Pesanan Penaja ^_^

18 Jul 2017

Jamu dan Tukang Urut Terbaik di Kajang

Assalammuallaikum semua.

Selamat malam.
 Alhamdulillah. Kak MB baru je selesai berurut badan tadi.

2minggu akak bekerja non-stop sampai sakit-sakit badan di buat nya.

Akhirnya hari ni akak terpaksa mengalah jugak dengan badan yang sakit ni.


Ni ler kerja baru Kak MB kena selesai kan pengemaskinian dan pelupusan fail selama 2 bulan ni. So atas kepercayaan yang diberi. Kak MB memang sibuk mengejar dateline yang di beri.

Nasib ada kengkawan seperjuangan yang membantu kan. Syukur alhamdulillah.

Tapi????

Baru 2minggu buat kerja ni dah terasa dah sengal-sengal badan terutama di bahagian peranakan/ rahim wanita. Almaklum ler angkat fail-fail dan barangan berat.

Performance badan Kak MB tak seperti masa muda-muda di zaman anak dara dulu. Kalau dulu kerja kilang wiper 12jam pun larat. Angkat besi pun larat. Siap overtime lagi sabtu ahad. Bekerja sebulan tanpa cuti pun ok jer.

Tapi bukan sekarang selepas beranak 2 orang ni ditambah lepas operation Lipoma ari tu.

Badan Kak MB mula terasa macam dah tua sangat. Cepat letih. Pening. Mengah kalau banyak bercakap. Padahal umur baru 29tahun. Tapi badan macam 50tahun dah.

So kesihatan badan Kak MB terutama dalaman badan sangat akak titik berat kan.

Salah satunya pemakanan jamu ni. Jamu sekarang dah bersepah di pasaran. Kita kena bijak buat pilihan jer. Nak jamu jenis pil ada. Nak jamu jenis air pun ada.

Kak MB memang jenis makan jamu dari zaman anak dara lagi. Sebab bila makan jamu ni time datang bulan Kak MB kurang sengugut dan keputihan pun kurang. Dan pemilihan jamu pun Kak MB bukan pilih jamu yang mak-mak makan tu.

Ada jamu khas untuk anak dara. Namanya Jamu Chittari keluaran Indonesia. Kedai-kedai jamu ada jer jual dulu. Sekarang tak tau ler ada ke idok lagi jamu brand Chittari tu.

Bila dah kawin ni. Kak MB amalkan jamu keluaran Binari pula.



Jamu ni memang akak dah amalkan selepas bersalin kan Fayadh dulu. 4tahun dah kot makan benda ni. Sampaikan dah tak lalu nak telan dah.

Tapi demi kesihatan dalaman. Kak MB telan gak.


Sampai ler dah tak lalu nak telan. Kak MB cuba tukar jamu air pula dari Jamu Kocok ni.

Ni jamu kawan Kak MB sendiri jual. Pn Shira kita. Jamu ni best. Kandungan bahannya lebih asli dan lebih urmphhh dari yang jamu dalam bentuk pil tau.

Besa makan jamu pil akak tak ler panas sampai berpeluh-peluh kan. Maybe kandungan bahan tak sebanyak bahan dalam Jamu Kocok ni. Tapi jamu ni memang best. Original. Membuatkan akak lawas membuang di waktu pagi dan badan kita rasa anjal dan warm selalu.

Bila bekerja lama sangat duk dalam air-cond. Badan akan rasa sejuk dan sengal-sengal. Tapi bila dapat jamu gini. Yang boleh panaskan badan. Memang marvellous ler.

Ibarat macam kita berpantang tau. Rasa warm dan hot je badan. Badan rasa pejal.

Cuma Kak MB tak amalkan sebab bila minum jamu air ni. Ia tertinggal rasanya di tekak akak. Rasa dia tak pahit dan tak payau pun. Rasa sama seperti air periuk yang Kak MB minum masa berpantang tu. Cuma silap Kak MB jer cepat bosan bila selalu kena minum kan. Can not go untuk akak minum hari-hari.

Kalau pil. Telan jer dengan air. Sekaligus hilang dah ke dalam badan. Hihihi.

Tu semua atas pilihan masing-masing yea. Walaupun ada yang berkata. Makan jamu ni panas nanti cepat putus haid. Tapi akak makan jugak jamu demi kesihatan dan kebahagian rumah tangga.

Tu yang abang pandang daring jer kan hari-hari.. Hahahahhaha.

Korang kena cuba gak Jamu Kocok ni. Berminat. Sila mesengger Pn Shira di FB dia @sya q samudi.

Maaf yea. Kak MB tak ada no fon dia. ^_^

Selain pengambilan jamu dalam menu harian Kak MB. Berurut juga adalah salah satu cara akak buat tak kira selepas berpantang atau pun tidak.

Walaupun ada orang yang bagitau tak elok berurut selalu. Tapi akak ada pendapat sendiri.

Kita wanita berkerjaya di pejabat dan di rumah. Sentiasa bekerja siang dan malam demi anak-anak dan suami. Kalau jadi suri rumah pun still bergerak dan bekerja mengemas rumah. So jangan pandang enteng dengan tugasan wanita yang bergelar isteri ni yea..

Badan sentiasa bergerak 24jam. Kalau ada anak kecik tu. Sentiasa berdukung pula. Mana tak patah pinggang di buat nya kan. Tu belum kira demam sakit. Of course kaum ibu tak cukup tido punya.

So dengan berurut ni adalah salah satu cara untuk Kak MB memperbetulkan urat-urat yang tersimpul dan membuang angin dalam badan.

Wanita yang dah ada anak memang di sarankan berurut at least 3bulan sekali atau 6bulan sekali. Badan pun nak kena di manja jugak dikk oittt. Bukan muka jer nak di belai. Badan nak pakai lama ni.

Tapi nak berurut pun bukan sebarangan orang tau. Kak MB memang tak suka berurut ala-ala SPA yang gosok-gosok je tu. Minyak dah ler banyak di gunakan. Tapi urut gosok-gosok je.

Jadi Kak MB bab-bab mengurut ni sangat cerewet yea. Tak semua orang boleh mengurut akak.

Kalau nak berurut mesti dengan mak bidan atau pakar urut yang memang pandai mengurut.

Banyak orang dah Kak MB cuba berurut dan macam-macam cara orang ni mengurut. Pakai sikat ler. Pakai batu ler. Macam-macam cara.

Hanya 2 orang yang pakar mengurut wanita yang menjadi pilihan Kak MB selalu.

1st pilihan akak adalah tukang urut wanita di Shah Alam. Dia ni Indonesia mari. Muslimah. Akak memang berurut dengan dia dari anak dara lagi. Urutan dia memang best dan terbaik. Sebab dia pandai buang kan angin badan akak dengan dia bersendawa. Lepas jer mengurut. Corfirm badan akan rasa ringan jer. Nama dia Kak Siti. No fon dia 016-6568211. Cara berurut mematuhi cara Islam yea.

Dia ler yang mengurut akak masa bersalin kan Faiz dulu. Kak Siti ni memang menjadi pilihan Kak MB. Tapi memandang kan dia duk jauh sangat. Dari Kajang ke Shah Alam tu mengambil masa nak sampai.

So 2nd tukang urut ni pula menjadi pilihan Kak MB sebab dia dekat je di Kajang ni. Nama dia Kak Norhana duduk di Taman Sri Jambu Kajang. Kak MB kenal dia pun dari Incik Padil sebab suaminya pun tukang urut lelaki.

Bila pertama kali akak berurut dengan dia sebab sakit-sakit badan yang teramat sangat.

Memang 1st try dia mengurut rasa sakit sebab badan dah memang sakit kan. Baru nak gosok-gosok mengurut je pun sakit. Tapi lepas jer berurut. Hilang dah sakit-sakit badan tadi. Yang bestnya dia mengurut badan akak yang sakit ni tanpa meninggalkan lebam-lebam badan. Dan badan pun rasa lega dan ringan. Kak Ana pun guna minyak mengurut pun tak banyak. So tak ler melemuihhh badan kita bau minyak sampai tak selesa di buatnya kan.

So bila dah tau Kak Ana urut sedap dan sesuai cara urutan nya dengan badan akak. Sekarang kalau sakit badan jer. Kak MB akan cari dia.

Ramai orang suka berurut dengan dia. Kalau uolls nak cuba belaian tangan Kak Ana urut korang. Cer call no ni 013-2762265 (Tukang Urut Wanita) atau no fon suami dia 010-2030530 Abg Azri (Tukang Urut Lelaki). Insya-Allah Kak Ana dan Abg Azri boleh bantu korang yea.

Tapi sebelum nak berurut tu. Pastikan call atau whatsapp diorang dulu yea. Takut kang datang. Diorang tak available pula. Sebab Kak Ana ni pun kerja pejabat juga. Hanya malam dia available kalau tak ada temujanji dengan pelanggan lain.

Okay ler.. Hari dah malam ni.

Sepatutnya lepas berurut tadi . Kak MB kena rehat dan tido. Bukannya mengadap lappy ni.

Tapi memandangkan ramai kengkawan bertanya mengenai jamu dan urutan ni. So akak cuba buat entry ringkas untuk korang.

Nah. Sila baca yea.

Wasalam.