Pesanan Penaja ^_^

1 Sept 2015

Rumah Peranginan PD Mengecewakan

Assalammuallaikum dan Salam Merdeka.

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Amboi semangat sungguh cik kak kitew hari ni melaungkan ayat keramat ni. Bia pun badan still tak sihat tapi masih setia ke opis. Almaklum ler dah 4 hari bercuti kan. Siap makan angin buang angin lagi dekat PD ari tu. Dah seronok2. Akan hari ni tak ke opis plak. Kang orang kata PEMALAS. Alasan nak sambung cuti ler tuw. Hohoho

Chop..!! Chop..!! Yea bebenor ke seronok bercuti ke PD ni?

Of course menyeronokkan.. Sampai demam aku dibuatnya. (Baca dengan nada perli sambil tangan ke bahu mata ke atas) OMG..!!! Best sesangat..!! Rasa nak pergi lagi...

Sebenarnya bukan pantai PD yang tak cantik. Bukan makanannya yang tak sedap. Tapi rumah peranginan yang aku book 4bulan lepas yang sangat mengecewakan aku.

Cer korang bayangkan. Aku dah seronok2 planning baik punya vacation utk family aku. Almaklum ler setelah 3bulan aku terpaksa tunda holiday bajet aku bersama anak2. Tapi akhirnya.. Cenggini rupa bilik penginapan yang aku dapat.

Mesti korang tanya kan. Berapa harga semalam penginapan ni?

Dengan tak malu dan tak segannya aku serius bagitau sangat2 murah RM46 je semalam. Lagi murah dari hotel bajet. Tapi bukan kerana harganya murah aku booking rumah ni tapi kerana kemudahan yang telah disediakan untuk kakitangan kerajaan. Apa salahnya aku merasai kemudahan yang telah diberi. Lagipun ini adalah kali pertama permohonan aku berjaya. Sebelum-sebelum ni manjang je full booking.


Dah korang jangan nak ternganga mulut dan tak perlu buntang mata duk tengok gambar dengan bandingkan harga yang murah dgn keadaan penginapan cengitu. Mesti korang duk cakap dekat aku. "Patut ler dapat rumah penginapan cenggini sebab murah sangat".

Serius aku bagitau. Aku sangat2 kecewa dan unexpected rumah penginapan yang aku dapat ni kotor dan tak semenggah. Sekali masuk penuh dengan debu. Tilam tak ada. Cadar ntah ke mana. Agaknya RM46 tu untuk tido di lantai agaknya.

Aku tengok dalam website kemain cantik biliknya. Bersih dan semua kemudahan ada. Tapi kenapa aku dapat bilik camni? Subahanallah. Sapa punya salah ni?





Terus aku judge rupa yang cantik tak mengambarkan keindahan yang sebenar.

Selepas aku tengok keadaan bilik yang tak memuaskan hati. Aku pergi balik ke bahagian Receptionist untuk buat aduan. Alhamdulillah. Atas budi bicara. Diorang bagi aku bilik hotel di tingkat 2 menghadap laut.

Bila aku rasa bilik tu ok. Aku pun mintak Incik Padil bawakkan semua barang2 naik ke bilik hotel.

Apa lagi kemain suka ler Si Fayadh bila tengok bilik hotel yang cantik pemandangannya. Dia dapat tengok laut. Dapat tengok kolam. Kemain excited nya dia. Waktu2 cenggini ler aku nak nikmati bersama anak-anak aku yang tengah membesar ni. Banyak perkara yang diorang perlu belajar kan.

Lepas dah abis seronok duk bergonjeng atas katil tu. Si Fayadh nak mama bukak kan TV. Katanya nak tengok Upin Ipin. Apa lagi aku pun terus On Switch TV. Tapi apa kan TV tak boleh on. Mayb remote ni tak ada bateri kot. Tapi switch TV ni pun tak menyala. Bila di check kebahagian plug belakang TV.

OMG..!!! Plug wiring TV ni pun pecah. Ermmm.. Tarik nafas panjang aku tengoknya.

Ketle rosak. Fayadh terpaksa minum soya malam tu.
 Plug bilik poblem so charge hanpon dekat plug petiais
TV pun tak menyala lampunya. Mybe wiring belakang tu kot :-(

So aku pujuk Fayadh tak perlu tengok TV sebab kita nak mandi kolam dah. So sebelum mandi kolam. Jom mama buatkan susu dulu yea.

Fayadh pun menganggukan kepala je.

So aku amik ketle elektrik yang pihak hotel sediakan. Basuh bersihkan dulu isi dalam ketle tu then isi air On kan switch.

Tungguuuuu... Ermmm tunggguuuu lagi.. Eh eh.. Baru aku perasan ketle ni tak on switchnya. Nampak cam rosak je ketle ni.

