Pesanan Penaja ^_^

21 Aug 2015

"Ya, Allah.. Ya, Tuhan ku.. Engkau berikan lah kesabaran dalam diriku. Engkau teguhkan lah Iman ku. Engkau titipkan ketenangan dalam jiwa ku. Agar hamba mu ini sabar dalam menghadapi karenah anak-anak ku serta dugaan berumahtangga dan engkau kuatkan Iman ku agar hamba mu ini tidak sesekali berpaling dari suruhan Mu. Ameen..."

Syukur masih diberi nafas untuk terus menghirup udara yang segar bugar ni. Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak ni. Banyak dugaan yang perlu aku tempuhi dan harungi. 

Akhir-akhir ni Si Fayadh semakin besar. Semakin panjang akalnya. Makin banyak pulak ragam perangai yang ada. Kadang-kadang sengaja dia buat perangai nak menarik perhatian aku. Kadang-kadang ia menguji kesabaran gak. Rutin harian dia di kala aku bekerja seperti biasa. Akan aku hantar ke taska area ofis aku ni. Sama gak rutin harian aku yang wajib mendengar rengekan dan tangisan Fayadh setiap pagi yang tak nak di hantar ke sekolah. Meraung-raung. Melalak-lalak menjerit menangis tak nak pergi sekolah. Ntah apa sebab dia tak nak sangat pergi sekolah tu pun aku tak tau.

Hasil selidik aku. Aku tengok taska ni tak ada apa masalah pun. Cikgu nya bagus dan baik. Bukan kaki pukul. Suasana pembelajarannya pun menyeronok kan. Banyak melakukan aktiviti. Baru-baru ni diorang ada aktiviti melawat ke Zoo Negara. Cofirm budak-budak akan suka dgn taska ni sebab dia tidak boring. Tapi yang hairannya Fayadh memang tak nak pergi sekolah. Katanya sekolah tak best. Tak seronok. Bila aku tanya sapa nak jaga Fayadh kalau mama kerja. Jawapan dia. Nenek boleh jaga.

Subhanallah. Sayang sgt Fayadh dekat nenek dia. Langsung tak boleh berjauhan. Ingatan dia sentiasa nenek.

Aku bukan kejam nak pisahkan Fayadh dengan nenek dia. Aku tau dia memang rapat dengan nenek sebab dari lahir nenek dia yang menjaganya. Tapi aku kesian dengan mak mertua aku tu. Hampir 40tahun dia menjaga anak-anak dia. Akan aku nak bebankan dia dengan menjaga anak-anak aku plak. Aku nak bagi dia rehat. Nak bagi dia ruang untuk beribadat tanpa menjaga cucu2nya. Tu pun aku terpaksa mengalah jugak dengan mak mertua untuk menjaga Si Fa'iz atas alasan dia masih baby dan tak susah menjaganya. Demi menjaga hati si nenek dan si atuk. Setelah bermesyuarat dengan Incik Padil. Akhirnya aku izinkan mak menjaga Fa'iz untuk umur bwah setahun ni. Next year Fa'iz pun aku akan hantar ke taska ni untuk memudahkan urusan harian menghantar diorang ke pengasuh. Tak perlu nak menghadap jem. Tak perlu tergesa-gesa ke sana sini. 

Berbalik semula dengan perangai Fayadh ni yang suka mengamuk dan menunjukkan protesnya tak tentu masa. Bukan kali pertama ia berlaku. Last year pun dia ada juga mengamuk tak tentu pasal. Aku ingat lagi waktu tu pk3 pagi Fayadh bangun nak susu. Dia boleh meraung-raung menangis cam orang histeria. Padahal nak susu je pun. Cara dia menangis macam orang kena dera. Orang cakp ni adalah fasa anak-anak 'Tantrum'. 

Maksud Tantrum yang aku fahami adalah cara anak meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dia rasakan – keliru dan bercampur-aduk.

Dah ler aku ni tidak dikurniakan kesabaran yang tinggi. Bila ditambah dengan ragam Fayadh sebegini. Mula ler cepat darah menyirap naik ke kepala. Tapi sebagai seorang ibu walaupun aku bukanlah seorang yang penyabar tapi ia bukan satu alasan untuk aku menjadi seorang yang kaki pukul atau pendera.

Bila tantrum Fayadh sampai aku akan cuba mencari pendekatan yang positif. Kalau boleh aku tak nak menyakiti dan mengherdik dia. Tapi apa kan daya. Aku pun manusia lemah. Kadang kala aku terlepas gak amarah ku. Lepas tu menyesal sendiri dengan tindakan aku yang tak disengajakan.

Pada pandangan aku untuk menjadi seorang ibu yang baik dan hebat bukan mudah. Ia memerlukan ilmu dan proses pembelajaran setiap hari. Jadi aku mula membaca dan mencari tips-tips yang boleh membantu aku agar lebih bersabar dalam menangani masalah perangai Fayadh ni. Disamping tu ia membantu mengubah aku untuk lebih sabar dan positif.

Antara serba sedikit ilmu yang selalu aku praktikkan adalah :

1. Bertenang.

Jika anak mula mengamuk. Aku akan pastikan diri aku mesti dalam keadaan relax and cool. Sambil2 tu buat ler senaman pernafasan- " Tarik nafas.. Hembus perlahan-lahan.. Tarik nafas.. Hembus" Fayadh pun aku suruh buat senaman ni untuk bagi dia bertenang. Alhamdulillah. Kadang-kadang teknik ni berjaya buat dia relax dan cool. Yang pastinya bila anak mengamuk. Ibu bapa pun jangan cepat marah sebab tindakan kita yang turut marah menyebabkan anak akan jadi lebih agresif dan lagi teruk mengamuknya.

Kadang-kadang Fayadh kalau dah melampau sangat mengamuknya tak berhenti sampai aku pun tak boleh nak cool. Aku akan cepat2 ke toilet amik wudhuk ke atau cuci muka ke atau mengurungkan diri dalam bilik sendirian. Itu lebih baik daripada kita melepaskan marah pada anak.

2. Memujuk.

Teknik memujuk ni harus diterapkan dalam mendidik anak. Walaupun dulu aku dibesarkan dengan rotan. Tapi aku tak nak mendidik anak-anak aku dengan rotan sebab aku tau bertapa sakitnya bila dirotan dan menyebabkan anak menjadi seorang yang pendendam. Jadi bila Fayadh mengamuk atau menangis tak tentu pasal. Aku try memujuk dia dengan mendukung, memeluk dan mencium dia sambil mengusap-usap umbun-umbun kepala dia. Teknik ni untuk bagi anak lebih tenang dan rasa dihargai. Lebih elok jika kita sbg ibu sambil mngusap umbun-umbun kepala anak tu sambil membaca "Surah Al-Fatihah" dan zikir "Ya Latif". Mudah-mudahan hati anak lebih lembut dan mendengar kata. Bila anak dah bertenang. Baru ler bertanya kepada anak kenapa mereka mengamuk dan menangis. Pasti si anak meluahkan kemahuan atau ketidakpuasan ati mereka kepada ibu bapa.

3. Alihkan perhatian anak.

Kebiasaan aku kalau menjemput Fayadh dari taska. Fayadh mesti nak ambil buku report harian dia yang ditulis oleh pendidik masing-masing. Kalau buku tu tak ada. Mula ler Fayadh mengamuk. Jadi untuk mengalihkan perhatian dia pada buku tu aku belikan dia keropok supaya dia leka dengan makan keropok tu. Kalau ke hypermarket tu. Mesti ada mesin permainan kanak-kanak yang masuk 50sen tu kan. Tu pun salah satu punca yang menyebabkan Fayadh mengamuk kalau hajat dia tak tercapai. Jadi untuk mengalihkan perhatian dia. Aku mesti bagi dia something yang membuat dia fokus pada barang tu. Contoh makanan atau handfon.

4. Ganjaran.

Hari tu aku ada menghadiri satu taklimat psikologi yang bertajuk "Jiwa Kacau". Jadi aku adalah salah satu peserta tersebut. Jadi aku telah menyuarakan soalan berkaitan Fayadh yang suka menangis dan mengamuk bila ke sekolah. Balik sekolah pun mengamuk. Sehingga kan waktu malam pun dia mengamuk tak nak ke sekolah. Jadi penceramah tersebut telah memberi satu idea pada aku dengan memberi "Hukuman dan Ganjaran" pada si anak. Maksudnya bila Fayadh tak nak ke sekolah. Aku harus menghukum dia dengan melarang dia berjumpa nenek sehingga dia mahu ke sekolah atau memberi ganjaran dengan membawa dia ke playground atau bawa dia berjumpa nenek jika dia baik dan tidak mengamuk untuk ke sekolah. Tu adalah tips yang diberi oleh Dr. Amran.

Jadi semalam aku cuba tips ni dengan memberi ganjaran keropok jika Fayadh tidak menangis bangun tido untuk mandi dan ke sekolah. Alhamdulillah. Pagi semalam dia ok dan tak menangis. Tapi akhirnya menangis gak kala aku nak tinggalkan dia. Ermmmm :-( So aku kena fikirkan lagi ganjaran apa yang bagus untuk aku berikan pada Fayadh nanti.

Don't give up mama..

5. Biarkan saja

Orang kata kesabaran itu ada had nya. Jadi aku yang bukan orang yang penyabar ni hanya mampu bersabar paling lama 30minit sahaja. Selebihnya mula ler aku biakan sahaja Fayadh mengamuk sambil menghentak-hentakkan kaki. Bila dia dah letih. Dia akan diam sendiri. Cam tu gak kalau ke pasar raya jika kehendak dia tak aku penuhi. Mula ler dia meraung-raung depan orang ramai tu. Kebiasaan jarang sekali aku penuhi kehendaknya. Sebab aku ingin mengajar anak-anak aku tak semua kehendak dia boleh mama dan papa penuhi. Dia mesti belajar susah dan usaha sendiri.

6. Nasihat

Bila sepanjang hari anak dah mengamuk. Bila situasi dah tenang. Anak pun dah relax. Aku akan pastikan mengingati dan memberitahu mereka apa kesalahan yang telah dia lakukan. Walaupun Fayadh masih usia 2tahun 5bulan. Aku yakin dia faham apa maksud yang aku ingin sampaikan pada dia. Aku selalu beritahu dia apa kesalahan dia dan apa kesan jika dia buat kesalahan tu. Selepas tu baru aku pujuk dia. "Mama dan papa tak akan marah Fayadh kalau Fayadh dengar cakap mama dan tak buat apa yang mama larang." atau "Apa yang mama larang itu mesti bersebab kerana mama sayangkan Fayadh." Lama kelamaan dia akan faham apa yang boleh dia buat dan apa yang tak boleh dibuat.

Ni serba sedikit perkongsian pengalaman aku menghadapi situasi bila anak mengamuk. Korang boleh cuba cara aku ni tapi kena INGAT..!! yea. Ragam dan perangai anak2 ni berbeza. So kena take time untuk berjaya membentuk sahsiah dan jati diri anak.

Good Luck..!!!































No comments: