Pesanan Penaja ^_^

15 Aug 2016

Hebat #koirINFRA

Assalammuallaikum.

Hai.

Alhamdulillah. Selesai gak majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan KKLW semalam yang di hos sepenuhnya oleh INFRA.


Ucapan tahniah juga kepada semua ahli koir INFRA yang telah bergabung tenaga dan bersama-sama mencurahkan idea bagi memantapkan vokal dan variasi dalam persembahan serta gigih menghafal lirik lagu sebanyak 12lagu tu. Walaupun masa yang diberikan tak sampai 2minggu. Tapi alhamdulillah effort korang sangat Kak MB kagum. Dah ngupe artis recording dah. Artis pun kalau nak record lagu take time sebulan tau. Tapi korang balun 12lagu tak sampai 14hari. Giler betull..!! Dah macam nak record lagu satu DVD dah.

Apa-apa pun u'all semua memang hebat. Suara yang hebat. Semangat setia kawan yang erat. Komitmen dan displin yang sangat mantap.

Kalau korang nak tau. (Yang tak nak tau pun kena tau gak) Ahli koir ni semua warga yang dah berkawin. Semua ada tangungjawab pada family. Hanya segelintir je kumbang yang kacak dan bunga yang harum wangi menambah keharuman lagi pentas koir ni. Kalau Kak MB ni tak payah cakap ler dah diibaratkan seperti bunga nak gugur dari tangkai dah. Orang tak pandang dah dik non oittt..!

Tapi demi tugas. Biapun bz nak kelek anak.. Mana bz dgn suami/ isteri. Mana nak beri komitmen pada tugasan kerja yang diberi. We all still datang bertugas sampai sanggup amik cuti hujung minggu untuk hadir berkerja dan raptai.

Sado-sado kan abam-abam belakang tue....
Akak-akak pun manis letingg belake..
Serius nau muko korang ekkk. :-)
Warming Up cepat..!!!!
Pn Rus, sila pandang kehadapan..
Jangan nak rebut mic dari Syaz u...
Macam nak ditelannya microfon tu dah... Hihihihihi
Tak lupa juga tahniah kepada kakitangan mulut INFRA yang lain yg turut menyumbang tenaga dalam menjayakan perhimpunan ni.

Apa2 pun kak MB nak ingatkan korang gak ler jangan nak lupa diri plak yea. Pls pls pls(peringatan utk Kak MB sebenarnya tu)

Disebalik kejayaan ni. Of course ada guru yang hebat gak kan.??

Cer teka.. cer teka.. Sapa cikgu kami kali ni yea???

Cikgu lelaki ke perempuan??? Kacak ke ensem????

Kacak ke ensemmm??? cam pelik je soalan tu. (sila abaikan)

Tapi sebelum tu Kak MB nak sok sek sok sek jap. Jangan bagitau orang tau. Kak MB da dgr gosip. Da orang cakap. Eh eh Hebat nau ke Koir INFRA ni. Hahahhaha (perasan jap)

Suka ati akak ler. Kalau tak hebat. Tak kan ada orang ajak koir INFRA bergabung dgn group lain kann.. kan.. kannn.. OMG.. Pak menteri pun datang ucap tahniah kepada kami kan..

Hishhh poyonya statement. Nak muntah hijau. Lariikkkk...

Hello Kak MB oittt.. Pls, sedar diri sikit Kak MB oittt. Perhimpunan Bulanan je.. Bukan Top Show ohkeyyy... Hahhaahaha. Sila kembali semula ke alam nyata...

Tapi kan kalau tak sedap. Tak kan menteri datang puji cakap kami hebat. (Ermmm poyo lagi)

Ohkeyy..ohkeyyy Kak MB tak poyo lagi.

Soriii gambar tak meletoopppss.. Ni pun minta gambar kengkawan je ni...
Walaupun pic blurrr... Cukup ia tetap ada kenangannya...

Sebenarnya event ni just event kecil saje. Tapi koir INFRA ni baru saje nak digilap kembali bakat2 yang ado.. Bakat yang selama ni orang tak nampak bakatnya. Tapi bila dihargai oleh Pak Menteri. Of course terselit rasa bangga dan dihargai itu ada. Nasib pak menteri tak request lagi suh nyanyi lagi lagu lain. Kalau tak. Mati la mak nak oittt..!!
Hah, ni ler Cikgu Rosli yang akak citer tadi. Sado kan..?

Tak dilupakan juga ucapan terima kasih tak terhingga juga kepada cikgu kami iaitu komposer terkenal En Rosli Ahmad dari RSS Studio yang banyak memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada kami. Siap bagi koir INFRA nyanyikan 2lagu baru hasil ciptaannya tau.

Mana nak cari komposer yang baik hati bagi orang nyanyikan lagu ciptaannya sendiri tanpa kena kan bayaran. Dengan kami FOC. Tapi alhamdulillah kami dapat lakukan dgn terbaikkkk walaupun lagu tu bukan milik kami. Biapun hanya beberapa kali sahaja kita berjumpa dan berlatih bersama. Tapi masa yang diberikan sangat berharga nilainya. Kita cungkil ilmu cikgu sampai habis.

Siap bagi peluang kami berlatih dan recording lagu lagi dekat studio Cikgu Rosli ni tau. Merasa gak ler Kak MB fefeling retis ari tu.

Oh macam ni rupanya feeling retis recording ekkkk. Syokk gak ekk.




Walaupun suara tak berapa nak retis. Tapi cukup ler sekadar retis dalam toilet. hahhahaha.

Cikgu Rosli ni memang dah banyak pengalaman buat lagu untuk artis2 Malaysia. Kalau nak Kak MB sebutkan sorang-sorang sampai hujung hulan pun tak abih sebut tau lagu ciptaannya.

Terima kasih cikgu atas 'Tunjuk Ajarku Sifu'.

Dah jom kita layan gambar sepanjang event semalam.

Bunga-bunga sweet sour INFRA.

Yang tepi sekali tu. Adalah Syazana namanya.
PA Pengarah INFRA...
Mama Indah... Bakal besan Kak MB. Erkkkk...

Sebelah kiri adalah abam KACAK.. Sebelah kanan adalah ABAM SADO...
Kacak Vs Sado


Miss World INFRA.. Bajet CUN je yang tengah tu..
Duniawi semuanya ni..
Kihkihkih

Budak 2ekor ni kalau dapat wefie.. Memang tak ingat dunia.
Katanya suka tengok pic ni. Nampak muda katanya..
Bluerkkkkk :-p

Selfie lagiii..!
Ni abam2 ensem INFRA. Yang belah kiri tu dah ala2 Puff Daddy dah.. Yang abang kaca mata tu bakal jadi artis tak lama lagi.

Sapa yg da duk tengok drama pendek ost 'Soalan' raya ari tu. Dia ada nyanyi lagu 'Benjana Kasih' untuk drama tu. Meletoppskan.. Kalau tak tau gak lagu apa benjana kasih tu. Boleh gi dekat youtube tengokk..

Tak percaya????


Ohkeyyy.. Jom sambung balik bergambar.. Time ni ler mak-mak nak melaram bergambar. Kalau ada anak kang muka semua sememeh je.. Nak2 lagi muka aku ler..



Nama muka Kak MB tak nampak dik oittt... Sentap mak tau....


Lupa nak perkenalkan abam kacak diatas tadi tu. Tu adalah En Zainorin selaku penyelaras koir INFRA.. Terima kasih semua sekali lagi.. Ada umur yang panjang. Kita jumpa di next event lain...

9 Aug 2016

Aura Winter Semakin Terasa...

Assalammuallaikum semua..

Hai...

Wah, sebulan akak menyepi. Habih bersawang dan berkarat blog ni..

Sori guys.. Mood masih beraya lagi...

Makan.. makan.. makan... dan makannnn...

Misi mengemukkan diri. Orang semua dah pakat menegur awat hang kuruihhh benor la ni mira oittt?

Amboi.. Kengkawan lama tak jumpa. Sekali jumpa. Abih dia nak komen tentang ceq yea.

Dia tak tau aku makan dah serupa bela hantu raya. Tapi apa kan daya dah keturunan melidi cengkung. Makan banyak mana pun. Duk lagu tu je ler berat aku... Aduhaiiii...

Apa2 pun Ceq bersyukur kuruihhh2 ni tak ada penyakit naa... Alhamdulillah.

Tapi hari ni ceq nak habaq ler semua duk tanya. Mana pi.. Mana semunyi.. Mana menghilang bagai dehh..

Tak pi mana pun. Ceq bz cikit buat research sana sini.. Kumpul ilmu. Habih menghafal sana sini. Takut sesat. Nak pi berperang next year.

Malaih ceq nak heboq satu dunia. Takut sat tak jadi. Ceq yang malu.

Apa2 pun bahang nak ke negara sejuk semakin terasa... Dah pakat termimpi2 dah laki bini ni nak ke sana. Harap2 ia di permudahkan yea.

Kalau korang duk tanya lagi??? Kak MB nak pi mana?? Nak berperang mana? Negara la ni dah aman dah. Tok sah eihhh nak berperang lagi. Jaga ja keamanan kita. Baru dinamakan Kedah Darul Aman. Hahhahahahah

Sori. Bia rahsia. Nanti akak up cerita lagi.

Maaf gak dekat orang utara. Akak pun tak tau kenapa ari ni tertiba nak berbicara loghat kedah. Padahal akak orang nogori. Mungkin pagi ni duk berborak dgn org kedah. Pastu terus menaip. Tu yg masih terasa aura bahasa org utara ni kot..

Apa2 pun u all memang sempoi abihh lor.