Hai.
Kita sambung cerita yea.
Dari Asakusa ke Shinjuku tak jauh mana pun. Hanya 30 minit jer sampai dah ke Shinjuku Station dengan bayaran 330yen.
Ni adalah pemandangan Shinjuku Station dari Terminal Bas Express Shinjuku yea.
Station ni besar dan sesak jadi korang kena berhati-hati yea bila sampai di Shinjuku Station nya sebab Kak MB nyaris-nyaris sesat di sini tau. Sebab stationnya sangat besar dan bersambung pula dengan shopping complex di kiri kanan tau. So di sini banyak pintu keluarnya. Orang Jepun pun sesat jugak di sini apatah lagi kita yang foreigner ni.
Akak pun tak pasti keluar pintu mana. Tau-tau jer dah berhadapan dengan Shinjuku Expressway Bus Terminal. Kami terus jer menyeberang jalan menuju ke terminal ni.
Tapi sebenarnya Kak MB ingin mencari bangunan Subaru yang menjadi landmark akak untuk ke terminal bus ni. Sebab akak ada baca satu blog ni yang dia menaiki bus dari bangunan yang berdekatan landmark yang akak cari.
Tu ler bangunan yang ada signboard Subaru yang akak cari tu. Time ni mula ler akak dengan Incik Padil nak bertekak dah sebab tak jumpa apa yang di cari. Dah setle beli tiket baru jumpa bangunan tu.
Sabar jer wahai si Incik Padil kan.
Bila dah tak jumpa bangunan yang di cari. Kami terus naik ke tingkat atas dan bertanya pada information centre di Expressway Terminal Bus ni. Rupanya bangunan terminal bus ni baru jer siap. So kalau nak naik bas ke Mount Fuji atau kemana sahaja destinasi korang nak pi dengan menaiki bas. Boleh ler korang naik dari sini yea. Tak perlu dah nak berjalan jauh mencari landmark yang akak cakapkan tadi.
Naik jer ke tingkat 4. Di situ nanti korang boleh beli tiket bas dan tunggu bas pun di situ juga.
Buat pengetahuan korang. Untuk ke Mount Fuji korang boleh menaiki train atau bus express.Tapi korang perlu buat reservation seat terlebih dahulu di website ni Reservation Express Bus Mount Fuji tanpa perlu buat bayaran yea.
Sebab masa yang sesuai untuk tengok Mount Fuji dengan jelas adalah di awal pagi. Kalau dah ke tengahari baru sampai di Mount Fuji. Takut nanti Fujisan tak nampak sebab dilitupi awan. Jadi bas di awal pagi selalu fully booking. Tapi kalau korang nak walk-in terus beli tiket pun boleh. Cuma nanti dapat giliran naik bas lewat cikit je ler.
Harga tiket bas untuk ke Mount Fuji 1,750yen/sehala sahaja dengan perjalanan 1jam 45minit. Harap-harap esok Fujisan memunculkan diri ler yea.
Lepas jer selesai beli tiket Fujisan ni. Kak MB terus mencari kedai Big Camera di area shopping complex di Shinjuku Station. Ni pun akak tanya pak Google tau.
Alhamdulillah. Nasib tak sesat lagi. Akhirnya kami jumpa kedai Big Camera ni. Sebab hanya di sini sahaja Kak MB boleh dapatkan tiket Tokyo Subway. Big Camera ni pun tak jauh dari terminal bas tadi.
Penggunaan tiket Tokyo Subway ni sangat jimat tau kalau korang tak guna JR Pass. Sebab tiket ni cover semua train Tokyo Metro dan Toie Subway lines sahaja. Harga tiket dijual pun mengikut valid masa yang diberi 24jam, 48jam ataupun 72 jam.
Tarikh dan waktu 1st penggunaannya akan di catat di belakang tiket. (rujuk gambar di atas)
Kak MB beli yang 48jam penggunaan jer dengan harga 1,200 yen. Lepas tu korang boleh naik train subway atau metro berpuluh kali pun dalam tempoh masa 48jam ni. Naik ler sampai muntah. Tak akan ada any charge di kenakan.
Untuk maklumat lanjut. Sila klik di sini yea Tiket Tokyo Subway
Syukur. Alhamdulillah. Semua urusan setle dah dalam pukul 11 pagi. Selepas ni Kak MB nak tengok pulak bangunan kerajaan mereka iaitu Tokyo Metropolitan Government Building yang sememangnya dekat jer di Shinjuku ni juga.
Dari Shinjuku Station korang ada 2 pilihan nak ke bangunan kerajaan mereka ni. Sama ada naik train atau berjalan kaki. Kalau korang decide naik train. Korang boleh naik dari Shinjuku dan turun ke Station Tocho-mae dalam 7 minit perjalanan jer. Dan dari Tocho-mae Station hanya 3minit berjalan ke bangunan kerajaan ni.
Tapi Kak MB pilih berjalan kaki jer dengan si cinta hati. Itu lebih menyeronokkan bila berjalan di tempat orang dalam sejuk-sejuk ni kan. Bukannya berpeluh pun. Jarak dari Big Camera ke Tokyo Metropolitan Government ni pun tak jauh hanya 1km jer.
Kalau takut sesat. Boleh tanya pakcik Google balik. Nanti pakcik Google akan bawak korang ke destinasi yang korang nak pi.
Yeahhhh, Kak MB dah sampai pun di depan Tokyo Metropolitan Government Building.
Wah, tingginya.
Bangunan kerajaan diorang ni ada 2 menara tinjau tau. Satu di North Observatory dan satu lagi di South Observtory. Masuk free.
Kalau korang jenis travel ciput bajetnya. Sini pun boleh tengok pemandangan cantik di sekitar Tokyo.Tak perlu nak gi panjat Tokyo Skytree mahupun Tokyo Tower untuk melihat pemandangan cantik sekitar Tokyo. Yang pasti entrance nya free.
Ini ler pemandangan Tokyo dari tingkat 48 dengan ketinggian 799m.
Padatkan bangunan mereka?
Bak kata kengkawan Kak MB yang menetap di Tokyo. Padatnya rumah-rumah mereka sampai nak bagi makanan ke jiran sebelah pun. Just hulur dari tingkap ke tingkap jer. Tak perlu ketuk pintu rumah jiran sebelah dah. :-)
Jelaskan pemandangan Tokyo Skytree dari sini.
Tokyo Skytree |
Dan yang merah tu pula bukan pencawang elektrik tapi itu ler Tokyo Tower.
Tokyo Tower |
Kalau time korang naik ke sini langitnya cerah. Insya Allah. Dari bangunan kerajaan ni pun korang boleh nampak view Mount Fuji yang sejauh 118km tu.
Hah, tu dia Mount Fuji dari jauh.
Puas Incik Padil nak zoom tau Fujisan tu. Nasib kamera ok. Gambar tak pecah.
Cantiknya Fujisan. Harap-harap esok ko muncul ler yea. Bila akak ke sana nanti.
Walaupun akak tau dah ramalan cuaca esok adalah hujan di sepanjang hari di Kawaguchiko Lake. Tapi akak tak berhenti berharap. Wikwikwiwk
Selepas sejam setengah di sini. Kami pun dah puas dah melihat pemandangan sekitar Tokyo..
So Kak MB pun teruskan berjalan di sekitar tingkat 48 ni yang turut menjual pelbagai cenderahati. Ada banyak permainan dan bear serta patung disney di sini.
Tertiba akak ternampak patung getah ultraman dan raksasa ni dan terus Kak MB teringatkan si Fayadh. Kalau dia ada ni mesti dia sakat akak membelinya. Tapi bila tengok harganya balik macam agak mahal juga dalam RM 25 ke RM 35 compare akak beli ultraman diorang cap 2inggit jer. Hahahah (langkah berjimat) Terus Kak MB tak belikan.
Tapi bila akak dah keluar dari bangunan ni. Tup tup kawan akak ada yang PM minta belikan ultraman ni untuk anak dia. Katanya murah harga di Jepun. Kalau di Malaysia patung ultraman jenis getah ni dalam RM 50 ke RM 80 mengikut saiz.
Lorghhhhh... Menyesal pulak tak beli kan. Mana ler Kak MB tau kan market harga patung ultraman tadi di KL. Kalau tau. Boleh beli untuk Fayadh sekali.
Bila Kak MB dah decide tak nak shopping lagi di sini. Incik Padil pun ajak turun semula ke bawah.
Time tengah beratur di lift nak turun ler. Kak MB ternampak signboard ni.
Cer teka apa makna signboard ni? hahahahah.
Sila abaikan gambar di atas yea.
Kami pun turun ke bawah dan teruskan berjalan untuk solat pula.
Walaupun di bangunan ni tak di sediakan bilik dan ruang untuk bersolat. Tapi dibelakang bangunan ni ada satu park rekreasi yang time ni pokok-pokok nya semua tinggal ranting jer. So di sini tak ramai yang datang. Maybe tak ada yang menarik. Sebab musim sejuk. Kalau musim bunga. Maybe pokok-pokok yang tinggal ranting ni cantik dengan sakura kot.
So di sini kami berhenti berehat seketika. Boleh ler bersolat.
Selesai urusan kami pun meneruskan perjalanan ke Shibuya dan seterusnya ke Harajuku pula.
Next entry Shibuya Crossing.
No comments:
Post a Comment