Pesanan Penaja ^_^

28 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 4 Fushimi Inari Shrine

Entry sebelum Kiyomizudera Temple & Gion Street

Konbanwa (こんばんは)

Hai.

Kalau semalam kita ke Kiyomizudera Temple untuk melihat keunikan binaannya tanpa menggunakan satu paku pun. Tapi hari ni kita akan ke Fushimi Inari Shrine pula iaitu sebuah kuil yang amat terkenal di selatan Kyoto yang di anuti oleh penganut agama Shinto.




Yeahhhh, tak saba rasanya nak ke Fushimi Inari..


So sebelum keluar dari hostel. Jom kita sarapan dulu isi perut dan tenaga dengan kari daging Pak Brahim's dan nasi putih yang Kak MB beli di Fresco Convinient semalam.

Dah kenyang perut. Baru ler riang hati meneroka alam di Kyoto pagi ni dengan harapan salji turun ler yea. :-)

Pagi ni pukul 6.30 kita dah ready tunggu train menaiki Keihan Main Line menuju ke Fushimi Inari. Cuaca yang agak sejuk dengan suhu 1'c Kak MB tak pedulik dah.. Misi kembara mesti di teruskan.




Ni wajah muka-muka yang dah beku. Bukan kepenatan tau tapi sejukkkk..

Masa perjalanan hanya mengambil masa 8 minit je dari Gion-Shijo ke Fushimi Inari. Bila dah sampai sini kami meneruskan berjalan kaki mendaki sedikit menuju ke pintu gerbang besar di hadapan Fushimi Inari ni.

Fushimi Inari ni sangat terkenal di kalangan pelancong asing yang ingin melihat ribuan pintu gerbang berwarna merah terang yang di panggil torii gate.

Kalau korang nak tau tori gate ini di bina oleh hasil duit kutipan derma yang di derma kan oleh ahli-ahli perniagaan dan orang-orang kaya di Jepun. Setiap saiz ukuran binaan pintu gerbang ni berbeza mewakili jumlah duit yang di dermakan.

Macam mana besar saiz ukuran pintu gerbang ni??? Nanti akak ceritakan.



Hah, ni ler pintu gerbang yang akak maksud kan tadi. Tapi ini tak cukup besar saiz nya. Sebab akak ikut jalan belakang. So ini deretan kedai menjual makanan dan cenderahati yang masih belum di buka lagi. Time ni snow flake turun...

Yeahh, kita dah sampai.



Besar tak pintu gerbang ni???

Ini ler pintu gerbang utama di hadapan pintu masuk ke Fushimi Inari Shrine ni. Kebiasaan pelancong yang naik train turun di JR Inari akan lalu di sini. Tapi akak lalu area belakang tadi sebab naik local train. Bukan Jr Train.

Masuk ke shrine ni free yea.



So sesapa yang nak ambil gambar dengan tenang dan aman. Boleh datang pagi-pagi buta macam akak ni. Bergambar ler korang sepuas ati tanpa masuk muka-muka orang lain.

Kalau datang selepas pukul 8 pagi. Tempat ni akan crowded dengan penggunjung so nak amik gambar pun susah dan fenomena bertolakkan tu pasti akan terjadi.



Hah, ni adalah kawasan air suci mereka. Penggunjung boleh minum menggunakan bekas yang telah di sediakan. Macam dekat Kiyomizudera semalam jugak. Rasa-rasa nak murah rezeki, panjang umur dan sihat boleh ler minum air suci ni tapi akak idokkk ler minum. Malaihhh ler. Tu acah mak enon je tu pegang bekas nak minum. Hehehe.



Peta ringkas dari bahagian bawah Fushimi Inari Shrine.





So ini masih di bahagian bawah. Jom kita naik tangga menuju ke kaki gunung. Sebabnya tori gate ni di bina dari kaki gunung menuju ke dalam hutan dan sampai ke puncak Gunung Inari yang setinggi 233 meter.


Kalaus sesapa yang teringin nak tengok matahari terbit di Jepun ni. Boleh ler mendaki gunung ni dengan melalui binaan tori gate menuju ke puncak Gunung Inari untuk melihat sunrise.


Yang ni pula tempat orang gantung kertas bad luck.

Mana-mana temple dan shrine di Jepun ni mesti ada tempat untuk menilik nasib. So kalau bad luck tu diorang akan tinggalkan kertas bad luck di sini. Jauh-jauh kan ler diri anda dari nasib yang malang ni yea.. Huhuhu






Ini ler laluan pertama pintu gerbang menuju ke puncak Gunung Inari.


Cer tengok binaan tiang nya dah nampak pudar dah kan. Mesti tori gate yang depan-depan ni dah lama usianya. Sebab Kak MB tengok banyak yang dah lapuk di bahgian kaki tiang nya.


Alhamdulillah. Dapat gak amik gambar yang tak ramai crowd ni.


Maaf yea.. Part ni banyak Torii Gate yang warnanya dah luntur. Tapi nak amik gambar punya pasal. Abaikan view yang tak berapa nak memuaskan tu yea. Jom kita naik lagi ke atas.


Kesian Incik Padil.. Gambar dia banyak tak menjadi gara-gara tangan Kak MB yang tak berseni ni amik. Maaf yer laling... :-*




Ni ler 2 pintu gerbang yang ada menuju ke puncak. Dah macam pintu antara dua persimpangan dah. Pilih ler nak lalu yang mana satu.

Nak lalu yang mana satu pun akak tak tau... Kemana setiap lorong ni menuju pun akak tak tau???

Kesudahannya Incik Padil decide pilih yang kanan.. Apa-apa pun kita buat mesti mulakan yang kanan...



Ok. Jom kita lalui lorong kanan ni.. Memang betul saiznya memang berbeza-beza. Sampai sini baru ler nampak tori gate ni nampak baru sikit dari yang permulaan tadi. Tulisannya pun nampak jelas lagi.

Rupanya 2 pintu gerbang tadi mempunyai laluan yang sama. Cuma yang kanan tu untuk pergi ke atas. Dan laluan kiri untuk balik semula turun ke bawah. Maybe nak elakkan kesesakan kott.

Time ni tak ramai orang lagi. So boleh ler bergambar dengan tenang dan aman.

Perhatian : Jika anda ingin mengambil gambar atau photo shoot tanpa crowd. Pastikan datang ke Fushimi Inari dan Bamboo Forest pada awal pagi seelok-eloknya sebelum pukul 8 pagi.



Kalau di Nara rusa di anggap utusan kepada tuhan tapi di Fushimi Inari serigala menjadi utusan Dewa Inari atau lebih dikenali sebagai Dewa Beras. Tak heran ler jika banyak patung-patung serigala di bina di tembok-tembok sekitar shrine ni.

Akak ingatkan anjing.. Rupanya serigala.



Untuk info lanjut Fushimi Inari


Ni ler saiz tori gate di sini dengan nilai duit yang perlu di dermakan oleh si penderma.



Dan yang ni saiz-saiz tori gate yang ada. Ni just replika sahaja. Nak buat perbandingan saiz yang ada di sini.

Yang hujung sekali paling besar tu agaknya yang menderma 1juta ke atas.

Okay ler.. Binaan tori gate ni masih panjang lagi nun ke hutan. Memandangkan perjalanan hari ni masih banyak tempat nak pergi. So Kak MB hanya spend time 1jam sahaja di sini.


So pukul 7.45 pagi akak dah ke Inari Station menaiki Jr Train menuju ke Saga-Arashiyama pula.. Yang ni akak guna Icoca Card yea sebab Kansai Thru Pass tak cover JR train. Manakala JR Takayama Hakuriko hanya cover Kyoto Station sahaja.

Jom kita ke Saga-Arashiyama pula.

Next entry Bamboo Groove & Togeysukyo Bridge

Kembara Musim Salju 2017 : Review Bakpak Hostel di Gion, Kyoto

Entry sebelum ini Kiyomizudera Temple & Gion Street

Hai,

Kalau hari tu akak berkongsi story tentang penginapan akak di Kanazawa iaitu Oka Hotel. Tapi hari ni Kak MB nak review penginapan di Kyoto pula di Bakpak Hostel.

Kalau korang nak tau macam mana akak boleh tergerak hati nak pilih hostel ni.

Sebenarnya akak tau dari hasil review Bakpak Hostel di Blog Kaki Berangan dengan location hostel yang amat strategik berhampiran dengan gion street, gion station dan boleh walking ke Kiyomizudera serta Nishiki Market yang berdekatan dengan Kawaramachi Station dan Karasuma Station. Hanya berjalan kaki selama 15 minit sahaja ke Nishiki Market ni.

Kalau dari Gion-Shijo station amik exit 1. Nanti akan sampai betul-betul sebelah Bakpak Hostel. Tak perlu nak melintas jalan. 3 minit jalan kaki dari Gion-Shijo.

Strategik kan location dia?

Bila dah tau hostel ni sangat strategik dan menjadi pilihan ramai backpackers serta harganya pun jauh lebih murah. So Kak MB decide booking terus melalui booking.com jer.

Korang boleh je booking through the website (Sila Klik) Bakpak Kyoto Hostel  Cuma ia agak sukar sedikit nak book melalui website mereka. Asik full room atau tiada room available je yang tertera dekat website nya.

Jadi bila akak booking terus melalui booking.com ada pula bilik yang kosong lagi pada tarikh yang akak nak tue. So terus je ler booking di booking.com lebih senang.

Cuma kekurangannya Bakpak Hostel ni bila book melalui booking.com tak ada bagi Free Cancellation seperti tawaran di hostel-hostel yang lain dalam booking.com yang suka bagi free cancellation. Jadi kalau dah booking bilik di Bakpak. Diorang akan minta no. debit card atau kreadit card korang. So nanti diorang akan tolak siap-siap duit dari debit card atau kreadit card korang terus. Lebih mudah. Tak perlu nak bayar masa sampai di sana nanti.



Website : Booking.com

Alamat : 2-244 Miyagawa Suji, 
Higashiyama-ku, Kyoto, Japan

Hubungi : +81-75525-1433
Fax : +81-75525-3144
Email : frontdesk@kyotohostel.net


Ni adalah bahagian receptionist Bakpak Hostel. Wanita ni ler yang menyambut kedatangan Kak MB. Sangat peramah tau. Dia da cakap pernah datang Malaysia. Ramai orang Malaysia pun suka menginap di Bakpak. :-)


Walaupun ada 30 minit lagi untuk Kak MB check-in pada pukul 3 petang tapi dia baik hati je bagi Kak MB check-in awal. Siap bagi tau penerangan kemudahan yang disediakan di sini serta syarat-syarat menginap di sini. Syaratnya korang kena bukak dan letak kasut di rak kasut yang di sediakan di bahagian tepi tangga ni. Tak boleh bawak kasut ke dalam bilik. Agak-agak kasut korang tu mahal naw. Takut hilang ke atau tak nak plak letak di rak kasut tu.. so korang boleh simpan dalam plastik khas dan bawak ke bilik masing-masing. Tapi sehingga kini masih belum ada lagi kejadian curi kasut berlaku di sini yea. Di jamin selamat. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan tempat sini.


Ini adalah ruang dapur dan ruang santai. Yang putih tu pintu masuknya sebagai pemisah antara ruang receptionist dan toilet.. Pintunya ala-ala pintu klasik rumah nobita. Pakai dinding kertas jer.. Sambil makan boleh membaca buku yang ada di situ.



Yang ni adalah kawasan dapur untuk korang masak. Bagus hostel ni. Semua kemudahan ada walaupun tak ada dapur memasak. Tapi ia ada menyediakan microwave untuk memanaskan lauk Pak Brahim's. Cuma Kak MB masak di sini tapi makan di bilik. Sebab cuaca sangat sejuk walaupun ada heater di situ kan tapi ruang yang agak besar tak mampu memanaskan badan Kak MB yang kurus ni. So masak cepat-cepat... Then balik ke bilik terus.


Sebelah ruang santai dan dapur tadi ada ruang makan ni pula. Ada tv di sediakan. Boleh ler korang lepak-lepak sini sambil tengok tv.

Walaupun hotel ni memang fully booking tapi sepanjang akak menginap di sini tak ada pun umat manusia yang lain duduk melepak di ruang ni. Maybe semua keluar berjalan kot. Tak pun dah berdengkur masing-masing kepenatan.


Sudut bacaan dan komik.


Yang ni adalah ruang simpannya pinggan mangkuk dan kopi, teh, gula juga tersedia di sini. Korang boleh minum apa yang korang nak tanpa perlu bayar. Free ajer. Yang penting korang harus menjaga kebersihan dapur ni serta perlu mengasingkan setiap sampah yang korang buat.

Bila penerangan dan syarat-syarat jelas di bagi oleh akak receptionist tadi dan kami juga memahami syarat dan peraturannya. Kami di bawa pula ke bilik di tingkat 4 iaitu tingkat paling atas sekali dalam rumah ni.



Pemandangan dari pintu bilik. Curam tangganya. Sila berhati-hati. Kalau belok kiri itu adalah jamban yea. Kalau nak mandi sila turun ke bawah tadi. Toilet berdekatan dengan ruang dapur.

Patut ler dia suruh bukak kasut tadi. Rupanya ruang rumah ni berkarpet.


Tarangggggg......

Ni ler bilik Kak MB. Bilik double room. Kalau di ikutkan masa booking. Hanya katil twin room yang available. Tapi bila dapat. Alhamdulillah. Di baginya Kak MB katil double room dengan bilik yang agak luas, selesa dan pemandangan luar yang cantik menghadap sungai Kamo-gawa dan jalan raya.




Cantikkan view nya?

Bilik Kak MB ni berdekatan dengan roof top dan ruang mendobi tau. Cuma syarat nak guna washing machine ni mesti dari pukul 7 pagi hingga pukul 8 malam je. Kalau lebih dari masa yang di tetapkan nanti korang akan ada dikenakan penalti bayaran.

Maybe syarat ni dikenakan sebab tak nak menggangu penghuni lain ketika membasuh pakaian. Takut bunyi bising dari washing mashine dan dryer tu kottt.. Tapi Kak MB basuh juga baju petang dalam pukul 6 tapi nak dryer dah malam kot sebab dryernya sangat special. Malam pun just sampai pukul 8.30 malam done mencuci dan mengering pakaian. Tak ada kena penalti. Alhamdulillah.

Tapi akak nak bagitau. Dryer kain dekat sini sangat unik yea.

Apa unik nya dryer diorang ni? Nanti Kak MB citer kan yea di bawah nanti.


Toilet dia kecik jer tau. Tapi still bersih walaupun ia berkongsi dengan penghuni lain.


Ada tersedia pemanas air juga.


Ni jambannya. Jamban yang unik. Tanpa paip air untuk mencuci ketika berhadas. Guna tisu.. Hihihihi.

Bila flush ajer. Air sinki akan automatik keluar untuk isi balik air tangki. Kalau korang cuci tangan dekat sinki tu. So air cucian tu akan di gunakan sebagai air flush pula. Ni kiranya langkah penjimatan jugak 2 in 1.

Jom tengok kelebihan dan kekurangan Bakpak Kyoto Hostel

Kelebihan Bakpak Kyoto Hostel
  1. Receptionist yang fasih berbahasa English dan peramah
  2. Ruang bilik yang luas, selesa dan bersih serta pemandangan luar yang cantik
  3. Kemudahan yang lengkap dengan Free WiFi/ heater/ set bath toiletries/ hair dryer/ tuala/ microwave/ oven/ fridge/ dinner table/ area BBQ/ Free Coffea,Tea & Sugar.
  4. Menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi/ fax/ fotostat/ washing machine/ laundry dryer/ tourist guide
  5. Cepat dan pantas dalam memberi respon dan membalas sebarang pertanyaan melalui email dan call.
  6. Location yang berdekatan dengan train station/ bus stop/ Fresco Convinient/ famous atrractions
  7. Setiap ruang dan kawasan dalam hostel ini di jaga baik dan bersih


Kekurangan Bakpak Kyoto Hostel

  1. Toilet/ jamban yang berkongsi dan tiada bidet. (Sejuk woo. Nak poo poo di musim winter) :-)
  2. Toilet mandi yang agak jauh pada penghuni yang duk tingkat 4. Kena turun mandi ke bawah.
  3. Penginapan yang bertingkat dan tanpa lift. Penat nak turun naik tangga dengan bagasi yang berat.

Walaupun ia ada kekurangannya tapi berbaloi ler dengan harga semalam nya. Sesuai sangat pada korang yang bercuti ala bajet backpackers tu. Murah dan mudah di access melalui train.

Jom kita tengok pula ruang mendobinya.


Hah yang ni adalah mesin basuhnya. Kalau nak mencuci kena bayar 200 yen selama 30minit. Free sabun. Pastikan korang ada duit syiling ngam-ngam yea. Baki tidak dipulangkan.


Cara penggunaan tak susah bia pun tulisannya kita tak faham. Hanya masuk kan 200 yen (syiling sahaja). Dan masukkan pakaian anda. Lepas tu secara automatik air akan masuk ke mesin dengan syarat pili air tu buka ler dulu. Kang tak dibuka pilinya mana kan boleh air masuk ke situ. huhuhu So masuk sabun dan tunggu sehingga selesai mendobi selama 30 minit.


Dan yang ni pula dryer (pengering baju). Kadar bayaran di charge 100 yen pada setiap 30 minit. Tapi dryer dia ni sangat berbeza dengan negara kita.


Laundry dryer di Malaysia kalau mengering selama 30 minit ke 40 minit tu dengan suhu maximum dah kira panas sangat tu. Boleh kering jeans dengan tilam toto kan.

Tapi berlainan dryer di Jepun ni. Akak keringkan baju tshirt biasa je selama 30 minit tu macam tak ada beza dengan kain lembap. Padahal dah putar 30 minit kottt..


Bila di google translate. Rupanya suhu untuk dryer ni dari 10'c ke 20'c je.. Hahhh??? (terlopong sekejap akak)


Dan jumlah kain untuk masuk dryer ni pun kena patuhi gak mengikut gram atau helaian.. Contoh 200g pakaian kena dryer 30minit. Kalau yang seluar jenas dah 500g boleh dryer sehelai je selama 60 minit.. 

Beza sangat dengan cara kita menguna pengering kain di sini. Kita kan dah biasa sumbat je kain selagi boleh dalam dryer ni. Selagi tak full selagi tu masukkan je. Di Jepun lain caranya yea. Masuk banyak-banyak. Jawapannya tak kering ler kain baju korang.

Berjanggut wei menunggu kalau baju kita jenis banyak. Akan nak keringkan setiap sehelai kan. So akak masukkan je semua baju yang nak keringkan. Lepas tu keringkan selama 90 minit non stop..

Alhamdulillah kering gak. tapi cara ni hanya boleh buat di Jepun dengan mesin dryer bentuk gini. Jangan buat di Clean Pro selama 90 minit. Meletup kang mesin tu. Tak pun baju korang yang akan hangus terbakar nanti. ^_^

Kalau korang nak jimat duit. Tak payah guna dryer ni. Boleh jer sidai dekat roof top waktu siang. Tapi malam roof top ni tutup.

Hah, amacam??? Ok tak hostel ni... Semoga ia menjadi sumber info korang yea.. Bye-bye..

Entry akan datang Fushimi-Inari