何してるの?
Kon'nichiwa subete oyasuminasai.
Nanishiteruno?
Cewahhh...
Hai, semua.
Alamakkkk.. Winter dah masuk....
Rindunya Shirakawa Go :-)
Korang mana yang dah lama impikan nak main salji. Lama dah booking tiket. Mesti dah excited nak pergi dah kan..
Tapi yang lain-lain tu yang mana masih tercari-cari tiket murah. Free seat.
Jangan ler sedih beb. Chill..!!
Korang dah ada idea ke mana nak pergi area Jepun ni? Musim apa nak pergi? Attraction mana yang femes2 yang menjadi buruan traveller setiap musim.?
Ni akak nak kongsikan sikit ilmu macam mana akak buat ittinerary dulu.
Setahun beb menunggu. Seksa jiwa raga akak... Naik buta mata duk tengok calendar hari-hari. Hikhikhik.
Sampai berbelas kali revise Ittinerary tau. Sebab waktu booking tiket dulu. Akak ZERO bab tempat-tempat menarik di Japan ni. Yang tau TOKYO dan OSAKA jer.
Mana ler akak kenal KYOTO tu di mana. SHIRAKAWA GO tu apa waktu tu.
Main booking je tiket ikut sedap hati. Bantai amik 6 hari. Sekali menyesal tak dapat gi Shirakawa Go.
Nasib 2 minggu sebelum berlepas AA bagi peluang untuk awalkan penerbangan. Dapat ler akak awalkan 2 hari flight so dapat ler akak gi Shirakawa. Tq AA.
So hari ni akak nak kongsi tips ZERO to BASIC prepare ITTINERARY sebelum korang beli tiket flight:-)
Sebab apa?
Supaya korang tak tercicir attraction yang menarik dan owesome yang hanya ada pada satu2 musim sahaja.
Contoh macam Sapporo Snow Festival yang hanya ada pada Musim Winter ajer atau Festival Shibazakura ( Karpet Sakura) pada Musim Bunga sahaja.
Kan dah rugi. Jauh2 sampai. Mahal2 tiket beli. Punya lama menghitung hari. Tertiba ada tempat yang terlepas nak pergi. Dah kena repeat datang semula ke Jepun ni.
Kalau macam akak. Yang poket marhain ni. Kena maximum kan perjalanan selagi ada tenaga.
Tapi serius akak nak bagitau setiap musim di Jepun ni semua menarik pemandangan nya. So tak rugi datang ke sini mana-mana musim pun.
Percaya ler cakap akak ni.
#Tips buat Ittinerary
1) Japan Guide : Ni adalah website Japan yang sangat membantu korang untuk tahu tempat-tempat yang menarik di setiap wilayah Japan. Sila klik Japan Guide Ia juga akan bagi info mengenai Makanan Halal, Transportation, Penginapan dan banyak lagi tips2 di sini. Sila baca dan hadam kan yea.
2) Transportation : Bila korang dah tau mana tempat2 yang korang nak pergi. Baru decide pengangkutan apa korang nak bergerak di sepanjang berada di Matahari Terbit ni. Walaupun pengangkutan keretapi adalah pengangkutan utama masyarakat Jepun. Tapi tak semua tempat kita boleh sampai dengan train ni. Ada sesetengah tempat kena naik bas. Ada tu kena naik kereta. So korang kena sewa kereta ler. Atau korang kaya berduit boleh ler naik TEKSI. Hahahaah.
Hancuss poket naik teksi tau. Tak percaya??? Boleh try naik teksi dari Osaka ke Kyoto. Berapa kos? Bagitau Kak MB nanti ekkk. :-)
3) Train Pass : Pada korang yang datang ke sini yang nak berjalan dengan pengangkutan keretapi. Better amik JR Pass di JR Station atau Kansai Thru Pass untuk Keretapi, Subway dan Bus yang bukan di bawah Japan Railway (JR) dan ia hanya cover area Kansai, Kyoto, Nara dan Kobe sahaja. Pass ini akan membantu korang lebih JIMAT kerana ia UNLIMITED penggunaannya dengan syarat-syarat tertentu.
Apa syaratnya? Korang kena baca di Japan Guide sebab setiap Pass tak semua station dia akan berhenti. Kena baca Route Pass tersebut. Kalau tak baca betul-betul. Korang akan rugi duit dan masa.
Contoh JR Pass Nationwide dia cover seluruh train, bus dan ferry di bawah JR di seluruh Japan. Kalau Pass Kansai Hiroshima Area dia hanya cover area Kansai dan Hiroshima sahaja. Tokyo dia tak pergi ekkk. Pastikan betul2 Route Train yang korang beli tu cover atau tidak dengan tempat yg korang nak pergi tu.
4) Transportation Bus : Ada orang dia nak cuba naik bas di Japan ni. Nak overnight dalam bas katanya. Tak salah pun naik bas. Jimat tak payah bayar penginapan hostel. Tapi kena ingat untuk Route Perjalanan yang jauh contoh dari Kansai ke Akita atau Hakodate ke. Korang jangan buat giler. Dan jangan cari pasal. Ia akan membuat perjalanan hampir 12jam ke 20jam. Kematu punggung woiittt. Rugi masa perjalanan yang banyak habis dalam bas sahaja.
Tapi kalau dari Osaka ke Tokyo atau Osaka ke Mount Fuji ke. Boleh overnight dalam bas sebab perjalanan hanya 4 atau 6jam sahaja.
Bus express di Japan ni pun selesa. So boleh klik Willer Express Japan
5) Penginapan : Bila dah tau kenderaan dan pass apa yang korang nak guna kan nanti. Dah decide station bas mana korang nak naik dan turun. So korang dah boleh decide penginapan mana yang paling hampir dengan pengangkutan awam yang korang nak gunakan nanti.
Macam Kak MB pakai JR Pass so akak amik penginapan yang berdekatan dengan JR Station. Kalau amik Kansai Thru Pass atau Toie Subway. So akak akan amik penginapan yang hampir dengan Subway station. Sebab korang kena amik kira masa yang terbuang akibat kena ulang alik dari train station dengan penginapan yang jauh sampai kena berjalan kaki 20 minit. Rugi masa. Rugi tenaga.
Lagi satu Kak MB nak ingatkan. Penginapan yang berdekatan dengan station keretapi, bus atau attraction yang menarik selalunya Fully Booking dan harganya pun agak mahal sedikit dengan penginapan yang sedikit jauh.
Tapi macam Kak MB yang jenis Travel ala Backpackers. Banyak ajer penginapan Dorm atu Capsule Room yang berdekatan dengan train station. Kena pandai cari dan selalunya Kak MB akan guna booking.com sebab ia tak ada hidden charge dan selalunya Free Cancellation. Itu yang menarik ler bagi akak.
6) Google Street View & Google Map : Kalau korang nak tau Google Street View ni yang banyak membantu Kak MB utk buat research mengenai keadaan di sekeliling penginapan, station dan laluan setiap tempat yang Kak MB nak pergi. Sebab Kak MB tak nak sesat. So Kak MB akan lihat keadaan di sekeliling penginapan untuk buat Landmark supaya akak tak sesat jalan bila sampai sana nanti dan tau arah mana nak di tuju.
Lagi satu akak akan guna Google Map untuk tengok jarak di antara penginapan dengan station keretapi. Bawah 500m tu kira dekat dah. Tapi Kak MB selalu pilih penginapan dengan station train dalam jarak 400m ke bawah. Akak tak nak jalan jauh2. Nak save energy kaki.
Google Map pun boleh bantu korang kalau tersesat. Search je location mana korang nak pi. Nanti google map akan bawak kan korang ke destinasi. Yang penting korang WAJIB ada Pocket Wifi atau Free Wifi utk buat any search. Tak ada internet masak ler perjalanan akan ke laut.
7) Hyperdia : Apa benda Hyperdia.com ni? Ni ler Timetable and Route Search in Japan. Ia adalah salah satu sistem yang korang boleh tau masa perjalanan pengangkutan di Japan. Dari train, bus hingga ke kapal terbang. Korang akan tau bila ia sampai dan berlepas. Dan di ingatkan lagi sekali orang-orang Jepun sangat menepati masa sehingga lah pengangkutan awam mereka pun sangat-sangat puntcual. Tak penah lewat atau cepat sesaat pun. Kecuali jika ada bencana yang berlaku.
Dengan Hyperdia ni ler Kak MB buat ittinerary. Supaya akak dapat memaximumkan sehabis mungkin perjalanan setiap hari. Maksudnya akak akan keluar pagi2 dalam pkl 6 pagi dan akan balik ke penginapan pk9 malam. So sepanjang hari akak akan berada hampir 4 tempat.
Kaki memang sangat penat. Tapi dek berjalan dalam cuaca sejuk. Tak terasa kaki letih. Keti pun tak basah tau. No wonder sehari akak boleh berjalan sehingga 20ribu langkah. Di Hyperdia ni juga korang akan tau berapa kos setiap perjalanan. Dari segi ni korang boleh decide Pass apa nak guna dan akan memaximukan penggunaan setiap Pass yang di beli.
Jadi bila korang dah tau mana nak pergi, pengangkutan dan Pass apa nak guna,, mana penginapan yang sesuai dan masa perjalanan yang terancang. Insya Allah. korang boleh buat ittinerary yang terbaik untuk perjalanan korang. Insya Allah tak sesat.
Kalau sesat jugak. Jangan risau. Korang join group Road To Japan di fb. Ramai otai2 akan membantu. Insya Allah.
Next entry : Ittinerary Kembara Musim Salju 2017
No comments:
Post a Comment