Syukur Alhamdulillah. Hari ni hati hakak manyak senang. Muka ada senyum. Jiwa manyak bunga-bunga.
Hah, dah macam bunga2 cinta nyanyian Misha Omar plak dah.
Ok ler. Hari ni akak bukan nak buka cerita ala-ala BELAGAK..! Tapi nak berkongsi pengalaman hidup akak dari mula kawin sampai dah ada 2orang anak ni. Ia berkait rapat dengan REZEKI.
Korang kena ingat selalu. Ada 3 perkara dalam kehidupan ini yang sentiasa menjadi RAHSIA.
- Jodoh
- Rezeki
- Mati
Yang ni memang tak ada sesapa pun yang tahu kecuali Allah SWT. Bercinta ler bagai nak rak pun. Kalau dia bukan jodoh anda. Hubungan tu tak akan sampai ke jinjang pelamin.
Walaupun siang malam kita bekerja dan berusaha hingga ke titisan peluh terakhir sekalipun. Kalau Allah masih tidak mengizinkan ITU adalah rezeki kita. Maka ia tentu bukan milik kita lagi.
Tapi kita sebagai hambaNya kena ingat selalu. Allah itu tidak kejam. Ia tidak pernah menganaiya hamba-hambaNya. Insya Allah. Dengan usaha kita yang berterusan di iringi doa yang berpanjangan. Pasti ada yang lebih TERBAIK yang Allah janjikan untuk kita yang kita sendiri pun tak jangka.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah
akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan,
dan diberikannya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka,
dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Hah, dah macam ustazah plak dah akak pagi-pagi ni yea. Hahahahaha.
Back to experience in my life.
4tahun dulu, serius akak bagitau tak pernah terlintas yang akak akan berkahwin diusia 24tahun kerana kewangan akak time tu tak stabil lagi sebab baru 2 tahun bekerja dalam sektor kerajaan ni. Harta apa pun tak ada. Kalau bercinta tu asik je nak "FRUST". Lepas tu duk fikir ada ke lelaki nak orang cam akak ni. Dah ler rupa tak cantik mana (eiceh merendah diri kononnya), harta tiada, perangai pun tak senonoh. Almaklum ler orang keras kepala, keras hati, degil cam akak ni sapa nak, sapa tahan kan. Jadi simpan je angan-angan nak kawin tu.
Tapi dah orang kata. Kalau dah jodoh tu tak kemana. Tu yang lamaran sampai tak dipinta. Tu yang heboh satu ofis akak. Tak ada ribut tak ada angin tertiba nak bertunang dengan Incik Padil. Sebabnya Incik Padil ni ala-ala bos di ofis akak time tu. Memang kami tak pernah bergurau senda atau menunjuk kan yg kami ni ada ehemmm ehemmmm. Bercakap pun hal kerja sahaja.
Kenangan Bertunang 12 Nov 2011
Tup tup tup nak bertunang plak. Orang lain yang taruh hati dekat Incik Padil. Orang lain plak yang bertunang dgn dia kan. Ke tak makan hati si kawan tu. Yang akak plak sebelum lamaran sampai. Bercinta dengan orang lain tapi bertunang dengan orang lain. Lagi ler terpaku terkejut beruk mak abah. Kenapa pilihan akak adalah Incik Padil bukan ex-bf yang dulu.? Pastu tak kenal tapi boleh plak terima pinangan Incik Padil kan. Hihihihihi.
Ermmmm. Pasti akak ada alasan yang kukuh ketika itu. Apa alasannya? Nanti akak cerita ler bila FREE2 nanti.
Tadi akak dah bagitau kan. Akak umur 24thn harta pun tak da. Maksudnya duit tak ada ler. Jadi macamana nak kawin kalau duit tak ada. Tapi alhamdulillah. Namanya jodoh dah sampai. Dalam-dalam akak tak ada duit ni pun majlis pertunangan still berlangsung selepas 2bulan Incik Padil datang merisik dan 3bulan lps bertunang. Kami berkahwin. Maknanya tak sampai 6bulan akak kenal Incik Padil kami terus berkawin. Bayangkan 6bulan nak cari duit mana utk buat majlis kan. Syukur alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan urusan kami membina masjid. Dengan istilahnya percintaan kami ini adalah "Bercinta Selepas Kawin Itu Lebih Indah". Memang indah pun.
Kalau ler aku tau Incik Padil ni jodoh aku. Tak payah aku buang air mata selama ini berbaldi-baldi menangis kerana kecewa dan sakit hati. Puikkkkk... !!!! Haram Jadah..!!!
Comel kan Incik Padil time ni? Sekarang lagi comel tau...
Sweet Memory 10 Feb-12 Feb 2012
Sweet Memory 10 Feb-12 Feb 2012
Bila dah berkawin ni pasti akan ada yang bertanya soal anak plak. Soal anak ni sangat-sangat sensitif sebenarnya yg orang jarang nak faham dan alert. Korang ingat hari ni kawin esok dh boleh tau pregnant ke idak ke. Tapi syukur alhamdulillah. Dalam waktu akak mengenali Incik Padil dan menyulam kasih dan sayang selepas kawin. Kami di beri berita gembira bakal bergelar ayah dan ibu pada tahun yang sama kami berkahwin. Maknanya anak yang bakal lahir ni akan keluar hujung tahun sama bulan kelahiran dgn Incik Padil. Berganda-ganda ler kecerian Incik Padil ketika tu.
Ini ler namanya rezeki orang berkahwin. Syukur sangat-sangat kepada Allah. Alhamdulillah.
First own hero. Mr. Fayadh
Walaupun kami gembira dgn berita ini tapi jauh disudut hati tetap terasa gusarnya. Memandangkan duit banyak dah habis ke majlis perkahwinan kami. Ada sedikit ketakutan dalam hati. Takut kami tak mampu membesarkan bayi ini dengan sebaiknya seperti pasangan lain. Tapi berkat usaha dan doa yang berterusan. Kami percaya bayi yang bakal lahir ini juga akan memberi rezeki buat kami.
Syukur alhamdulillah. Incik Padil dapat partime job sebagai agen insurans ketika itu disamping kerja-kerja hakiki di pejabat. Dengan rezeki yang ada ini kami membesarkan bayi yang diberi nama Muhammad Fayadh Hilman yang membawa maksud "Yang terpuji, Murah Hati, Kesopanan, Kesabaran".
Yeah, dah ada baby.. Suka.. suka.. suka.... ^_^
Keluarga kecil kami. Tapi bahagia.
Selepas 2tahun berkawin akak dikurniakan lagi seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fa'iz Hilman yang bermaksud "Yang terpuji, Berjaya, Menang, Kesopanan, Kesabaran". Jadi bertambah struggle ler Incik Padil mencari rezeki untuk akak sekeluarga. Waktu ni memang ada rasa takut sebab waktu ni Incik Padil ada membeli sebuah rumah. Tapi untuk anak ke dua ini pun syukur kepada-Nya. Bisnes yang akak buat secara kecil-kecilan ni pun mampu menampung apa yang kurang dalam urusan rumahtangga akak. Banyak bisnes akak buat. Dari jual produk Shaklee, jual baju dan jual tudung. Alhamdulillah. Ada rezekinya.
Tu dia kereta buatan Malaysia jeerrr...
Nikmat hasil titik peluh kami berdua.
Ini rezeki anak-anak untuk kami merasai lebih keselesaan.
SURPRISEEE from Incik Padil tau..!!!!!
Thanks sayang abang ketat-ketat...!!
Nikmat hasil titik peluh kami berdua.
Ini rezeki anak-anak untuk kami merasai lebih keselesaan.
SURPRISEEE from Incik Padil tau..!!!!!
Thanks sayang abang ketat-ketat...!!
penasihat kewangan yang berjaya. Percaya akan adanya rezeki untuk anak-anak ini.
Alhamdulillah dengan usia 27tahun Incik Padil dan usia perkahwinan baru setahun jagung 3tahun ini. Incik Padil telah membuktikan ia mampu menjadi ketua keluarga yang baik. Lengkap dah famili ini dengan isteri, anak-anak, rumah baru dan kini kereta baru disamping kerjaya yang baik dan bisnes yang semakin maju.
Jadi kepada korang yang baru berkahwin atau yang baru nak berkahwin tak perlu risau dan takut. Perkahwinan itu adalah ikatan suci. Ada rezeki untuk orang yang berkahwin. Ada rezeki untuk anak. Pada yang tak bertemu jodoh lagi pun. Jangan bersedih. Jangan bermuram durja. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Satu je akak selalu ingatkan pada diri akak sendiri. "Jangan banding kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap orang. Allah itu adalah sebaik-baik perancang."
Tips untuk membuka pintu rezeki :
- Jangan DERHAKA dengan ibu bapa.
- Jangan BERGADUH dengan saudara mara.
- Sentiasa BERTAQWA & BERIBADAH kepada Allah
- Tidak akan papa kedana kalau kita BERSEDEKAH
- Jangan tidur selepas Solat Subuh
- Sentiasa buat solat Dhuha
- Melibatkan diri dalam perniagaan
- Sentiasa BERSYUKUR atas nikmat yang diberi
- Sentiasa BERDOA, BERTAWAKAL & BERUSAHA berterusan
2 comments:
iyolh hakak mira ooi....baru aku tahu rupenyer incik padil ko tuh satu ofis dulu ngn ko ek..
dh jodoh kan.....
alhamdulillah....syukran syukran..
Terima kasih adik zaza sayang.. iyo ni kira bertemu jodoh di ofis..
Post a Comment