Pesanan Penaja ^_^

30 Sept 2015

Trio Air Fryer Awesome..

Assalammuallaikum semua.

Semoga u'olls sentiasa sihat dan selalu menjaga kesihatan dengan baik yea. Almaklum ler sekarang kan musim jerebu. Sana sini berkabus dengan bau asap yang menyesakkan lobang hidung ku.

Jadi kurang-kurang kan ler beraktiviti di luar. Banyakkan minum air suam dan beriadah dalam rumah je. Bila nak berriadah dalam rumah ni. Of course ler duk melepak king depan tv kan. On tv terus terlongok depan channel Go Shop ni.

OMG..!!! Air Fryer Philip..!!

What???? Harga RM899??? Terkedu seketika. Aku baru berangan-angan nak memasak guna benda alah ni dengan mengoreng tanpa minyak. Tentu laki aku kurus ckit kan. Mudah-mudahan kurang kolesterol dalam badan tu. Tapi bile tengok harganya. Tertibo kering air liur aku ni ibarat tercekik tulang dinasour dah.

Bila tengok technology yang digunakan dalam air fryer iaitu 'Rapid Air Technology'. So tak heran ler harganya mahal setanding dengan kualiti dia. Bukan sahaja boleh mengoreng tanpa minyak bahkan boleh membakar dan mengril jugak. So lupakan je ler Air Fryer Philips. Tak mampu den nak boli eh.

Walaupun niat dihati nak melupakan air fryer Philips ni tapi dalam fikiran ni masih terbayang2 gak. Alangkah untung nya dapat benda tu. Kerja memasak lebih mudah. Tak perlu nak bersihkan dapur yang berminyak tu. Jimat masa. Jimat minyak. Jimat tenaga.

Sambil-sambil otak berangan tertiba otak ni boleh lagi berhubung teringatkan LAZADA. Mesti dekat LAZADA da jual air fryer ala2 Philips kan. Apa lagi terus ler ke PC mengoogle web LAZADA.


Taraaaaaa.... Air Fryer jenama TRIO. Harga pun murah.

Apa lagi aku mintak ler Incik Padil belikan dengan alasan mudah nak masak ayam feveret dia. Boleh buat ayam goreng, ayam berempah, ayam pandan, goreng hati, goreng pedal tanpa meletup-letup. Sebenarnya benda ni lebih mempercepatkan urusan memasak aku. Tu yg beriya sangat memujuk laki aku belikan. Almaklum ler aku memang takut mengoreng jika minyak tu meletup2. Kalau nak goreng ayam atau hati ke pedal ke aku mesti suh Incik Padil tolong gorengkan. So dengan adanya Air Fryer ni tak ada ler aku menyuruh Incik Padil tolong aku mengoreng lagi. Hikhikhik. Baguskan alasan aku? Idea yang bernas.

Setelah ditimbal balik idea aku ni Incik Padil pun setuju belikan dengan alasan dia plak. Ni kira hadiah hari jadi aku next month. So next month besday jangan nak gatal2 request hadiah lagi ek. Hikhikhik. Incik Padil siap pesan kalau dah da air fryer ni mesti selalu gunakan. Jangan beli saje tapi tak guna.

So apa lagi dengan laju aku pi oder secara online siap mengoder sekali Yonanas Fruit Frozen Ice Cream Maker. Yang ni aku citer next time ekkk.



2hari selepas mengoder Trio Air Fryer di LAZADA. Barang idaman pun sampai. Apa lagi memang excited aku nak test tau. Dapat je barang terus keluarkan sosej dalam frozen tu tanpa perlu defrost kan. Punya ler buruk perangai aku. Gelojoh betul. Incik Padil siap bagi arahan suh basuh dulu periuk tu sebelum test.

Ermmm.. Baikkkkk.. Tanda akur dengan arahan Incik Padil.

Lepas je cuci periuk iaitu bahagian kita nak letak sosej ni. Aku lap2 ckit kang ada plak kena elektrik kang. Aku pun letak ler 3pcs sosej dan laraskan suhu dengan 180'C dengan masa 12minit. Sambil menunggu sosej siap digoreng. Aku pun bagi Si Fa'iz makan. Sesudah Fa'iz makan. Sosej pun siapppp.

Tiiinnnnnggggg..!! Wah da bunyi ler menandakan makanan tu ready to out. So aku pun excited nak tengok camana ler gaya rupa mengoreng tanpa minyak kan. Jakun aku sekejap.

Tadaaaaaa..!!! Wah gebu betul sosej aku ni. Warna dia pun tak gelap. Tak ada nak hangus sana sini. Masak dia sekata. Cantik je. Rasanya pun lebih sedap dari mengoreng dengan minyak. Juicy. Nampak kering diluar tapi lembab di bahagian dalam. So nice. Delicious.

Aku pandang muka Incik Padil untuk tengok reaksi dia bila merasa sosej yang digoreng tanpa minyak tue.

Yes, Incik Padil puji makanan tu lebih sedap dari biasa. So next time boleh hari2 goreng ayam untuk dia. Tue kata Incik Padil.

Aku mendengarnya speechless. Just say SYMP saje ler.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yeayyyy, hari ni cuti. Hari sabtu. So boleh santai2 dekat rumah. Planning program hari ni nak gi pasar beli stock bahan basah seminggu. Jadi dah da air fryer ni feeling excited nak masak makanan bergoreng tu membuakkk2 kan. Almaklum ler asal nak makan hati goreng je. Bila terfikir hati yg bakal meletup2 tu. Terbantut tekak nak makan hati atau pedal goreng ni. Malas nak berperang dengan minyak panas tu.Termasuk ler ikan keli goreng berlada. Perghhhhh.. Kalau di goreng garing dan dimakan dengan nasi panas corfirm meletup2 dalam mulut.

Jadi apa lagi. Jom kita membeli ikan, hati, pedal serta tauhu. Boleh buat tauhu sumbat untuk juadah petang ni.





















Betul tak apa aku cakap kan? Benda ni awesome sangat. Sambil masak. Sambil boleh buat kerja lain.

Kalau time kerja tu. Balik dari ofis. Terus aku goreng ayam untuk Incik Padil. Tapi sebelum tu aku memang dah siap2 perapkan ayam tu dengan kunyit+garam+lada sulah cikit semalaman. Sebab dah plan esok hari memang aku balik kerja nak prepare menu ayam masak berlado untuk dinner. So sebelum masak sambal nya. Goreng kan dulu ayam tu dalam Air Fryer. Sambil tunggu ayam siap digoreng. Aku boleh gi mandi dulu ke atau kemas2 cikit umah sebelum Incik Padil balik menjemput anak dari umah mak mertua. Kang masing2 dah balik. Huru hara nak mengemas.

Jadi aku goreng ayam ni 15minit untuk ayam lebih ranggup kan. Siap 15minit masak dgn suhu 200'c. Aku pun ready dah mandi dan masuk balik dapur untuk siapkan sambal berlado ni.

Pungg pangg pungg pang dekat dapur. Tak sampai 30minit. Siap dah aku punya ayam masak berlado. Senang kan. Tapi maaf ler aku tak sempat nak amik gambar ayam berlado aku tu. Siap masak. AKu pun terus makan. Tu yg tak done nak snap gambar.

Tips Menggunakan Air Fryer :


Alihkan Kedudukan Makanan

  • Pastikan anda membuka penutup air fryer dan kacau makanan di dalamnya ketika makanan sedang digoreng dalam 'machine's basket'. Makanan seperti 'French fies' dan boleh dipadatkan. Untuk hasil yang baik, balik-balikkan makanan setiap 5 hingga 10 minit.
Jangan Terlampau Penuh
  • Beri makanan anda sedikit ruang di dalam air fryer bagi memastikan peredaran udara lebih efektif. Dengan itu, makanan yang terhasil lebih ranggup.
Pastikan Kering.
  • Pastikan permukaan 'pat foods' kering bagi mengelakkan percikan dan asap yang berlebihan (untuk masakan perapan). Begitu juga, apabila memasak makanan berlemak tinggi seperti kepak ayam, pastikan untuk membuang lemak daripada bahagian bawah mesin secara berkala.
Pembersihan.
  • Penggunaan span lembut dan bukan metal span ketika pembersihan dapat mengelakkan permukaan material air fryer anda bercalar. Juga, pastikan anda membiarkannya sejuk selama 30minit sebelum dibasuh!

15 comments:

Unknown said...

Salam tumpang lalu tuan tanah, macam mana prestasi trio ni selepas hampir setahun? Ok ka

Sejahtera Homestay Sungai Petani Kedah said...

Salam tumpang lalu tuan tanah, macam mana prestasi trio ni selepas hampir setahun? Ok ka

mira bechok said...

Alhamdulillah.. Masih ok lagi.. Nt sy buat review tentang air fryer ni ye

mira bechok said...

Alhamdulillah.. Masih ok lagi.. Nt sy buat review tentang air fryer ni ye

Unknown said...

Brapa rm

Fara diah said...

Salam sis sy ingin bertanya dan meminta bantuan berkenaan penggunaan trio air fryer,sy try search no wassap sis tp xder,sekiranya sis baca message saya ini boleh x sis wasssp sy 0178403254

aku gaban said...

sis
sy ada baca.review dia punya tray karat atau melekat.sis punya jadik cmtu x

mira bechok said...

hai semua.

@AkuGaban : Yup.. ada karat ckit2 sebab saya sllu gorang tak gris kan minyak. bila ayam melekat di situ. dia jadi karat

Anonymous said...

Salam..sy ada beli jenama khind..sy try goreng ikan kembung tp jd mcm ikan bakar. Suhu brp eh utk garing ikan tu? Masa sy goreng tu 190C utk 15min. Ke kena goreng lg lama eh?

mira bechok said...

wkmsalam.. biasa saya goreng ikan sprti biasa dgn suhu maximum 200'c masa still 10minit sahaja.lps tu terbalikkan.. dan goreng lg 10minit.

Goreng ikan dgn air fryer ni bagus.. tapi xsama mcm goreng dgn minyak. goreng guna air fryer ni ikan akan jadi sedikit kering mcm ikan kering

Unknown said...

Aku gaban... sy mengatasi masalah melekat ni dgn cara alas guna aluminium foil. Lepas guna buang...dah xde masalah melekat lagi.

Ayie said...

Beli kt shopee nape murah rm166 ke xok

PHLP said...

manual atau digital better?

Unknown said...

Manual lagi ok..ada dua saiz 2.6l dan 3l

Unknown said...

Saya guna airfryer trio Baru bbrapa kali pakai, tp x bole nyala Dan x panas.... Saya nK tau apa masalah airfryer saya..