Assalammualaikum.
Hai :-)
Wah, dah hari jumaat 27 June bersamaan 29 Syaaban. Kalau tak esok, lusa kita berpuasa. Yeahhhhh, dah nak masuk bulan yang dinanti-nanti kan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh Barakah.
Yeahhh, tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa di rumah sendiri dan 100% berdikari. Tahun-tahun lepas duk berpuasa rumah mertua sebab aku tinggal dengan diorang. So biler berpuasa bersama keluarga pastinya mak akan masak juadah untuk keluarga. Anak-anak dan menantu akan membantu apa yang patut. Jadi untuk tahun ni aku dah berpindah ke kuarters so berpuasa disini dan pastinya hari ni aku dah mula mengelabah cari menu apa nak masak untuk suami dan anak sepanjang Ramadhan ni. Punya ler sayang dekat suami tu kan. Takut dia kelaparan tak makan. Cewahhhh... (Harap-harap Incik Padil baca entry aku ni. Boleh raya kat Senawang tahun ni. Hahahaha)
Kalau korang nak tahu kedai runcit, bazar ramadhan dan pasar di kediaman kuarters aku ni agak jauh. Memandangkan aku tak ada transport nak keluar mencari juadah berbuka. So aku kena prepare dan masak sendiri juadah apa aku nak masak sepanjang hari bekerja dan beli stock barang-barang basah selama seminggu dan simpan dalam peti ais. Kalau nak tunggu Incik Padil balik kerja dan singgah amik anak di rumah mertua memang tak done nak bawak aku ke bazar ramadhan. Jadi aku kena masak dan kirim je beli kuih muih mana yang aku nak dekat Incik Padil terlanjur dia pi amik si Fayadh dekat umah mertua tu kan.
Aku bernasib baik ler sebab Incik Padil tak memilih bab-bab makan ni yang penting ada sayur atau makanan berserat dalam setiap juadah. Cuma dia tak makan ikan kecuali ikan pari je dia makan. So ni aku dah siapkan jadual menu sepanjang Ramdhan ni. Resepi atau cara nak memasak ni korang pergi ler tanya Incik Google ke atau bukak buku resepi. Aku memang tak pandai masak tapi tak pulak pemalas nak belajar. Demi anak, suami dan keluarga. Aku try jadi mama dan isteri yang terbaik menjaga kesihatan dan perut-perut mereka supaya tidak kelaparan. ^_^
Selamat Mencuba.. ^ _^
No comments:
Post a Comment