Pesanan Penaja ^_^

30 Jun 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 6 Takeshita Street, Harajuku

Entry sebelum Shibuya Crossing.

Hai,

Pening dah kepala duk tengok lautan manusia di Shibuya tadi.

Sekarang misi Kak MB nak pi makan 'creap' yang orang cakap sedap sangat tu.

Dari Shibuya ke Harajuku sebenarnya boleh jalan kaki sebab jaraknya hanya 1.5km jer. Tapi Kak MB sengaja decide naik ajer train ke Harajuku yang hanya 2 minit perjalanan. Tenaga kaki nak kena simpan gak untuk esok. ^_^


Keluar-keluar jer dari Station Harajuku. Dah nampak dah pintu gerbang Takeshita Street @ Takeshita Dori iaitu satu lorong yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat anak muda tempatan memakai pakaian animasi kegemaran mereka.

So korang kalau nak tengok orang pakai kostum Sailor Moon ke Dragon Ball atau pakaian fesyen pelik-pelik tu. Takeshita Street adalah tempat nya.



Hah, ni ler pintu gerbang utama yang Kak MB cakapkan tadi.

Mole Hole Harajuku


Dari station Harajuku korang perlu melintas keseberang dan masuk ke laluan lorong tu. Korang akan nampak lautan manusia lagi di sini.



Korang masuk je lorong tu.

Banyak kedai-kedai jual cenderahati serta pakaian pelik-pelik ada di jual. Tapi akak tak masuk pun. Kedai 100yen pun tak sanggup nak redah. Crowded giler..!!!

Kak MB bila dah tengok sesak sangat di sini. Terus ke misi utama jer.

Creap oh creap..!!

Tak done nak belek-belek souvinier yang menarik dekat kedai tu. Sebab ia terlalu sesak weiii..

Tak larat nak berjalan sambil berlaga bahu dan punggung. Azab..!!


Akhirnya jumpa gak apa yang akak carikan.

Hah, amik kaww..!!


Nak beli creape pun kena beratur panjang tau. Punya ler ramai orang.

Ni kedai 1st yang Kak MB nampak. Namanya Angel Hearts. Tapi akak tak singgah pun.

Jalan lagi ler.



Yang ni 2nd kedai sebelah jer dari Angel Hearts tadi. Marion Crepes.




Nak beli creape di sini pun still kena beratur tapi tak ler panjang barisannya seperti kedai sebelah tadi.


Harganya pun boleh tahan. Please.. Jangan convert harga..!!

Dan jenis creape di sini lebih pelbagai dari yang sebelah tadi. So bila dah banyak pilihan ni. Mula ler tak tau mana nak pilih kan.


Kesudahnya Kak MB pilih yang ni. Ada buah laici, grean tea aiskrim dengan buah strawberry.


Incik Padil amik yang ni. Isi nya ada vanila aiskrim dengan strawberry fruit.

Alhamdulillah. Kenyang.

Serius. Memang sedap. Saiz Creap dia besar. Recommended..!!

Tapi kalau di tanya creape ni macam mana ekk???

Okay ler. Creape ni ala-ala adunan waffle tapi kena buat nipis-nipis macam tosai nipis nya. Lepas tu letak ler buah dan aiskrim apa korang suka. Lepas tu gulung kan. Siap..!!

Bila perut dah kenyang. Baru senang hati kan nak berjalan.

Perjalanan di teruskan untuk tengok orang yang pakai baju pelik-pelik tu tapi akak tak jumpa pun orang yang berfesyen pelik-pelik.

Akak tak pasti pulak kalau diorang ni ada masa dan port area melepak kan. Tapi time akak lalu memang tak nampak pun.

Kecuali kedai ni.


Kedai ni memang jual baju pelik-pelik. Harga. Tak pasti berapa.

Sampaikan custom power rangers pun ada. Tapi korang sanggup ke berjalan ke giant tesco pakai baju power rangers.. Hahahahah


Tapi remaja di Jepun ni sangat fanatic dengan animasi kegemaran diorang.


Sanggup keluar berjalan dengan kostum kegemaran diorang yang berambu ramba tu.

Tapi dekat Malaysia tak sesuai berpakaian gini dengan cuaca panas lit lit tu. Silap hari orang ingat korang giler berpakaian gini. Hahahaha.


Stylo kan pakaian diorang.

Hanya kedai kostum ni jer. Kak MB dapat tengok. Orang pakai baju pelik-pelik tu tak nampak pulak.

Hampa.

Bila apa yang nak di lihat tak dapat. Akhirnya kami jalan juga sampai ke penghunjung lorong Takeshita Street ni dan menghala ke Omotesando Hill untuk ambil train dari Omotesando Station balik semula ke Asakusa.

Di Omotesando Hill ni adalah satu kawasan yang banyak butik-butik mewah. Sesapa peminat barangan LV atau barangan berjenama. Omotesando adalah tempatnya. Kak MB dah tak larat nak berjalan dah time ni. So amik train dan balik terus.

Berakhir sudah perjalanan untuk hari ke-6 di Jepun ni. Jenuh nak abiskan cerita.

So next entry Day 7 Mount Fuji

22 Jun 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 6 Shibuya Crossing

Entry sebelum Shinjuku & Tokyo Metropolitan Government Building

Hai.

Perjalanan kali ni di teruskan lagi ke Shibuya Crossing iaitu lintasan perjalanan kaki paling sibuk di Tokyo,Jepun. Dengar ceritanya lintasan zebra di sini tak pernah sunyi. Sentiasa ada lautan manusia di setiap penjuru jalan. Ntah mana datang nya manusia yang ramai ni pun tak tau.

Very amazing view..!!!

Jadi jap lagi akak nak tengok sendiri bagaimana sibuk nya Shibuya Crossing yang selalu di perkatakan oleh pelancong yang datang ke sini. Betul ke sibuk???

Kami dari Tokyo Metropolitan Government Building tak susah pun nak ke Shibuya ni. Tak perlu nak menapak jauh ke Shinjuku Station. Cukup naik train subway dari Tocho-mae Station yang betul-betul bersebelahan dengan bangunan kerajaan Jepun ni dan stop di Shibuya Station. Masa perjalanan pun hanya 18minit sahaja.

Kejap je kan masa perjalanan???

Sebab Kak MB tak perlu lagi nak beratur beli tiket sebab akak dah ada Subway Pass yang di beli di Big Camera Shinjuku tadi. Bila dah ada pass ni pergerakan lebih cepat dan menjimatkan masa. Just touch sahaja di setiap pintu masuk dan keluar station.

Sampai-sampai je di Shibuya Station. Akak dah lihat dah bertapa ramainya manusia di station ni. Sama sibuk nya seperti di Shinjuku Station juga. Tu belum tengok lagi keadaan di luar station ni.

Kami pun ikut jer arah lautan manusia ni keluar station. Sekali nahh amik kawww..!!!


Fuyoooo..!! Ramainya orang seperti di Pesta Ambang Malam Merdeka weiiii..


Tu gambar atas ni ambil masa kami lepak di Starbucks Coffea.

Sesakkk..!!!

Mula-mula tadi nak cari mana Shibuya Crossing pun susah. Kena berhimpit-himpit dan berlaga bahu kottt nak ke crossing tu.

Kak MB yang takut terpisah dengan Incik Padil ni. Pegang kuat-kuat tangan. Kang tercicir akak kang. Maun meraung tak balik Malaysaia kang. Hahahahaha.

Bila dah tengok view yang sesakkk ni. So kami ke tepi dulu. Tak mau melintas lai di Shibuya Crossing yang sesak tu.


Moh kite amik gambar dulu yea.


Di belakang kami tue adalah lautan manusia yang sedang menunggu nak melintas jalan di Shibuya Crossing.

Kak MB relax dulu wat peace yoo..!!

Nak cari dulu mana patung anjing yang bernama Hachiko tue. Patung anjing Hachiko ni ada kisah dan sejarahnya kenapa ia menjadi satu landmark atau touch point para pengunjung yang datang ke sini.


Hah, ni ler dia patung Hachiko.

"Patung anjing Hachiko sebenarnya dia adalah anjing yang sangat setia pada tuannya. Setiap hari anjing ni akan menemani tuannya ke Shibuya Station untuk pergi berkerja. Bila tuannya dah naik train dari Shibuya ni. Anjing ni akan menunggu hingga ke petang sampai tuannya balik dan terus melakukannya selama bertahun-tahun sehingga satu hari tuannya meninggal dunia. Bahkan anjing itu tetap setia menunggu di situ."

Jadi monumen Patung Hachiko di abadikan di sini sebagai daya tarikan buat para pelancong yang sememangnya popular.

Memandangkan oang punya ramai di Hachiko ni nak amik gambar dia. Puas Incik Padil snap asik masuk jer crowd dalam frame ni.

Kesudahnya kami decide tak nak lama-lama di Hachiko ni dan nak lepak ajer di Starbuck Coffea yang betul-betul tempat strategik untuk melihat Shibuya Crossing dari atas.

Shibuya Crossing yang betul-betul berhadapan dengan
Starbucks Coffea.


Jom kita melintas.

Kak MB time ni pengrakkk gak.

4x kottt duk main dekat lintasan ni. Semua penjuru lintasan akak try.. Hahaaha.

Ingat nak berposing di tengah-tengah crossing orang ramai ni. Tapi tak bolehh beb. Diorang jalan sangat laju. Kalau duk berposing tengah orang sibuk nak melintas tu. Nampaknya abih korang di langgarnya nanti.

Puahhh main lintas-lintas. Jom kita minumm..!!

Tapi sebelum nak lepak minum Coffea dekat atas tu.

Sila oder minuman di bawah dan bawak ke atas yea.



Walaupun musim sejuk. Tapi cuaca di Tokyo tidak sesejuk di Kyoto dan Kanazawa. Time ni suhu hanya 10'c jer. Tak pakai long john pun tak pe. ^_^

Bila tengok suhu tak berapa nak sejuk boleh ler minum blend ice coffea ni. Kalau sejuk sangat. Layan Americano baru heaven...

Time di cafe ni pun ramai orang tau. Semua tengah mencari tempat duduk. Ada yang sedang queue tempat duduk orang lain pun ada. Sama seperti Kak MB gak.

Nak duduk tak ada tempat. Jadi berdiri ajer ler sambil minum Latte Coffea ni. Sebelah akak time tu ada couple Korea kot sedang menikmati kek dan coffea. Tengok gaya macam dah selesai je melantak.


View dari Starbucks Coffea.


Bia ler depa bercanda. Akak nak berdiri gak di sini. Yang penting dapat melihat orang ramai-ramai melintas di crossing nun.

Tapi Kak MB tak lama pun berdiri. Hanya 10 minit jer kot. Tup tup couple Korea tu bla. Kak MB duduk ler kerusi yang kosong. Lagi satu kerusi Kak MB bagi pada couple dari Denmark duk sebelah akak. Incik Padil berdiri.

Diorang pun datang nak tengok apa yang Kak MB beriya nau nak tengok. Hahahhaha. Macam dekat Malaysia tak ada lintasan zebra kan. Gayat sokmo..!!






Semua bersabar nak melintas. Tak ada pun yang cuba melanggar peraturan main melintas jer. sangat berdisplin rakyat Jepun.



Hijau sudah..!!

Jom melintas.






Ramainya manusia weiii..!!

Semua bersesak-sesak nak melintas dan menuju ke destinasi masing-masing.

For information sebenarnya Shibuya ni adalah salah satu pusat membeli-belah yang terkenal dengan budaya fashion remaja terkini. Patut ler sekitar sini banyak bangunan tinggi-tinggi macam di KLCC dan Times Square. Rupanya dia adalah bangunan shopping complex sama seperti di Pavillion dan sibuknya pun lebih kurang sama seperti Bukit Bintang. Bahkan Shibuya ni lebih sibuk. Orang dan kenderaan sama naik simpang siur nya.

Havoc.!!

Kak MB kalau ramai-ramai cenggini boleh sekejap jer lepak. Lama-lama di sini boleh buat akak pening.

Jom kita riki-riki souviner dari Starbucks Tokyo sebelum menuju ke Takeshita Street pula.

Sesapa nak beli cenderahati dekat cafe ni boleh turun ke bawah yea. Tapi seperti biasa harus tengok dulu made in mana.


See???

Made in Malaysia. Jauhnya nak beli thumbler Malaysia ni. So Kak MB nak cari thumbler or mug Made in Jepun ler. Boleh buat mug minum pagi di opis nanti dan ia boleh menjadi inspirasi untuk next trip.

#kemanakitaniey


Hah, jumpa pun thumbler Tokyo ni. Tapi dia Made in China jer. :-(

So Incik Padil amik thumbler ni. Siap diorang bagi Free Gift refill coffea any Starbucks in Japan.


Kak MB just beli mug tu jer. Mug tu memang Made in Japan tau. Tapi tak ada Free Gift.

Tang harga??

Kak MB lupa dah berapa. Tapi tak jauh beza pun harga di Malaysia.

Untuk next destination. Jom kita ke Harajuku pula. Pekena creape special.

Next Takeshita Street,Harajuku.