Pesanan Penaja ^_^

6 Apr 2016

Mungkinkah Angan-angan Bakal Menjadi Kenyataan?

Assalammuallaikum..

Sapa tau hobi akak apa? Cer teka cepat. Sapa dapat jawab kiter bagi hadiah. Hahahhaha.

Hadiah apa nak bagi itu rahsia. :-)

Ok semua tak dapat jawap.  Kalau yang tak tau. Baca entri ni.

Kalau orang tua-tua dulu selalu marah kalau anak dara yang suka berangan ni. Sebabnya bila dah berangan semua kerja tak menjadi. Lepas tu buat kerja pun jadi tak semenggah.

Hello, tapi sekarang ahkak dah jadi mak dara tau. So kalau nak marah pun. Ada aku kesah??? Yang penting aku happy.

Akak memang suka berangan dari kecik. Kadang-kadang tak fokus dgn apa yang terjadi dgn keadaan sekeliling. Orang cakap dgn akak pun. Akak buat derkk je. Sampai basuh pinggan pun boleh berangan tau. Sebenarnya berangan ni boleh membuatkan akak sampai termimpi apa yang di angankan dan secara tak langsung menyunting semangat dalam jiwa utk akak merealisasikan angan-angan tersebut.

Jadi kali ni akak dah terberangan nak ke J- -U-. OMG..!

Macam mana ler aku boleh nak terberangan ekk nak ke Negara Kansai ni? Almaklum ler. Sah-sah negara ni dah ler kaya, ekonomi pesat membangun, barang semua mahal dan nilai matawang dia pun tinggi. Kalau nak dibandingkan golongan insan marhain seperti akak ni mana mampu nak ke sana kan. Ermmm. Keluhan berat.

Walaupun akak tau impian dan angan-angan tu sukar utk direalisasikan. Tapi tak mengapa. Yang penting akak bahagia dan happy berangan. Puas hati.









So akak suakan impian dan angan-angan ni pada Incik Padil. Hari-hari akak duk melobi Incik Padil tentang angan-angan akak ni. Duk cerita ler dekat dia hebatnya negara ni. Indah dan cantik nya negara ni di Musim Sakura. Boleh berhanami. Hebatnya budaya mereka. Sopan santun rakyatnya. Duk cerita ler lai hari-hari tengok AAX  kot2 ada tiket murah semurah harga gi Langkawi kan. Hahhahahahah. (Mana nak dapat harga ke situ dgn RM39 kan)

Reaksi Incik Padil. Macam mana?

Of course ler Incik Padil jadi pendengar setia cerita-cerita akak ni. Tapi dia tegas gak bercakap mana mungkin kita akan ke sana dengan komitmen kita yang tinggi di tambah kewangan yang tak berapa nak stabil ni.

Ohhh.. Ok. Mengeluh. Hampa. (muka frust mata pandang ke bawah) :-(

Hampa sekejap je tu. Hari-hari seterusnya seperti biasa.

Baca blog orang sana sini mengenai negara ni. Kutip pengalaman orang yg dah ke sana. Lepas tu berangan andainya aku dapat kesana suatu hari nanti.

Ok. Mustahil. Angan. Angan dan angan lagi. Walaupun tau angan tak akan menjadi kenyataan.

Masa terus berlalu berganti hari, minggu dan bulan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Suatu pagi tergerak hati nak tengok AA website kot2 ada tiket murah ke sana.

Uwahhhh.. Murahnya tiket.

Excited call Incik Padil bagitau tiket murah. Siap plan nak pergi bile dan bagitau tarikh lai tau.

Sebenarnya tanpa pengetahuan Incik Padil. Akak dah siapkan itinerary ke sana. Walaupun akak tau duit tak menyebelahi akak tapi sekadar nak puaskan hati nak tau berapa bajet duit yang diperlukan jika ke sana. Akak siapkan jugak perancangan perjalanan bia pun secara backpacker not melancong or melencong.

Tup tup Incik Padil tanya ada duit???

Ohkeyyy. Akak saje call puaskan hati nak bagitau info AA ada Promosi Tiket. Tu je.

2 hari Promosi Tiket berlangsung akak tengok Incik Padil macam busy sangat mengadap laptop. Malam berlaptop. Siang berlaptop. Jap ke ofis katanya coverage internet slow dkat rumah. So gi ke ofis plak. Hari minggu pun nak ke ofis.

Osah buzy bonar laki den ni. Projek juta-juta ko? Nak ditanyo. Takot plak esei. Takot megangui dio. Bia yo lah.

Tup tup hari Isnin pagi yang indah. Incik Padil bagitau. Ayang check whatsapp.

Hahhhh. Muka terkejut. Mata terbeliak. Tampar pipi sikit. Hantuk jap kepala ke dinding.

Ok. Realiti ni. Bukan fantasy. Rasa dada berdebar. Dah nghupe orang jatuh cinta dah ni.

Betul ke ni? Tenyek lagi biji mata ni. Bermimpi ke ni?

Eh memang betul lar. Bukan mimpi. Ya Allah. Doa aku dimakbulkan ke ni?

Hah, betul. Hampir termakbul dah ni.

Sayangggggggggg... Menjerit dalam hati.

Rasa nak melompat gembira ni. Kalau ada Incik Padil dekat depan ni maun aku cium pipi dia berulang kali. Tapi elok gak dia tak ada disini. Kalau tak. Kantoi ler dia tengok perangai monyet aku ni. Buruk perangai bini dia kan.




Awakkkk..??? Eh salah.

Babyyy..??? Erkk..

Sayanggg ohh sayanggg.?? Ermmm..

Hadiah apa ni? Mimpi apa ni u bagi dekat i? Aicehhh i u plak. (Poyos je ko kak. Ko tak romantik orangnya. So tak perlu nak mengedik)

Bio ler laki kiter. Nak gedik depan dia jap sebagai upah merelisasikan impian dan angan-angan ku.

Maknanya Pelamin angan ku musnah tak ler menjadi kenyataan. Hikhikhik.

Eh salah. Lagu angan-angan Raja Emma ler.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Walaupun mimpi seakan menjadi kenyataan. Tapi rasa macam ada persoalan yang akak tak puas lagi. Kata duit tak menyebelahi kiter. Tapi boleh plak book ni.

Ohhhh, main sorok-sorok ekk?

Sokseksoksek. Mencungkil rahsia. Nak jawapan.

Incik Padil pun bersuara. Sayang, ni hadiah kiter anniversary tahun depan ye yang ke 5 tahun. Abang booking awal tahun ni. Sempat lagi simpan duit. Wat lex wat peace je.

Uwahhhh.. Melting jap. Sedih pun ada. Ok anak-anak. Next year korang tinggal ok. Papa dan mama nak peleing-peleing main salji.

Nampak ko Incik Padil cam tek fefeling punya orang. Cam tak romantis je. Tapi uwaaa kamu buat aku menangis weiiii.

Sayang abanggg ketat-ketat....

Boleh dah mimpi kan Fujisan.


Fujisan, tunggu aku datang..!

Boleh lena tidur lepas ni. Cepat ler 10 Bulan masa berlalu. Tak sabar ni.

Harap-harap insident ke bali dulu tak berulang kembali lagi.

Terima kasih sayangggg..

Walaupun ramai ustazah disekeliling akak duk menasihatkan akak. Pi ler buat umrah dulu. Nanti baru melancong ke melencong ke? Tapi akak da jawapan yang tersendiri.

6hari ke bumi Kansai meninggalkan anak di Malaysia ni pun ntah camana ler tahap kerinduan akak time tu.

Insya allah. Satu hari nanti kita ke rumah Allah pula sekeluarga yea. Aminn.. Tunggu abang dan adik besar sikit.

No comments: