Pesanan Penaja ^_^

30 Jun 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 6 Takeshita Street, Harajuku

Entry sebelum Shibuya Crossing.

Hai,

Pening dah kepala duk tengok lautan manusia di Shibuya tadi.

Sekarang misi Kak MB nak pi makan 'creap' yang orang cakap sedap sangat tu.

Dari Shibuya ke Harajuku sebenarnya boleh jalan kaki sebab jaraknya hanya 1.5km jer. Tapi Kak MB sengaja decide naik ajer train ke Harajuku yang hanya 2 minit perjalanan. Tenaga kaki nak kena simpan gak untuk esok. ^_^


Keluar-keluar jer dari Station Harajuku. Dah nampak dah pintu gerbang Takeshita Street @ Takeshita Dori iaitu satu lorong yang menjadi tumpuan ramai untuk melihat anak muda tempatan memakai pakaian animasi kegemaran mereka.

So korang kalau nak tengok orang pakai kostum Sailor Moon ke Dragon Ball atau pakaian fesyen pelik-pelik tu. Takeshita Street adalah tempat nya.



Hah, ni ler pintu gerbang utama yang Kak MB cakapkan tadi.

Mole Hole Harajuku


Dari station Harajuku korang perlu melintas keseberang dan masuk ke laluan lorong tu. Korang akan nampak lautan manusia lagi di sini.



Korang masuk je lorong tu.

Banyak kedai-kedai jual cenderahati serta pakaian pelik-pelik ada di jual. Tapi akak tak masuk pun. Kedai 100yen pun tak sanggup nak redah. Crowded giler..!!!

Kak MB bila dah tengok sesak sangat di sini. Terus ke misi utama jer.

Creap oh creap..!!

Tak done nak belek-belek souvinier yang menarik dekat kedai tu. Sebab ia terlalu sesak weiii..

Tak larat nak berjalan sambil berlaga bahu dan punggung. Azab..!!


Akhirnya jumpa gak apa yang akak carikan.

Hah, amik kaww..!!


Nak beli creape pun kena beratur panjang tau. Punya ler ramai orang.

Ni kedai 1st yang Kak MB nampak. Namanya Angel Hearts. Tapi akak tak singgah pun.

Jalan lagi ler.



Yang ni 2nd kedai sebelah jer dari Angel Hearts tadi. Marion Crepes.




Nak beli creape di sini pun still kena beratur tapi tak ler panjang barisannya seperti kedai sebelah tadi.


Harganya pun boleh tahan. Please.. Jangan convert harga..!!

Dan jenis creape di sini lebih pelbagai dari yang sebelah tadi. So bila dah banyak pilihan ni. Mula ler tak tau mana nak pilih kan.


Kesudahnya Kak MB pilih yang ni. Ada buah laici, grean tea aiskrim dengan buah strawberry.


Incik Padil amik yang ni. Isi nya ada vanila aiskrim dengan strawberry fruit.

Alhamdulillah. Kenyang.

Serius. Memang sedap. Saiz Creap dia besar. Recommended..!!

Tapi kalau di tanya creape ni macam mana ekk???

Okay ler. Creape ni ala-ala adunan waffle tapi kena buat nipis-nipis macam tosai nipis nya. Lepas tu letak ler buah dan aiskrim apa korang suka. Lepas tu gulung kan. Siap..!!

Bila perut dah kenyang. Baru senang hati kan nak berjalan.

Perjalanan di teruskan untuk tengok orang yang pakai baju pelik-pelik tu tapi akak tak jumpa pun orang yang berfesyen pelik-pelik.

Akak tak pasti pulak kalau diorang ni ada masa dan port area melepak kan. Tapi time akak lalu memang tak nampak pun.

Kecuali kedai ni.


Kedai ni memang jual baju pelik-pelik. Harga. Tak pasti berapa.

Sampaikan custom power rangers pun ada. Tapi korang sanggup ke berjalan ke giant tesco pakai baju power rangers.. Hahahahah


Tapi remaja di Jepun ni sangat fanatic dengan animasi kegemaran diorang.


Sanggup keluar berjalan dengan kostum kegemaran diorang yang berambu ramba tu.

Tapi dekat Malaysia tak sesuai berpakaian gini dengan cuaca panas lit lit tu. Silap hari orang ingat korang giler berpakaian gini. Hahahaha.


Stylo kan pakaian diorang.

Hanya kedai kostum ni jer. Kak MB dapat tengok. Orang pakai baju pelik-pelik tu tak nampak pulak.

Hampa.

Bila apa yang nak di lihat tak dapat. Akhirnya kami jalan juga sampai ke penghunjung lorong Takeshita Street ni dan menghala ke Omotesando Hill untuk ambil train dari Omotesando Station balik semula ke Asakusa.

Di Omotesando Hill ni adalah satu kawasan yang banyak butik-butik mewah. Sesapa peminat barangan LV atau barangan berjenama. Omotesando adalah tempatnya. Kak MB dah tak larat nak berjalan dah time ni. So amik train dan balik terus.

Berakhir sudah perjalanan untuk hari ke-6 di Jepun ni. Jenuh nak abiskan cerita.

So next entry Day 7 Mount Fuji

No comments: