Pesanan Penaja ^_^

18 May 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 6 Shinjuku & Tokyo Metropolitan Government Building

Entry sebelum ni Day 6 Sensoji Temple, Asakusa.

Hai.

Kita sambung cerita yea.

Dari Asakusa ke Shinjuku tak jauh mana pun. Hanya 30 minit jer sampai dah ke Shinjuku Station dengan bayaran 330yen.


Ni adalah pemandangan Shinjuku Station dari Terminal Bas Express Shinjuku yea.

Station ni besar dan sesak jadi korang kena berhati-hati yea bila sampai di Shinjuku Station nya sebab Kak MB nyaris-nyaris sesat di sini tau. Sebab stationnya sangat besar dan bersambung pula dengan shopping complex di kiri kanan tau. So di sini banyak pintu keluarnya. Orang Jepun pun sesat jugak di sini apatah lagi kita yang foreigner ni.

Akak pun tak pasti keluar pintu mana. Tau-tau jer dah berhadapan dengan Shinjuku Expressway Bus Terminal. Kami terus jer menyeberang jalan menuju ke terminal ni.


Tapi sebenarnya Kak MB ingin mencari bangunan Subaru yang menjadi landmark akak untuk ke terminal bus ni. Sebab akak ada baca satu blog ni yang dia menaiki bus dari bangunan yang berdekatan landmark yang akak cari.


Tu ler bangunan yang ada signboard Subaru yang akak cari tu. Time ni mula ler akak dengan Incik Padil nak bertekak dah sebab tak jumpa apa yang di cari. Dah setle beli tiket baru jumpa bangunan tu.

Sabar jer wahai si Incik Padil kan.


Bila dah tak jumpa bangunan yang di cari. Kami terus naik ke tingkat atas dan bertanya pada information centre di Expressway Terminal Bus ni. Rupanya bangunan terminal bus ni baru jer siap. So kalau nak naik bas ke Mount Fuji atau kemana sahaja destinasi korang nak pi dengan menaiki bas. Boleh ler korang naik dari sini yea. Tak perlu dah nak berjalan jauh mencari landmark yang akak cakapkan tadi.



Naik jer ke tingkat 4. Di situ nanti korang boleh beli tiket bas dan tunggu bas pun di situ juga.

Buat pengetahuan korang. Untuk ke Mount Fuji korang boleh menaiki train atau bus express.Tapi korang perlu buat reservation seat terlebih dahulu di website ni Reservation Express Bus Mount Fuji tanpa perlu buat bayaran yea.

Sebab masa yang sesuai untuk tengok Mount Fuji dengan jelas adalah di awal pagi. Kalau dah ke tengahari baru sampai di Mount Fuji. Takut nanti Fujisan tak nampak sebab dilitupi awan. Jadi bas di awal pagi selalu fully booking. Tapi kalau korang nak walk-in terus beli tiket pun boleh. Cuma nanti dapat giliran naik bas lewat cikit je ler.

Harga tiket bas untuk ke Mount Fuji 1,750yen/sehala sahaja dengan perjalanan 1jam 45minit. Harap-harap esok Fujisan memunculkan diri ler yea.

Lepas jer selesai beli tiket Fujisan ni. Kak MB terus mencari kedai Big Camera di area shopping complex di Shinjuku Station. Ni pun akak tanya pak Google tau.


Alhamdulillah. Nasib tak sesat lagi. Akhirnya kami jumpa kedai Big Camera ni. Sebab hanya di sini sahaja Kak MB boleh dapatkan tiket Tokyo Subway. Big Camera ni pun tak jauh dari terminal bas tadi.


Penggunaan tiket Tokyo Subway ni sangat jimat tau kalau korang tak guna JR Pass. Sebab tiket ni cover semua train Tokyo Metro dan Toie Subway lines sahaja. Harga tiket dijual pun mengikut valid masa yang diberi 24jam, 48jam ataupun 72 jam.

Tarikh dan waktu 1st penggunaannya akan di catat di belakang tiket. (rujuk gambar di atas)

Kak MB beli yang 48jam penggunaan jer dengan harga 1,200 yen. Lepas tu korang boleh naik train subway atau metro berpuluh kali pun dalam tempoh masa 48jam ni. Naik ler sampai muntah. Tak akan ada any charge di kenakan.

Untuk maklumat lanjut. Sila klik di sini yea Tiket Tokyo Subway 

Syukur. Alhamdulillah. Semua urusan setle dah dalam pukul 11 pagi. Selepas ni Kak MB nak tengok pulak bangunan kerajaan mereka iaitu Tokyo Metropolitan Government Building yang sememangnya dekat jer di Shinjuku ni juga.

Dari Shinjuku Station korang ada 2 pilihan nak ke bangunan kerajaan mereka ni. Sama ada naik train atau berjalan kaki. Kalau korang decide naik train. Korang boleh naik dari Shinjuku dan turun ke Station Tocho-mae dalam 7 minit perjalanan jer. Dan dari Tocho-mae Station hanya 3minit berjalan ke bangunan kerajaan ni.

Tapi Kak MB pilih berjalan kaki jer dengan si cinta hati. Itu lebih menyeronokkan bila berjalan di tempat orang dalam sejuk-sejuk ni kan. Bukannya berpeluh pun. Jarak dari Big Camera ke Tokyo Metropolitan Government ni pun tak jauh hanya 1km jer.

Kalau takut sesat. Boleh tanya pakcik Google balik. Nanti pakcik Google akan bawak korang ke destinasi yang korang nak pi.


Yeahhhh, Kak MB dah sampai pun di depan Tokyo Metropolitan Government Building.


Wah, tingginya.




Bangunan kerajaan diorang ni ada 2 menara tinjau tau. Satu di North Observatory dan satu lagi di South Observtory. Masuk free.

Kalau korang jenis travel ciput bajetnya. Sini pun boleh tengok pemandangan cantik di sekitar Tokyo.Tak perlu nak gi panjat Tokyo Skytree mahupun Tokyo Tower untuk melihat pemandangan cantik sekitar Tokyo. Yang pasti entrance nya free.



Ini ler pemandangan Tokyo dari tingkat 48 dengan ketinggian 799m.


Padatkan bangunan mereka?

Bak kata kengkawan Kak MB yang menetap di Tokyo. Padatnya rumah-rumah mereka sampai nak bagi makanan ke jiran sebelah pun. Just hulur dari tingkap ke tingkap jer. Tak perlu ketuk pintu rumah jiran sebelah dah. :-)




Jelaskan pemandangan Tokyo Skytree dari sini.

Tokyo Skytree


Dan yang merah tu pula bukan pencawang elektrik tapi itu ler Tokyo Tower.

Tokyo Tower



Kalau time korang naik ke sini langitnya cerah. Insya Allah. Dari bangunan kerajaan ni pun korang boleh nampak view Mount Fuji yang sejauh 118km tu.


Hah, tu dia Mount Fuji dari jauh.

Puas Incik Padil nak zoom tau Fujisan tu. Nasib kamera ok. Gambar tak pecah.





Cantiknya Fujisan. Harap-harap esok ko muncul ler yea. Bila akak ke sana nanti.

Walaupun akak tau dah ramalan cuaca esok adalah hujan di sepanjang hari di Kawaguchiko Lake. Tapi akak tak berhenti berharap. Wikwikwiwk

Selepas sejam setengah di sini. Kami pun dah puas dah melihat pemandangan sekitar Tokyo..

So Kak MB pun teruskan berjalan di sekitar tingkat 48 ni yang turut menjual pelbagai cenderahati. Ada banyak permainan dan bear serta patung disney di sini.


Tertiba akak ternampak patung getah ultraman dan raksasa ni dan terus Kak MB teringatkan si Fayadh. Kalau dia ada ni mesti dia sakat akak membelinya. Tapi bila tengok harganya balik macam agak mahal juga dalam RM 25 ke RM 35 compare akak beli ultraman diorang cap 2inggit jer. Hahahah (langkah berjimat) Terus Kak MB tak belikan.

Tapi bila akak dah keluar dari bangunan ni. Tup tup kawan akak ada yang PM minta belikan ultraman ni untuk anak dia. Katanya murah harga di Jepun. Kalau di Malaysia patung ultraman jenis getah ni dalam RM 50 ke RM 80 mengikut saiz.

Lorghhhhh... Menyesal pulak tak beli kan. Mana ler Kak MB tau kan market harga patung ultraman tadi di KL. Kalau tau. Boleh beli untuk Fayadh sekali.

Bila Kak MB dah decide tak nak shopping lagi di sini. Incik Padil pun ajak turun semula ke bawah.

Time tengah beratur di lift nak turun ler. Kak MB ternampak signboard ni.


Cer teka apa makna signboard ni? hahahahah.

Sila abaikan gambar di atas yea.

Kami pun turun ke bawah dan teruskan berjalan untuk solat pula.

Walaupun di bangunan ni tak di sediakan bilik dan ruang untuk bersolat. Tapi dibelakang bangunan ni ada satu park rekreasi yang time ni pokok-pokok nya semua tinggal ranting jer. So di sini tak ramai yang datang. Maybe tak ada yang menarik. Sebab musim sejuk. Kalau musim bunga. Maybe pokok-pokok yang tinggal ranting ni cantik dengan sakura kot.

So di sini kami berhenti berehat seketika. Boleh ler bersolat.

Selesai urusan kami pun meneruskan perjalanan ke Shibuya dan seterusnya ke Harajuku pula.

Next entry Shibuya Crossing.

14 May 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 6 Sensoji Temple, Asakusa

Entry sebelum Day 5 Odaiba City

Hai.

Assalammuallaikum.

Ohayogozaimasu (おはようございます)

Fuh, jenuh Kak MB nak menghabiskan cerita ni. Banyak sangat kerja. So banyak entry yang pending.

2bulan kot blog ni berlumut. Maaf sangat pada korang yang menanti entry Kak MB. Kak MB sangat sibuk nak setup bisnes baru Kak MB iaitu MB_mall_online.

Korang boleh like laju-laju di FB page MB Mall Online dan ig @mb_mall_online yea.

So hari ni kita sambung balik cerita dan kali ni Kak MB ke area Sensoji Temple, Asakusa dulu then baru ke Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku.

Apa yang menarik tentang bangunan kerajaan diorang ni?

Korang kena baca ler next entry pula di Shinjuku nanti.

Pagi ni seperti biasa pk3 pagi akak dah ready bangun, sarapan dan solat subuh. Seterusnya pk6.30 pagi akak dah terpacak di Sensoji Temple ni yang betul-betul belakang dari penginapan Kak MB di Asakusa ni.

Kalau dari Homestay akak dah boleh dengar bunyi beduk di ketuk dari temple ni. Tu menandakan masuk waktu solat bagi agama Buddha di sini.




Terbina nya Sensoji Temple ni pun ada kisahnya. Nak akak cerita kan pun panjang lebar. So korang baca ler di info ni yea Sensoji Temple.


Pagi ni di Nakamise Street masih belum ada lagi kedai yang di buka. Kebiasaannya perniagaan di sini beroperasi pada pukul 9 pagi hingga ke 7 malam. Kalau korang nak amik gambar di area Sensoji Temple dan Kaminarimon ( Kaminari Gate) iaitu pintu gerbang utama di hadapan Asakusa Informatin Centre tanpa ramai orang. Sila datang di awal pagi yea.


Ni akak dah datang awal sempat ler amik gambar Sensoji Temple tanpa crowd. Tu pun ada juga terselit sorang dua dalam frame. Tapi ni time orang yang beragama Buddha datang sembahyang.


Sekarang akak berhadapan dengan pintu gerbang kedua iaitu Hozomon Gate yang terletak di dewan utama kuil. Pintu gate utama belum lagi akak lalui. Sebab temple ni betul-betul dekat dgn homestay akak. So jalan shortcut je tadi. Tapi nak shopping masih belum boleh lagi.

Jom kita masuk ke dalam yea. Tengok apa yang ada di dalam Sensoji Temple ni.


Hah, ni ler rupa Sensoji Temple. Masa Kak MB datang time ni diorang tengah menukar tirai purple depan tu. Tapi akak tak masuk pun ke dalam temple tu. Just jalan-jalan area luar ajer.


Ni adalah salah satu pancuran air suci yang ada di hadapan temple ni. Korang boleh minum menggunakan bekas air yang telah di sediakan di situ.


Maklumat yang Kak MB baca sesapa yang minum air suci ni dengan niat yang baik. Insya Allah ia mampu menunaikan apa yang kita hajatkan.

Contoh korang nak sihat, kaya ke. Insya allah nanti korang akan dapat apa yang di inginkan.

Tu adalah kepercayaan mereka.


Akak tak minum pun air nya.


Di sebelah kiri Sensoji ni ada sebuah pagoda tau yang mempunyai 5 tingkat tapi sayangnya diorang tengah buat renovation. Manakala di sebelah kanan pula ada gerai yang menjual makanan.


Korang nampak tak binatang apa yang tersembunyi di atas? Hahahahah.

Sah-sah ia tak halal.




Jadi Kak MB tengok-tengok ajer. Tak membeli pun sebab kenyang lagi dan tak boleh makan untuk kita. Tak sesuai.

So kita patah balik semula ke jalan utama yang ada pintu gerbang besar iaitu Kaminarimon Gate.





Seni bina yang cantik. Ukiran bangunan temple ni pun menarik dan teliti. Setiap patung-patung yang menjadi hiasan temple ni pasti ada kisah di sebaliknya. Cuma Kak MB jer tak tau apa ceritanya.




Time ni dah pukul 8 pagi. Ada juga kedai-kedai yang dah mula di buka. Sempat jugak ler Kak MB riki-riki souvinier FM untuk sahabat di opis kan. Tiba-tiba mata Kak MB ni ternampak satu group orang pakai tudung ler. Muka macam melayu. Orang tu pun pandang akak.

Bila mereka menyapa Kak MB. Rupanya orang Malaysia ler. Mereka ni trip adik beradik dari utara katanya.

Wowwww, punya ler excited hati akak dapat jumpa rakyat Malaysia di Tokyo. Selama 6 hari di bumi Jepun ni kali ke empat kami bertemu rakyat Malaysia yang datang bercuti bersama keluarga. Kami ajer yang travel bajet secara backpacker dan berdua.



Ni ler Kak Nadya bersama adik beradik mereka. Kak Nadya yang bertudung biru berkacamata hitam tu. Ramah sungguh orang nya. Tak sombong. Adik beradik mereka pun hebat-hebat juga. Mereka ni dari Era Edar Marketing Sdn Bhd. Hebat bisnes mereka. Kak MB pula terasa kedil bergambar dengan orang-orang hebat ni. Segan.

Sempat jugak ler kami bergambar sebagai kenangan dan bertuka-tuka FB. Mana ler tau Kak MB boleh cilok sikit ilmu-ilmu dan aura orang berbisnes ni kan. Untung-untung akak juga berjaya seperti mereka satu hari nanti. Amin..

Cer korang tengok gambar atas belah kanan tu ada amoi Jepun melintas kan??

Sedang Incik Padil sibuk amik gambar kami. Tertiba dia baik hati offer diri nak amikkan gambar Incik Padil bersama kami semua.

Alhamdulillah. Baik sungguh orang Jepun ni yea. Sanggup menolong walaupun tak kenal dan tak fasih bahasa pun. Ada juga kenangan Incik Padil. Selalu fotographer jarang dapat bergambar kan?



Pandai gak awek Jepun tu amik kan gambar ni.

Cun..

Selepas tu kami pun membawa haluan masing-masing. Yang Kak Nadya and the geng menghala ke Sensoji Temple manakala akak nak ke Information Centre Asakusa pula.

Bangunan Information Centre, Asakusa ni pun betul-betul berhadapan dengan pintu gate utama di Kaminarimon Gate. Korang kalau nak jimat duit tapi still nak melihat pemandangan Asakusa dari atas. Korang boleh datang ke sini yea. Naik ke level 8.

Kalau korang ada bajet lebih. Korang boleh tengok pemandangan di Asakusa dan di sekitar Tokyo melalui Menara Skytree dengan berjalan kaki sejauh 1.4 km atau pun menaiki train dari Asakusa ke Oshiage Station.

Melihat sepanjang perjalanan 250m di Nakamise Street ni. Rupanya Nakamise Street ni juga berdekatan dengan Shin-Nakamise Shopping Street. So kalau korang nak beli souviner murah-murah. Boleh ler datang ke sini yea. Pelbagai jualan ada terjual di sini.


Hah ini ler pintu gerbang utama yang Kak MB cakapkan tadi. Kalau korang turun di station subway Asakusa ni. Korang akan nampak ramai pengunjung menghala ke sini. So korang follow je crowd reramai tu yea.


The Big Lantern. Landmark untuk ke Sensoji Temple.




Time ni dah ramai dah yang datang ke sini. So agak susah sikit nak amik view pintu gerbang utama ni tanpa manusia. Kalau nak amik pemandangan gerbang ni tanpa orang ramai. Sila datang awal pagi dalam pukul 7 yea. Jadi akak amik gambar jugak ler di sini sebagai kenangan kan.

So selepas tu akak terus ke Bangunan Infornation Center di depan pintu gerbang utama Sensoji ni jer.


Hah, ni ler bangunannya.


Untuk nak dapatkan maklumat mengenai lokasi, tempat yang menarik serta restoran dan makanan halal yang ada di Asakusa ni. Boleh dapatkan maklumat di sini. Para petugas akan menjawap segala pertanyaan anda dalam dwi-bahasa iaitu Japaneese and English language. Pamplet pun ada dwi-bahasa juga. Akak amik pamplet Bahasa Melayu ler.

Untuk melihat pemandangan cantik Asakusa. Korang kena naik lift ke tingkat 8. Lift diorang pun secure tau. Dilengkapi CCTV yang boleh di pantau dari luar.

Alhamdulillah. Kalau security macam ni ada di Malaysia. Tak ler terjadi orang kena rogol ke raba ke dalam lift.




Ni adalah pemandangan Asakusa dari tingkat lapan.





Cantikan pemandangan di sini?

Ni baru pukul 8 lebih. Orang ramai dah membanjiri kawasan Nakamise Street ni. Kalau korang datang lagi lewat. Gamaknya nak berjalan ke sini kena bersesak ler seperti berjalan di pasar malam. Sensoji Temple ni adalah tarikan utama bila sampai di Asakusa. Tu belum lagi festival Sanja Mahsuri berlangsung. Time tu of course semua rakyat Jepun akan keluar meraikan perayaan tu dan corfirm temple ni akan lebih sesak dari apa yang korang nampak sekarang.


Yang ni tak perlu ler kot Kak MB cerita kan lagi. Hari tu dah bagitau kan ni adalah Menara SkyTree. Bangunan sebelah yang berwarna gold tu pun akak dah cerita kan dah.

Kalau nak tau apa kisah bangunan gold dan menara tu. Boleh klik di sini Skytree & Asahi Building.



Kak MB dekat Informatin Centre ni tak lama mana pun. Dalam 1jam jer di sini dan seterusnya Kak MB menuju ke Shinjuku Expresway Bus Terminal untuk beli tiket bas ke Mount Fuji esok dan membeli pass Tokyo Subway di Big Camera Shinjuku juga.

Untuk kisah di Shinjuku ni. Korang boleh klik next entry Shinjuku & Tokyo Metropolitan Government Building.

Tunggu yea.. Bye :-)