Pesanan Penaja ^_^

19 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Review Oka Hotel Kanazawa

Entry sebelum ini Kanazawa Station

Assalammuallaikum.

Kon'nichiwa (こんにちは)

Badan dah terasa penat ni. Hampir 15jam kot perjalanan baru selamat sampai di penginapan Kak MB malam ni iaitu Oka Hotel. Nasib baik musim sejuk tak ler melengas badan kan.. Kalau tak. Corfirm berbau acammm..

Tempahan bilik ni pun adalah di saat-saat akhir iaitu seminggu sebelum berlepas pergi melalui Booking.com tanpa membuat bayaran terlebih dahulu. Sebelum ni Kak MB ada juga buat tempahan penginapan lain yang jauh lebih murah dari harga hotel ni tapi memandangkan jarak penginapan tersebut dari Kanazawa Station agak jauh dan memerlukan pertukaran local train. So akhirnya akak memilih Oka Hotel aje setelah di kira masa walking distance ke station adalah kurang 10minit berjalan kaki. Cumanya harga sewa semalam di Oka Hotel agak mahal sedikit dan agak tak sesuai kepada korang yang bercuti ala backpackers ni. Tapi bila memikirkan keesokkan hari perlu segera menunggu bas nak ke Shirakawa. So ia menjadi pilihan Kak MB. (boleh je check dulu harga. Kalau ada diskaun. Boleh dapat murah harga semalam.)

Peringatan : Harga sewa hotel/ hostel di Jepun adalah dikira melalui berapa orang akan menginap. Bukan macam di Malaysia. Harga RM 150 dapat hotel satu bilik yang lengkap bathroom. No di Jepun. Iye di kira per/head. Harga sewa penginapan semalam mulai harga RM 50 hingga RM 150 per head adalah di kira murah

See??? Location Oka Hotel memang strategik bersebelahan dengan restaurant "Tomato House". Cuma Kak MB tak pasti muslim boleh makan ke idokkk.. :-) Berhampiran sangat dengan Kanazawa Station dan Bus Hokutetse (Bas Shirakawa Go)


Website Oka Hotel (Sila Klik)

Kelebihan Oka Hotel
  • Tempat yang strategik berhampiran dengan Kanazawa Station & Bus Hokutetsu. Hanya berjalan kaki 5minit sahaja.
  • Penginapan yang selesa, bersih dan jauh dari kebisingan.
  • Penginapan ada disediakan tangga dan lift
  • Menyediakan television/ mini kettle/ mini fridge/ tuala/ toiletries di setiap bilik penginapan
  • Mempunyai service cleaning/ microwave/ vending machine/ hot flusk/ massage (surcharge)/ photostat/ fax (surcharge)
  • Penyambut tetamu yang ramah walaupun tak fasih bahasa English. Insya Allah. Setiap pertanyaan akan di jawab sebaik mungkin oleh tuan hotel.
  • Berdekatan dengan restaurant dan Starbucks.

Kekurangan Oka Hotel
  • Petugas di bahagian receptionist 100% fasih bahasa Jepun jer. Tak faham bahasa English :-)
  • Bilik mandi yang sangat kecil. (Huraian tengok pada gambar)
  • Ruang bilik yang kecik juga. So kalau nak solat. Kena ler adjust sikit ruang.
  • Saiz katil yang Semi-double so kecik. Kalau korang saiz XL dengan pasangan XL better amik Twin Room.
  • Heater/ Air-conds yang tak berfungsi. 
  • Harga bilik depends for diskaun. Adakala harganya murah dan sesuai untuk backpackers.. Adakala ia mahal. Macam Kak MB sewa RM187/ head (Agak mahal time tu)



Ruang menunggu

 Rak kaca sebelah kiri tu adalah pameran souvinier. Boleh beli. Sila bertanya pada receptionist.

Bahagian receptionist.

 Ruang bilik yang agak kecik. Dengan heater/ air-cond yang tak berfungsi. So time ni musim sejuk. Tingkap di belakang tu special sikit. Ia di buat dari board kayu yang boleh slide. So kalau panas boleh tarik board tu. Bia tingkap kaca tu gitu tanpa di buka. Korang akan tetap rasa sejuk. Tetapi kalau korang bukak tingkap. Silap hari bulan korang beku. Kalau korang rasa kesejukan pula board tu sila tutup sebab ia boleh merangkap haba. 

Special kan tingkap dia? Hehehe.

 Hah, ni toilet dia. Memang sangat kecik. Puas Kak MB nak adjust angle mana nak dapatkan picture keseluruhan toilet ni. Tapi demi korang yang Kak MB sayang yang nak sangat riview setiap hostel yang Kak MB duduk. Nah amik ler untuk maklumat korang.

Serius. Memang susah nak amik gambar. Ni pun akak berdiri tepi pintu kot. Dapat ler amik pict bathtub tu yang saiz nya pun kecik.

Bathtub tu pun Kak MB tengok macam tak sesuai je nak berendam sambil party buih-buih tau. Sebab ia sangat kecik dan ruang tepinya pun tak ada saluran air keluar. Kalau korang nak mencuci muka ke atau mengosok gigi ke. Please ler pastikan air tak jatuh ke bawah. Kalau basah sila lap yea. Sebab tak ada lubang saliran air keluar di situ. Jaga kebersihan.

 Hah ni ler gambaran maksud akak tadi. Tak ada kan lubang saliran air keluar dari bawah sink tu??? Jambannya pun jenis kering. Tak ada pun paip tepi jamban tu untuk mencuci kecuali paip sink je yang hado. So pandai2 korang ler nak beristinjak macam mana. Hahahaha.

Nampak tak tisu sebelah tu??? Hah tu bukan saja-saja letak untuk lap tangan yea. Pandai-pandai ler fikirkan kegunaan yang sesuai. Huhuhu

 Disediakan tv juga. Kalau korang nak tau rakyat Jepun ni terkenal dengan sifatnya yang pemalu dan sopan. Penyampai berita tu pun baca berita dengan sopan sangat. Nasib siaran time tu mengenai kaji cuaca. Faham juga ler akak sikit-sikit.

 Pada yang sedang berhoneymoon tu. Chanel geli-geli pun ada. Sweet chanel namanya. Tapi kena bayar ler yea siaran nya. Kalau akak tak kuasa ler nak melayan benda ntah apa-apa punya cerita ni. Hakhakhak :-0

Faham ke tulisan sebelah tu???

Okay ler... Ni serba sedikit riview akak mengenai Oka Hotel. Semoga ia menjadi info yang berguna buat korang nanti yea.

Dah jom ikut akak explore Shirakawa Go hari ni dia area Gifu.
Suhu pagi ni 0'c.. Katanya ada snow flake akan turun pagi ni..

Entry seterusnya Shirakawa Go

No comments: