Pesanan Penaja ^_^

16 Mar 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 5 Tokyo Water Cruise (Asakusa)

Entry sebelum Day 5 Welcome Tokyo by Shikanzen Nozomi

Hai.

Alhamdulillah. Selamat dah Kak MB sampai di Asakusa Station pada pukul 1.15 petang.

Tengok cuaca hari ni di Asakusa tidak sesejuk di Kyoto atau pun di Kanazawa. Just nice sahaja suhunya dengan 7'c.

Tengok jadual perjalanan Kak MB hari ni tak ada apa-apa pun program. Hanya berjalan di sekitar Asakusa dan Sensoji Temple sahaja. Jadi sebelum Kak MB check-in di Kenta House (homestay).


Now, Kak MB nak pergi dulu ke Tokyo Cruise yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Asakusa Tobu Skytree Station ni untuk check jadual boat Hotaluna yang akan akak naiki esok pagi.



Sebabnya rangkaan ittinerary esok Kak MB akan menaiki boat ni dari Sungai Sumida ke Odaiba. Kemudian ke Shinjuku, Shibuya dan seterusnya ke Harajuku. Tapi bila check jadual perjalanan boat ni tadi. Nampaknya Kak MB boleh naik boat hari ni juga pada pukul 3.15 petang dengan belian tiket secara on the spot. Tidak perlu membuat tempahan awal pun.

So sekarang Kak MB ada masa 2jam je lagi. Boleh ler kot tukar jadual hari ni kita pi naik boat meredah Sungai Sumida ni. Untung-untung boleh tengok sunset kan?

Bincang balik dengan Incik Padil. Dia bagitau pergi je naik boat hari ni. At least esok jadual tak ler sepadat yang di rancangkan. So kami pun beli ler tiket boat Hotaluna dengan harga 1,560 yen untuk seorang. Pelayaran boat ni selama 60 minit. Kena standby di sini 15minit sebelum berlepas.

Kepada korang yang nak naik Tokyo Cruise ni. Boleh baca info lanjut di sini Tokyo Cruise Ada banyak pilihan boat dan destinasi yang korang boleh pilih. Macam Kak MB nak last stop di Odaiba so akak amik Asakusa-Odaiba Line (Hotaluna/Himiko) dengan departure setiap 2jam sekali. Korang boleh jugak buat reservation melalui website ni. Cuma ia dalam bahasa Jepun. Tak faham.


Kalau rasa nak naik boat yang RARE.. Boleh cuba naik Yakatabune macam Kak jehan naik tu. Tapi harganya mahal sioot... Sama harga dengan tiket flights dah.. Kelebihannya ia ada makanan dan karoke dalam boat. Tu je.. Hihiihihi. Boat Yakatabune tu macam gambar boat kuning di atas tu. Yakatabune yang membawa maksud boat yang berlayar malam.

Memandangkan kami ni travel secara bajet jer. So cukup ler sekadar naik Hotaluna ni jer. Ia hanya sekadar untuk timba pengalaman meredah sungai di Jepun ni dengan melihat permandangan persekitarannya.

Okay ler.

Bab tiket Tokyo Cruise settle. So now kita kena terus ke tempat penginapan untuk solat dan makan dahulu. Nak kejar masa sekarang ni. Tapi sebelum tu Kak MB try call tuan rumah guna public fon yang ada.

Tapi tak berangkat pulakkk.. Ermmm... :-(

Try email. Tapi tak balas jugakkk.. Hati dah rasa macam tak sedap dah ni.

Sebab seminggu sebelum kami bertolak ke Jepun. Ada insiden di mana kawan-kawan kami yang booking penginapan melalui AirBnB turut mengalami lost contact dengan tuan rumah bila dah sampai di Jepun. Dimana mereka tak jumpa alamat yang di beri. Bila dah tanya orang sekeliling pun menyatakan alamat tu tak wujud pula. Akhirnya mereka kena bermalam di airport bersama anak-anak dan isteri yang dibawa. Kesian tau time tu dengan cuaca sejuk lagi. Paling kesian pada anak-anak ler.

Tapi bila insiden macam tu seakan-akan nak terjadi pada Kak MB. Mula ler hati nak cuakkk ni.

Tak pe.. Think of positif.. Positif.. Positif...

Tak pelah. Kita teruskan ke alamat yang di beri. Tapi bila sampai. Kami tak tau macam mana nak ke rumah tu memandangkan homestay ni adalah rumah bertingkat so ada password untuk bukak pintu kaca di sebalik lift dia ni.

Kak MB cuba bertanya pada tauke kedai roti depan ni mengenai alamat yang di beri.

Yes, alamat dah betul. Tapi nak contact tuan rumah. Kak MB tak dapat nak call. Tauke Jepun ni cuba membantu Kak MB dengan menelefon tuan rumah ni yang bernama KENTA. Tapi sayangnya tuan rumah tak angkat call jugak.

Sudahhh..!!! Maun kang tido bawah jambatan malam ni. So kami amik tempoh bertenang dulu.

Nasib ada poket wifi. So kami check semula email. Kot-kot tuan rumah balas ke pertanyaan Kak MB mengenai cara nak check-in rumah dia ni.

Tup tup tup.. Email masuk menyatakan dia tengah bekerja dan akan balik pukul 10 malam kang. Sudahhhh....!!!! Macam mana dengan beg kami ni...????

Hati dah dup dap dup dap dah.. Adakah aku di tipu???

Akhirnya tuan rumah mintak no.fon kak MB untuk whatsapp call.

Rupa-rupanya dia nak bagitau ada kunci yang di letak dalam pos box. Cuma pos box tu ada password jer. Bila dah bukak pos box ni baru ler Kak MB dapat clue untuk buka pintu kaca di sebalik lift ni dengan kod yang diberi. Ermmm canggih betul.

Syukur. Alhamdulillah. Urusan kami di permudahkan Allah SWT.

Akhirnya kami dapat juga masuk ke rumah Kenta ni.






Wow, dekorasi nya Kawaiii..!!! Hello Kitty in the house..!!

Pink-pink gitu. So sempat ler amik serba sedikit  gambar sebelum rumah ni serabut dengan barangan kami. Almaklum ler ada kengkawan dah pesan amik picture rumah ni. Sebab ada kala kecantikan rumah tu tak seperti yang di gambar masa booking.

So alhamdulillah kebersihan dan susun atur kelengkapan rumah ni sama seperti dalam airBnB. Siap bagi FREE poket wifi lagi. tapi kami tak guna pun poket wifi tu. Sebab kami kan dah ada poket wifi. Malas nak tuka-tuka lagi.

Okay. Jom solat dan ready untuk keluar semula.

Nasib ler dari kawasan Tokyo Cruise tadi dengan rumah ni jaraknya tak jauh. Hanya 5minit je berjalan kaki dan 2 minit berjalan ke Sensoji Temple.

Kak MB pun keluar semula jam 2.45 petang. Sebelum meneruskan perjalanan naik boat. Kak MB singgah sekejap di convinient bawah rumah ni untuk tapau onigiri sebagai bekalan untuk alas perut. Kami tak sempat lagi nak lunch.




Sementara menunggu masa untuk beratur naik boat Hotaluna ni. Jom ler kita makan dulu onagiri ni dan Incik Padil seperti biasa tugasan mengambil gambar dulu di persekitaran Sungai Sumida ni.




Nampak tak apa ada di belakang Kak MB tu?


Yang belah kiri tu ler Skytree Tower.

Skytree Tower ni mempunyai 2 menara tinjau untuk melihat pemandangan di sekitar Tokyo iaitu pada ketinggian 350m dan 450m. Dari menara tinjau ni korang akan nampak pemandangan Mount Fuji dari jauh. Tapi tu pun jika langit cerah. Kalau langit berawan nampaknya nampak kabus je ler.

Untuk bayaran masuk ke menara tinjau di ketinggian 350m sahaja akan dikenakan sebanyak 3,000 yen dan harga combo menara tinjau di paras 350m & 450m akan di kenakan bayaran 4,000 yen. Kiranya menara ni sama ler seperti di Menara Kuala Lumpur hanya beza ketinggiannya sahaja. Tapi Kak MB tak naik pun menara ni. Just tengok dari jauh jer.



Hah yang ni pula adalah tahi... Hahahahhaha

Rupa macam tahi kan??

Tapi sebenarnya ni adalah Statue of Asahi Beer. Atau lebih dikenali sebagai The Asahi Beer Headquarters yang telah siap dibina pada tahun 1989 oleh pereka dari Perancis iaitu Philippe Starck. Bangunan yang paling tinggi tu di bina dindingnya berwarna emas yang menyerupai jag beer gergasi yang di lengkapi dengan bumbung putih yang berbentuk buih beer. Manakala bangunan yang lebih pendek tu di kenali sebagai Super Dry Hall iaitu sebuah bangunan kaca hitam yang menyerupai segelas beer dengan objek api emas bertenggek di atas nya.



Petang-petang di tepian Sungai Sumida ni cantik juga pemandangannya dengan puluhan burung merpati yang sibuk mengutip makanan dan melihat nelayan pulang dari menangkap ikan. Kalau musim bunga di pesisiran sungai ni akan banyak bunga-bunga sakura yang akan berkembang mekar. So ni adalah spot yang cantik di musim spring.


15minit kami menunggu Boat Hotaluna dan akhirnya dia memunculkan diri juga. Yeahhhh... Biasa naik cruise di Putrajaya tapi kali ni Jepun pula.


Hah ni ler dia Boat Hotaluna yang berbumbung kan kaca. Rupanya seperti peluru kan???

Yea ke peluru??? Ermmm.. (berfikir seketika).

Boat ni akan di buka desk atas nya tu untuk pengunjung naik melihat view di luar.

Wah, cantiknya view dalam boat ni. Tak cukup di dinding yang berkaca. Bumbung pun berkaca juga. So pemandangan kita nak melihat view di luar tak terbatas. Cuma kalau nak amik gambar tu terbatas ler cikit sebab bercermin dan blurr.

Satu per satu bridge akak lalui. Setiap bridge ni ada nama nya sendiri tapi dek banyak benor jambatannya. Sampai susah akak nak ingat setiap nama jambatan yang akak lalu.

So kalau salah nama jambatan yang Kak MB tulis ni. Korang tolong betulkan yea? Bagi komen di bawah nanti ekkk.



Hah, yang ni jambatan Azuma Bridge yang menghubungkan Asakusa dengan laluan ke Skytree Tower.


Yang ni Ryokubashi Bridge.




Ni Kiyosubashi Bridge.


Ni Eitaibashi Bridge.


Hah, kita sekarang di Jambatan Pulau Pinang. Yeahhhh..!!! Jauh berjalan ni.. Hahahahha

Ok. Tipu ajer. Acahh mak enon.. Huhuhuhu.

Jangan tak tau yea. Di Jepun pun ada jambatan Penang tapi namanya adalah Chuo-Ohashi Bridge.



Hah, yang ni view atas boat. 15minit berjalan. Desk atas ni pun di buka kepada pengunjung untuk amik gambar.


So yang belakang tu adalah Kachidokibashi Bridge. Iaitu jambatan yang berdekatan dengan Tsukiji Market dan jambatan ni boleh di buka jambatan bagi memberi laluan kepada kapal besar atau bot nelayan yang besar.


Kapal Titanic. Tapi ni versi cucu dia. ^_^




Hah yang ni bridge yang terakhir sebelum kami sampai ke Odaiba.

Tau tak jambatan apa tu???

Tak kan jambatan Penang lagi kan..

Itu ler Rainbow Bridge yang menjadi kebanggaan warga Odaiba atau di kenali sebagai Toyosu-Ohashi Bridge.



Hujung sebelah kiri tu bangunan kajian angkasawan. Sebab tu ada berbola di bangunan tu. Hahahahha







Sekarang kita semakin menghampiri ke Odaiba City. Nampak macam terik je matahari kan?? Tapi sebenarnya angin yang bertiup membawa angin yang sejuk. So ni suhu dalam 6'c.




Ni bukan bangunan angkasawan ataupun UFO yea. Tapi sebenarnya dia adalah Fuji TV di Jepun. Kira macam Astro ler ni. Bangunannya sangat dekat dengan Odaiba Diver City.


Juga berhampiran dengan Haneda Airport. Sempat lagi si Incik Padil ni zoom gambar ni... Ana Airlines sedang terbang dengan langit yang biru.




Yeahhh, ni Rainbow Bridge. Time ni pun dah pukul 4.30 petang. Dah nak senja dah dalam pukul 5.15 petang Magribh dah.

Tapi kami masih di sini untuk melihat sunset.





Ni burung apa? Burung Camar..

Burung apa? Camar. Hihihihi. Burung camar pun tau balik ke rumahnya. Dia berumah di atas bumbung station cruise ni. Tapi Kak MB jer yang tak ngeti-ngeti nak balik umah. Masih belom puas menikmati pemandangan di sini.

Dan akhirnya kami sampai juga ke last station cruise ni di Odaiba.



Dan dari kejauhan juga Kak MB dak nampak Statue of Liberty.

Ohhh My God..!!! Dah sampai New York dah kita. Hahahahah.

Wak luuuuu New York.

Ni replika ajer jawap Incik Padil. Hahahahah.

Ala, nak gurau pun tak boleh.. Sambil menjeling ke arah Incik Padil. Hihihihh.

So sampai di sini dulu yer entry Kak MB.

Lepas ni perjalanan Kak MB akan di teruskan dengan pencarian Robot Gundam di Diver City.

Next entry Odaiba Diver City.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Kak MB, boleh x bg link rumah kenta house tu.. email saya sakura_lover09@yahoo.com
lg satu, naik boat tu hrga return ke?

mira bechok said...

Hai miss sakura

maaf baru perasan ada komen dari awak. utk nombor fon Kenta House saya book by Airbnb. Tapi awak boleh cuba call/msj di sini Message Host • +81-80-5077-4450 untuk tiket Tokyo Cruise memang return yea