Pesanan Penaja ^_^

28 Jan 2016

Hobi Suka Berangan. Ntah Jadi Ntah kan Tidak...

Hai.

Sapa sini suka berangan? Sila angkat tangan. T_T

Korang-korang boleh ler geng dengan Kak Mira sapa yang kuat berangan tu. Kak Mira memang akui sangat suka berangan dari kecik sampai ler ke tua ni. Tak abih-abih berangan. Kalau nak kan sesuatu atau minat pada sesuatu benda tu. Mesti nak berangan dulu.

Contohnya nak kan Lesen kereta atau motor ke? Mesti berangan dulu. Kalau da lesen ni. Sapa aku nak bawak dulu? Nak amik lesen kereta dulu ke moto? Kereta apa ek nak beli? Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi dibuatnya dan selalunya apa yang Kak Mira mimpi kan selalu menjadi kenyataan. Tapi kalau bermimpi kawin dgn anak raja atau menjadi Milinionare ke. Belom penah ler pulak menjadi kenyataan nya. Sebab akak tak pernah berangan pun dan tak payah berangan benda yang merepek. Yang menjadi kenyataan selalu mimpi2 yang berasas dan rasional ler.

Contohnya dulu akak pernah berangan nak ada rumah sendiri. Kononnya bila tengok program dekat tv yang 'Deko-deko bersama Eric' atau 'Casa Impian' tu. Mula ler berangan nak buat rumah akak suatu ari nanti gaya gini gaya gitu ibarat macam banyak sangat duit nya. Konsep sana konsep sini. Walaupun ketika akak berangan tu zaman akak kerja kilang kan. Gaji sebulan pn RM600 je. Of course mana mampu nak beli rumah sendiri ketika itu. Tapi akak selalu ler duk ronda-ronda naik motor area Senawang dulu tu pi tengok rumah2 orang kan. Kalau nampak rumah orang besar dan mewah sikit. Start dah berangan dalam hati 'bila aku nak ada rumah macam ni'. Mesti seronok ada rumah sendiri. Besar. Mewah. Yang pasti ada 'swimming pool'. Hihihi. Tapi apa salahnya berangan-angan dulu kan. Dari angan2 boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti. Yang penting ada usaha nak ke arah tu. Bukan angan-angan Mat Jenin.


Kalau dulu berangan. Sok2 kalau da rumah sendiri. Bab kitchen nak design ala gini. Simple. Warna hijau tu wajib sebab feveret kaler.

Sekarang ni tak ada ler akak mampu beli banglo siap swimming pool kan. Tapi syukur atas rezeki anak-anak. Akak mampu tumpang rezeki suami dengan rumah baru yang Incik Padil beli ni. Walaupun tak ada kolam mandi. Tapi alhamdulillah. Ini yang termampu Incik Padil belikan untuk anak2 dan isteri dimasa depan. Walaupun tak dapat nak hias dan deko2 ala2 'Casa Impian' tapi cukup ler Incik Padil dah realisasi kan rumah ni bab dapurnya mengikut warna yang akak minat. Bukan tak nak deko cantik2 tapi rumah ni sebagai 'investment' sahaja. Just sewakan.


Tadaaaa..!! Ini ler design dapur rumah kite. Still kaler hijau ekk. Walaupun just 10% je yang mampu direalisasikan angan2 ku. Tapi ahkak still happy.


Lagi satu akak nak kongsikan cerita zaman akak kerja kilang dulu dan sewaktu ekonomi merosot sedikit tahun 2008-2009 kot. Semua kilang ramai buang pekerja. Tapi alhamdulillah kilang akak tak buang pekerja cuma production menurun. Jadi waktu bekerja jadi tak menentu. Sekejap kerja sekejap cuti. Bila waktu 'shut down production' akak akan cuti. Time ni ler buat 'part time job' yang ketika tu akak bertugas sebagai 'cashier' di Kedai Serbanika area Senawang ni. Dah nama pun cashier kan. Bukannya ramai customer pun. Bila duk melepak sengsorang dekat kaunter mula ler nak berangan lagi. 

'Hai serononknya kalau kerja depan komputer kan. Mesti best jadi kerani duk depan PC duk dalam aircond. Tak perlu berdiri sampai lenguh kaki. Tak perlu nak rushing berlari sana sini mengejar target production. Boleh pkai baju cantik2. Make up.Time tu dah cantik2. Baru boleh dapat boyprend kaya' Hahahahahah. Materialistik. Plastik betul akak ko ni kan.

Hah dasyat Kak Mira punya angan-angan kan. Dah ler time tu akak bukan pandai pun bab komputer ni. Menaip pun tak laju tapi berangan tinggi melangit. Siap nak boyfriend kaya plak tu. Aduhai. Mira oh mira. Sekarang ni bila throwback balik angan2 akak waktu dulu-dulu. Buat akak gelak sengsorang. Tapi tak ada yang mustahil pun. Alhamdulillah. Hari ni akak dah bekerja pun depan komputer. Hari-hari boleh gi ofis pakai baju cantik2. Melaram dengan handbag, heel 4' dan makeup tebal 10'. Haahhahaah. Tipu je.

Zahirnya sekarang. Nah amik ko. Ni ler kenyataannya.


Memang Kak Mira kerja di ofis. Kerja memang menghadap komputer 8jam sehari sampai naik juling mata ni. Sakit tengkuk tau. Kalau dulu sakit kaki sebab banyak berdiri dan berlari. Sekarang sakit tengkuk dan jari sebab banyak menunduk dan menaip. Apa2 pun bersyukur sesangat akak. Angan-angan menjadi kenyataan dah.


Tapi kalau korang fikir akak kerja ofis boleh pakai handbag cantik2 dan makeup tebal2 macam dalam drama tu kan. Gi ofis semua berskirt labuh dengan blazernya. Tapi ni ler hakikat kehidupan beg yg sempat akak sambar dirumah dan akak selalu usung ke sana sini. Senang isi banyak barang.


Pagi2 gi kerja pun tak sempat makeup tau. Kalau bereyeliner mata tu dah kira sempat ler tu. Kadang2 hanya berlip balm sahaja. Kadang2 tak mekeup pun. Siap semua dekat ofis.


Lepas tu jangan plak nak bermimpi nak berheel ala2 4' atau 5' ekk. Semenjak dah ada anak 2orang ni. Berselipar lebih selesa. Sebab pagi2 dah huru hara menyiapkan diorang dan menghantar ke taska dan tadika. Terkejar2 menghantar diorang sambil melayan karenah diorang pagi2 yang boleh buat aku moody tau. Stressss..!


Kalau dulu berangan nak boyfriend kaya. Sekarang ini ler boyfriend Kak Mira dan selamanya. Kaya budi bahasa. Comel kan? Sekarang lagi comel. Tu gambar lama tu. 4tahun dlu punya gambar. Hikhikhik x_x

Hobi berangan memang tak pernah abih. Incik Padil dah naik muntah hijau dah melayan angan-angan akak yang sentiasa bertukar-tukar ni.



Hari tu berangan nak melancong ke Jepun. Sampai terbawa2 dalam mimpi. Esok dekat ofis terus check tiket flight ke Japang berapa ribu riban nak kena bayar. Siap buat calculation plak tu bajet kewangan ke sana. Yang parah siap lagi tanya kengkawan yang pernah ke sana. Lepas tu baca plak cerita-cerita pengalaman blogger terkenal yang pernah ke Japan- http://kasihaleeya.blogspot.my/2015/02/osaka-kyoto-japan-trip.html dan http://ellyinwonderland.blogspot.my/2013/11/tokyo-day-1.html


Teringin rasanya nak tengok pemandangan Bunga Sakura di Jepun. Cantik kan?


Pastu bawak anak2 main2 di disneyland plak.

Wah, semakin excited hati ni. Balik terus cerita dekat Incik Padil. Bertapa bestnya kalau dapat gi Jepun kan. Akak ko ni cerita penuh excited tau siap gaya tangan lagi. Berangan nak bawak anak ke Jepun gak. Kononnya takut rindu tinggal anak lama2. Berangan lagi. Anak2 mesti seronok dapat jalan-jalan gi Disneyland Jepun kan, abang. Ermmm, reaksi Incik Padil mcam biasa setia melayan cerita2 akak yang merepek ni. Last2 dah hari2 dia duk dgr akak cerita pasal ke Jepun. Bosan. Terus Incik Padil tanya 'sayang nak ke Jepun. Mana duitnya? Ada ke duit nak ke sana? 

Erkkk. Melopong sekejap mulut tu. Hahahahah. Memang ler tak ada duit. Tapi kita boleh usahakan berjimat dan mengumpul duit dari sekarang. Tu jawapan balas akak. Sekadar nak puaskan hati akak je. Zahirnya kami memang tak mampu lagi ke sana. Tapi untuk puas kan hati akak ni. Tak pelah. Tak salah baca pengalaman indah orang berjalan ke oversea ni. One day ada rezeki akak. Insya Allah dapat ler tu ke Matahari Terbit.

Suggestion Incik Padil mudah je. Daripada sayang berangan nak ke Jepun siap simpan duit dan berjimat lagi. Baik sayang pasang niat buat umrah sambil  berjalan ke Istanbul. Dah alang2 bajet kewangan pun sama amount kan dengan bajet ke Jepun. Baik kita sucikan rezeki yang kita dapat ni. Kita pun bukan orang senang. Apa sahaja nak buat mesti ikut perancangan kan. 

Ermm. Bernas gak idea Incik Padil ni. Yea ler daripada kita keluar duit berbelas ribu stakat jalan2 8hari 7malam di Jepun. Buat umrah ziarah amount sama gak boleh gi 15hari 12malam ke Mekah. Lama sedikit ke sana. Not bad idea.

Dengar je suggestion Incik Padil tu yang ada betulnya. Akak pun berangan plak nak buat umrah sambil berjalan ke Istanbola ni. Wah menarik gak. Siap google travel agent mana yang sesuai dan boleh dipercayai nak buat umrah ziarah ni.

Antara travel agent yang fofular yang selalu menjadi pilihan para jemaah untuk buat umrah dan haji. Ni selepas akak google pengalaman orang buat umrah ziarah memang ramai amik travel agent ni. Sambil buat umrah sambil berjalan. Ada yang pakej umrah+Morocco, umrah+ Abu Dhabi Dubai dan banyak lagi ler. Kena gi dekat website diorang.



Cantikkan pemandangan waktu ni. Sejuk mata memandang.



Harapan akak semoga apa yang diangan dan dihajati ni. Tercapai ler hendaknya. Semoga Allah permudahkan urusan akak untuk datang melawat ke rumah Nya suatu hari nanti. Insya Allah. Amin.

No comments: