Pesanan Penaja ^_^

3 Sep 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 8 Masjid Tokyo Camii

Entry sebelum ini Day 8 Tsukiji Market

Assalammuallaikum semua.

Ni adalah 'touch-point' terakhir Kak MB sebelum balik semula ke Asakusa untuk amik bagpack dan kembali ke Tanah Air ku malam ni. Yeayyyyy..!!!

Dari Tsukiji-Shiro Station nak ke Masjid Tokyo Camii. Uolls kena turun di Yoyogi-Uehara. Perjalanan train mengambil masa dalam 30 minit. Dari Station Yoyogi-Uehara ni korang kena berjalan kaki sedikit dalam 350m ler. Tak jauh pun berjalan.


Waktu kami sampai di Masjid Tokyo Camii ni dalam pukul 1 petang.

Time ni ler kami berjumpa lagi dengan satu keluarga dari Malaysia yang turut sama nak ke masjid ni.

Alhamdulillah. Rupanya keluarga ni datang dari Kuala Lumpur juga. Mereka datang berempat bercuti di Tokyo.



Masa kami sampai di sini. Tak ramai pun yang datang. Mungkin dah lepas waktu zohor sebab waktu zohor masuk dalam pk 11.30 pagi. Jam waktu ni pun dah nak ke pk 1 lebih.



Sebenarnya kewujudan Masjid Tokyo Camii ni ada kisah sejarah di sebalik pembinaanya.


Masjid Tokyo Camii ini adalah masjid terbesar di Jepun. Ia di bina oleh beberapa orang 'artisan craft' dari Turki mengikut seni bina dari zaman Uthmaniah. Seni bina masjid ini mirip sama seperti Masjid Biru yang terkenal di Istanbul dan segala peralatan dan bahan binaan serta perabot dalamannya di bawa terus dari Turki.




Masjid ni ada 2 tingkat satu tingkat bawah dan satu lagi tingkat di atas.


Kak MB terus je naik ke tingkat atas. Sebab tengok pintu di bawah tu bertutup rapatkan.


Incik Padil pula masih berborak dengan keluarga dari Malaysia tadi.

Sangkaan akak lelaki akan solat di bawah dan perempuan akan solat di atas.


Ni pemandangan dari tingkat atas. Dimana bahagian belakang tempat ni sedang berjalannya renovation.


Tu pemandangan belah kanan dari arah Station Yoyogi-Uehara.


Manakala ni pemandangan di sebelah kiri pula. Sangat tenang di sini.


Hah, ni ler keluarga dari Kuala Lumpur yang Kak MB cerita kan tadi tu.

Mereka ni buat bisnes nasi makanan Kelantan. Diorang da pelawa Kak MB datang kedai diorang ni. Tapi akak bz sangat belum ada masa lagi akak nak ke sana.

Mereka datang dengan suami masing-masing. :-)

Jom masuk ke dalam Masjid Tokyo Camii ni.


Begitu halus binaan bumbung masjid ni.



Wah, cantiknya pemandangan seni bina dalam masjid ni.

Yea ler.. Kak MB rasa masa masuk sini macam berada di Turki bukan di Japan tau.

Cantik sangat dalamannya.





Bertuahnya dapat solat di sini.

Kalau korang datang ke sini nak solat. Tempat ambil wudhuknya adalah di tingkat bawah dan solat dia di sini.


Rupanya sangkaan Kak MB tadi mengenai tingkat bawah tu adalah tempat solat lelaki adalah SALAH. Tingkat bawah tu tempat amik wuduk dan kedai cenderahati dari Turki.

Kalau lelaki nak solat. Boleh di sini.


Manakala tempat solat perempuan kena naik tangga lagi di atas. Ruang solat wanita kecik sedikit dari di bawah tadi.


Kalau korang ada anak kecik dan nak solat. Risau anak kang merayau ntah ke mana. So korang boleh drop anak tu sekejap dalam play ground kecik tu.

Telekung dan sejadah semua disediakan. Mudah dan senang nak solat di sini.



Setiap hari Jumaat ramai jemaah Islam akan datang ke Masjid Tokyo Camii untuk menunaikan Solat Jumaat.



Cantiknya lukisan ayat-ayat Al-Quran di dinding masjid ni.



Selesai menunaikan solat.

Kak MB pun meminta izin untuk beredar pada keluarga tadi. Almaklum ler hari ni hari terakhir kami di sini dan kami perlu sampai awal di airport nanti.

Mereka masih meneruskan percutian mereka lagi di Tokyo.



Ini ler tingkat bawah Masjid Tokyo Camii yang menempatkan pelbagai cenderahati dari Turki. Ia juga merupakan salah satu pusat kebudayaan Turki.



Hah, yang ni tak ada kena mengena dengan cenderahati Turki tadi tu tau. Hahahahah

Ia juga bukan cerek ajaib yang akan mengeluarkan JIN.

Tapi ia agak pelik di mata Incik Padil sebab toilet di Masjid Tokyo Camii ni mempunyai paip untuk beristinjak gaya gini. KahKahkAh. Pelik kan????

Ok ler. Jom kita ke Station Yoyogi-Uehara kembali.



Bye-bye Masjid Tokyo Camii.


Time ni ler kak MB nampak KOBAN ni?

Apa KOBAN ni?

Adakah tempat untuk sambut RAYA KOBAN atau tempat orang KOBAN CINTA ke? Hihihihi

Sebenarnya KOBAN ni adalah Pondok Polis. Kalau ada penjenayah yang di cari dan di kehendaki oleh polis. Diorang akan pamerkan ajer wajah penjenayah di sini tanpa blurr blurr kan wajah tau.


Yang ni apa pula????

Errmmm....

Banyaknya benda pelik-pelik di sini.


Rupanya ini adalah tempat simpan payung ler.

Kalau hujan di luar. Korang bawak payung kan tapi pemalas nak bawak payung tu ke hulu hilir. So korang boleh drop payung tu di sini.

Caranya seperti di atas. Sila baca tulisan arahan tu. Pandai tak baca? Hahahah. Akak pun tak faham.

Kena bayar atau tidak. Itu Kak MB tak pasti. Yang pasti cara dia simpan payung tu dengan lock by password.

Canggih betul kan??

Cer buat cenggini dekat tempat kita. Akak rasa bukan payung jer hilang. Silap hari bulan dengan tempat letak payung ni pun hilang sekali. Sebab tempat simpan payung ni adalah besi kan. Besikan mahal harganya. Ada nilai tu.

Kalau dekat Tokyo ni. Ini ler 1st time akak nampak tempat letak payung sebegini. Besa nampak tempat letak basikal atau locker coin tu je.

Next entry Review Kebab Factory Asakusa

No comments: