Pesanan Penaja ^_^

18 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 1 Departure KLIA2 & Arrival Kansai Airport

Entry sebelum ni Introduction

Hai.

Syukur alhamdulillah. Kak MB berjaya sudah menghabiskan kembara musim salju ni. Next trip kita rancang tempat lain pula dan di musim yang lain tapi still di matahari terbit. Insya Allah.

Trip ni sebenarnya ala2 backpacker bersama husbend akak iaitu Incik Padil a.k.a @wakturtle dan perancangan awalnya ketika booking tiket ni adalah trip selama 6 hari sahaja. Bermula pada 01 Feb sehingga 06 Feb sahaja dengan route trip hanya area Kyoto, Nara, Osaka dan Tokyo. Tapi 2minggu sebelum Kak Mb berlepas AA ada call Incik Padil bagi offer pada kami untuk mengawalkan lagi tarikh penerbangan pergi kami atau still sahaja dengan tarikh pergi 01 Feb tu.

Jadi bila dah di beri offer yang menarik ni. Better jangan tolak ler kan. So akak awalkan 2 hari dari tarikh yang sepatutnya kami terbang. Tu yang trip ke Shirakawa Go masuk dalam route trip kali ni. Jadi ler kembara kami ni selama 8hari bermula pada 30 Jan hingga 6 Feb dengan route trip bermula Kanazawa-Kyoto-Nara-Osaka-Tokyo.

29 Jan 2017

Memandangkan waktu berlepas adalah pukul 1.55am bersamaan 30 Jan. Jadi akak amik keputusan untuk sampai di KLIA2 ni pukul 10 malam dengan di hantar oleh bestfriend Incik Padil iaitu Mr. Hazim. (thanks) So sesampai je di airport kami terus tengok board ketibaan & perlepasan flight. Tapi sayangnya... Flight delay lagi... :-(

Tapi kali ni delaynya lagi lewat iaitu pukul 3.30 am.

Mana nak lepak ni??? Ada 6jam lagi nak bersapau di sini. Bila check balik ittinerary untuk tengok jadual aktiviti esok. Baru Kak MB teringat untuk amik poket wifi yang telah akak booking 3 bulan awal.

Moh kita cari dulu kedai poket Wifi ni. Cari punya cari memang tak jumpa kedainya. Akhirnya Kak MB bertanya sendiri dengan Information Centre baru ler jumpa kedai poket Wifi ni yang terletak hujung sekali di bahagian pintu keluar ketibaan. Poket WiFi Samurai ni menjadi pilihan Kak MB sebab ia tak perlukan deposit ketika kita nak sewanya. Hanya perlu booking dalam website dan ambil poket wifi ni dengan bayar terus menggunakan kad kreadit.

Mahal ke Samurai Poket Wifi ni????

Bagi Kak MB ia tak mahal di bandingkan jika kita sewa ketika dah sampai di Jepun nanti sebab perbezaan currency. Harga boleh tengok website ni Samurai Poket WiFi.




Selesai semua urusan bab poket Wifi ni. Kami pun teruskan perjalanan dengan urusan kastam dan imigresen pula. Semua beg just carry naik atas je. Itu lebih mudah sebab perancangan esok nak keluar cepat dari airport dan menuju terus ke daerah Kanazawa yang memakan masa perjalanan hampir 4jam juga ler... Uwahhhh, jauh nya...

Jam 2.30 am flight kami sampai dan kami di benarkan masuk ke pesawat dan tepat pukul 3.30 am berlepas ler kami ke bumi Nihon ni. So masa ni adalah untuk meneruskan tidur bagi mengumpul tenaga esok. Almaklum ler nak angkut anak tapir berkilo-kilo tu perlukan tenaga weiii..


Cantik kan sunrise tu???

Ntah pukul berapa ntah pramugari bagi information untuk menyediakan makanan pada penumpang. Time ni ler akak terjaga dan memang terasa perut lapar. Tengok jam dah pukul 5 am. So akak setlekan dulu solat dan oder makanan.

Sambil-sambil tengok permandangan luar memang cantik waktu ni. Yea ler akak bukan jenis orang travel jauh-jauh. Ni adalah 1st experience tengok sunrise dari awan.



Bosannya duk dalam flight lama2.. Kematu dah ni.

Sekali co-pilot bagi arahan kita nak touchdown pada pukul 9.30 am. Yeahhhhh... Kita dah nak sampai.


Time ni pesawat buat u-turn sebelum take off untuk touchdown.

Akhirnya... Welcome Jepun.... Alhamdulillah. Selamat sudah penerbangan kali ini.

Cuaca agak mendung pada hari tu. Maybe baru lepas hujan kot. Keadaan suhu masih seperti biasa almaklum ler dalam bangunan lagi kan. Kalau dekat luar tak tau ler keadaannya macam mana kan..

So setle semua urusan imegresen dan kastam di Kansai Airport ni. Kami meneruskan pencarian tempat untuk beli tiket dan menukar pass Takayama Hokuriku di area bangunan bersebelahan airport ni.


Korang akan nampak bangunan seperti di atas ni selepas naik escalator di tingkat 1. Kalau tak jumpa gak. Boleh tanya pada information center.

Satu je Kak MB nak ingatkan. Memandangkan ni bukan negara yang familiar dengan kita. Kalau takut sesat dan membuang masa lebih lama. Better korang rajin-rajin bertanya di Information Centre dan Polis atau Guard yang menjaga setiap pintu masuk train ni untuk re-corfirm kan perjalanan train yang korang pilih tu adalah betul.


Ok masuk-masuk je bangunan tadi ni. Kak MB nampak Nankai Tiket Information ni dulu.


Then baru nampak office JR ni.

Blurrrr jap..

Tengok punya ramai manusia dekat sini. Semua berpusu-pusu membeli tiket.

Jadi akak masuk dulu office Nankai ni untuk bertanyakan tentang Kansai Thru Pass yang akan Kak MB guna masa di Kyoto nanti.


Syukur sesangat. Di Nankai ni korang boleh dapatkan Kansai Thru Pass di sini. Kak MB hanya beli untuk cover 2 hari sahaja bermula di Kyoto, Nara dan Osaka nanti. Pass ni ada provide untuk 3 hari juga. Harga dan coverage area penggunaan Kansai Thru Pass ni. Korang boleh check dan study di website ni Kansai Thru Pass Kalau nak semua Kak MB cerita kan. Nanti panjang story morry di sini. Dan belum tentu korang boleh faham explaination akak nt. Sebab dia ada banyak tempat boleh cover dengan pass ni mengikut transport yang terpilih sahaja.

Hah, rajin-rajin ler membaca dan faham kan yea. Kalau tersalah pilih pass takut ada kerugian duit kita nanti.

Setle membayar 8,000 yen untuk 2x Kansai Thru Pass ni. Kak MB dan Incik Padil pergi pula ke office JR untuk tukar booking Takayama Hokuriku Area kepada tiket pula. Pass Takayama Hokuriku ni  Kak MB dah siap-siap book dari HIS Travel di Bukit Bintang KL lagi. Hanya tuka Pass tersebut kepada tiket di Jepun sahaja.

Peringatan : Semua Pass JR tidak di jual terus di Jepun. Pastikan booking dulu Pass JR yang di ingginkan dari Malaysia lagi sebelum berlepas ke Jepun kerana Pass JR hanya untuk pelancong luar SAHAJA. Semua Pass JR boleh di beli di HIS TRAVEL atau JTB MALAYSIA.


 Hah, ni ler rupa pass yang telah akak tukarkan. Nampak tak harganya 14,000 yen tu. Tapi kalau korang tak ada pass ni. Untuk cover area peta sebelahnya tu melebihi 40,000 yen duit korang akan terbang tau. So dengan pass JR Takayama Hokuriku ni dapat ler akak ke Shirakawa Go tanpa perlu bayar apa2 dah. Just drop dan bermalam di Kanazawa je. Esoknya boleh gi Shirakawa by bus dan boleh terus ke Takayama pula. Tapi akak tak singgah pun area Takayama sebab jadual dah padat.


Dengan adanya pass JR tadi baru boleh dapat tiket ni untuk reserved seat. Kalau tak nak reserved seat pun tak pe. Just tunjuk je pass JR tadi pada guard yang menjaga pintu masuk di setiap train yang cover dengan pass tersebut.


So kalau nak membeli Icoca Card pun boleh di JR office ni. Cuma Icoca Card ni boleh beli harga 2,000 yen sahaja. Kalau nak lebih amountnya. Sila topup di mesin nanti.

Macamana rupa dan cara penggunaan mesin ni??

Maaf sayang-sayang ku. Kak MB terlupa nak amik gambar mesin Icoca Card ni. Sebabnya Kak MB dah tersalah tekan button menyebabkan akak dah terbeli satu lagi Icoca Card. Ermmm ni sebab gara-gara tak pandai baca arahan nya dalam bahasa Jepun. dan tak nampak button English di situ.

Almaklum ler tak cukup tido. Mata kelabu dah. Time ni mula ler nak spoild mood. Nasib Incik Padil cool je. Just guna je dulu Icoca Card yang amount nya ada 1,500 setelah di tolak 500yen untuk deposit card. Dah sampai Kanazawa nanti boleh refund Icoca Card yang dah terlebih beli ni.

Apa function Icoca Card ni?

Kalau korang nak tau. Icoca Card ni macam touch n go kita. Just tap je dekat mesin pintu masuk train dan boleh masuk dah. Tak perlu nak beratur beli tiket setiap kali nak naik train. Icoca Card ni pun boleh di gunakan untuk membeli makanan dan minuman di any convinient, Lawson atau 7E. Mudah kan. Tapi setiap daerah berlainan yea card touch n go ni. Kansai (Icoca Card) dan Tokyo (Suica Card) tapi still boleh guna mana2 train, subway atau bus dan convinient. Kalau nak refund card pun ada syaratnya juga yea.


Memandangkan time ni pun dah pukul 12.15 tgahri.. Ada masa 1jam je lagi untuk naik train Haruka menghala ke Shin-Osaka. So time ni akak nak solat dan membersihkan diri secepat mungkin.

Pass JR ni cover yea dari Kansai ke Kanazawa.

Macamana akak search jadual train?

Akak hanya menggunakan apps Japan Travel atau Japan Trains untuk tengok setiap jadual perjalanan train  di sini. Ingat yea..!! Train dioarang sangat tepati masa. Jangan jalan terkedek2. Manakala Incik Padil pula lebih mudah menggunakan google map katanya. Tapi sewaktu akak buat ittinerary akak lebih mudah menggunakan Hyperdia dalam membuat ittinerary untuk bajet masa perjalanan train yang akan di gunakan.

Dekat mana solat?

Akak solat di hujung-hujung penjuru bangunan yang tak ramai orang, dik.. Sebenarnya di airport Kansai ni ada surau tau. Tapi sebab bangunannya besar sangat dan nak ke Information Centre waktu ni pun panjang menjela manusia yang beratur. Jadi untuk memudahkan urusan dan nak menjimatkan masa akak pilih je mana-mana sudut yang jauh dari orang untuk solat.

Relax aje. Diorang tak kacau kita pun. Polis nya pun hanya memandang maybe tau kot orang nak solat.

Alhamdulillah. Semua benda di permudahkan tuhan jadi jom kita cari dulu makanan untuk alas perut sementara nak sampai ke hotel di Kanazawa nanti.


Sorry.. Gambar makanan onigiri tak sempat nak snap. Just Calpis yang owesome ni aje sempat akak amik. Tu pun dah minum separuh botol baru teringat nak snap gambar. hehe.

Ok jom kita terus kan perjalanana ke Kanazawa pula..

Entry seterusnya Kanazawa Station.

No comments: