Pesanan Penaja ^_^

30 Apr 2015

Pengalaman Menjaga Anak Demam & Sawan

Hai.

Bila celik je mata pagi. Mesti anak yang akan kita tengok dulu. Kalau dulu sebelum ada anak. Kita duk perhatikan si bapak je kan. La ni dah da anak. Kita duk nengok anak dulu ler yea. Hikhikhik. Kaum bapa jangan marah yea. Dirimu telah dimadukan dengan anak mu. Hahahahaha.

Bila tengok anak sihat dan bangun dengan ceria. Hati mama rasa bahagia tenang je nak pi kerja sat  lagi. Tapi kalau anak tak sihat. Perasaan mak automatik gundah gulana. Tak senang duduk dibuatnya. Kepala otak asik duk pikir cmana ler keadaan anak dekat pengasuh. Boleh ke diorang jaga anak kita. Takut kang tertiba melarat plak sakit diorang. Takut terjadi benda yang tak diingin ni. Subahanallah.. Mintak dijauhkan perkara-perkara buruk.

Wajah-wajah ceria hero mama.

Mama sayang Fayadh


Hero Fayadh yang suka buat memek muka

Selfie please..!

Kebahagiaan mama
Hero Fa'iz yg suka tersengih

Budak bermata boolat
Tapi bile wajah-wajah ni sakit. Aduhaii..

Hilang nyawa mama biler tengok adik Fa'iz terlantar camni.
1st time adik warded.

Fayadh warded ketika umur 22bulan kerana demam panas
sehingga mengakibatkan sawan

Be strong oh my hero Fayadh..!
Dah nama pun manusia. Mesti kita akan ditimpa penyakit gak kan. Jadi demam, batuk dan selsema ni normal bagi seorang kanak-kanak yang sedang membina antibodi badan. Jadi kita sebagai parents kena pantau keadaan kesihatan mereka supaya tak berjangkit.

So bile diorang ni demam. Akak akan sentiasa pantau suhu badan diorang dengan termometer supaya tak melebihi 38'c. Kebiasaan suhu 37'c dah dikira demam tapi belum tahap yg serius. Bila suhu menjangkau 38'c hingga 39'c akak akan pastikan badan diorang dilap-lap dengan kain basah untuk menurunkan suhu panas.

For your information kalau anak demam tak perlu pakai kan diorang baju kecuali pampers. Biasa dekat hospital pun doktor akan suruh anak pakai pampers sahaja. Bila kita pakaikan mereka dengan pakaian yg tebal. Ia akan memerangkap haba dan haba tidak akan mengalir keluar. So better jangan pakaikan baju atau kalau nak sgt pakaikan baju pilih kain cotton yg mampu menyerap peluh. Lepas tu lap-lapkan badan diorang dgn air dibahagian pelipat tangan dan kaki, ketiak dan kepala. Pastikan bila mengelap badan anak tu jangan letakkan kain basah seperti gambar atas ni. Menurut kata nurse yg merawat Fayadh waktu tu. Bila kain lap yg basah kita tepek dekat kepala dan badan cam tu. Haba yg telah diserap oleh kain basah itu akan terserap balik ke badan. So lap-lapkan kepala dan badan anak kita je yea. Tak perlu nak tepek kain dekat dahi tu.

Kalau check suhu badan anak dah sampai 39'c cepat-cepat bawak ke klinik atau hospital. Biasa kak mira akan masukkn PCM dalam bontot anak dulu supaya suhu dapat dikawal sementara nak sampai ke hospital. Kalau suhu mencecah 40'c kemungkinan anak boleh kena sawan. Ni adalah pengalaman akak sendiri.

Fayadh pernah kena sawan akibat suhu badan terlalu panas sehingga 40'c dan kak mira ketika tu lewat bagi Fayadh makan ubat. Hanya lap-lap kan badan dia sahaja. Masa dia kena sawan tu. Akak rasa badan dia macam sejuk tapi bila check suhu dah mencecah 39.5'c. Apalagi dengan pengalaman mak mertua yg pernah menjaga Incik Padil ketika dia sawan dulu. Terus bawak Fayadh ke bilik air dan disiramkn dgn air sejuk dari kaki ke atas badan dan seterusnya ke kepala. Pastikan ketika anak mengigil akibat sawan dia tidak tertelan air liur sendiri, badan tidak biru dan sawannya tidak berterusan selama 30minit kerana sawan yg berlanjutan selama 30minit non stop akan mengakibatkan kecacatan.

Kalau orang dolu-dolu, anak kena sawan je akan letak something dalam mulut pesakit, Contoh cam tuala atau sudu supaya tidak mengancing gigi. Tapi sebenarnya teori tu salah. Apa yg kak mira belajar dari doktor ketika Fayadh kena sawan dulu. Jangan letak apa-apa dalam mulut pesakit ketika mereka mengancing gigi. Tak ada istilah akan tergigit lidah. Sebab pesakit bukan sedar dan dia tidak akan menjelirkan lidah. Yang penting jangan panik, letakkan pesakit secara telangkup atau mengiring bagi mengelakkan dia tersedak air liur, buka pakaian anak dan lap atau siram badan pesakit dengan air sejuk untuk menurunkan suhu panas mereka dengan segera. Masa siram air tu bia siram dari kaki bawa ke badan dan ke kepala. Sambil tu cuba panggil nama pesakit untuk menyedarkan pesakit. Pastikan ketika sawan tu badan pesakit tidak menjadi biru. Kalau biru segera bawa ke hospital berhampiran.

p/s : Waktu badan anak kekejangan. Jangan goncang-goncang badan dia. Teruskan baringkan secara mengiring atau telangkup dan cepat2 sedarkan pesakit dengan menjirus air sejuk dari kaki dahulu. Waktu kekejangan otak pesakit akan berhenti menerima oksigen dan boleh mengakibatkan kecacatan atau terencat akibat  otak tidak menerima oksigen secukupnya. Selepas pesakit sedar. Segera bawa ke klinik / hospital.


29 Apr 2015

Fayadh Diserang Penyakit Jangkitan Kuman D'Peparu

Assalammuallaikum.

Hai :-)

Fuh, lega rasa hati ni. Bila anak dah sihat. Dah boleh senyum dan bermain seperti biasa. Hati ibu mana yang tak sayangkan anak kan? Kalau boleh semua ibu bapa dalam dunia ni nak bagi kehidupan anak diorang perfect 200% lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Ibarat 'menatang minyak yang penuh'. Tapi kita ni manusia bukan ler perfect sangat. Sebaik mana pun kita merancang. Hebat lagi perancangan Allah SWT. Sesekali diberinya ujian untuk melihat kesabaran hambanya dalam menghadapi ujian Nya.

Sama ler dengan life akak. Kadang-kadang bahagia tersenyum sampai ke telinga. Kadang-kadang sakit diuji dan menangis. Hanya mampu menadah tangan meminta kekuatan dan kesabaran dari yang Maha Esa. Tapi setiap kali diuji oleh Nya seringkali itu lah ia akan disulami kebahagiaan selepas pelbagai ujian dihadapi.


#throwback balik gambar ni. Sayu hati jap. Teringat akak masa awal Feb 2014 si Abg Fayadh warded di Hospital Kajang kerana jangkitan kuman di bahagian peparu. Sapa sangka budak yang selalu ceria dan jarang sakit ni. Sekali sakit terus seminggu duk bercuti dekat Hospital Kajang menjaga Fayadh. Si Incik Padil  ler setiap hari sabar berulang alik dari rumah -> hospital -> pejabat -> hospital menghantar makanan dan sama2 menjaga Fayadh.

Punca sakit pada permulaan hanya batuk biasa sahaja gara-gara bagi dia makan limau mandarin Tahun Baru Cina. Tapi kerana batuk biasa dan berkahak tu berlarutan selama seminggu. Walaupun ubat dah hampir abis ditelan tapi still tak ok. Tu yang menyebabkan satu hari Fayadh jadi sesak nafas. Terpaksa Incik Padil hantar dia di Emergency Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) pagi2 subuh. 

Bila doktor bagi Fayadh nap baru fayadh rasa ok dan pernafasan sikit terkawal. Tapi selepas 6jam ambil nap di KPMC. Fayadh sesak nafas lagi ditambah suhu badan yang tiba-tiba panas. Akak tengok Fayadh time tu dah lembik kepenatan asik menangis je. Wajah dia pun cam orang tak berdaya. Apa lagi kami pun cepat-cepat bawak ke Emergency Hospital Kajang plak. Terus masuk ke bahagian ICU. Time tu doktor terus check temperature badan dan bagi nap sekali lagi.

Apalagi time tu MA pun sibuk ler mencucuk sana sini tangan dan kaki fayadh untuk dimasukkan drip air dan ambil sample darah. Time ni lah akak tak sampai hati nak nengok Fayadh menjerit, meraung, menangis dan meronta-ronta mintak dilepaskan sebab MA tu tak jumpa urat Fayadh untuk di ambil sample darah. Jadi cari plak urat di tangan sebelah pn sama tak jumpa urat. Akhirnya amik darah di urat kaki. Tu pun Fayadh terpaksa dipasung dengan selimut sebab tak nak bagi dia meronta kuat. Bila tengok Fayadh dalam keadaan macam tu hati akak sayu dan akak pun sama2 menangis. Time tu ler akak diminta oleh doktor untuk menunggu di luar ICU sebab akak pun emosi tak nak bagi doktor cucuk Fayadh sebab tau dia sakit. Tapi kerana nak menyelamatkan nyawa Fayadh. Doktor terpaksa gak buat Fayadh sakit. :-( Huhuhuu.

Bila keadaan dah cool. Fayadh pun dah stabil sikit pernafasannya. Doktor mintak Fayadh melakukan pemeriksaan X-ray. Bila keputusan X-ray dapat on the spot. Baru doktor bagitau Fayadh menghadapi jangkitan kuman di peparu dia (Lang Infection) dan minta warded
Apalagi admit ler Fayadh di sini selama 5 hari.

So please take note yea parents di luar sana jangan pandang remeh biler anak anda sakit terutamanya demam, batuk atau selsema exspecially yg umur 2tahun ke bawah. Sebab kanak-kanak bawah umur 2tahun memang mudah dijangkiti penyakit dan ubat nya pun terbatas. Tak semua ubat kita boleh bagi pada kanak-kanak bawah usia 2 tahun ni.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Selepas je Fayadh admit hari tu. Akak lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling Fayadh. Kalau tengok je cuaca sejuk sikit atau tengok pernafasan Fayadh cam berbunyi je. Cepat-cepat akak letak minyak angin dekat dada dan area belakang badan dia. Takut kang tetiba semput sampai. Panik akak kang.

Sebenarnya Fayadh tak ada penyakit asma atau semput tau. Tapi disebabkan hari tu dia pernah kena infection peparu jadi penyakit tu mudah berulang balik dan menyempitkan laluan pernafasan dia. Tue yg kalau bernafas berbunyi dan sukar bernafas. Jadi akak risau penyakit lama datang balik.

Sangkaan akak betul Mac 2014 Fayadh admit lagi. Kali ni lebih lama akak holiday di peranginan Hospital Kajang ni. Uwaaaa... Sengsara akak..! 10hari Fayadh warded. Mama menghitung hari bila nak balik sebab kepala duk pikir kerja banyak dekat ofis ditambah dengan berbadan dua plak time tu. Lagi pening kepala nak jaga Fayadh morning sickness akak. Aduhaiii.. Dugaan.. Dugaan..

Mulanya hanya Lang Infection. Infection dah ok. Tetiba Fayadh demam. Tahan wad lagi. Demam dah kebah. Penyakit Rota Virus plak menyerang Fayadh. Siap pakej mama pun terkena Rota Virus. Nak kuarantin plak dalam bilik khas. Akhirnya mama mintak kebenaran doktor untuk bawak Fayadh keluar dari hospital. Mama nak rawat penyakit Rota Virus a.k.a penyakit cirit birit di rumah sahaja. Alhamdulillah dengan rawatan air kelapa sahaja. Fayadh sembuh dari cirit birit dan kali ni doktor bekalkan Fayadh ubat inhaler ventolin biru dan coklat ni.




Jadi Fayadh perlu buat follow up di Pakar Pediatrik Hospital Serdang untuk memantau penyakit dia ni supaya bebas dari sebarang infection dan bebas penggunaan inhaler sepenuhnya. Alhamdulillah hampir 10bulan menggunakan inhaler ni. Akhirnya 05 Nov 2014 Fayadh bebas dari sebarang infection dan tak perlu lagi guna inhaler sebab dia bukannya ada penyakit asthma. Alhamdulillah syukur.