Sekali lagi Fayadh hampa tak dapat minum susu. Tadi hampa tak dapat tengok TV. Ni dah susu plak tak dapat nak minum gara2 air panas tak ada. Akan aku nak bagi Fayadh minum susu sejuk. Tak sedap susu sejuk.

Memandangkan hotel ni tak ada kemudahan telefon dalam bilik penginapan ni. Jadi terpaksa ler aku turun balik gi jumpa bahagian reception untuk mintak gantikan ketle lain. Jadi dah alang-alang aku nak turun. Aku ajak terus anak-anak dan Incik Padil untuk mandi kolam terus. Tak perlu nak aku turun naik berkali2 kan. Penat weiii.

Alhamdulillah. Nasib baik kolamnya bersih dan cantik. Tak ada lalat seperti yang di ceritakan.

Bila tengok anak-anak ceria mandi kolam ni. Happy je aku melayan karenah diorang. At least Fayadh hilang stress angkara asik menangis je bila nak ke sekolah. Faiz pun dpat ler bermanja lebih dengan mama dan papa. Kalau tak tu hanya 2jam shj dapat bermanja dgn mama di kala mama bekerja. Selebihnya banyak di abiskan masa bersama dengan nenek dia selaku pengasuh dia. So waktu2 begini wajib di manfaatkan bersama oleh kami berdua.

Sesudah masing2 puas berendam sakan dekat kolam. Tiba masa untuk balik ke hotel and get ready utk keluar makan. Tapi sebelum naik ke bilik. Sempat lagi aku menyinggah ke kaunter reception tu utk ingatkan diorang hantar ketle kan. Tapi malang sungguh percutian bajet aku ni. Dah ler ketle rosak. TV rosak.

Waktu magribh tu banyak pulak nyamuk dalam bilik aku ni. Aku apa lagi pasang ler ubat nyamuk elektrik yang memang aku dah stand by bawak dari rumah lagi. Aku takut kang ada plak anak-anak aku di taji nyamuk malam ni kang. Kenyang Cik Muk hisap darah anak2 aku tu. Tapi apa kan daya plug dalam bilik tu tak berfungsi semuanya. Astafirullahallazim. Mengucap panjang aku dibuatnya. Kesudahannya aku suh Incik Padil beli je spray nyamuk waktu nak keluar beli makanan nanti. Sekarang aku kena tunggu ketle sampai. Sebab Fayadh dah 2x mintak susu dah.

Tungguuu punya tungggu sampai pukul 8 malam ketle tak sampai2. Malas dah aku nak pi tanya orang hotel ni. Penat aku menunggu. Nasib baik aku booking sehari je. Tu pun dah naik sengsara dibuatnya.

Waktu aku pergi keluar makan. Aku siap tapau lagi makanan lain supaya aku tak kelaparan malam ni. Almaklum ler Faiz fully BF so mama sentiasa kelaparan. Opssss..!!! Sebelum aku terlupa. Aku nak bagitau korang siap-siap yea Rumah Peranginan Persekutuan PD ni dibawah pengurusan Puteri Beach Resort PD so disini tidak dibenarkan memasak di dalam bilik hotel. Jadi kalau keluar beli makanan. Sila ler tapau makanan tu lebih cikit yea. Sekurang-kurangnya kalau tengah malam kebulur tak da ler perlu keluar mencari makanan. Sebabnya kawasan hotel ni dikelilingi hutan. Kalau ada pun kedai souvenior bawah tu ada ler jual biskut2 atau jajan2 ni. Tapi tak ler bukak 24hours.

Memandangkan pihak hotel tidak membenarkan memasak di dalam bilik jadi aku mula ler rasa pelik. Apa function kitchen cabinet yang diorang sediakan ni? Adakah sekadar hiasan atau sekadar tempat meletakkan petiais tu je. Ermmmmm.. Sedihnya aku tengok hotel yg daif ni.

Selepas aku booking dan buat bayaran Rumah Peranginan PD ni  dulu dan sebelum aku datang kesini aku dah siap2 google review pengalaman orang yang pernah datang ke sini. Rata2 ada yang cakap Not Bad, ada yang cakap kotor, ada yang cakap banyak lalat dan ada yang cakap cantik. Ni salah satu blog yg aku sempat baca ler pengalaman diorang pengalaman 1 & pengalaman 2 

So aku rasa ok kot hotel ni. Lagipun nak tido semalam je pun. Maybe luck aku tak berapa baik kot dapat bilik yang tak ok sebab ada kawan katanya hotel ni ok. Tapi terpulang ler pada uolls ekk sebab dulu pun aku google tengok gambar hotel ni pun ok dan tak nak amik pusing pasal cakap-cakap orang mengenai kekurangan hotel ni. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri.

Apa lagi terdiam ler mokcik kan? Ermmm ok.

Happy vacation...

Ready to next holiday.. Yeahhhhh..!!!

Esok akak citer plak ek pasal holiday aku yg spoil ni..




























No comments: