Pesanan Penaja ^_^

14 Apr 2016

Bali : Part 2- International Airport Ngurah Rai

International Airport Ngurah Rai

Entry sebelum ni...

Assalammuallaikum.

Hai.

Yeay, hari ni tiba ler masa yang dinantikan setelah 10bulan duk termimpi-mimpi nak ke Bali. Time beli tiket ni memang waktu AA buat Promosi. Kalau harga biasa RM159 one way. Tapi that day dapat harga RM500 return untuk 2orang inclued luggage 20kg pergi dan balik. Cuma makanan tu je kami tak oder. Murah ke idak tiket ni? Maybe uolls boleh dapat lagi murah kot.

Incik Padil memang dah decided sejak semalam yang hari ni kita akan keluar awal pagi ke LCCT KLIA seawal pukul 7 pagi sebab flight pkl 9.30 pagi. So prepare semua dokumen penting seawal mungkin.  Dah salam mak ayah sebelum nak keluar rumah. Sempat aku jenguk anakanda Fayadh masih lagi lena diulit mimpi. Ku cium dahi ku cium pipi dulu si anak sambil berpesan dont notty2 ye sayang. Nanti mama call dari sana. Please behave always. Uwaa masa ni touching cikit. Bia pun aku tau Fayadh tengah tidur & dia tak dgr dan tak fhm apa aku pesan ni. Dah ngupe macam orang nak pi beperang dah. Agaknya camni ler kot fefeling anak-anak polis atau tentera yang selalu ditinggalkan oleh ayah atau ibu mereka demi tugas negara. Uwaaa.. Akak MB (Mira Bechok) nak nangis..

Almaklum ler tak pernah berpisah dgn si anak kan. Tapi jauh di sudut hati tetap ada kerisauan dan happy nak tengok tempat orang. Setelah check semua beg/ luggage, slip pembayaran hotel, ittinerary dan tiket semua dah ada dan lengkap dalam envalope. Kami pun bertolak ke airport LCCT KLIA pada pukul 6.45 pagi dengan dihantar oleh sahabat baik Incik Padil iaitu Brother Hazim. Thanks sebab menghantar kami yea.

Akak MB sampai pun dalam pk7.30 pagi di LCCT. Hampir 45minit gak ler perjalanan dari Kajang ke LCCT ni. Memandangkan dalam flight Incik Padil tak oder makanan. So sebelum berlepas perlu isi perut sekenyang-kenyangnya. Jadi McD menjadi pilihan akak untuk menapau McChicken dan Double Cheeseburger untuk Incik Padil. Menu yang sama juga kami berdua pilih untuk sarapan kami.


Di McD punya Q nak membeli. Subahanallah. Punya ler ramai orang yg beratur. Masing2 nak mengisi perut sebelum berlepas. Tengok jam dah pukul 8.10 ni. Boarding pass pkl 8.45. Aiyooo cepat ler akak kaunter oitt. Adik dah lapo ni. Sat gi nak pi terbang plak. Huhuhuu

15minit je kami bersarapan. Kunyah makanan punya ler laju. Nasib baik tak tergigit lidah atau tercekik.  Setelah semua kekenyangan. Kami pun wrap and check-in luggage dan tunggu untuk ke boarding gate. Alhamdulillah semua dah setle dan flight kami pun dah nampak dari kejauhan. Time ni ada sedikit excited almaklum ler ni adalah kali kedua akak naik flight. Biasa ler akak bukan orang hado-hado nak naik flight selalu. Ingat lagi 1st time akak naik flight punya ler jakun dan takut especially time nak landing tu. Rasa nak terjatuh jantung ni dibuatnya. Terima kasih ler dekat Incik Padil yang mengotakan impian akak ni..


Alhamdulillah. Kami dah di dalam flight dah. Walaupun flight berlepas 30minit lewat. Gara-gara traffic jem di ruang udara. Semua flight beratur utk berlepas. Ingatkan jalan raya je jem. Rupanya di atas awan pun jem so diorang nak berlepas kena tunggu signal pelepasan dulu. Kalau ok. Baru terbang.


Bye bye Malaysia. Ibuk nak ke Indon. Kasi goyang bali. Goyang inul. Gelek-gelek pinggul. Jom kecak-kecak. Hahahahahah.

Astafirullahhalazim. Cool mira. Ingat anak dirumah. Janggan happy sangat. Ok. Mata pandang bawah dan muhasabah diri seketika. Huhuhu

3jam dalam pesawat (macam pesawat pejuang ler plak).. sorry flight ler. Asik duduk je naik kematu dah punggung ni. Jap2 tgk luar. Tak nampak apa2 pun. Awan. Berkabus. Bila nak sampai ni??


Amboi, mentang-mentang ler nak berbulan madu. Kemain lagi ko MB (Mira Bechok) yea. Berlove-love bagai. Kalau tak tu. Asik nak bercakar je. Cakar manja ler. Hihiihihi.

Take mood bercinta. Dulu tak sempat nak bercinta terus di lamar dek Incik Padil. 3bulan kenal terus bertunang. 2bulan bertunang terus kawin. Banyak masa prepare buat majlis je. Baru nak feling2 bercinta dah mabuk plak. Terus dapat si Fayadh. Ni baru ler nak lebih mengenali. Thanks mak mertua bagi peluang anakanda bercinta berdua ni. Thanks tolong tengok2 kan Fayadh.

Bosannya bila naik flight lama2 kan. Jap2 tengok luar. Jap2 tengok jam. Nasib baik dah book sit tepi tingkap. Boleh tinjau keluar wpun tau tak nampak apa2. Perjalanan ke Bali amik masa 3jam yea. Ketuat punggung dengan pinggang ni.

Tertiba co-pilot ke pilot ntah bagitau kita akan landing sebentar lagi. Terus tengok dekat luar.


Yeahh, akak MB dah nak sampai Bali. Denpasar tunggu den.. Eh, nak ke pasar ke airport ni?


Jambatan apa ni? Panjangnya.. Tak kan Jambatan Pulai Pinang kot. Tadi kata nak landing dah.

Pemandangan Airport International Ngurah Rai, Denpasar.
Sumber BaliAirport.com
Alhamdulillah, syukur.. Ibu MB (Mira Bechok) sudah selamat tiba yeah.. Dimana yea Pak Supirnya. Kok terlupa maun menjemput it ibuk disini. Hahahahhaahah. Tertiba Kak MB terlupa daratan dan asal usul sendiri.Terlupa loghat N9 dah.

Baru nak cakap Indon dah kena sound dek Incik Padil.

Eleh, kita pun jawo gak bang oitt. Ekau jawo.. Eden minang. Hihihihii Asal2nya dari sini juga.

Turun dari flight terus akak sakit tekak. Udah kenapa aku ni? Makin di tahan makin sakit plak tekak ni. Selesai urusan imegresen dan amik luggage. Akak terus keluar mencari Pak Supir yang aku dah lupa namanya.

Dari jauh akak MB dah nampak sepanduk Ibu Mira. Terus dibawa ke Mobile nya.

Rupanya Airport Denpasar ni dikenali sebagai International Airport Ngurah Rai. Time ni diorang buat airport baru ke ntah macam renovation kot sebab tak banyak kemudahan tempat makan lagi. Sana sini banyak construction. Tengok tempat dia pun baru bercat serba serbi nampak baru.

Sumber BaliAirport.com
Sumber BaliAirport.com
Sumber BaliAirport.com
So apa perancangan lepas ni? Jom kita cari sim kad dulu. Tu penting sangat untuk ibu Mira telefon ke Malaysia. Hihihii.

Apa sim kad nya? Di mana yea kami menginap pula? Ok. Nanti akak MB cerita kan.

Bersambung.........

No comments: