
Akak tak pernah putus asa. Akak usaha lagi mengumpul duit. Alhamdulillah pertengahan tahun 2009 bulan Jun di usia 22tahun akak dapat memiliki komputer yang akak inginkan. 10tahun tau akak tunggu komputer ni. Dari usia 12tahun nak kan dia. Akhirnya akak dapat beli dgn duit titik peluh akak sendiri. Dah ada PC peribadi. Setiap hari akak belajar menaip. Dari menulis diari dalam buku. Akak tulis diari dalam PC plak. Akak melatih tangan akak ni menaip walaupun tak laju.
Akhirnya di usia 22tahun gak pada bulan Ogos 2009 akak dapat khabar berita baik. Akak diterima bekerja dalam Sektor Kerajaan pada 20 Okt 2009 dua hari selepas birthday akak 18 Okt. Syukur sangat-sangat Allah SWT bagi akak hadiah hari jadi yang tak ternilai harganya.
Bermula episod hidup akak totally berubah sesangat-sangat menjadi lebih baik. Dari bidang perkejaan yang bermain dengan kotoran berminyak, berpanas, berdiri ke bidang pekerjaan yang lebih kemas dan teratur. Berhawa dingin. Duduk. dan pastinya akak akan mengadap ler komputer yang menjadi idaman akak sangat ni sampai ke tua. Bidang perkeranian. Kerani je sayang oiitt. Bukan big bos. Tapi akak bersyukur. Sekurang-kurangnya akak cuba perbaiki diri akak.
Walaupun kerja kerani. Bidang perniagaan tak pernah hilang dalam jiwa akak. Hidup di kota yang sesak ni KL. Akak kena bijak cari duit poket. Jadi akak buat jualan kek moist dgn harga RM45 pada kawan-kawan. Ni akak buat base on oder sahaja. Kadang-kadang buat jual barangan AVON. Ni semua partime sahaja dan bisnes suka-suka orang kata.
Hingga akak sambung belajar. Akak tetap tak guna duit mak dan abah. Akak sambung pertime study guna duit KWSP akak sendiri. Akak dah berjanji. Akak tak akan mengemis duit orang lagi. Hingga lah berkawin. Akak kawin guna duit simpanan sendiri tanpa minta duit mak abah mahupun pinjam pada sedara mara. Tidak. Akak usaha membina masjid dan mahligai cinta akak atas usaha peluh akak sendiri dan duit hadiah Incik Suami.
Alhamdulillah. Setelah pelbagai pengalaman yang dilalui dan apa yang terjadi. Hari ini Allah telah balas kekecewaan dulu dengan kebahagiaan yang datang bertimpa-timpa. Kalau dulu frust tak dapat basikal. Hari ni Allah berikan hadiah kereta yang Incik Padil hadiahkan. Walaupun aku tak drive kereta itu tapi akak tau itu hadiah Incik Padil pada akak. Akak rela dia menjadi driver akak selamanya.
Kalau dulu berdendam tak dapat komputer. Sekarang nah amik ler komputer sebijik Allah bagi kan dengan kurniaan rezeki perkerjaan menghadap komputer hari-hari. Kalau dulu serik kerja berdiri 12jam sehari. Hari ni amik kerusi sebutir ni duduk ler kamu wahai si Mira sampai tepu punggung asik nak duduk je. Hihihihi.
Kalau dulu teringin merasai pengalaman orang kayo-kayo naik kapal terbang. Hari ni keinginan akak tertunai bila Incik Padil ajak bercuti kesana sini dengan terbang tinggi ke Langkawi dan Bali. Tapi tak kaya pun naik yang promo sahaja. Murah. AA bukan Mas.
Alhamdulillah. Rezeki yang akak dapat. Kita kongsi bersama orang-orang yang kita sayang. Dapat bawak mak mertua dan kak ipar berjalan ke Langkawi.
Mak dan abah sendiri bila nak bawak jalan??
Jangan risau. Hujung tahun ni turn mak dan abah pulak. Tiket telah ditempah. Harap-harap ia berjalan dengan lancar nanti.
Bali i'm coming.
Betul orang cakap. Kalau nak rezeki lebih murah. Kawin lah. Jangan takut kawin. Ada rezekinya pada orang yang berkawin dan yang ada anak ni. Lagi banyak anak lagi murah rezekinya.
Hari ini akak masih buat bisnes secara sambilan. Cukup ler sekadar buat jualan tudung dan produk kesihatan. Mencukupi apa yang tak cukup. Bak kata kawan akak buat duit pasar kan.
Jauh di sudut hati. Akak masih mencari-cari peluang bisnes yang sesuai dgn jiwa akak.
Pada mak dan abah terima kasih sebab mengajar anak mu kesusahan di waktu dulu. Mak dan abah telah mengajar saya erti berdikari. Mengajar saya bertaba nilainya duit itu.
That whay akak selalu berkira bab duit ni. Bukan kedekut tau. Tapi akak belajar bertapa susahnya nak cari duit. Kalau membeli mesti buat kira-kira dulu. Fikir keperluan ke kehendak. Kalau jumpa duit ditengah jalan 5sen atau 10sen pun akak kutip tau. Kerana itu rezeki. Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Berjalan dipasar malam pun jumpa duit 20sen ke 5sen pun akak kutip. Sampai Incik Padil naik heran duit sikit tu pun nak kutip ke. Kang kena langgar dek orang baru tau. Bahahahhaah. Duit-duit ni ler selalu memenuhkan tabung ko cik abe weiii..
Tak lupa pada suami ku yang sentiasa membantu akak menjayakan jualan akak setiap minggu.
Eh eh ada orang tanya ler dah senang jangan lupa zakat? Sedekah?
Adik-adik. Kakak-kakak. Abang-abang. Terima kasih mengingati diri saya. Tapi sesunggungnya itu semua telah saya lakukan. Cuma akan akak nak tunjukkan pada orang nak update dekat FB sedekah dan zakat kita. Walaupun akak 24/7 suka mengupdate status. Tapi ada part-part tertentu. Tak perlu ler akak nak bagitau orang kan. Nanti orang cakap riak. Bia ler amalan ini yang ketahui Allah Swt sahaja. Dia Maha Mengetahui Niat hati akak.
* Maaf tak ada gambar ketika akak bekerja dulu-dulu. Dulu handfon ni hanya keperluan utk telefon sahaja. Fon pun cap ayam. Tak ada kamera tau. So memory hanya dalam ingatan sahaja. Tak dapat nak diabadikan dalam gambar.
No comments:
Post a Comment