Pesanan Penaja ^_^

18 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 1 Kanazawa Station

Entry sebelum ni Departure KLIA 2 & Arrival Kansai Airport

30 Jan 2017 / 1.00 pm

Hai.

Dekat sini train sangat punctual so akak tak nak terlepas train sebabnya ia akan melambatkan akak sampai di Kanazawa nanti.  Perjalanan dari Kansai ke Kanazawa ni pun mengambil masa hampir 4jam dan akan sampai pada pukul 4 lebih.  Time tu hari pun dah hampir gelap tau.  Dah nak magribh pun.  Jadi akak kena cepat sebelum hari gelap nanti susah nak cari lokasi Oka Hotel.

Perjalanan dari Kansai ni akak akan menaiki Haruka train menghala ke Shin-Osaka.  Dari Shin-Osaka ni nanti akan ada pertukaran train iaitu menaiki train Thunderbird pula menuju ke Kanazawa Station. So train Thunderbird ni akak dah reserved seat.  Jadi jangan terlepas train pulak.



Alhamdulillah..  Sampai pada tepat masa nya.  Tapi seperti tadi juga sebelum nak naik train pastikan beratur dahulu. Lepas tu pastikan petak kotak kita beratur tu adalah betul untuk gerabak khas yang telah tertera no Car nya iaitu no gerabak train pada tiket kita.  Akak masih terkial2 lagi dik non.  So nasib ada polis yang menjaga setiap platforn. Boleh ler jadi sumber rujukan akak kan..


Yeah, train dah sampai.. Syukur.

Check masa.  Wow,  tepat masanya train sampai.   Tak lewat dan tak cepat walau seminit pun. Hebat..!!

Bila dah sampai dalam gerabak ni.  Mula ler mata nak layu semula.  Almaklum ler masih tak cukup tido lagi kan.. Tak pelah tido ler mata sambil train terus melucur laju meninggalkan Shin-Osaka.

45minit selepas train berhenti di Kyoto Station dan meneruskan perjalanan memasuki terowong pula.. Lagi ler bosan kan perjalanan.

Dan tiba-tibanya..  Train keluar dari terowong..  Wowww... Mata ni terpaku ke suatu pemandangan putih kelabu..


Salji????




Wah,  cantiknya view..  Incik Padil yang tertido tadi tu pun.  Bangun gak tengok view gunung yang di selaputi salji sambil melayan tapak2 gandum dan sawah juga di tutupi salji tebal. Rumah2 tempatan juga dipenuhi salji tebal..  Subahanallah.  Cantiknya pemandangan. Indahnya ciptaan tuhan.  Bila check location.  Rupanya kita dah menghampiri pergunungan area Biwako dan menuju ke Fukui..




3jam perjalanan tak terasa jauh tau.  Bila pemandangan di sini cantik2 sangat.



Sampai je di Kanazawa Station Kak MB terus mencari lokasi Hokuriku Bus Stop. Kak MB nak recorfirm kan balik booking bas ke Shirakawa Go esok pada pukul 9.00 pagi yang akak dah book melalui talian telefon dari Malaysia lagi.

Dengan ada nya Pass Takayama Hokuriku ni akak boleh ler ke Shirakawa Go tanpa perlu bayar tiket bas lagi. Semua dah inclued dalam Pass.



Pada sesapa dari Kanazawa nak ke Shirakawa menaiki bas.  Boleh amik exit #2 yea ataupun bertanya pada Infotmation Centre berdekatan.  Sebabnya hari dah gelap akak dah pun tersesat semasa mencari bus office ni.


Rupa-rupanya ia sangat berdekatan dengan Oka Hotel yang akan akak menginap malam ni. Tak susah pun mencari lokasi bus office dan Oka Hotel ni sebab akak dah cuba google street untuk memberi gambaran landmark berdekatan.  Alasannya akak tak nak sesat tapi dah nama pun tempat bukan familiar kita.  Sesat sikit2 tu normal yea.

Tiket bus setle dah.  Esok jam 9.10 am bertolak ke Shirakawa dan pulang semula ke Kanazawa pada 3.20 pm..






Sambil-sambil berjalan menuju ke hostel. Snap ler dulu gambar buat kenangan.

Check accwheather malam ni katanya ada salji turun. Tapi makcik dah duk tepi kolam ni hampir 30 minit dah. Tak ada pun salji. Moh kita balik hostel ler. Mokcik dah beku dah ni.. Sejuk weii. Suhu -1 malam ni.

Hah, nampak je malam tapi time ni baru pukul 6.00 petang yea..

Waktu Malaysia baru pukul 5 petang.. Korang baru balik kerja kan.. Sini orang dah tido.. Kedai mula nak tutup dah..

Next entry Review Oka Hotel

Next entry Day 2 Shirakawa Go

No comments: