Kon'nichiwa (こんにちは)
Hai.
Kalau tadi kita ke Fushimi Inari. Tapi kali ni kita nak ke hutan buluh pulak.
Dimana?
Jom follow Kak MB.
Untuk pengetahuan korang semua. Hutan buluh ini di kenali sebagai Bamboo Groove yang terletak di area Arashiyama Kyoto. Perjalanan untuk ke Bamboo Groove ni korang boleh menaiki local train iaitu Hankyu Line dan Randen Line ataupun JR line di Saga-Arashiyama.
So hari ni dari Fushimi Inari akak akan naik JR train di Station Inari ke Station Kyoto dan akan ada pertukaran train ke Saga Arashiyama pula.
Waktu ni dah pukul 8 pagi. Adalah waktu warga jepun keluar bekerja dan anak-anak jepun ke sekolah. Kak MB tengok ramai anak-anak Jepun tak kira usia kecik besar nak ke sekolah dengan menaiki train dari Kyoto station ke destinasi masing-masing tanpa di hantar oleh mak bapak diorang pun. Kiranya anak-anak mereka ni berdikari jugak yea.
Menjelang menuju ke Saga-Arashiyama akak tengok ada putih-putih turun di atas bumbung rumah Jepun ni. Sekali baru akak perasan itu adalah snow.
Yeahh, snow turun di sini. Harap-harap bia snow turun dengan lebatnya. :-)
1st time ni Kak MB nak rasa snow turun. Kebiasaan di genting tak dapat pengalaman main snow turun. So bila di sini merasa ler kepuasaan nya bersalji.
Bila sampai jer di Station Saga-Arashiyama makin lebat pula snow turun..
Mula ler kejakunan kami terserlah... Berpusing-pusing menikmati salji yang turun.
Serupa anak kecik mengejar buih-buih belon ler pulak. hehehe. Warga tempatan tengok aje gelagat kami berdua. Diorang dah tak heran dah salji ni. Kami jer pengakkk sikit.
Wowwwww... Cantiknya... Sejukkk weiii...
Ni pemandangan gunung Arashiyama yang belah kanan tu tengah ribut salji. Yang belah kiri tu salji tebal baru nak turun.
Bila dah sampai di Arashiyama ni kami decide nak ke Bamboo Grove dahulu baru ke Togetsukyo Bridge. So kami ikut crowd ni melalui belakang-belakang rumah orang. Sampai di persimpangan kami berpecah dengan crowd yang ada mengikut laluan google map pula.
Sebabnya Kak MB dah google street jalan ni dahulu tapi disebabkan melalui laluan belakang rumah orang so google street tak dapat nak bagi info dengan tepat. Jadi bila dah sampai sini akak minta google map bawa akak ke Bamboo Grove ni.
Untuk maklumat korang juga di Bamboo Groove ni berdekatan dengan (Sila klik) Sagano Romantic Train tau. Tapi ia beroperasi pada musim Spring, Summer dan Autumn je. Musim Winter dia tutup tak beroperasi. View dia sangat cantik menyusuri sungai Hozugawa. So kalau korang datang di sini pada musim yang akak cakapkan tadi. Boleh ler merasa menyusuri sungai yang jernih berwarna Blue Turqoise ni.
Memandang kan Sagano Romantic Train tutup. So kita terus ke Bamboo Grove ler.
Jalan punya jalan meredah snow yang turun menghempap muka. Dari seronok bersalji tadi tertiba bertukar rasa pedih pula muka ni bila terkena salji yang turun. Korang nampak snow tu just kecik je kan. tapi kalau dah banyak-banyak turun terkena kulit kita yang halus gebu ni. Boleh jadi perit, kemerahan dan bertukar gatal pedih nanti. Silap-silap boleh mengelupas dan berdarah. So jangan lupa pakai pelembap, losyen ke atau Vaseline Bam sebelum keluar berjalan.
Sekarang kita dah sampai di sini.
Hah, sekarang kita di depan Gunung Arashiyama.
????????
Mesti korang pelik kan. Tadi Kak MB cakap nak ke Bamboo Groove sekali sampai di Togetsukyo Bridge pula.
Ermmm, besa ler.. Incik Padil kan..
Dia tersalah google street. Dia pi google togetsukyo. Padahal akak suh gi Bamboo Groove dulu. Patut ler tadi akak terpisah jalan dengan crowd yang ada tadi. Maybe diorang ke Bamboo Grove dulu kot. Sebab Bamboo tu berdekatan jer dengan Station Saga-Arashiyama tadi. Ni akak dah tersasar jauh berjalan. Patut ler dari tadi berjalan tak sampai-sampai.
Hermmmmm... (mengeluh)
Nak buat camana. Jalan je ler sambil nikmati pemandangan dan snow yang semakin lebat ni.
Kalau tadi gunung Arashiyama belah kanan sedang bersalji tebal kan. Sekarang salji tu dah sampai ke sini.
Hah, sekarang tengah ribut salji. Tengok ler tu. Putih-putih jer.
Makin pedih weii muka Kak MB kena salji tu. Apa-apa pun pengalaman yang indah tau.
Dari Togetsukyo Bridge ni akak tinggalkan dulu dan berpatah semula ke Bamboo Groove menyusuri deretan kedai yang masih belum buka ni. Sebab Kak MB nak amik gambar buluh yang orang tak ramai. Baru cantik gambar nya.
Bila dah nampak signboard ni. So Kak MB kena berjalan lagi 250 meter untuk ke Bamboo Groove.
Sebelah signboard ni ada kedai menjual makanan dan minuman tau.
So sebelum akak meneruskan perjalanan ke hutan buluh. Singgah jap membeli sweet potato panas di sini. Lapar dah.
Berjalan dalam kesejukan ni. Makan apa sahaja rasa sedap. Tapi potato ni serius memang sedap. Sedapnya rasa tak terhingga.. (sori, gambar tak ada dek kelaparan benar) Sebab dia digoreng menggunakan minyak sayuran. 100% potato dan tepung gandum je digunakan. RECOMMENDED..!!!
Rupanya Bamboo Groove ni terletak di kawasan belakang rumah orang. Sekilas pandang memang tak perasan pun jalan masuknya. Pastikan korang alert yea dengan signboard dan kedai makan tadi tu. Ia juga berdekatan dengan pintu masuk Tenryuji Temple.
Kalau dari Togetsukyo Bridge jalan besar akan nampak Tenruji Temple ni dulu. Korang boleh berjalan ke temple ni dan akan keluar menerusi jalan belakang ke Bamboo Groove pula.
Tapi akak tak masuk temple ni. Jadi kena ler melalui jalan yang akak cakapkan tadi iaitu menyusuri celah-celah belakang rumah orang.
Yeah, jumpa dah hutan buluh a.k.a Bamboo Groove.
Sebenarnya hutan buluh ni laluan dia sepanjang 500 meter. Kawasan dia redup je walaupun time ni dah pukul 9.00 pagi.
Cahaya matahari suram-suram menyilau di celahan buluh sambil angin bertiup membuatkan buluh terlentok-lentok kiri kanan. Akak plak yang risau takut kuat benar anginnya sampai patah plak buluh ni kang. Maun di hempapnya kepala akak ni nanti. hehehe (imagine lebih sangat)
Aikkk, kenapa buluhnya takat ni jer.. Tak selebat rimbunan buluh macam dalam gambar tu.
Dalam gambar nampak cantik. tapi Kak MB tengok buluh-buluh yang di keringkan menjadi pagar tu pun tak di bela dengan rapi jer.
Rupanya ini adalah permulaan perjalanan ribunan buluh ni. Ada lagi buluh-buluh yang cantik-cantik di dalam tu.
Mohh ler kita berjalan ke dalam lagi.
Hah yang ni baru betuiii.. Rimbunan cinta di bawah pohon buluh. Ni pintu masuk kedua ke Bamboo Groove.
Cantik terjaga rapi je buluh ni taww..
Dari jauh macam nampak pagar-pagar tepi tu diperbuat dari ranting kayu jer.. Sekali Kak MB pi dekat-dekat tengokkk. Oh ni adalah buluh yang telah di keringkan rupanya.
Buluh kering disusun-susun menjadi pagar.
Diorang tanam buluh ni sebenarnya ia menjadi sumber pendapatan warga tempatan di sini dalam pembuatan bakul, cawan, kotak dan tikar daripada buluh.
Hah, seperti kita jugak ler yea. Ada Tikar Buluh Sarawak. Tabung buluh..
Untuk pergi ke penghujung jalan dalam rimbunan pohon buluh ni. Kak MB nak bagitau korang kena mendaki sikit yer..
Walaupun agak penat berjalan dan mendaki. Tapi tak apa. Kecantikan alam semula jadi ni membuatkan korang leka dan tak terasa penat pun.
Sambil berjalan hati akak berbisik jugakk nasib juga buluh ni ada di sini.
Kalau dia dekat kampung Kak MB. Abih dah buluh ni akak jual buat buluh lemang. Pastu buat bisnes meriam pulak. Hahahahha (otak bisnes sajer)
Akhirnya sampai jugak akak ke punghujung jalan Bamboo Groove ni. Dari penghujung ni korang ada pilihan sama ada nak patah balik semula mengikut jalan yang sama atau pun naik Sagano Romantic Train di Torokko Arashiyama Station.
So hari ni Sagano Romantik Train tutup. Jom kita patah balik semula berjalan ke kedai jual potato tadi. Rasa lapar lagi perut ni.
Lepas ni kita nak ke Togetsukyo Bridge pula....
Amacam??? Cantik tak gambar nya????
Ni hasil tangkapan Incik Padil yea. Walaupun dah pukul 9.00 pagi. Masih tak ramai lagi pelancong yang datang. Hanya segelintir ajer warga emas di sini Kak MB tengok diorang beriadah sambil berjalan di sini dengan beberapa orang anak muda sedang berjogging.
Tapi masa akak balik semula ke pangkal jalan baru ler berjumpa warga Big Land sampai di ikuti lawatan pelajar Jepun ke sini.
Rupanya sistem pembelajaran di Jepun ada aktiviti pelajar perlu buat di luar sekolah.
Ala, macam Chibi Moruku Chan yang perlu melukis di atas bukit luar sekolah kan..
Next entry Togetsukyo Bridge.
No comments:
Post a Comment