Pagi ni kami akan bertolak ke Nagano Prefecture dalam pk10 pagi tapi sebelum tu Kak MB nak try dulu bersarapan di satu coffea house klasik milik warga tempatan.
maklum coffea house ni memang RARE. Klasik. Menunya simple. Murah.
Jom kita masuk kedai ni dulu.
Sekali bila akak masuk je dalam coffea house ni dekorasi dalaman macam zaman english style di zaman dulu-dulu.
Sangat klasik. Cantik. Biapun ruang kedainya nampak sempit dan kecik. Tapi susun aturnya ringkas dan tersusun. Yang belakang tu ruang dapur. Nampak dari sipi-sipi pun klasik kan.
Kak MB tak amik banyak gambar dalam kedai ni. Sebab time ni ada pengunjung veteran lain juga tengah bersarapan. So sebagai menghormati budaya dan privasi warga tempatan di sini akak tak boleh nak up gambar sebarangan.
Ni simple menu yang ada di sini. Tak mahal pun harga.. Just RM12/ set..
Kak MB just oder roti bakar dan coffea panas sahaja. Cik Bie dan Kak Farah menu roti bakar ditambah telur rebus dengan air teh O dan coffea.
Cara presentation plating pun nampak klasik.
Sebelum oder sampai. Mereka akan bagi air sejuk dulu. Tak tau kenapa bagi air sejuk. Maybe nak sejukkan tekak dulu kot.. Hihihi.
Tiba-tiba akak berasa macam di alam cerita Zorro ler pulakkk. Sambil makan sambil lagu klasik english dimain kan.. Best tau kedai ni... Sesapa yang nak try sesuatu yang baru di Osaka. Boleh datang ke Coffea House ni.
Done sarapan. Done amik gambar. Jom naik semula ke bilik hostel untuk amik bagpack dan check out untuk menuju terus ke Matsumoto dan kali ini kami akan bermalam di Shinshimashima untuk next Kembara ke Kamikochi esok.
Perjalanan hari ini amik masa hampir 5/6jam sejauh 400km. Dan Kak MB dah plan untuk sampai ke penginapan dalam jam 3 ptg untuk solat jamak di sana terus.
So pk9 lebih kami check-out dari Hotel SunPlaza II untuk amik train dari Shin-Imamiya menuju ke Shin Osaka. Pertukaran 3 train di Nagoya dan Matsumoto dan last stop di Shinshimashima.
Wow..kematu pungkuk ari ni dalam train sahaja. Semoga view pemandangan kali ini lebih cantik ler dengan kuning dan merah autumn.
Kak MB selepas change train di Nagoya menghala ke Matsumoto dah pening lalat dan muntah dah. Tak tau kenapa. Maybe naik Local Train dan menyusuri bukit bukau yang landasan tak rata. So train bergegar ke kiri ke kanan. Sama ler dgn segala isi perut dalam ni. Tu yang muntah kott.
Sampai jer di Matsumoto pkl2.30 ptg baru akak teringat yang Guesthouse di Shinshimashima ni check-in pada pk4.30 ptg dan waktu tu dah hampir magribh.
Jadi kami decide solat di satu kawasan yang bukan laluan orang ramai untuk kami jamak solat di Matsumoto Station ni.
Alhamdulillah. Bersyukur sangat sepanjang kembara ini dipermudahkan urusan kami. Sangat-sangat mudah.
Jam baru pk3 ptg dan kami nak carik makanan halal disekitar Matsumoto ni dulu. Memandangkan tadi Kak MB dah muntahkan segala isi perut ni. Badan dah start mengigil.
Kami jumpa satu retoran Halal yang Kak Farah search di Japan Halal Gourmet iaitu makanan Thai. Tapi malang sekali kedai tutup pula. Sedih. Lapar.
Last kami nampak Lawson. Syukur da shushi ni. Lapar dah ni.
Ermm.. Dah darurat. Sebab sushi ni tak ada yang berunsur daging just seafood sahaja kan. So Kak MB makan set ni semua tau dengan limau sebelah tu sebagai pengubat mabuk tadi. Betul-betul lapar ni.
Dan perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Shinshimashima dalam pkl5 ptg.
Take Note yea sapa yang nak datang ke Shinshimashima ni JR Pass tak cover. So tambang 700 yen sehala. Boleh pakai Icoca Card atau bayar tambang dalam train nanti.
Alhamdulillah. Done check-in. Kami menginap di sini selama 2 malam. So satu malam RM140/ seorang. Untuk makluman korang. Area matsumoto banyak sahaja hostel tapi harga agak mahal jugak ler. Tapi di Shinshimashima ni hanya Guesthouse ni sahaja yang ada.
Kalau korang ada aktiviti di Kamikochi. Kak MB
guesthouse ni. Sebab sangat dekat untuk amik bas terus ke Kamikochi.
Dapat jer bilik.. Fuhh, lega ah. Jom mandi dan rehat.
Pemandangan daripada pintu masuk guesthouse dan ruang receptionist. Pintu merah sebelah kanan tu adalah restoran/ bar.
Ni ruang bilik bertiga. Sangat luas dan selesa. Walaupun dimusim autumn. Tapi sejuknya macam musim sejuk. Suhu 0'c diwaktu malam dan ada provide heater. Dont'worry.
Tilam Futon yang gebu dengan selimut yang tebal sehingga 3 lapisan. Di alas dengan tatami. Sama seperti dalam cerita doraemon. Ditambah pulak dengan suhu yang sejuk.
Waktu pagi kami ibarat dalam syurga.. Tak nak bangun weiii. Heaven giler duk berselubung bawah selimut tu.
Guesthouse ni hanya dua tingkat sahaja. Tingkat atas memang untuk bilik sahaja. Jadi jamban memang ada ditingkat ni. Cuma kalau nak mandi kena turun ke bawah ler. Dan jambannya ada Bidet yea. No paip air.. Kalau nak cuci tangan. Ada sinki dibahagian atas flush tu. :-)
Ni ruang memasak dan sinki mencuci pinggan. Sebelah sinki ni ada tempat laundry. So boleh ler sapa nak cuci baju. Ada charge tambahan untuk laundry dan detergen.
Ni bilik mandi perempuan. Bilik air berasingan yea. So luar bathtub ada sinki atau ruang untuk mencuci muka berserta hair dryer pun ada disediakan di sini. Toiletries pun ada. Jangan risau. So kak MB kan travel ala bagpacker. Sangat senang. Tak payah nak angkut macam-macam benda.
Ruang makan. Coffea tu FREE.
So malam ni tak ada aktiviti. Badan pun penat dah dengan perjalanan yang jauh. So malam ni kami nak tidur awal. Nak kumpul tenaga. Sebab esok kami nak hiking di Kamikochi.
26 Okt 2018 (Jumaat)/ 7 day
Cuaca pagi ni memang sejuk. Nak amik wudhuk pun bercinta apatah lagi nak mandi.
Tapi ni wajah mandi yea. :-)
Tempat menunggu bas still sama di Station Shinshimashima juga.
Kak MB akan naik bas Highlands Shuttle tu dengan tambang 3,400 yen roundtrip. Tiket pun Kak MB beli di stesen ni. No Booking.
So jadual bas menuju ke Kamikochi seawal 7.15 pagi. Ni bas 1st dari Shinshimashima tapi route bas ni 1st bergerak dari Matsumoto bermula jam 6.30 pagi.
Anda boleh check jadual bas ke Kamikochi di
SINI yea. Untuk info MAP KAMIKOCHI boleh klik link
MAP KAMIKOCHI ni.
Hari ni Kak MB and the geng akan hiking bermula dari Taisho Pond dan berakhir di Kappa Bridge sejauh 3km sahaja.
Tapi kalau korang naik bas turun di Kappa Bridge korang akan menurun balik ke Taisho Pond dan kena naik semula bas dari Kappa Bridge. So korang akan hiking sejauh 6km ulang alik.
Sebab bas hanya akan pick up penumpang di Terminal Bas area Kappa Bridge sahaja. Untuk drop by boleh di Taisho Pond. Sebab tu akak turun di Taisho Pond. Kemudian akan jumpa Tashiro Pond, Tashiro Bridge dan last destination di Kappa Bridge.
Ni antara view pemandangan pagi semasa on the way ke Taisho Pond. Pokok-pokok dah banyak yang nak ke merahan. Sebab peak autumn di sini masa pertengahan Okt lagi.
Perjalanan dari Shinshimashima ke Taisho Pond hanya 1jam sahaja.
Kami sampai pun dah pk8 lebih. Tapi cuaca tak ada cahaya matahari lagi. Suhu sangat-sangat sejuk serendah -1'c. Berasap mulut kami. Dan sayangnya kami datang tak prepared Hot Pad.
Apa lagi mengelabah ler? sebab tangan dan muka dah FREEZE. Mujur ada satu kedai masa bas drop kami tadi ada jual HOT PAD 200yen/ pcs.
So kepada anda yang nak datang ke sini start hujung Okt sampai Nov kena prepared pakaian macam di Musim Winter yea. sebab sini cuaca sangat sejuk kalau datang di awal pagi.
Yeahhh, Taisho Pond view.
Time ni tasik pun berasap tau. Ramai makcik pakcik warga tempatan standby dengan DSLR masing-masing. Hebat diorang ni. Tua-tua pun larat duk pikul DSLR gabak dan hiking.
Kalau tengok daun-daun di dahan pun nampak gerimis salji di sini. Tu tandanya suhu malam tadi mesti turun di paras -1 ke bawah.
Nak amik gambar pun tak boleh nak senyum. Beku. Hidung kena tutup supaya tak berdarah bila terlalu sejuk.
Jom jalan lagi dan kali ini Kak MB nak ke Tashiro Pond.
Kalau korang nak tahu kenapa kak MB beriya-iya sangat nak sampai sini?
- Kak MB memang sukakan alam semulajadi dan ketenangan.
- Kamikochi ni adalah satu Taman Negara di Wilayah Nagano. Viewnya sangat cantik di musim peak Autumn. Winter tutup yea.
- Kak MB terhasut dengan RACHUN dari blog Kak Azra dan kak Jihan dalam Jejak Jepun Jihan hari tu.
- Kamikochi ni tak ramai rakyat Malaysia yang sampai. Info mengenai dia pun susah nak carik. So di sini Kak MB sharing segala INFO mengenai KAMIKOCHI yea.
Tashiro Pond tak jauh pun dari Taisho Pond tadi.
Untuk INFO mengenai Kamikochi boleh klik link
KAMIKOCHI TAMAN NEGARA NAGANO. Di sini pelbagai info dan aktiviti ada untuk korang rancang sendiri. Nak hiking.. Nak berkhemah.. Nak bermalam pun boleh di sini.
Hah ini ler dia Tashiro Pond.
Jernih kan air dia?
Paras airnya cetek je. Ala2 paras buku lali. Tapi bak hang sejuk giler weii air dia. Ni hanya tasik cetek yang tak tahu mana punca datang nya air ni. Maybe dari mata air, air gunung atau air salji yang mencair.
Air tasik ni akan mengalir mulai dari sini.
Dan akan mengalir ke bawah ni.
Akak tak puas tengok kejernihan air ni. Kalau dekat Malaysia. Dah lama dah orang duk berendam air ni. Dari jernih boleh bertukar coklat tau.
Akak tengok rumpai hijau belakang tu geram jer dah macam agar-agar tau. Atau pun cermin. Serius sangat-sangat jernih airnya. Kak MB tak tau dari mana sumber air tu datang.
Subahanallah. Indahnya ciptaan Mu Ya Allah.
Sangat-sangat akak kagum.
Kalau korang hiking di sini. Jangan risau banyak papan-papan tanda yang bagi Info dan ramai jer pengunjung yang datang. Maybe tengah peak Autumn kot.
Puas dah mengamati keindahan alam di Tashiro Pond. So kali ni Kak MB nak menyusuri Sungai Azusa-gawa pula untuk sampai ke Tashiro Bridge sejauh 600 meter sahaja.
Sungai Azusa. Wah, lagi jernih..
Rasa nak menangis akak tengok view macam ni. Dekat Malaysia ada tak sungai macam ni? Jernih sampai nampak ke dasarnya.
Kalau dekat Malaysia macam ni bersih sungainya sah-sah ramai pengunjung dan tak mungkin ramai juga yang akan membasuh kain di sini. Hahahaha
Kalau dalam gambar pun cantik. Apa tah lagi view depan-depan. Lagi cantik weiii..
Huhuhu. Sedih. Rindu Kamikochi.. Rindu Jepun..
Suka-suka gak tau. Jangan lupa jaga keselamatan diri juga.
Dah nama pun hutan. Tak kan terlepas dari binatang liar dan buas. Be careful..
Dan berkali-kali jugak Kak MB hubungi Tok Mudim RTJ untuk sah kan pasal bear ni. Yea ler.. risau gak kan. Tengah-tengah jalan kang. Muncul pulakk bear ni. Tak kan nak buat pura-pura mati macam dalam buku cerita kan.. Hahahaha
Sah-sah aku akan lari dulu. Tak kan nak kena standby spray lada hitam pulak ke atau loceng?
Last bear ni dijumpai pada bulan Sept lepas.
Alhamdulillah. Penjelasan dari Tok Mudim RTJ bagitau bear ni biasa keluar musim panas mencarikk makanan. Kalau okt hingga ke winter dia dah kenyang dan akan tido berehat.
Wallahualam.. Mana tau korang yg pi sana ada rezeki pulakkan jumpa.. Hahahaha. Bear ni lebih besar dari manusia. Bukan teddy bear yang ada di rumah tu. Hahahahah tu Tedy Bear manja.. Hahahaha.
Wah ni ler kot Taishiro Bridge. View dari atas jambatan ini akan nampak Mount Hotaka setinggi 3,190 meter
(10,470 ft)
Kalau datang sini di bulan April akan nampak ler kot Mount Hotaka akan ada Snow Cap di puncaknya.
Jangan tertipu dengan terikan matahari tu yea. Nampak macam terik. tapi sebenarnya sejuk.
Jom layan view menyusuri Sungai Azusa.
Kak MB datang dah hujung peak Autumn di hujung Okt. So cuaca dah agak sejuk. Banyak pokok dah luruh daun-daunnya. Sebab tu nampak banyak pokok dah togel.
Mujur dapat gak jumpa satu pokok maple tengah kemerahan di dahan dan sempat gak ler bawak sehelai daun maple ni balik ke KL sebagai kenangan.
Pokok gingko jer tak jumpa.
Jauh dah rasanya berjalan. Tapi alhamdulillah. Kaki still boleh melangkah. Cuma perut je dah kriukk kriukkk berbunyi. So berhenti jap kita makan bekalan sambil menikmati keindahan sungai yang jernih ni.
Dah selesai makan. Jam pun dah pukul 11 pagi time ni. Akak rancang nak balik dalam pk1 tengah ari. Apa-apa pun kena sampai dulu ke Terminal Bas Kappa Bridge untuk tengok jadual kekosongn seat dahulu.
Alhamdulillah. Sampai gak kami di Kappa Bridge berlatar belakang kan Mount Hotaka.
Done diva-diva semua bergambar. Mengabadikan kenangan. Tak tau bile boleh sampai sini lagi kan. So bergambar ler puas-puas.
Kita abadikan di sini untuk tatapan bacaan anak-anak akan datang. :-)
Puas bergambar jom balik.
Guide Map yang ada di Terminal Bus Kamikochi.
Alhamdulillah. Syukur. Waktu bas balik kami pkl 1.20 petang dan sampai kembali ke penginapan dalam jap 2 lebih.
Walaupun kaki dah mula terasa penat berjalan tadi. Tapi mata still segar untuk melihat sendiri setiap pemandangan perjalanan balik ni.
Betul tekaan saya semua pemandangannya indah belaka dan cantik sangat.
Rugi sapa yang tertido.
So dah sampai. Jom rehat dan buat yang wajib then sebelum magribh nak riki-riki apa yang menarik di sekitar Shinshimashima ni.
Not bad gak view area penginapan guesthouse ni. Sekitarnya banyak bendang sawah padi. Tapi sekarang banyak rumput kering yang naik. Maybe sebab nak masuk winter dah kot. Banyak daun-daun dah meluruh dan kering.
View autumn.
Sunset view. Cantik. Subahanallah.
Jom kita balik ke guesthouse semalam Kak MB da nampak satu menu yang RARE da jual di restoran sini.
Ni dia Spagetthi Wasabi. Dekat KL tak ada spagetthi ni. So kena try rasa untuk pengalaman yang baru.
Bismillah.. Jemput tengok ekk..
Tengah-tengah kami makan. Tertiba datang mat saleh sorang ni. Dari semalam lagi Kak MB dah nampak dia sama train masa nak ke sini. Tak tau pulak malam ni dia nak lepak sama dengan kami. Semalam just borak-borak simple jer.
Ni kamera fon yea. Nampak dah muka sunburn.
Nama kawan baru kami ni Freak dari Netherlands. So dia di Japan dalam 2 minggu gak. Awal Nov baru balik ke Netherlands semula.
So malam ni pun dia oder spagethhi rare gak.. Hahahah.
Apa rasa spagethi wasabi ni? Ermmmm...
Cuba bayangkan makan spagethi yang ada cheese dan creamy tapi ditambah sikit berangin wasabi ni. Rasa berangin tu melekat di tekak dengan creamy yg pekat. Kesimpulanbya di tekak Kak MB loya weii.. Hahaha.
Can not go for me..
Makan dah. Jom masuk tido. Sebelum tu meh amik gambar dulu buat kenangan. :-)
=======================================================
27 Okt 2018 (Sabtu)/ 8 day
Wow dah hari ke-8 perjalanan kami. Tak abih lagi Kembara ni yea. Hahahahah.
Sila jangan jemu. Sebab setiap destinasi Kak MB pergi berlainan pemandangannya, cabaran dan perasaannya. :-)
So hari ini kami akan ke Kawaguchiko di area Mount Fuji sejauh 148km dan mengambil masa 4jam. Perjalanan ni nampak dekat tapi lama sebab train ni bukan naik Shikansen tapi menaiki train jenis Limited Express sahaja dan memerlukan 3x tukar train.
Jadi pagi ni Kak MB akan amik 1st train jam 6.29 pagi. Sebab nak sampai di Fuji sebelum tengahari. Pagi-pagi lagi akak dah check out dengan meninggalkan seribu kenangan di sini dan di sulam dengan hujan renyai-renyai.
Hallo Malaysia. Morninkkk..! Hujan ni..
View penuh dengan kabus. Suhu jangan tanya. Sejuk sangat-sangat.
Nampak tak train kami dah sampai belakang tu. Tinggal nak ready kami naik je.
Sambil nak tunggu naik train. Kak MB nak minum air panas di Vending Machine ni jap. Sekali tengok air tomato. Ingat nak try ler.. KL tak ada air pelik-pelik gini.
Sekali Cik Bie cakap. Jangan ngada-ngada nk minum yg pelik-pelik. Kang cherry berry sapa nak tanggung.
Semalam punya Spagethi Wasabi pun tak abih makan. Hahahahaha.
Krikk krikk jer kena ceramah dek Cik BIe.
Tak jadi beli air. Jom naik train menuju ke Matsumoto.
Kak MB nak booking seat jap sebelum naik Limited Express ke Kofu Station then tuka ke Otsuki dan tuka lagi train lain baru sampai ke Kawaguchiko.
Sibukkk mengupdate nampak nya tu... Rindu Malaysia dh ke sahabat..?
Kak MB macam takk nak balik lagi... Kalau boleh nak duduk sini jer..
Pemandangan dalam hujan memang SUPERB beb..!! Tak mengecewakan..!! Kabus..!
Akak fefeling tenang.. Sambil mengimbas kenangan lepas.. Huhuhuhu.
Train ni lalu kawasan bukit bukau. Memang tenang sangat-sangat.
Tapi asik tengok permandangan bukit yang berkabus jer.. Agak risau gak hati ni kang Fuji malu nak muncul kang.
Takut weii jadi macam
Kembara Musim Salju 2017 hari tu je kang.
OMG..!!! Tidakkkkk...!!!
Uwaaaa...!!! Tidakkk..! ;-(
Please, muncul ler wahai FUJIYAMA.. Last trip ko malu lagi.. Jangan ler kali ni pun malu gak... Huhuhuh.
Dah nampak kemerahan disitu. Tengok forecast autumn di Kawaguchiko Lake dah merah.
Tapi i'm not sure nak kesana ke tak sebab last trip dah pergi.
Then kali ni akak nak pi area
SAIKO IYASHI NO SATO NENBA iaitu satu tempat HOT SPOT paling clear nak tengok Mount Fuji.
Alhamdulillah. Kak MB sampai di Kawaguchiko Station pkl11.00 pagi seperti yang telah dirancang dalam ittinerary.
So Kak MB tak check in lagi hostel tapi nak drop bagpack di Coin Locker dulu dan sambung jalan ke Information Centre dulu nak amik peta dan kemudian beli Pass Unlimited Bas untuk Green/ Red Line. For your Information about
Bus in Kawaguchiko boleh klik blue link ni.
Harga pass pun dah naik sedikit dari last trip. But it's ok still affordable price.
So jadual bas memang akak dah study siap-siap tak boleh lewat. Nanti nak check in hotel pk3 ptg kang tak sempat. Sebab kami kalau boleh nak solat di penginapan lebih selesa. Magribh awal kan pk5 ptg.
Jadi kami naik bas pkl 11.40 pagi dan sampai di Saiko Iyashi No Sato Nenba pkl 12.20 tghari.
Time ni cuaca memang agak panas. Perut pun lapar saangat. Mujur nampak da gerai-gerai kecil jual buah-buahan boleh buat alas perut.
Kak MB beli buah lai ni. Gabak weii buah ni. Sedap dan manis.
Epal ni akak tak beli. Sebab buah lai tadi pun harga dah RM 12 sebijik. Jadi ler buat alas perut sebelum sampai ke penginapan kang.
Sekali toke buah ni duk bagi FREE AYAM GORENG lazaattt. Panas lagi dekat Cik Bie.
Alahaaiii bertuahnya bawak orang cantikk ni..!!! Tak rugi da geng cantik. Ramai orang yang nak bagi makanan Free. Hahahaha.
Amboii lebaq senyum Cik Bie..! Dapat ayam sedap. Bagai orang lapar disuapkan makanan.
Rezeki beb..! Jangan tolak..!
Moh kita bedal dulu ayam ni.
Halal ke??? Mesti korang fikir cam tu kan?
1st kami dah darurat lapar.. 2nd toke tu cakap Halal.. Dont worry. Dia tahu cara kita. Ramai orang Malaysia makan ayam dia. Dia pun fasih bebahasa Melayu.
Apa lagi bedal dan betawakal jer..
Ni ler wajah toke buah yang bagi kami ayam FREE. Terima kasih uncle. Terima kasih juga bagi kami amik gambar dia untuk diupload dalam blog ni. :-)
Kenyang dah perut kan.
Jom masuk. Tapi sebelum tu nak bagitau dulu. Nak masuk ke sini akan dikenakan bayaran sebanyak 350yen. Information berkaitan
Saiko Iyashi No Sato Nenba .
Dalam ni ada pelbagai muzeum, galeri seni masyarakat sini dulu-dulu dan uools boleh try pakai Kimono atau Baju Samurai di sini dengan sedikit bayaran. Kak MB tak try sebab tak ada mood nak pakai.
Sebab hebohh mengejar Fuji sangatt kan.
Fuji still tak jelas. Dilindungi oleh awan.
Berlalu ler wahai awan.. Angin tolak ler awan tu..
Sanggup weii Cik Bie dan Kak Farah melayan karenah aku nak sangattt sanggattt tengok Fuji Clear.
Thanks sahabat sangggup susah senang dengan Kak MB dekat sini.. Terharu kak MB bila tengok gambar-gambar ni.
Sampai SUNBURN wajah kitorang tau.. Apa da hal. AirizSkinz kan hado.. Hahahahah #donePromote
Jom ler kita sama-sama menyalai badan dengan matahari terik panas tu. Tapi suhu still sejuk.
Tak nampakk jelass lagi..!! Tungguu..!
"Hahhhh..! Macam nak jelas dah tu Mira.." Cik Bie cakap..
Apa lagi ready ler posing masing-masing.. Hahahahah.
Ni gambar kamera fon. Tak berapa nak clear..!
Yeahhh..!! One shoot please..!
Ko nampak tak bila masing-masing sabar menunggu Fujiyama muncul.
Walaupun Kak MB tak porfesional amik gambar macam Incik Padil.
Tapi jadi ler buat kenangan seumur hidup..
Yeahhh ni hasil Kak MB amik gambar guna Canon EOS M10.
Cantik tak??
Cantik takk? Hahahaha
Tapi tak boleh lawan Incik Padil punya skill.. Hahahaha. Creadit for Canon EOS M10.
Lepas ni kalau TRAVEL kena bawak Incik Padil ler. Baru gambar lawa-lawa. Hahahahah
Puasss dah kan tengok Mount Fuji? Muka pun sunburn dah..
Now jom balikkk.
Sekali nampak pokok Maple tengah kemerahan.
Dan di depan pokok Maple tu ada satu kedai jual aiskrim yang dekat KL tak ada tau.
Ni aiskrim Wasabi. Hahahah. Kak MB pilih. Mengeleng Cik Bie dengan Kak Farah tengok aku.
Ntah boleh telan ke tidak ni? Hihihi.
Cik Bie amik aiskrim Sesame dan Kak Farah amik sweet potato.
Aiskrim Cik Bie dan Kak Farah memang best dan sedap tapi askrim kak MB huhuhu still sama macam spagethi Wasabi semalam. Rasa dia melekatt di tekak dan berangin. Tak selesa tekak. Uwekk..!
Sambil makan aiskrim kitorang pun balik tunggu bas depan stall uncle yang bagi FREE ayam goreng tadi.
Alhamdulillah. Tak lama pun tunggu bas sampai dah.
View Lake Saiko dengan Mount Fuji dari kejauhan. Perjalanan balik ke Kawaguchiko Station 1jam tak terasa sebab perjalanan ni menyusuri tasik Saiko. Sangat cantik view petang ni.
Kami sampai di Kawaguchiko Station dan amik semula bagpack dan kemudian amik bas Red Line untuk check in di Capsule Inn Fujisan.
Sayangnya lagi sekali Kak MB terlepas pandang yang jadual check in hostel ni pk4.00 ptg. Now, jam baru pk3 lebih.
Tunggu le kejap.. Sambil-sambil amik gambar Cik Bie. Dengan kereta comel ni.
Sapa tau jenis kereta ni ekk? Macam dalam kartun kanak-kanak tu. :-)
Sangat comel dan jimat space parking.
Alhamdulillah kak MB dapat check in tepat pk4 ptg dan ini adalah gambar hadapan penginapan kami di Kawaguchiko. Berlatar belakang kan Mount Fuji.
Kali ini Kak MB amik bilik style capsule atau keranda style.
Harga pun murah 3,000 yen semalam/ person.
REVIEW FUJI BACKPACKERS CAPSULE INN
Yang OK
- Rating 9/10 Star
- Jarak Capsule Hostel dengan Kawaguchiko Bridge dekat 300meter jer
- Harga yang tersangat murah dan bersih
- Receptionist yg peramah dan membantu
- Berdekatan dengan Lawson. 5 minit berjalan kaki.
- Dekat dengan restaurant Indian iaitu Aladdin Indo sejauh 550meter.
- Free Shuttle Bas from Kawaguchiko Station ke Capsule Hostel.
- Ada kemudahan Coffea Machine, Toiletries, Washing Machine, Coin Locker
- View sangat cantik di waktu pagi
Yang KURANG OK
- Ruang bilik dalam capsule agak kecik
- Ruang bilik sempit. Susah nak solat.
- Tiada microwave
- Share bathroom dengan wanita sahaja
Ruang Capsule yang agak kecik. Bagi agak selesa tapi bila malam tu tido. Akak macam susah nak tido sebab dengar macam-macam bunyi. Hahahaha. Tapi dek penat sangat. Tidur gak akak. Lena.
Kak MB pilih capsule yang belah atas dan belah hujung kiri tu. Cik Bie dan Kak Farah pilih nak yang bawah sahaja. Syukur dapat yang paling hujung. So time nak solat tak amik ruang orang lain. Kak MB solat depan pintu hitam kecemasan tu jer.
Time ni tak full pun capsule ni. Hanya kami bertiga dengan 2 orang pengunjung lain.
Ni ruang Laundry.
Ruang shower room KHAS untuk wanita sahaja.
Ruang Grooming.
Coin Locker
Vending Machine
Toilet yang still ada Bidet.
So malam ni Kak MB nak singgah ke
Restoran Alladin Indo yang merupakan restoran Indian Halal berdekatan dengan Capsule Inn Hostel ni jugak.
Trip yang lepas. Kak MB pernah try makan di Restoran Alladin Indo ni di cawangan berlainan area berdekatan dengan Kawaguchiko gak. Alhamdulillah. Puasati dengan menu yang disediakan. :-)
Wajah-wajah kepenatan+kelaparan.. Malam ni cuaca sangat sejuk. Cik Bie boleh pulakk pakai baju nipis tu je...
Nasib ada mamat hensem dari Malaysia bantu tau. Duk bagi pinjam Sweater malam tu. Kalau tak kesejukan ler Cik Bie.. Beku. Huhuhuhu.
Gambar makanan dekat restoran ni tak ada. Sebab masing-masing kebulur dah. Abiss makan baru sedar. Tak amik gambar makanan.
So lepas je makan. Kami ingat nak balik tapi mamat Malaysia sorang ni ajak makan desert paling
owesome di Kawaguchiko ni. Dan kebetulan mamat ni memang fasih berbahasa Japanese then mahir sangat-sangat tentang Japan.
Kak MB and the gengs follow je mamat ni. Sebab mamat ni Kak MB kenalkan. Bukan sebarangan orang tau yg Kak MB follow.
Ni desert yang Kak MB dan Cik Bie pilih. Tak ingatt ler namanya.. But rasa dia seriusss sedapp..
Amboiii lebaq senyum Cik Bie yea. Mamat hujung tu ler HERO Cik Bie.. Penyelamat Cik Bie dari kesejukan.. Mujur pakai sport shoes bukan selipar..
Cik Bie oh Cik Bie.. Ni Japan tau. Bukan KL. Kalau KL suhu siang panas.. Malam suhu macam berbahang kan. Tapi di Japan suhu dia tak boleh jangka. Kalau siang dia panas sangat-sangat.. Suhu malam belum tentu suam-suam kuku. Kadang-kadng drop hingga 0'c.. Be carefull yea Cik Bie next trip.. Hehehe.
So lepas makan kami balik ke penginapan masing-masing. Sebab esok Kak MB nak tengok Sunrise di Kawaguchiko Bridge.
Last trip
Mount Fuji & Kawaguchiko
=======================================================
28 Okt 2018 (Ahad)/ 9 day
Morninkkkk semua. Apa khabar?
Alhamdulillah. Hari ni dah hari ke-9 Kak MB di bumi Matahari Terbit ni. Lagi 2 hari akak akan kembali ke pangkal jalan semula. Hihihi.
So pagi ni Kak MB dah rancang untuk tengok matahari terbit.
Jam 5.30 pagi akak dah terpacak di sini dengan suhu -2'c .. Agak beku Kak MB di sini.
View Mount Fuji belakang penginapan kami. Cantik kan? :-)
Cik Bie dan Kak Farah still di hostel bersiap. Tapi Kak MB dah tercegat sini untuk buat timeslapse record Sunrise untuk video kembara.
View Lake Kawaguchiko.
Kak MB nak ke jambatan atas tu.. Itu ler Kawaguchiko Bridge. Sangat dekat dengan penginapan Kak MB.
Sunrise dari sebalik Mount Fuji. Gigih pegang tripod atas jambatan ni semata-mata nak amik timeslape.
Jom kita layan pemandangan Lake Kawaguchiko diwaktu pagi..
Walaupun beku tangan dan muka Kak MB time ni tapi sebab nak rakam sangat-sangat memory terindah di sini. Gigih kak MB bertahan. :-)
Alhamdulillah. View Mount Fuji time pk7.30 pagi. 2jam berada dekat luar yang sejuk ni.
Time ni Cik Bie dan Kak Farah pun dah berada semula di penginapan. Mereka tak ikut akak ke jambatan tadi. Diorang jalan-jalan berdekatan tasik sahaja. Tak tahan sejuk katanya.
Ni pun gambar dari kamera diorang.
Akhirnya Kak MB balik semula ke penginapan untuk sarapan dan bersiap untuk check-out pk9 pagi nanti.
Jadi ler kenangan duk tido dekat capsule ni.
Kalau tanya Kak MB nak try lagi ke tak cara penginapan gini? Rasanya ok je kot. Sebab penginapan gaya gini memang banyak di Jepun buat kaki Travel Backpacker macam kami.. Jimat sesangat..
Bye-bye Kawaguchiko.. Welcome to Tokyo.
Last destination Kembara Musim Luruh 2018. :-)
JR Pass dah expired date. Hanya boleh guna 7hari sahaja.
Diam tak diam hampir 8 hari kami di Bumi Matahari Terbit ni. So kali ni kami ke Tokyo menaiki bas yang telah Kak MB booking dan bayar mengunakan website di
Highway Bus To Kawaguchiko
Departure time jam 12.50 tghari dan sampai dalam pk2 lebih di Shinjuku Bus Station.
Memandangkan last trip kak MB memang dah datang ke area Tokyo ni. Jadi kali ni Kak Mb tak ler beriya-iya sangat study tentang jalan-jalan area sini. So penginapan pun still akak amik di area Asakusa. Sebab Asakusa ni tempat kak MB dah familiar. Tempat makanan Halal mudah nak carik.
Walaupun area Asakusa ni menjadi tumpuan pelancong juga tapi ia tidak crowded sangat seperti area Ueno, Shinjuku mahupun Shibuya. 3 area ni memang dekat dengan station tapi station dia nauzubillah. 3 kali ganda besar dan luas dari KL Sentral weiii. Sesat aku kang..!!
Jadi fikir punya fikir. Last choice Asakusa still menjadi pilihan Kak MB. Ceritera last trip di
Asakusa, Tokyo
Memandangkan JR Pass dah expired date. dan di Tokyo ni lebih kepada penggunaan train subway a.k.a train bawah tanah. Jadi Kak MB just decide guna Subway Pass sahaja selama 72jam.
Untuk info mengenai
Tokyo Subway Pass Kak MB dah beli pass ni awal-awal lagi di
H.I.S Travel Malaysia . Uolls boleh klik link atau Call sendiri HIS Travel tu untuk bantuan perjalanan korang di Japan. Serious service diorang tiptop. Terbaikk..!!
Walaupun Kak MB datang ke Jepun No Travel Agent. But Kak MB still perlukan information and suggestion terbaik mengenai Japan ni melalui Agent. Pass perjalanan semua kak MB beli di sini.
Brader yang Kak MB jumpa semalam di Kawaguchiko tu ler abang kawasan di H.I.S Travel. Abang Wan namanya. Tanya apa sahaja tentang Jepun. Confirm akan terjawap.
Jadi time ni dah pk3ptg kami sampai ke Asakusa. So decide nak check in dulu di Hotel 3000 Asakusa Honten, solat then rehat sekejap. Baru keluar semula. Hotel ni dari station Asakusa dekat jer. Hanya 400meter. Dekat kan? :-)
Last try untuk penginapan gaya Jepun dan kali ni Kak MB pilih gaya Samurai pulak.. Hahahahah.
Amik kawww... Memanjat sampai nun di atas. Sapa tido lasak kalau jatuh gedebukkk ke bawah. Confirm patah tulang belakang ni.. Huhuhu.
Harga semalam 3,150 yen per person. Kira RM117 semalam. Not bad ler..
Jom reveiw hotel ni.. :-)
REVIEW HOTEL 3000 ASAKUSA HONTEN
Pemandangan hotel dari pintu masuk.
Yang OK
- Rating 8/10 Star
- Jarak Hostel dengan Asakusa Station dekat 400meter jer
- Jarak dengan Nakamise Street 240 meter
- Harga yang berpatutan
- Receptionist yg membantu
- Berdepan dengan Lawson. Sangat dekat. Kalau tengah2 malam lapar. Boleh pi Lawson carik Sushi atau roti :-)
- Dekat dengan restaurant makanan Halal.
- Ada kemudahan FREE Breakfast
- FRee Coffea Machine, Toiletries,
- Ada washing machine dan drop luggage
Yang KURANG OK
- Ruang bilik agak kecik
- Bilik sedikit berhabuk
- Level 3 share bathroom and toilet (Unisex toilet)
- Bathroom Female Level 2. Bila nak mandi kena turun Level 2. Sebab Kak MB bilik di Level 3
- Agak bising sebab sangat dekat dengan Street
Pelbagai menu sarapan yang Muslim boleh makan. Kak MB just amik roti, cereal & omelatte. Tak ada pun yang oinkk oinkk tu. Tapi still beringat jugak. Meat atau chicken kak MB tak pilih ler.
Kak Mira punya bilik akak kecik so
non space nak amik gambar bilik. Pencahayaan kurang dan view pun tak cantik dalam gambar. Jadi akak amik gambar ni dalam booking.com sahaja.
Ruang paling bawah tu tempat letak luggage. Kak MB duk tingkat atas. So kena memanjat. Then kak Farah je tingkat 1 tu.. :-)
Muka penat dan Sunburn dah.
Ni toilet nya. Bersih tapi kena sharing. Kalau share sesama wanita tak kisah sangat. Tapi Level 3 area bilik akak tu adalah Unisex Toilet. Jadi bila nak mandi tu akak agak risau. Was-was jer. Risau orang skodeng. Huhuhuh.
So akak mandi di toilet Level 2 just basuh baju jer di Level 3 ni.
Ruang makan yang luas.
Ruang santai. Open air. Smoking area.
Nampak tak 2 pintu kaca hujung tu ler pintu toilet Level 2. Ruang santai ni terpisah dengan ruang makan tadi. Dari bilik tido kak MB Level 3 nak ke toilet Level 2 ni. Kami perlu turun di Level 2 kemudian lalu ruang makan. Lepas tu ruang santai ni then baru jumpa toilet.
So peringatan sapa nak menginap di sini. Beware..!! Kalau nak mandi tu packing ler baju siap2 dalam plastik bag. Supaya tiada anak-anak kecik tercicir di pertengahan jalan ni. Kang malu pulak kang nak ngaku BRA sapa tercicir.. Hahahahaha.
Machine Coffea. Free. Minum ler selagi boleh..
Pelbagai pamplet, map dan information tentang Asakusa/ Tokyo ada di sini. Pamplet mengenai makanan Halal dan Info tentang Masjid pun ada di sini. Amik ler yea.. :-)
Washing Machine area. Still kena bayar.
Microwave/ Oven pun ada. Bawak Brahim panas kn jer di sini.
Ruang mandi. Ada water heater. Dont worry.
View malam area kawasan hostel ni meriah. Happening macam area Bukit Bintang.
Nak amik gambar Sensoji Temple tanpa crowd yang ramai. Sila datang awal-awal pagi atau tgh malam tau.. Gambar atas tu sumber dari Booking.com
Lepas jer check-in dan urusan wajib. Next planning nak ke Tokyo Skytree. Kak MB cadang nak tengok sunset dari atas menara ni.
Tapi bile mengenangkan bayaran hampir 2,000 yen ++ dan kembara pun hampir ke penghujung. Duit pun nak Saving lagi.
Akhirnya Kak Farah dan Cik Bie decide nak ke Asakusa Building Information Centre sahaja. Di sini Level 8 still boleh tengok pemandangan Asakusa dari atas. Cuma tak seluas view dan tidak secantik dari atas Tokyo Skytree.
Tu dia Tokyo Skytree. Nampak dekat. Tapi nak berjalan. Boleh tahan jauh gak tau.
Nakamise Street. Punya ramai lautan manusia disitu.
Kami di infomation centre ni pun tak lama. Puas Cik Bie dengan Kak Farah bergambar.
Kak MB cadangkan nak ke Odaiba City pulak.
Boleh carik souvinier murah-murah di kedai 3 Coin nanti. Tapi kedai 3 Coin tu bukan di Aqua City tau.
Kalau korang nak tahu. Kak MB memang suka tengok Sunset dan Sunrise.
So view area Odaiba ni memang cantik dengan pemandangan matahari terbenam di sini.
Selain tu area Odaiba ni waktu malam lebih cantik dengan view boat Yakatabune iaitu bot yang belayar malam.
Last entry Kak MB pernah tulis kisah
Yakatabune disini.
Pemandangan Rainbow Bridge waktu senja. Mana Kak MB?
I'm here. Still heboh dengan kamera dia tue.. Almaklum ler photographer amatur sahaja. :-)
Puas duk adjust kamera. Hehehe. Semata-mata nak angle yang menarik. Tapi still cam biasa gok.
Puas dah menikmati sunset dan bergambar tadi.
So now kita nak pi tengok Robot Gundam yang baru pulak. Last trip Kak MB tengok Gundam dia lain.
Now, ni gundam yang baru. Robot ni ada diberi namanya. Cuma kak MB lupa dah apa nama robot ni. Dia still boleh bergerak-gerak cuma gerak setempat je ler :-)
Itu jer yang menarik di Odaiba ni. Tapi kalau korang datang musim bunga atau datang dalam bulan March ke. Sekitar Odaiba City ni akan ada pokok tulip dan sakura.
Tengok luck korang ler nampak yang mana dulu sakura atau tulip? hehe
So masa untuk carik souvinier di 3 Coins. Yeahhh...!!
Kedai 3 Coins ni ada di Diver City Tokyo Plaza. Bangunan dia belakang robot tu jer.
Tingkat berapa kedainya.. Korang carik ler information yea. Kak MB lupa dah level berapa?
Ni antara HOT Souvinier yang selalu pelancong beli bila datang ke 3Coins ni.
Kak MB pun borong tau.. berapa harga beg tu jangan tanya.. :-)
Done trip di Odaiba City malam ni.
Jom balik. Esok kita nak ke pasar pulak.. Huhuhu.
=======================================================
29 Okt 2018 (Isnin)/ 10 day
Hai semua. Morninkkk Japan.
Pagi ni baru rasa segar sikit badan sebab malam tadi rasa badan macam nak demam dah. Telan panadol terus pengsan.
So pagi ni tak ada aktiviti yang padat pun. Just santai-santai jer. Lepas jer solat kami sambung tido balik then pk7 pagi baru kami turun sarapan.
Pk7 waktu Japan tau. Waktu KL baru pk6 pagi yea.
Ni ler menu simple Kak MB. Kenyang.
Aktiviti hari ni Kak MB nak bawak Cik Bie dan Kak Farah ke
Tsukiji Market.
Market ni memang famous bagi pelancong asing dan rakyat tempatan membida ikan Tuna. Tapi sekarang bidaan ikan Tuna ni telah berpindah ke
Toyosu Market. Hanya pasar diluar tempat membida Tuna ni sahaja still dibuka sehingga sekarang.
Kalau korang datang ke Tsukiji Market ni hanya sekadar jalan-jalan nak tengok environment pasar di Japan ni. Boleh je datang sini. Tempat dia still bersih walaupun keadaan pasar ni macam pasar malam di KL.
Entry
Tsukiji Market : Kembara Musim Salju 2017
1st makanan yang Kak MB rasa di pasar ni iaitu aiskrim
sweet pumpkin a.k.a Labu Manis. Rasanya sedap. So pada uolls nak buat variasi rasa aiskrim di Malaysia ni. Boleh inovasi kan aiskrim Labu ni ekk. :-)
Ni pilihan Cik Bie dan Kak Farah. Kalau tak silap Kak MB. Ni ikan Tuna bakar.
No mirin. No sake.
Rasa dia lemak-lemak.
Ni oyster mentah. Hahahaha
Hanya Kak MB je yang makan. Cik Bie kembang tekak tengok oyster mentah ni. Kak Farah tak makan seafood.
Tips makan oyster mentah gini. Korang kena telan one shot. Jangan makan sikit2. Kalau makan sikit2. Alamakkk nya rasa hanyir dittekak. Next shot CONFIRM korang tak lalu nak telan dah.
Apa-apa2 pun bagi Kak MB benda RARE yang jarang-jarang kita jumpa ni. Wajib try selagi tak langgar hukum syarak.
Kalau dulu musim sejuk ada strawberry putih. Sekarang time Autumn kan. So strawberry putih tak ada. Jadi melepasss ler hajat nak bagi Cik Bie rasa pengalaman makan strawberry putih tu.
Tak ada strawberry putih.. Strawberry merah pun ohkeyyy.. Nampak macam sama merah kan macam strawberry Cameron tapi rasanya perghhhh manis letingg weiii ore Kelate cakap.. Hahahaha.
Serius..! Rasa manisnya SUPERBB..!! Rock Melon tu pun manis. Manis sesangat-sangat. :-)
Ni bukan daging tau. Ni ikan tuna fresh. Yang biasa kita makan sushi tu.
Kalau korang nak tahu. Tsukiji Market ni luas tau tempatnya. Nak jalan satu kawasan ni pun haus tekak dibuatnya.
So orang cakap area sini ada satu kedai makan Sushi yang best. Tapi tak tau yang mana satu. Kena bijak memilih tempat dan makanan.
Jadi kak MB da nampak satu kedai ni. Dia provide Sushi. Tapi kak MB bukan nak makan Sushi tapi nak try Shahimi Raw iaitu Seafood mentah.
Tadaaaaa..! Sashimi Raw..!
Ada Salmon, Sotong Kurita, Udang, Tuna, Wasabi dan dimakan dengan Sup panas dengan Teh Hijau. Memang sedap weii.. Marvellous..!!
Nun harga Sashimi 1000 yen = RM 40 :-)
Pelbagai menu ada. Tapi Kak MB tak berani nak try. Takut tak kena dengan tekak.
Cik Bie dgn Kak Farah pilih nasi dengan telur ikan yang biji-biji tu. Kak MB tak tau apa namanya.
Not bad gak rasanya..
Lepas je makan kami sambung semula merayau melihat apa lagi yang menarik di sekitar Tsukiji Market ni.
Indahnya ciptaan tuhan... Hahahaha. Motif utama..
Puas dah berjalan di area pasar ni. Sama seperti dulu.
Cuma bila terpandang bijik telur ikan ni. Nampak excited nak beli tapi bila mengenangkan kami ni bagpacker so sila batalkan niat nak membeli banyak barang.
Time ni pun dah hampir pkl 11 pagi waktu Jepun. Tapi di Tokyo akan masuk Zhohor dalam 11.30pagi.
So kami decide nak solat jamak di Masjid Camii sahaja dan kami perlu amik train semula dan berhenti di Station Yoyogi-Uehara.
Dulu pun kak MB pernah datan ke sini dengan Incik Padil. Tapi kali ni akak datang lagi bawak Cik Bie dan Kak Farah. Sebab rasa tak lengkap kembara kali ini kalau jauh-jauh datang dan mengembara tapi tak pergi salah satu masjid yang ada di Jepun ni.
Untuk cerita yang lebih lengkap mengenai Masjid Camii ni korang boleh baca di sini yea
Masjid Camii : Kembara Musim Salju 2017.
Biasa pelancong yang turun di area Osaka dan Kansai akan pergi ke Masjid di Kobe.
Tapi sapa yang datang di Tokyo. Masjid Camii adalah salah satu masjid utama yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong.
Ni wajah depan bangunan Masjid yang Kak MB ambil dari last trip 2017.
Dan ini wajah Masjid Camii dari arah station Yoyogi Uehara. Tak jauh pun.
Masa kami datang ke sini. Ada sepasang pengantin yang akan diijabkabulkan di masjid ni. Cuma acara tu dibuat di tingkat bawah masjid.
Kami ada gak terserempak dengan ahli keluarga pengantin di toilet ketika kami amik wudhuk. Dengar bahasa mereka macam Bahasa Indonesia. Tapi tak tau ler.. Pengantin lelaki atau Permpuan yang mana dari Indonesia.
Sebab Kak MB malu nak bercakap sebab tangok macam orang kaya-kaya kan. Kak MB kan marhain jer.. :-)
Alhamdulillah. Selesai jer urusan solat. Kak MB pun decide untuk terus ke Shibuya untuk pergi ke Shibuya Crossing iaitu lintasan zebra yang sentiasa sibuk dengan lautan manusi 24/7 Non Stop.
Tu dia lautan manusia. Nampak kepala ajer
Dan yang pasti port biasa untuk tengok view lautan manusia ni dari atas kena lepak Starbucks atas Tsutaya.
Macam biasa gambar last trip.. Kak MB tak banyak amik gambar masa hari ni sebab kamera gabak Kak MB tinggalkan di hostel. Malas nak pikul punya pasal. Berat.
So kebanyakan gambar hari ni adalah dari kamera phone jer.
Cerita
Shibuya Crossing : Kembara Musim Salju 2017.
Ni gambar dari sumber Google. Nak dapatkan view gini. Kak MB kena naik lagi tingkat paling atas bangunan. Tapi Kak MB tak tau bangunan tu boleh masuk sesuka hati ke idok.
Begini ler setiap masa dan saat keadaan Shibuya Crossing ni. Tak pernah lenggang dengan manusia.
Dari dulu sampai sekarang Kak MB pelik. Mana datangnya ramai-ramai manusia ni.
Ni gambar dari Sumber Google gak. View waktu malam pun ramai beb orangnya. Tak tido kot mereka ni.
Nampak tak yang dekat belakang tu. Nak menyelit gak Cik Bie. Cakkkk..!
Peace Yoo..!
Suhu time ni jangan tanya. Walaupun nampak sejuk. Tapi berpeluh gak ketiak dibuatnya.
Panas weii. Maybe sebab terlalu ramai orang kot.. Dan kami pun amik peluang menyalai muka duk main seberang Crossing ni. Balik KL sunburn kulit.
Dekat Starbucks sempat ler kami shopping Thumbler dan minum jap basahkan tekak.
Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Takeshita Street di Harajuku.
Port ni femes dengan manusia gak. Tapi kali ni femes dengan remaja-remaja yang suka pakai baju pelik-pelik mengikut tema animax yang mereka suka.
Harajuku Station. Boleh guna JR Pass atau Icoca Card.. Kalau Subway Pass tak terpakai. Sebab dia bukan Metro/Subway Line. Dia adalah JR Line.
Sini femes dengan Creape yang sedap. Pelbagai perisa. 2x datang Harajuku. Tak miss nak repeat makan. Tapi dengar INFO IOI Mall Putrajaya pun dah ada crepe ni.
Kembara Musim Salju : Takeshita Street Harajuku
Akak tak tahu waktu bila Street ni lenggang. Asal datang je penuh gak orang. Nak amik gambar sorang2 pun susah. Bertolak-tolakkan.
Ni gambar dari Sumber Google. Time akak datang pun memang tak kelihatan sorang umat pun yang berpakaian gini.
Hampa..!
So lepas je dapat makan Creape Kak MB and the gengs teruskan perjalanan nak shopping. Yeahhh..!
Esok nak balik dah. Jadi hari ni ler nak kasi abihkan Yen yang hado.!
Satu demi satu kedai akak masuk. Tak ada yang berkenan pun. Cik Bie dan Kak Farah sempat gak mensoping.
Akhirnya Kak MB dapat gak apa yang dicarik.
Asal nak riki-riki jer G-Shock sini.
Sekali harga dia. Nauzubillah..!! Banyak nau angka 0 belakang nya. Mahai..! Tapi setanding dengan kualiti dia. :-)
Hanya mampu amik gambar je yea.. Hikhikhik
Dah jom balik. Perjalanan dah sampai ke hujung jalan Harajuku ni.
Waktu pun dah pk5 ptg dan akan masuk waktu Magribh.
Kedai Tokai G-Shock kita tinggalkan.
Sekali nampak pulak Ice Watch ni..
Alamakkk.. Kena masuk ni. Apa yang Rare..!
Wow biru tu nampak menarik..!
Hijau Turqoiuse nampak macam menarik jer..
Alahai, ni kalau tak beli boleh mengingau ni..
Cer try yang kecik..
Nampak cam hokeyy kan..!
Nak saiz kecik ke besar?
Ermmm.. Harga sama kecik ke besar. Kalau besar sangat macam tak comel.. :-)
Last setelah difikir-fikirkan.. Cik bie cakap kecik ok. Kak Farah pun cakap ok gak.
So amik yang kecik je ler..
Yeahhh..! Setle sopping ole-ole Kembara Musim Salju 2018. Semua geng dah dapat apa yang dicarik kan.
Jom balik hostel.. Malam ni kita nak packing barang-barang dan check out esok.. Yeahhh..!
Sila balik ke pangkal jalan yea..
OMG..!!
Ari tu masa di Osaka.. Kak MB selalu ingatkan Cik Bie dan Kak Farah jangan sopping dulu. Nanti susah nak angkut bawak berjalan. Sebab kami kan bagpacker. Perjalanan masih jauh lagi..
Sekali bila last destination di Tokyo. Macam Kak MB pulak OVER sopping. Cik Bie dan Kak Farah sopping gak. Tapi tak terukk cam ahkak.. :-(
Fuh..! Berpeluhh ni.. Camana nak packing ni? Bawak bagpack jer..!
Bag Tokyo/Osaka tu untuk customer AirizSkinz.. Tu yang beli banyak tu..
Alhamdulillah.. Setle packing malam ni.. 2jam packing. Baru setle.
Tapi tak boleh tarik nafas lega lagi.
Esok berapa kg pulak akan dicharge di kaunter AA nt.. Takut OVER Limit berat 7kg/carry. Tapi akak da gak beli luggage 25kg utk 3 orang ni..
Harap-harap lepas..
Aduhai.. Mira Oh Mira..!
=======================================================
30 Okt 2018 (Selasa)/ 11 day
Last day di Jepun. Pagi ni rasa sayu pula nak balik. Uwaaaaa..!
Rasa macam malas je nak bersiap balik. Flight hari ni pk11.45 malam dan waktu ni pun baru pk7 pagi. Masih banyak lagi masa untuk meneroka sekitar Tokyo ni
Ikutkan jadual ittinerary pagi ni tak ada apa-apa program. Boleh check out awal dan simpan bagpack di Coin Luggage.
Tapi Cik Bie ada bagitau nak ke Disneyland sekejap. Walaupun tak masuk ke Disneyland tapi kalau dapat amik gambar luar sahaja pun ohkeyy gak.
Bagi Kak MB ok sahaja. Sebab ntah bila lagi boleh datang ke sini kembali.. Yang pasti balik dari Japan ni banyak kerja kena buat. Banyak strategi bisnes perlu dilakukan.
So decide punya decide kami akan ke Disneyland tapi sebelum tu akan drop luggage di Haneda Airport dulu.
Berbekalkan Subway Pass yang akan expired malam nanti dan cebisan baki Icoca yang tak tau berapa tinggalnya. Duit pun tak sampai 10k yen.
Kak MB check out pk9 pagi
Nah amik kaw..! Pergi 2 bag.. Balik 4 bag..
Sila angkut sendiri.. Kalau ada Incik Padil ni mesti dia angkat kann.. Huhuhuh.. Beratnya.. :-(
Dengan bag berat ni jom ler kita berjalan kaki ke Subway sejauh 600 meter tu.. Boleh tergeliat urat belakang weiii.
Akhirnya kami sampai juga di Haneda Airport dengan selamat.
Jom carik Coin Locker nak drop luggage.
Bye-bye Japan :-(
Kami sampai sahaja di kaunter keluar Train Subway Haneda Aiport ni. Subway Pass kami tak boleh detact.. OMG..!
Apa masalahnya ni? Tak kan dah expired time kot.
Rupanya dari Asakusa boleh ke Haneda guna Subway Pass. Tapi bila sampai di pintu keluar train Haneda. Subway Pass tak cover. So kena tambah dengan duit sendiri atau Icoca Card.
Alhamdulillah. Mujur Icoca Card kami ada baki sikit je lagi duit didalamnya. Ngam-ngam uuntuk keluar di pintu Haneda ni sahaja.
So camana nak ke Diseylands ni? Jadi ke idok ni nak ke Disneyland?
Jam baru pk10 pagi. Ada lebih 10jam kami di airport ni.
Fuh..!! Berpeluh kalau lepak lama-lama sini..
Dan last choice. Cik Bie cakap kalau nak topup lagi Icoca Card ni membazir. Sebab lepas ni baki Icoca tak kan boleh diguna lagi. Nak tebus pun susah. Sebab Icoca Card dikeluarkan di Osaka. Kalau nak pulangkan balik Card Icoca ni kena pergi ke Osaka semula. Sebab di Tokyo guna Suica Card.
*** Noted : IC card adalah card yang menyerupai Touch n Go yang boleh digunakan dimana-mana station keretapi di Jepun dan Convinient Mart. IC card dikeluarkan berbeza-beza nama dan bentuk mengikut Perfecture di Jepun dan hanya pada tempat tertentu sahaja. Dan pemulangan card ini pun hanya diterima dimana card itu dikeluarkan. Cth Icoca Card (Osaka) dan Suica Card (Tokyo).
Jadi kami decide tidak kemana-mana dan hanya berjalan disekitar Airport Haneda ni sahaja.
Uwaaa...!! Masa banyak lagi ni...
Perut lapar dah ni..
Jom alas perut dulu dengan Onigiri Telur Ikan ni.
Bersama Meiji Coklat ni. Wajib try sapa yang datang ke Jepun.. Sebab Meiji Van Houten ni tak semua tempat dan kedai ada. Kalau jumpa beli dan rasa.
Memang sedap. Pure Coklat.
Latte yang sangat pekat likat. Sapa ngantuk? Try ler coffea ni. Confirm segar mata. Huhuhu
Hahahaha tapi macam mana Coffea likat pekat melekat pun Kak MB telan. Kalau dah letih dan ngantuk.. Kak MB boleh tido merata-rata yea.
Mujur kawan-kawan faham. Lama sangat menanti flight malam ni.
Jam baru pk12 tghari..
Tido ler kejap.. Lantak ler apa pun orang nak pandang..
Tempat akak tido tadi berdekatan dengan surau ni. Tapi hanya utk solat sahaja tau. Tak boleh rehat didalam.
Kalau nak masuk Prayer Room tu tekan button ni. Nanti dia terbuka.
Dia ada masa-masa gak berapa lama boleh berada didalam surau. Lebih masa pekerja tempatan akan check.
Alhamdulillah. Surau dia bersih dan selesa.
Ruang amik wudhuk pun bersih. NO percikan air. Lepas amik wudhuk keringkan balik tempat amik wudhuk tu. Sila jaga kebersihan dan nama Malaysia.
Jangan jadi pengotor.
Selesai solat. Kak MB lapar balik. Try jalan-jalan sekitar aiport ni. Sambil-sambil google apa yang Halal di sini.
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Da nampak satu kedai ni yang jual makanan Arab Halal.
Macam biasa. Oder Kebab sekali dengan air 380 yen sahaja.
Kedai ni pun korang balik carik dalam Japan Halal Gourmet.
Puas dah berjalan dan tawaf berkali-kali airport ni. Kak MB ready nak timbang berapa berat semua luggage kami bertiga.
Bagpack sangat ni.. Hahahahah.
Penuh 2 troli ni..
Ingatkan makin kempis bag. Rupanya makin bertambah muatan.
Bila dah beli luggage 25kg utk 3orang. Ini bermakna sorang boleh bawak 8kg sahaja.
Kak MB hanya bawak bag askar kecik tu dan bag merah Coca Cola tu ajer naik ke Cabin atas. Yang lain sila ke cabin bawah.
Akhirnya Kak Farah kena korbankan semua toiletries dan beberapa barang lusuh ditinggalkan di sini. Baru ngam 8kg sorang.
So sekarang tiba masa untuk balikkkkkkkkk..!!
Macam biasa leader duk depan. Ready nak check in.. Kak MB tiket single. Cik Bie dan Farah tiket bersama sebab beli sama. Tapi kak MB lepas dikaunter. Mereka tak lepas pula.
Rupanya bagpack kak MB over limit..
OMG..!! Nak kena tambah duit ke ni?
Kak MB dah standby nak tambah duit jika sebarang kemungkinan yang berlaku. Akhirnya atas kepakaran Cik Bie dan Kak Farah speaking. Semua luggage kami selamat turun ke cabin bawah tanpa sebarang extra charge.
Lagi sekali perjalanan kami dipermudahkan. Alhamdulillah. Syukur. :-)
Kami selamat masuk ke kapal terbang. Last gambar di Japan. Sebelum semua 'take-off' dan ready untuk balik.. Yeahhhh...
Abaikan muka kami yang letih dan wajah Kak MB yang sunburn tu.
Bye-bye Japan.. 11 hari perjalanan bagai tak terasa letih.. Tak tau ler esok sampai ke Malaysia tido berhari-hari tak bangun ke.. Hahahaaha.
Apa-apa pun perjalanan ini sangat best, menarik dan menguji semangat setiakawan dan kesabaran team kami. Alhamdulillah segala cabaran, masalah dan perjalanan dapat dipermudahkan oleh Nya.
Next kemana lagi?
Adakah Swistzerland? Europe? atau Japan lagi?? Hahahahah (gurau jer)
Kami berehat dulu travel. Bagi Cik Bie tambah ahli keluarga dulu dan kami setup bisnes sampai stabil. Baru berjalan kembali.
Love uolss.. Selamat membaca.. :-)