Pesanan Penaja ^_^

15 Jan 2016

Pengalaman dengan Implan oh Implan

Assalammuallaikum semua.

Alhamdulillah. Tercapai gak niat selama 3tahun terpendam ni. Hehehe

Niat apa tu?

Niat nak gi honeymoon lagi ke?

atau???

Niat nak melancong ke Jepun dah tertunai????

hahahahahahahahahahhahaha

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
No ler guys. Tak ada pun terniat di hati nak gi melancong mana2 pun dalam masa terdekat ni. 

No money.

Sebenarnya mira memang dah lama pasang niat nak amik perancang keluarga jenis Implan ni. 

No pil. No injection every 3month tu. No IUCD.

Macam ni ler ngupe alat untuk masukkan Implan. Panjang ala2 lidi pencungkil gigi je. Halusnya macam jarum menjahit paling halus.

Impian ni menjadi impian sejak abis pantang masa melahirkan Fayadh 3tahun dulu lagi. Kononnya habis berpantang nak guna pil perancang keluarga jenis ni. Almaklum ler waktu melahirkan Fayadh yang berat mencecah 3.6kg tu agak serik sedikit dek kerana luka yang teruk dan mememerlukan jahitan yang banyak sehingga 30 hari berpantang pun still luka tak sembuh lagi.

Tapi bila disuakan niat nak pasang Implan ni pada kengkawan selalu je aku di momok-momokkan dgn cerita-cerita yang menakutkan. Kononnya kalau pakai implan ni nanti gemuk ler, badan asik panas je, cepat nak marah, emosi terganggu, sakit kepala dan yang lebih menakutkan aku bila nak amik Implan ni akan terasa sakit sesangat-sangat tahap mati time nak masukkn Implan tu dan waktu mengeluarkannya. Sangat seksa ohkey. Ada cerita tu plak. Bila dh bayar mahal2 amik benda alah ni tertiba badan tak sesuai dgn Implan ni dan terpaksa buat minor operation mengeluarkan semula Implan ni. Jadi membazir duit je.

Uwaaaa..!! Takut aku dgr cerita korang tau. Serta merta aku batalkan niat aku ni. Tak jadi dah nak amik Implan ni. Jadi merancang ler sendiri. No pil. No injection. Pandai2 ler bajet ikut kalender kitaran haid sendiri.

Tu yang Fayadh baru 11bulan aku termegandung lagi secara tak sengaja. Tapi sesunggunya Allah itu Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk hamba Nya. Jadi di usia kandungan aku baru 8minggu. Aku keguguran. Mungkin waktu tu aku tak cukup rehat dan kuat lagi kot untuk meneruskan kandungan tu. Lagipun situasi kerja aku yang sentiasa naik motor ke tempat kerja juga punca aku keguguran. Aku redha dgn ketentuan Nya dan berpantang seperti biasa selama 14 hari.

Hujan yang disangka sampai ke petang tapi berhenti di tengahari. Alhamdulillah. Rezeki kami lagi. Jadi selepas 4bulan aku keguguran. Aku mengandung balik dan waktu tu Fayadh baru usia 1tahun 3bulan. Syukur sesangat dengan harapan kandungan kali ni bia ler pulak GEGIRL kan. Kalau tak dapat 'GIRL' pun bia kandungan ni sihat ler hendaknya.

39minggu aku menanti hari penuh debaran dengan kelahiran baby ku yang kedua. Akhirnya syukur selamat baby dan ibu nya juga. Baby sihat. Baby BOY ohkeyy. Tak pelah. Yang penting baby dan mama semua selamat. Doktor pun tanya selepas ini nak merancang macamana? Aku jwap merancang sendiri.

Merancang sendiri lagi?????? Hahahahhaha.

Kalau merancang sendiri. Jawapannya 'maun berderet anak aku kang lepas ni.' Amboi.! Gelojoh sungguh ko yea mira. Setiap tahun ko aje yang bersalin. Hehehe.

Aku memang tak decide nak amik apa2 perancang keluarga sebab aku takut sakit tapi sampai satu tahap kesihatan aku tak berapa mengizinkan aku pregnant buat masa terdekat ni. Faktor pekerjaaan. Faktor kewangan. Faktor kesihatan juga. Jadi aku nekad nak amik Injection every 3month. Tu pun selepas berbincang abis-abisan dgn Incik Padil.

Jadi 17 Okt 2015 aku decide nak ke Klinik Swasta dengan bayaran RM30 je aku amik Injection ni. Sangat murah. Tapi sakit wei selama 2bulan tak hilang bengkak di tempat yang dicucuk tu. Mula2 injection pil perancang tu memang tak sakit tapi bila ubat tu mula berjalan ke seluruh badan. Aku rasa pening dan loya. Keesokan harinya aku demam 2ari tau. Tempat cucuk tu plak dekat punggung. Lebam teruk kebiruan keungguan area tempat dicucuk tu.

Uwaaa..! Nak menangis aku sebab susah nak duduk kan gara2 bengkak yang melanda.

Time punggung bengkak ni ler anak2 aku baik si fayadh atau si faiz semua nak memukul punggung aku ni. Ntah apa ke seronok sgt memukul2. Dia ingat punggung aku ni kompang ke apa?

Dah nak 3bulan pun tak hilang lagi sakit dan ngilu area dicucuk tu. Tengok kad refer doktor 10 Jan 2016 plak. Ermmm.. Nak cucuk ke tidak.. Nak cucuk ke tidak.. Berfikir lagi otak ni. Sebab sakit yang lepas tak hilang lagi nak tambah plak cucuk akan datang lagi. Uwaa.. uwaa.. menangis dulu tepi Incik Padil.

Last Incik Padil bagi suggestion kalau susah-susah sangat Injection 3bulan ni menyakitkan aku. Amik je ler Implan. Kalau sakit pun sekali tu je time nak masukkan alat Implan tu je. Then after 3years baru sakit lagi nak buat pengeluaran Implan tu. Daripada sakit setiap hari kan. Yang paling POWER ayat Incik Padil bagi dekat aku. Dia siap cakap "kalau bersalin yang sakit Maha Dasyat tu pun aku boleh harungi akan ler sakit sekejap cucuk Implan tu aku nak separuh mati kan".

Ermmm, ada betul gak pandangan Incik Padil ni. Good Idea..!

So 24 Dis 2015 aku memang dah nekad. Terus call KPMC nak check harga berapa masukkan Implan ni. OMG..! Terkejut mak.. Mahalnya.. Tanya An-Nur, Tanya KPJ. Tanya Az-Zahrah semua mahal. Ok last choice tanya LPPKN.

Ni ler Klinik LPPKN Kajang yang terletak area Jalan Reko berhadapan Petronas.

Cantik ngam2 RM500 je. Tu harga paling murah yang aku terima buat masa tu. Apa lagi terus set appoiment pada 13 Jan 2016. Tapi lepas dh setle masukkn Implan rupanya dekat PPUKM lagi murah RM 350 je. Hehehe. Xpelah. Dah setle pun urusan.

Pengalaman aku masa menunggu turn nama dipanggil memang aku takut. Sejuk2 tangan aku dibuatnya. 

Bila nama aku dipanggil je dek nurse. Lagi berdebar dada ni. Aduhai.. Dah mcam orang berperang dah takutnya. Kaki rasa sejuk dah. Tangan pun dah menggigil2. Alik2 depan doktor aku try buat selamba je tp dalam hati Allah je yang tau. Incik Padil time ni duk dekat luar je.

Implan akan di masukkan di bahagian bawah lengan dan di lapisan kulit lengan. Bukannya masuk sampai ke daging tu.

Dalam doktor tu prepare barang2 nak masukkn Implan ni. Macam2 aku tanya soalan dekat doktor ni. Siap tanya sakit ke tak? Borak punya borak sambil menadah lengan tangan aku ni ke doktor tapi muka berpaling ke tempat lain tak mau tgk apa doktor ni buat. Tau2 doktor cakap "SUDAH". Nurse dia pun datang spray kebas kan lengan aku ni. Aku pun terperanjat. Dah sudah ke doktor? Sekali tgk dilengan memang dah setle pun. Siap dah bertampal plaster.

Dah siap pasang. Taraaa..! Gambar hiasan je. Lengan kita akan di plaster gaya gini. Bagi tak nak darah keluar. Ala2 macam amik darah tu je.

Wah. tak sakit pun wei.. Serius. Percaya ler cakap aku ni. 1minit siap semuanya. Sangat laju dan teliti doktor LPPKN Kajang ni buat. Thumb up..!

Aku pun keluar balik dan berjumpa semula nurse di luar untuk amik kad appoiment aku untuk next week. Untuk pengetahuan korang selepas kita pasang Implan ni. Korang kena berjumpa balik doktor selepas seminggu dan sebulan pemasangan. Bagi memastikan kedudukan Implan tu betul, tidak bengkak dan lebam mahupun sakit.


Kesan pemasangan Implan ni bergantung kepada badan korang gak. Ada yang pening. Ada yang berat dia naik mendadak. Ada period dia tak teratur. Tapi kebiasaan aku period/hormon tak teratur tu normal alaminya akibat perancang keluarga ni. Kalu dulu time amik Injection tu aku selalu pening. Tapi berat tak naik. Xler pula.

Tapi time aku dekat LPPKN ni. Ada 3orang patient appoiment mngeluarkan kembali Implan ni. Rata2 semua badan berisi dan gempal. Yang datang appoiment utk masukkn Implan semua kurus kering je. Ermm. Ntah ler. Tak boleh nak judge orang sesuka ati ekkk. Agaknya aku pun 3tahun akan dtg pun gempal gak kot. HIHIHI

Ni aku nak pesan dekat korang awal-awal. Kalau nak buat Implan ni. Please jangan dengar cakap orang lain lagi ekkk? Kadang2 cerita kengkawan ni sangat menakutkan daripada keadaan sebenar. Kalau aku tau implan ni tak menyakitkan. 3tahun dulu aku pasang dah. Tapi syukur gak.. Sekarang dah ada 2orang anak. Masing2 dah boleh bermain bersama. Jadi mama boleh berehat sementara waktu.

Boleh tidur lena. Rehat2. Honeymoon moon tanpa takut lagi. Bahahahahaha.

So tunggu Jan 2019 waktu tu aku pun dah usia 32 tahun. Fayadh dah usia 7tahun dan Fa'iz dah 5tahun. Rasanya ekonomi pun semakin tegap waktu tu. Boleh ler next planning. (Sambil kenyit mata dekat Incik Padil dengan senyuman kambing.) Macamana ekk kambing senyum? Hehehe

 atau

Tapi kalau ada jugak rezeki lagi untuk dapat anak. Kami terima jugak. Itu ketentuan Allah SWT. Kita hanya merancang. Tuhan penentu segala-galanya.

Korang mesti tertanya-tanya kan. Kenapa aku tak makan pil perancang je? Lagi murah. Free je dekat KKM. No pain.

Serius. Aku ni bukan jenis yang berdisplin makan ubat ataupun suplement ke apa ke. Selalu aku terlupa dan skip makan. So better aku amik Implan yang orang kata 99% safety 1%hamil.

32 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum

nak tnya selepas pakai implan ni ada efek pape tak?
betul ke berat naik?

Anonymous said...

wsalam...nak tolong jawab...sy pakai implan dah dkt 2thn...berat mmg lps beranak tu naik...few months ni rasa cam nak diet...alhamdulillah elok je bole turun...so bukan implan sbb gemok hehehhe.

Unknown said...

Saya pasang implan masa anak 45 hari. Sekarang dah 8 bulan 11 hari. Alhamdulillah setakat ni memang tak nampak kesan sampingan yang merunsingkan sebab saya memang jenis yang tak period sampai anak setahun & takde masalah sakit kepala. Berkaitan berat badan memang agak susah nak turun lepas bersalin tapi tak sampai tahap gemuk. Pandai2 la kan nak control makan esp yang manis2 tu kena kurangkan. Pada saya boar turun sikit2 sebab keutamaan saya untuk menyusukan anak & badan saya cukup sihat tanpa runsing nak telan pil, pergi cucuk every 3 months atau rancang sendiri. Tqsm pada mira sebab lepas baca post mira saya tanpa ragu2 pasang implan.

Unknown said...

Waa dah baca post mira ni terus saya rasa2 berani mau buat impland. Mudahan smua d permudahkan. Dah saya buat temujanji 24 julai 2017 ni... tqsm mira

Unknown said...

thanks~~

pikir punya pikir sy nak pasang jgk 12 julai 2017 nanti nk pegi pasang kat LPPKN shah alam

farah shukri said...

Bila baca cerita u i think i konfem akn pasang implan..cerita org seriusly menakutkn.macam terjun dalam lautan api..thanks mira..bersalin bln ogos ni..september pasang implan maybe..blh survey harga dl sekarang

Unknown said...

mcmana nk wat appointment kat lppkn ni mira?

Sha Mohamed said...

Sha tengah Berdebar-debar nak amik appointment untuk pasang implan.. Thanks for sharing mira..

mira bechok said...

assalammuallaikum semua.

thanks sudi membaca blog Kak MB.

@mummy Qasrina : Boleh call LPPKN yang berdekatan dengan kawasan rumah puan. Saya pun nak cari LPPKN Kajang ari tu tanya Encik Google.

@shahida Dzulkufli : Welcome dear

Anonymous said...

Salam..kak mira,sblm pkai implan de x dr soh mkn pil perancang noriday?

mira bechok said...

walaikumsalam. tak ada pula dia suh makan pil perancang. tapi sebelum tu akak ada dah amik cucuk setiap 3bulan. tapi sekali jer cucuk di punggung utk merancang kehamilan tp xsesuai dgn akak.

Booty Martinez said...

dah january 2018..berat badan naik tak? hehe...nk try implan jgk..tp buat masa ni bajet tkde..ingt nk ambil iud je.

mira bechok said...

dah 2tahun mira pakai implan.sekejap jer masa berlalu. alhamdulillah. maintaian berat 52kg :-)

Unknown said...

Salam mira. Mcmne ada kesan pape tak lps amik implan ni? Sy pun tgh pkir2 lg ni nk amik perancang apa. 😅

Unknown said...

Salam..sy nak tana mcmana nak tau klinik yg under LPPKN..

Umialya said...

Pn Siti Hamimi taip jer di carian google Klinik Nur Sejahtera @ ke laman web LPPKN.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam sis nk tny ppukm tu sama ke ngn hukm.harga implan dia mmg rm350 ke.sebap saya nak pasnang kali ke dua. Sebelum ni saya pasang kat lppkn rm500. Tp ni klu nk buka sekali pasang rm600. Ada org cakap kat hukm murah. Tapi tadi sy pergi cuti pulak jd tak tau lah betul ke tak. Tp diorg ada bg date bulan depan pergi.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

nak tanya ni .. ada kawan pasang inplanon dia xdtang haid selama 2 bulan bila di chek doktor sahkan dia pregnant.. so ada kah inplan tu xberfungsi dgn baik? mohon pencerahan

Unknown said...

As salam nk tny pasang inplanon ni dtg haid tak..

Eima Omar said...

Salaam sis. Dah bukak ke implan. Sy baru pasang. Xde perubahan melainkann craving kalah org pregnant. Ade x sis kene cmni.

Fara said...

Assalam sis mira. Da 2019 ni. Hahaa ok tak implan tu. Masa bukak dia mcmne tu? Sy duk pening memikir jugak nk pkai ape ni😅

Unknown said...

ok jak implan xsakit lngsung sy dah pkai 2tahun daa..

Unknown said...

assalam sis.. sy skg pki depo yg inject tu. mmg ade niat nak pki implan. doc suggest kai inject dlu. skg ni nak tnya pki implan tu ade effect x rmbut gugur. sbb skg sy ade mslah rmbut gugur yg melampau...

siti said...

nak beli implan kat mana yang murah iye??

siti said...

nak taye.. beli implan kat mana murah.. ada jual kat farmasi ke atau??

Anonymous said...

Salam sis, berat badan mcmne? Naik mendadak x walaupun kita xde lah mkn bnyk sgt?? Sy pkai jugak bru 1 tahun 3bln. Tp badan sy naik mendadak. Sdgkan sy bkn jns mkn melantak. Selalu akan naik 2kg. Drpd sblm psg implan berat sy 56kg pastu pasang implan trus naik 57kg. Skrg dh 67kg :(. Ni 1st time rekod sy ada berat mencecah 67kg. Nak turun ng agak ssh. Dan sy xpenah lagi dtg period. Tp kesan sampingan lain tu xde pun. Cume mood swing tu msh leh kawal lagi.

Unknown said...

dah pasang tak sakit pun..x sdar pun dh siapp..

Addah Allana said...

Maaf nk tny..sy pngguna implan. spatotnya di keluarkan balik pd mac2020 tp sy dh tlupa..bru2 ni je sy tringat nk kena kluarkn yg mana dh lewat lbih dr 1bln..so sy nk tau ada ape2 efek x kalo lmbt kluarkn dr tarikh yg ditetapkan..lgpun skrg time pkp sy xsure lppkn bkak ke x

warkah kehidupan said...

Gi hospital pun boleh.. Tp kena dptkan surat rujukan klinik kesihatan tmpt sis dulu. Sy baru buka kt htar 12/5..

Anonymous said...

Saya dah pakai dekat 2 tahun 2 bulan.period mmg kacau.tahun pertama period keluar 2 bulan sekali.ni dh masuk tahun ke 2.dia jd sebulan sekali.tp lama