Pesanan Penaja ^_^

5 May 2016

Bali : Part 4 - Barong Dance, Tirtha Empul & Kintamani

Barong Dance, Tirthe Empul & Kintamani

Entry sebelum ni...

Puas dah berjalan semalam sampai kaki pun naik lenguh dan melecet ni. Suara pun dah bertukar garau. Nasib baik badan dah tak panas dah. Kalau tak macam spoil pulak percutian ni.

So apa program hari ni?

Hari ni  hari ke-2 kami di tanah Bali. In Sya Allah kalau di izinkan tuhan kami akan pergi ke 6 tempat yang sangat popular di Bali yang menjadi tarikan pelancong. Kami nak guna khidmat Pak Supir ni sebaik mungkin almaklum ler dah bayor kan. Aicehh.. Macam mahal sgt Pak Supir tu aku bayar yea. Kerah tenaga macam buruh kontrak. Hukhukhuk.

Orang cakap kalau datang ke Bali pasti akan datang semula ke sini. Tapi bagi akak cukup ler sekali ni je ke Bali. Akan datang kita bercuti plak ke tempat lain kan. Indonesia ni banyak tempat yang menarik lagi yang boleh Kak MB masuk kan dalam diari sbg tempat untuk di lawati.

Hari ni pukul 5 pagi akak dah bangun. Sebab subuh sini awal. Pk6 pagi dah cerah dah. Jadi lepas je subuh Kak MB dan Incik Padil keluar berjalan-jalan area Pantai Kuta. Nasib baik ada orang dekat receptionist sebab nak ke Pantai Kuta ni kena berjalan dalam 10minit gak dari hotel tapi akak tak tau arah mana nak ikut.

Lepas je orang tu bagi direction ke pantai. Akak pun keluar sambil menghirup udara segar. Tak banyak kereta lagi time ni. Maybe semua orang masih tido kot. Kedai pun tak ada yang buka lagi. Kiri kanan persekitarannya pun bersih dan terjaga. Tak ada sampah tau. Walaupun susun atur bangunannya agak rapat2 dan sempit.

Bila sampai di pantai rupanya ramai gak pak cik makcik yang bertugas untuk mengutip sampah. Agaknya diorang ni kot yang tolong membersihkan sampah-sampah yang ada dikaki lima ni. Pantai Kuta memang bersih. Ombak dia besar. Memang sesuai untuk aktiviti surfing.



Satu budaya masyarakat Bali yang akak perasan ler. Setiap rumah kedai, kenderaan atau rumah diorang mesti ada benda alah ni. Apa benda ni? Cer teka??? Cer teka???


Hah ni ler Banten namanya. Pagi-pagi mesti diorang letak Banten ni di hadapan kedai, rumah, motorsikal, kereta dan banyak lagi ler... Kata pak supir ni upacara keagamaan diorang bagi mengelakkan di timpa nasib malang atau nasib kurang baik. Kalau yang ada kedai tu. Banten di letak di hadapan kedai supaya jauh dari malapetaka dan lebih murah rezeki. Kalau ada kereta, motor, lori atau apa saje ler. Letak banten supaya tidak ditimpa kecelakaan.



Banten ni banyak rupa dan saiz. Tengok jenis apa upacara keagaamaan tu.

Lepas kami berjalan-jalan di pesisiran Pantai Kuta. Kami pun berjalan terus mencari sarapan. Area Kuta ni ada Hard Rock Cafe tau. McD pun ada.

So Mcd ni 24h jadi depan pintu ada tulis Halal. Jadi kami masuk dan oder Burger Cheese bersama nasi. Menarik tau McD Bali ni ada nasi. Beza di Malaysia ada ayam je tapi nasi tak ada.

Dah kenyang. Jom balik ke hotel cepat bersiap sebabnya pukul 8.00 pagi pak supir akan pick up kami untuk bawa ke destinasi seterusnya.

Bagus pak supir ni muda dan on-time. Kami belum turun. Dia dah sampai dulu. Siap call bertanya di mana ibu yea. Hihihii. Kak MB nak bagi no fon pun akak dah lupa mana letaknya nama kad pak supir tu. Maaf yea..

Next destination Kak MB akan ke Batu Bulan untuk tengok Barong Dance pulak.

Apa yang menariknya Barong Dance ni? Macam Kecak Dance gak ke?

Barong Dance dan Kecak Dance adalah berbeza penceritaannya. Kalau semalam Kecak Dance mengisahkan cerita epik Ramayana tapi Barong Dance pula mengisahkan cerita tentang kehidupan manusia Barong (Kebaikan) menentang Rangda (Kejahatan). Cerita ini di aplikasikan dalam bentuk tarian. Banyak tarian yang di sembahkan. Kak MB tak ingat dah nama2 tarian tu. Kisah Barong Dance ni adalah seperti cerita Hindu zaman dulu iaitu Mahabarata.







Part ni diorang buat persembahan cucuk2 badan plak. Aduhai. Akak ingatkan parang tu adalah mainan punya. Rupanya parang real ohkey. Tajam. Tapi bila diorang tusuk ke badan masing-masing tak luka . Almaklum ler Barong Dance ni. Sekejap dia menari sekejap dia buat lakonan ala teater. Kang menari lagi. Tau2 pakcik baju putih tu muncul kembali. Akak rasa uncle baju putih tu pawang diorang kot. Ralit sangat group diorang mencucuk-cucuk badan dengan parang. Datang pawang direnjis air. Terus sedar dah.



Habis pertunjukan. Incik Padil offer. Ayang gi ler amik gambar dgn diorang buat kenangan. Tapi bila tengok balik gambar monyet, raksasa yang menyeramkan. Ermm tak jadi ler. Kita amik je gambar penari ni dgn patung ala lembu jadian tu. Jadi ler. Ada gak kenangan di Barong Dance Batu Bulan ni.

Untuk masuk ke Barong Dance di Batu Bulan akan dikenakan bayaran.

  • Harga tiket Barong Dance Rp 50,000 seorang. 

Pertunjukan selama 1 jam.

Lepas ni kita ke Tampak Siring untuk ke Pura Tirtha Empul iaitu satu tempat yang dikenali sebagai Air Suci.

  • Harga tiket ke Pura Tirtha Empul ni Rp 15,000 seorang.

Mengikut apa yang Kak MB tau. Pura Tritha Empul ni adalah tempat untuk orang buang sial, buang badi atau buang kejahatan yang melekat dekat badan seseorang tu. Sebab air nya suci dan bersih. Guna ler Safi Balqis. Hikhikhik. Kalau korang ada hajat yang nak dimohon boleh gak mandi di kolam khas yang disediakan. Mana kolamnya??? Saba ekk. Nanti akak tayang gambar dia jap lagi. Skroll lagi ke bawah.


Kasi layan dulu gambar kenangan.


Kalau nak berendam tu boleh sekali yea ibu. Tapi pastikan di bacai dulu syarat-syaratnya terlebih dahulu iye. Ngak boleh mandi sebarangan dong. Ding Dong Bell. Hahahaha


Seni bina pintu masuk yang unik. Majoriti seni bina semua pintu masuk rumah atau mana2 tempat ada patung ala2 raksasa yang menyeramkan. Ini kalau malam bulan mengambang ni maun meremang bulu roma duk tengok patung cenggini.

Kalau nak ke tempat suci ni pun korang perlu menutup aurat gak ibarat kita nak masuk ke masjid ler. Memandangkan Incik Padil pakai short pant so kena ler pakai kain sarung yang diberikan. Free je kain tu. Nanti balik pulang ler kain tu jangan bawak balik Malaysia plak.


Walaupun air ni dikata kan mampu menunaikan hajat kita tapi sebagai orang Islam akak tak mandi pun dekat situ. Kita ada tuhan dan kepercayaan sendiri. Jadi akak datang ke sini untuk tengok budaya dan kepercayaan masyarakat Bali ni. Air dia memang sangat jernih macam di tapis. Tapi sebenarnya air ini datang nya dari bawah tanah atau lebih dikenali mata air di Malaysia.


Kalau sapa yang ada badi atau sial yang susah sangat nak buang setelah direndam clorox pun tak maun tanggal gak badi korang. Boleh ler berendam dalam air ni bermula dari hujung sana permulaan air pancuran keluar sehingga ke pancuran air yang terakhir. Sambil mandi buang sial. Sambil mohon hajat. Kalau nak berhajat pun jangan lupa bawak banten sekali ek. Banten ada disediakan di sini. Tapi Kak MB tak tau ler kena bayar ke tak banten ni.




Ni ler punca sumber air jernih tadi. Kalau perhatikan betul-betul dalam gambar ni. Ada gelembung air panas yang keluar dari tengah2 kolam ni yang akan mengalir masuk ke dalam kolam khas tempat orang berhajat tadi.

Dah nama pun sumber air mata air kan memang ler jernih dan bersih tapi kepercayaan diorang. Ini sangat magik dan ia dianggap suci.

Asyik berjalan sampai tak sedar dah ke tengah hari. Bila anak cacing dalam perut dah berbunyi kriukkk kriukkk kriukk baru sedar. Makan time.

Nak makan dekat mana ni? Bali dah ler susah cari makanan halal?

Tanya pak supir dia bagi suggestion kita ke Kintamani dulu untk melihat Volcano then baru pergi makan area situ.

Volcano ni apa wei??? Hah, kalau korang nak tahu Volcano ini adalah Gunung Berapi Volcano a.k.a Gunung Batur yang masih aktif tau. Nak masuk sini pun berbayar yea. Kemain lagi buat duit diorang ni.

  • Harga tiket Volcano Batur Rp10,000 seorang.


Cer korang tengok perbezaan gunung berapi yang atas tu warna hijau muda dan gunung yang rendah sikit tu dah gelap kan.. Itu ler kesan pengaliran lava yang keluar menyimbah bumi.. Tapi tanah gunung berapi ni bagus untuk pertanian kerana ia subur. Cuma tanaman tak boleh hidup disitu sebab haba bawah tanah tersangat panas. Habih semua tanaman mati dikerjakan nya. Yang gunung kaler hijau muda tu masih separuh aktif lagi dan boleh meletup.



Ketinggian Gunung Batur ni kira-kira 1300 kaki dan lebih tinggi dari Cameron Highlands. tapi cuaca di sini tidak sesejuk di Cameron. Waktu tengahhari di Kintamani sangat ler panas dan terik.

Di sebelah kanan gunung berapi ni plak sebenarnya ada sebuah tasik tau. Ia terbentuk akibat daripada letusan gunung berapi sehingga membentuk sebuah kawah yang besar dan menjadi tasik.


Ni ler tasik yang Kak MB habaq tadi. Pandang kiri gunung berapi. Pandang kanan tasik. View sini sangat cantik walaupun matahari tengah terik waktu ni.


Biapun peluh membasahi badan. Senyum sayang jangan tak senyum ohkeyyy. Gambar kenangan dulu yea.

Wei korang.. Aku dah lapar ni... Moh ler kita makan wei. Perut kawe dah keroncong untuk ana dah ni.

Kalau tengok blog kawan2 ramai yang suka makan di restaurant yang menghadap Volcano ni. Tapi pak supir bagitau restaurant yang menghadap Volcano tu tak sedap. Nama kedainya pun kami tak tau. Kedainya memang ramai orang kerana pengunjung nak makan sbb view nya cantik.


Ni ler gambar restaurant yg Kak MB maksudkan tu. Gambar ni dari sumber Google yea. Katanya makanan dia tak sedap. Wallahualam.. Tapi view dia memang cantik. Romantik je.


Ermmm.. Dah di kata tak sedap kedai tu kan. Jadi kita nak kan kedai makan yang sedap dan harga pun berbaloi. View cantik ke idak belakang kira. Pastinya HALAL.

Jadi dibawanya ler kami ke Kintamani Restaurant ni yang berada di seberang daripada restaurant yang menghadap Volcano tadi.


Ta daaa... Ni dia Kintamani Restaurant. Yang menyaji kan makanan masyarakat Bali secara buffet. Harga untuk seorang adalah Rp 80,000 tidak termasuk tax gov.

Rasa makanan di sini bagi Kak MB boleh ler. Sedap jugak. Ada ayam.. Ada daging.. Ada sayur.. Ada western gak.. So kami melantak puas2 sebelum meneruskan perjalanan sampai ke petang nanti.



Maaf ler. Gambar masa Kak MB makan tak hado nak di abadikan. Bila nampak makanan dah ngupe tak tentu arah dah. Kebuluq. Sempat amik gambar no meja je. Tu pun waktu ni Incik Padil dah pi amik makanan dah. HIhihihii. Akak je terhegeh2 nak amik gambar.

Berkkkkk.. (Bunyi sendawa gajah) Alhamdulillah. Kenyang dah.. Baru senang hati. Baru ada tenaga nak berjalan balik.

Ok. Sebelum Kak MB terlupa. Di Bali ni memang susah nak cari masjid sebab majoriti mereka menganut agama Hindu. Jadi lepas makan. Korang boleh solat di restaurant ni dulu yea. Tempat solat dan toilet nya bersih.

Perut dah kenyang. Jom kita teruskan perjalanan kita. Perjalanan baru separuh hari ni. Ada banyak tempat lagi nak pergi. Tapi entry ni akak rasa dah panjang sgt kot. So kita bersambung next entry ekkkk.

Ke mana kita niey?????? Bersambung......

No comments: