Pesanan Penaja ^_^

5 Nov 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Review The Kebab Factory, Asakusa

Entry sebelum ini Masjid Camii

Hai semua.

Sorry. Dah 2 bulan akak tak bercerita kan. Sekarang pun Jepun dah masuk musim AUTUMN iaitu musim luruh. 

Kyoto, Osaka dan Tokyo dah mula pokok bertukar merah kuning. Sapa yang gi area Sapporo dan Hakodate sekarang. Musim luruh dah nak sampai ke penghujung dah. Winter dah mula memunculkan diri. Snow oh snow. :-)

Tapi cerita akak tak abih lagi ni. Masih di musim winter lagi.

Hari ni adalah hari terakhir akak di Tokyo. Kalau tadi Kak MB di Masjid Camii. Sekarang waktu pun dah nak ke pukul 2 petang.

Flight malam ni pun pkl 11.45 malam. So pk 4 petang akak dah kena ready berada di airport. Biar awal sampai jangan lewat. Undang-undang Japan ni straight tau.

Jadi jom kita pi lunch dulu di Kebab Factory Asakusa. Kemudain baru kak MB pi amik luggage semula di Asakusa Station.


Taraaaa... Ni ler The Kebab Factory Asakusa yang betul-betul berhadapan dengan Bangunan Asakusa Ekimise. Kedai ni adalah salah satu restoran halal yang ada di Asakusa.

The Kebab Factory ni adalah makanan dari warga Turkish dan ia ada 2 tingkat satu area atas dan satu lagi di tingkat bawah.

So untuk santai2 better lepak di tingkat bawah. Dimana ruang solat juga disediakan di tingkat bawah ni. 

Cer tengok gambar di atas tu. Tepi tu ada tangga turun ke bawah kan. So situ ler ruang bawah nya.


Pada sesapa yang pening nak cari hotel/hostel yang dekat dengan station train dan tempat makan serta attraction yang menarik. Menginap di area Asakusa sangat RECOMMENDED. Thumbs up..!!

Insya Allah tak susah untuk cari makanan halal.



Baya hensem. Perut kakak lapar dah ni. Kasi masak sedap-sedap yea. :-)


Apa menu yang best ni?


Of course kak MB nak makan nasi. Wajib makan nasi sebelum pulang balik ke tanahair.

Riki punya riki menu. Kak MB amik Doner Beef Kebab Plate with Rice je ler. Harga seperti tertera di gambar tu.

Portion makanan jangan risau. Of course portion dia akan mengenyangkan perut anda. Hehehe.


Kalau tak kenyang lagi. Adds on ler Combo Meal tu. Kak MB amik air Turkish Juice jer.


Ni menu Incik Padil nak Chicken Kebab with Rice.


Ni kak MB punya portion. Besar tau. Ada salad, beef, rice, french fries. Dimakan bersama sos Tobacco. Pedas weii. Alhamdulillah. Kena dengan tekak Kak MB. Kenyang.


Bila perut dah kenyang. Baru boleh teruskan perjalanan ke Airport pula.

So untuk maklumat lanjut mengenai The Kebab Factory ni. Korang boleh klik di Halal Gourmet Japan


Ni ruangan di tingkat bawah. Besar cikit ruangnya dari tingkat atas.


Yang belakang tu adalah traveller dari Indonesia. Banyak siottt diorang shopping. Maybe orang kaya Indon ni.

Okay... Jom balik amik luggage. Kita nak ke airport dah.

Bye-bye semua. Selamat tinggal Japan.

Insya Allah next year Kak MB datang lagi di musim yang lain pula yea.

Korang yang setia membaca blog Kak MB tunggu next tips dari akak. Banyak tips akak nak kongsi kan ni.

No comments: