Hai.
Aku nak tanya korang ler cikit. Pernah tak korang terasa sangat hebat atau very amazing bile dah ada anak ni? Maksudnya korang berasa hebat dengan perkara-perkara yang korang tak suka buat, tak pernah nak buat, tak boleh nak buat tapi kerana si dia yang bergelar anak. Korang automatically menjadi ibu bapa yang mengangumkan yang serta merta boleh buat perkara2 yang selama ni korang fikir memang tak mampu, tak boleh atau tak nak buat langsung. Contohnya selama ni korang jijik sangat tengok hingus kanak-kanak meleleh2 hingga ke mulut, jijik tengok najis, tak suka dengar budak menangis, cepat panik mengelabah, suka marah2 dan cam2 lagi ler. Tapi bila dah ada anak ni korang terus jadi penyabar walaupun kadang2 ada part2 yang buat kiter hilang kesabaran dibuatnya, hilang rasa jijik dan cool je.
Itu ler yang aku rasa biler dah bergelar mama hampir 1tahun 7bulan ni. Aku terasa sangat bertanggungjawab dan independent dalam membuat keputusan. Salah satu kisah yang aku nak citer ni terjadi pada 23 June lepas di Hospital Serdang sebab fayadh kena attend appoiment dengan doktor pakar kanak-kanak akibat jangkitan kuman pada peparu dia masa bulan Feb dan Mac lepas. Kebetulan plak time ni dia baru lepas sihat dari demam, selsema, batuk dan still sembelit. So biler perut dia tak sedap. Fayadh akan merengek sambil cakap "Ma, enyak." (Ma, nak berak). Tapi tak berak pun. Cam2 aku bagi dia makan. Tapi dia tak ada selera makan. So memang dia kurang makan hanya minum susu sahaja. Jadi tak heran ler kalau dia kurang terberak.
Hospital kerajaan ni korang memang dah tahu kan environment yang sangat crowded dengan orang dan urusan fayadh ni berahkir pada pkl 12.30 tghari. Selesai je urusan terus pergi ke parking kereta yang agak jauh dan perlu berjalan sampai 15minit dalam matahari mencarak atas kepala ni. Demi anak kan aku sabarkan jugak mengharungi bahang matahri dengan perut memboyot ni. Fayadh memang tak abis-abis merengek sebab panas di tambah perut yang tak selesa.
Sampai je dalam kereta. Aku bagitau Incik Padil "Ayg nak tukar pampers fayadh jap. Tengok dah penuh dah pampers dia ni." Incik Padil pun ok jer. Tengah-tengah menukar pampers si fayadh ni boleh plak si kecik ni terkencing sambil berdiri. Dah ler lencun sit keta papa dia. Pastu boleh plak meneran nak berak sambil2 menonggeng2. Ya Allah, keciannya anak aku. Sembelit teruk ni.
Incik Padil yang duduk di bahagian sit driver. Terus keluar dan bantu aku di sit blakang. Aku pun on the sport tadah saki baki air kencing Fayadh dengan tisu dan terus menadah takut dia terkencing lagi. Si papa pulak terus urut depan perut fayadh sambil tangan kiri menadah najis Fayadh dengan tisu. Aku plak tangan kiri mengurut pinggang Fayadh supaya senang dia nak meneran.
Biler Fayadh mula meneran sambil menonggeng. Najis akan keluar dan Incik Padil akan menarik najis Fayadh. Tu ler yang dia buat berulang kali sampai berdarah cikit najis Fayadh. Maybe luka kot sebab najis terlalu keras. Agak lama jugak ler aku dan Incik Padil membantu Fayadh sambil mengurut perut, pinggang dan mengelap peluh si kecik ni. Aku yang mula2 nak marah sebab dia kencing dalam kereta tu. Terus bertukar kecian. Tak jadi nak marah. Incik Padil plak memang sayangkan kereta dia sampai melarang orang merokok dalam kereta takut berbau. Pastu tak boleh sepah2 dalam kereta. Tapi biler si anak dah kencingkan sit kereta dia. Incik Padil tiba2 tak marah. Siap cakap bia dia kencing. Nanti saya hantar carwash bersihkan kereta ni. Aku terkedu tengok perubahan Incik Padil.
Lepas je Fayadh mengeluarkan segala isi perut dia tu. Fayadh dah mula terasa lega dan terus tertido di pangkuan aku. Aku dan Incik Padil plak diam dan sunyi seketika. Dalam hati aku berasa sangat bangga dan bertuah menjadi seorang ibu. Terasa naluri kasih sayang yang menebal buat si Fayadh.
Tiba-tiba aku memecahkan kesunyian yang ada tu dengan gelak ketawa aku secara spontan. (Cewahh, cam ayat novel plak. Poyosss) Incik Padil tanya aku "kenapa gelak?" Aku jawap "Tak sangka kita mampu menadah berak anak sedangkan kita sendiri pun tak sanggup nak menadah berak sendiri. Ini kan lagi mengorek tahi biler sembelit." Aku plak memang penjijik semenjak2 mengandung yang kedua ni. Tapi demi anak. Apa2 pun boleh jadi? Incik Padil just jawap "Kalau bukan kite yang tolong dia. Sapa lagi. Dah anak sendiri. Nak atau tak nak kena gak buat. Akan nak suruh orang tolong." Betul gak cakap Incik Padil ni.
No comments:
Post a Comment