Pesanan Penaja ^_^

27 Jun 2014

Kerana Si Anak, Papa & Mama Terasa Hebat..!!

Hai.

Aku nak tanya korang ler cikit. Pernah tak korang terasa sangat hebat atau very amazing bile dah ada anak ni? Maksudnya korang berasa hebat dengan perkara-perkara yang korang tak suka buat, tak pernah nak buat, tak boleh nak buat tapi kerana si dia yang bergelar anak. Korang automatically menjadi ibu bapa yang mengangumkan yang serta merta boleh buat perkara2 yang selama ni korang fikir memang tak mampu, tak boleh atau tak nak buat langsung. Contohnya selama ni korang jijik sangat tengok hingus kanak-kanak meleleh2 hingga ke mulut, jijik tengok najis, tak suka dengar budak menangis, cepat panik mengelabah, suka marah2 dan cam2 lagi ler. Tapi bila dah  ada anak ni korang terus jadi penyabar walaupun kadang2 ada part2 yang buat kiter hilang kesabaran dibuatnya, hilang rasa jijik dan cool je.

Itu ler yang aku rasa biler dah bergelar mama hampir 1tahun 7bulan ni. Aku terasa sangat bertanggungjawab dan independent dalam membuat keputusan. Salah satu kisah yang aku nak citer ni terjadi pada 23 June lepas di Hospital Serdang sebab fayadh kena attend appoiment dengan doktor pakar kanak-kanak akibat jangkitan kuman pada peparu dia masa bulan Feb dan Mac lepas. Kebetulan plak time ni dia baru lepas sihat dari demam, selsema, batuk dan still sembelit. So biler perut dia tak sedap. Fayadh akan merengek sambil cakap "Ma, enyak." (Ma, nak berak). Tapi tak berak pun. Cam2 aku bagi dia makan. Tapi dia tak ada selera makan. So memang dia kurang makan hanya minum susu sahaja. Jadi tak heran ler kalau dia kurang terberak.

Hospital kerajaan ni korang memang dah tahu kan environment yang sangat crowded dengan orang dan urusan fayadh ni berahkir pada pkl 12.30 tghari. Selesai je urusan terus pergi ke parking kereta yang agak jauh dan perlu berjalan sampai 15minit dalam matahari mencarak atas kepala ni. Demi anak kan aku sabarkan jugak mengharungi bahang matahri dengan perut memboyot ni. Fayadh memang tak abis-abis merengek sebab panas di tambah perut yang tak selesa.


Sampai je dalam kereta. Aku bagitau Incik Padil "Ayg nak tukar pampers fayadh jap. Tengok dah penuh dah pampers dia ni." Incik Padil pun ok jer. Tengah-tengah menukar pampers si fayadh ni boleh plak si kecik ni terkencing sambil berdiri. Dah ler lencun sit keta papa dia. Pastu boleh plak meneran nak berak sambil2 menonggeng2. Ya Allah, keciannya anak aku. Sembelit teruk ni.

Incik Padil yang duduk di bahagian sit driver. Terus keluar dan bantu aku di sit blakang. Aku pun on the sport tadah saki baki air kencing Fayadh dengan tisu dan terus menadah takut dia terkencing lagi. Si papa pulak terus urut depan perut fayadh sambil tangan kiri menadah najis Fayadh dengan tisu. Aku plak tangan kiri mengurut pinggang Fayadh supaya senang dia nak meneran.

Biler Fayadh mula meneran sambil menonggeng. Najis akan keluar dan Incik Padil akan menarik najis Fayadh. Tu ler yang dia buat berulang kali sampai berdarah cikit najis Fayadh. Maybe luka kot sebab najis terlalu keras. Agak lama jugak ler aku dan Incik Padil membantu Fayadh sambil mengurut perut, pinggang dan mengelap peluh si kecik ni. Aku yang mula2 nak marah sebab dia kencing dalam kereta tu. Terus bertukar kecian. Tak jadi nak marah. Incik Padil plak memang sayangkan kereta dia sampai melarang orang merokok dalam kereta takut berbau. Pastu tak boleh sepah2 dalam kereta. Tapi biler si anak dah kencingkan sit kereta dia. Incik Padil tiba2 tak marah. Siap cakap bia dia kencing. Nanti saya hantar carwash bersihkan kereta ni. Aku terkedu tengok perubahan Incik Padil.

Lepas je Fayadh mengeluarkan segala isi perut dia tu. Fayadh dah mula terasa lega dan terus tertido di pangkuan aku. Aku dan Incik Padil plak diam dan sunyi seketika. Dalam hati aku berasa sangat bangga dan bertuah menjadi seorang ibu. Terasa naluri kasih sayang yang menebal buat si Fayadh.

Tiba-tiba aku memecahkan kesunyian yang ada tu dengan gelak ketawa aku secara spontan. (Cewahh, cam ayat novel plak. Poyosss) Incik Padil tanya aku "kenapa gelak?" Aku jawap "Tak sangka kita mampu menadah berak anak sedangkan kita sendiri pun tak sanggup nak menadah berak sendiri. Ini kan lagi mengorek tahi biler sembelit." Aku plak memang penjijik semenjak2 mengandung yang kedua ni. Tapi demi anak. Apa2 pun boleh jadi? Incik Padil just jawap "Kalau bukan kite yang tolong dia. Sapa lagi. Dah anak sendiri. Nak atau tak nak kena gak buat. Akan nak suruh orang tolong." Betul gak cakap Incik Padil ni.

























26 Jun 2014

Menu Juadah Sepanjang Berpuasa Ramadhan

Assalammualaikum.

Hai :-)

Wah, dah hari jumaat 27 June bersamaan 29 Syaaban. Kalau tak esok, lusa kita berpuasa. Yeahhhhh, dah nak masuk bulan yang dinanti-nanti kan. Bulan Ramadhan bulan yang mulia penuh Barakah. 

Yeahhh, tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa di rumah sendiri dan 100% berdikari. Tahun-tahun lepas duk berpuasa rumah mertua sebab aku tinggal dengan diorang. So biler berpuasa bersama keluarga pastinya mak akan masak juadah untuk keluarga. Anak-anak dan menantu akan membantu apa yang patut. Jadi untuk tahun ni aku dah berpindah ke kuarters so berpuasa disini dan pastinya hari ni aku dah mula mengelabah cari menu apa nak masak untuk suami dan anak sepanjang Ramadhan ni. Punya ler sayang dekat suami tu kan. Takut dia kelaparan tak makan. Cewahhhh... (Harap-harap Incik Padil baca entry aku ni. Boleh raya kat Senawang tahun ni. Hahahaha)

Kalau korang nak tahu kedai runcit, bazar ramadhan dan pasar di kediaman kuarters aku ni agak jauh. Memandangkan aku tak ada transport nak keluar mencari juadah berbuka. So aku kena prepare dan masak sendiri juadah apa aku nak masak sepanjang hari bekerja dan beli stock barang-barang basah selama seminggu dan simpan dalam peti ais. Kalau nak tunggu Incik Padil balik kerja dan singgah amik anak di rumah mertua memang tak done nak bawak aku ke bazar ramadhan. Jadi aku kena masak dan kirim je beli kuih muih mana yang aku nak dekat Incik Padil terlanjur dia pi amik si Fayadh dekat umah mertua tu kan.

Aku bernasib baik ler sebab Incik Padil tak memilih bab-bab makan ni yang penting ada sayur atau makanan berserat dalam setiap juadah. Cuma dia tak makan ikan kecuali ikan pari je dia makan. So ni aku dah siapkan jadual menu sepanjang Ramdhan ni. Resepi atau cara nak memasak ni korang pergi ler tanya Incik Google ke atau bukak buku resepi. Aku memang tak pandai masak tapi tak pulak pemalas nak belajar. Demi anak, suami dan keluarga. Aku try jadi mama dan isteri yang terbaik menjaga kesihatan dan perut-perut mereka supaya tidak kelaparan. ^_^


Selamat Mencuba.. ^ _^

25 Jun 2014

Checklist Barang Keperluan Baby

Assalammualaikum.

Hai, lama dah aku nak kongsi criter pasal barang-barang keperluan bayi ni. Tapi disebabkan ada perkara yang lebih penting yang perlu diselesaikan segera. Jadinya post aku ni lama tergendala sampai ler di inbox oleh pembaca sendiri biler aku nak buat entry baru. (Wah,bajet cam ramai sangat followers) Hahahaha.

Ohkeyy ler adik-adik ku sayang. Hari ni kak mira bagitau yea checklist yang akak buat mulai kandungan 6bulan lagi. Masuk je kandungan 7bulan kak mira dah prepare beli barang-barang baby yang mana penting dulu akak beli cikit-cikit. Kalau beli segaligus takut pokai pulak Incik Padil kang. ^_^

Tapi serius ler akak bagitau korang masa membeli barang-barang baby ni paling seronok sebab semuanya comel-comel belaka dan cute jer. Exspecially baju gegirl memang cantik sangat tapi memandangkan akak dah scan dapat baby boy. So tak de ler duk tengok baju gegirl. Semua baju boy dengan pilihan warna-warna selamat tapi sempat gak ler akak selitkan baju lengan panjang warna pink sehelai sebab tengok comel je baju pinki tu kan.



KEPERLUAN PAKAIAN BABY

1) Bakul pakaian bayi
2) Baju Lengan Panjang- 5 helai. (Bayi baru lahir elok amik saiz 6M ke atas. Takut beli saiz kecik nanti baby lahir besar tak muat plak pakai)
3) Baju Lengan Pendek- 5 helai
4) Seluar Panjang- 5 helai
5) Seluar pendek- 5 helai
6) Rompers
7) Mittens & Booties- 5 pasang
8) Bonnet @ Topi- 2 helai
9) Barut- 12 helai
10) Bedung - 1 helai

KEPERLUAN DIAPERS BABY

1) Napkin- 15 helai brand PUREEN
2) Diapers @ lampin pakai buang- Brand PETPET saiz NEWBORN atau S. Memandangkan baby baru lahir berak/kencing banyak. Jadi rugi beli diapers yang mahal kecuali anak korang alahan diapers murah.
3) Wet tisssue- Kena beli banyak.
4) Changing mat (Pelapik tilam)



KEPERLUAN MANDIAN BABY

1) Bakul Barang Mandian - amik yang sedia ada
2) Baby Bath- Untuk mandian baby ni akak beli yang travel pack dulu sebab takut baby alahan pada mandian ni. Tapi akak beli brand JOHNSON'S BABY.
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby lotion
6) Baby oil
7) Tab Mandian Bayi - Akak pinjam je anak buah punya tab mandian sebab kebetulan anak buah pun duk dgn mertua dan akak pun berpantang umah mertua.
8) Tuala mandi-  2 helai.
9) Tuala muka- amik mak punya je.
10) Bakul Barangan Keperluan Mandian Baby - Yg ni aku ambik bakul mainan aku masa kecik dulu yg mak aku hadiahkan permainan masak2. Bakul ni pun kecik je.
11) Minyak Yu Yie - Memandangkan fayadh asik kembung je. Akhirnya aku guna minyak Afiat je. Terus fayadh terkentut2. Bagus sangat minyak ni.
12) Nappy rush cream - Brand PUREEN. Sesuai utk baby bagi mengelakkan punggung baby melecet angakara kerap terkencing dan terberak.
13) Vicks
14) Pemotong Kuku
15) Cotton Bud
16) Cotton ball

BARANGAN PERNYUSUAN

1) Botol Susu
2) Puting
3) Berus pembersih botol
4) Cecair pencuci botol
5) Breast Pump Set - Yang ni akak beli brand MEDELA SWING. Sangat bagus, tak bising dan tak menyakitkan. Akak beli 1set sekali cooler and bottle. Tapi beli 3ari lepas bersalin.
6) Cooler Bag Set
7) Warmer
8) Nursing Bra
9) Nursing pad washable- Akak suggestkan beli yang boleh cuci lebih jimat duit dan tahan lama.
10) Nursing pad disposal
11) Termos

**Note:

Puting Botol Susu

Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)

KEPERLUAN TIDUR BABY

1) Set tilam - Yang ni akak tempah tilam kekabu. Tebal dan tahan lama tapi berat cikit.
2) Comforter - Akak tak beli comfoter. Selimut kan je dgn kain batik. Jimat duit. Hehe
3) Kelambu - Penting bagi mengelakkan baby digigit nyamuk.
4) Baby cot @ play pen- Tak beli pun sebab duk fikir nak letak kat mana dalam bilik tidur yg kecik ni. Tapi second baby ni rasa cam nak beli sebab takut si adik dipijak dek abang plak.

BARANGAN ASAS UNTUK MAMA

1) Set Selepas Bersalin - Akak pakai Set Tanamera.
2) Bengkung - Yang ni termasuk dalam Set Tanamera tadi.
3) Baju Sejuk - Pakai yg sedia ada. Tapi jarang sangat bersweater ni. Almaklum duk umah kampung dangan makan jamu sana sini. Panas dah.
4) Tungku Batu/Moden
5) Selipar
6) Kain Batik - Mak mertua belikan dan amik je kat umah mak sendiri. Banyak beli masa ke Langkawi dulu.
7) Pad (Extra Long)- Akak suggestkan beli je Pad biasa yang overnight brand LAURIER yang 40cm tu. Lebih selesa dari Pad Maternity.
8) Stoking- Pakai je stokin suami yang dah longgar2 tu. Yang penting tak berlubang-lubang yea. Tak elok pakai stokin baru yang masih ketat tu. Nanti perjalanan darah tidak berjalan lancar.
9) Minyak urut- Pakai Herbal Massage Tanamera.

Yang ni sangat penting dan harus di INGATKAN pada suami dan ibu-ibu  yang pertama kali bergelar ibu bapa. Genap je kandungan 7bulan ke atas. Boleh dah ready barang-barang di bawah ni dan letakkan ia sentiasa di dalam kereta. Kita nak bersalin ni tak tentu masa dan keadaannya. Ikut suka je yg di dalam perut tu nak keluar. So better ready 1st beg pakaian mama dan baby. Buku merah tu penting dan ibu-ibu bawak ler sentiasa kemana pergi seperti kad pengenalan gak. Buat ler nak bersalin dalam keadaan jalan yang sesak. Boleh je hanta kemana-mana hospital berdekatan. Yang penting buku merah ada yang boleh dijadikan rujukan doktor masa kita nak bersalin nanti.

BEG HOSPITAL MAMA

1) Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2) Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3) Guarantee Letter - LAST MINUTE
4) Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5) Baju / T-Shirt - 4 helai
6) Kain Batik - Bawak 6 helai. Takut nanti lepas bersalin banyak darah keluar. Bocor plak. Nanti kain batik perlu banyak dipakai.
7) Tudung / Skaf - 2 helai
8) Stoking- DONE
9) Baju Dalam / Seluar Dalam- 10 helai
10) Tuala Muka
11) Peralatan Mandi
12) Tuala Mandi- 1 helai
13) Bedak
14) Sikat
15)  Maternity Pad / Pad Biasa
16) Breast Pad
17) Baju Sejuk
18) Selipar
19) Beg Plastik Baju Kotor
20) Minyak Angin / Urut
21) Beg Pakaian
22) Getah rambut

**Note:
Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah(bawak la yang lawa skit..and pilih yang longgar dan butang di depan -Mudah Untuk Menyusukan Bayi)

BAKUL HOSPITAL MAMA

1) Air Selusuh
2) Air Zam-Zam
3) Makanan / Minuman( biskut/roti/milo segera)
4) Termos Panas
5) Majalah / Buku / Al-Quran
6) Tisu

BEG HOSPITAL BABY

1) Pampers New Born
2) Baju Siang / Malam (panjang)
3) Seluar Siang / Malam (panjang)
4) Mitten & Booties
5) Bedung
6) Barut
7) Topi
8) Selimut
9) Tuala Mandi Baby
10) Tuala Muka
11) Baby Wipes
12) Baby Bath
13) Baby Shampoo
14) Baby Powder
15) Baby Lotion
16) Baby Oil
17) Vicks
18) Minyak Telon
19) Diaper Beg
20) Napkin

** NOTE: Beg baby pun wajib letak dalam kereta sentiasa.

KELENGKAPAN LAIN

1) Stroller- Yang ni akak beli lepas berpantang
2) Car seat
3) Baby carrier
4) Diapers bag- Tak beli pun. Pakai je hadiah yang orang bagi.
5) Mainan untuk play pen
6) Bouncer
7) Walker

Kelengkapan diatas ni semuanya akak beli lepas pantang mengikut kesesuaian umur anak. Lepas pantang baru ler akak beli stroller dulu utk memudahkan pergerakan masa nak bershoping ke@berjalan2. Yang lain-lain akak beli cikit-cikit ikut keperluan.


5 Jun 2014

Berpantang Part 3 : Menu Berpantang

Assalammualaikum

Hai u'olls. :-)

Dah 2minggu aku tak update cerita kan pasal berpantang ni. Sori ler sebab aku busy dengan kerja. Pastu kesihatan pun tak berapa nak sihat. So aku nak tanya korang ler.

Sapa tahu menu makanan yang sesuai untuk ibu yang dalam pantang?

Kalau ikut pengalaman aku sebelum keluar hospital masa bersalin dulu, doktor dah pesan nanti makan banyak sayur-sayuran, buah-buahan, biar banyak minum air suam dan makan makanan berprotien cam ayam, ikan, daging. Kalau kurang protien nanti luka jahitan lambat baik. Kalau kurang makan sayuran dan buahan nanti kurang serat mengakibatkan sembelit. Kena banyak minum air untuk memulihkan kembali tenaga dalaman dan luaran, kesihatan, pencernaan dan membanyakkan susu badan.

Tapi berbeza pulak dengan pesanan mak aku. Mak pesan jangan makan makanan berminyak, elakkan makan ayam nanti gatal kat bahagian bawah tu, kurangkan minum air nanti urat jadi kembang, elakkan minuman bergas dan ais nanti sejuk mengakibatkan sakit sendi-sendi, jangan makan kentang nanti badan masuk angin, jangan makan sayur nanti badan sejuk, biar makan banyak lada hitam udahnya Fayadh cirit-birit jadinya sebab lada hitam panas, jangan makan roti sebab roti ada yis nanti badan gemuk. Mak pesan wajib pakai stokin, sweater bia pun panas untuk mengelakan angin masuk dalam badan, jangan berkipas, ikat rambut tinggi2, jangan membaca, FB pun tak boleh nanti bertambah rabun mata dan bla bla bla bla..... Punya ler banyak pantang larang mak aku sampai leleh tahi telinga nak dengar. Tapi aku pilih sendiri cara berpantang yang sesuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian badan kita dalam berpantang ni siap ber air-cond lagi. Panas sioottt makan air-air herba dan lada hitam ni.

Bukan aku nak argue cara diorang berpantang dulu. Tapi kita kena tahu gak kenapa orang dulu berpantang terlalu ketat sebab perubatan dan cara bersalin dulu berbeza dengan sekarang. Kalau dulu diorang bersalin dengan mak bidan bukan di hospital. Tak ada perubatan yang moden yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka dalaman ni. Hanya bergantung pada ubat-ubatan tradisional seperti akar-akar kayu. Lepas tu dulu diorang bersalin dirumah tak kena jahit. Kena berpantang betul-betul untuk bagi bahagian perenium @ Miss V diorang pulih kembali sampai jahitan bertaup semula dengan semula jadi. Beza dengan orang sekarang semua perubatan dh canggih. Hari ni bersalin selang 3hari dah boleh gi makan KFC, gi shoping atau tengok wayang dan dah boleh dah pakai seluar jeans sebab kecanggihan perubatan yang moden yang membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Tapi aku still tak keluar rumah selama 44 hari hanya sekali je aku keluar dengan terpaksa sebab nak mencari breast pam punya cerita.

So untuk pengetahuan korang, masa aku berpantang menu makanan dan cara berpantang aku pilih moden dan tradisional. Cara berpantang tradisional aku still pakai stokin, ikat rambut tinggi2, berbengkung, bertungku, berpilis, minum air periuk, air ikan haruan Polleney, air haruan dan gamat Maspati dan air teh herba Tanamera untuk memulihkan kesihatan dalaman. Tapi jamu aku tak makan sebab takut Fayadh panas dan sweater pun aku tak pakai sebab duk umah kampung. Panas wei ditambah minum air-air herba dan berbengkung ni. Cara berpantang moden pulak dari segi pemakanan aku still makan sayur, ikan, buah dan minum air mengikut jadual cuma cara masakan je berbeza. Kalau masak sayur just masak secara rebusan tak ada minyak, ikan pun goreng tanpa minyak, ikan yang di bakar atau sup ikan. Manakala kalau nak minum air aku amalkan minum air suam segelas selepas makan dan sebelum dan selepas menyusukan Fayadh. Kalau makan tengahari plak mesti makan nasi panas di taburkan lada hitam ke atas nasi tu. Best gak lauk berpantang ni.





Masa berpantang aku memang dah create jadual masa dalam berpantang.

6.00   pagi - Waktu kebiasaan Fayadh menyusu dan menjadi jam loceng tak rasmi mengejutkan aku bangun tido.
7.00   pagi - Bersiap untuk mandi dengan air rebusan herba dari Tanamera.
8.00   pagi - Ready untuk berurut, bertungku dan berpilis.
10.00 pagi - Sarapan dengan 2 keping craker @ roti bersama milo panas+air periuk ( pakai bengkung ni memang tak dapat makan banyak)
10.30 pagi - Lepas je makan mesti tangki dedek (.)(.) ni penuh. So kena mengepam susu then buat stock EBM masa kerja nanti.
12.30 tghari - Waktu lunch. Dah tersedia 1 1/2 senduk nasi panas+ditabur lada hitam ke atas nasi+ lauk+air suam segelas+air haruan Polleney.
1.00 petang - Aktiviti mengepam susu lagi.
2.00 petang - Rehat
4.30 petang - Minum petang. Just roti@biskut craker bersama milo+ air ikan haruan POLLENEY
5.00 petang - Mandi petang dengan air rebusan herba
5.30 petang - Aktiviti mengepam susu lagi.
7.00 malam - Makan malam
7.30 malam- Aktiviti mengepam susu lagi.
8.00 malam- Berehat / Tido / Tengok Tv
9.30 malam - Minum malam dengan craker
10.00 malam - Aktiviti mengepam susu lagi.
11.00 malam - Masuk tido.
1.00 pagi - Bangun susukan Fayadh sambil mengepam lagi sambil mulut mengunyah makan. Baby menyusu ni memang asik lapar je.So keja aku makan, mengepam & tido
3.00 pagi - Pastu bangun lagi susukan Fayadh. Fayadh bangun menyusu setiap 2jam sekali. Mata aku dah jadi mata panda dah. Pastu lapar lagi sambil mengepam sambil mulut mengunyah makan. No diet..!

Cam tu ler lebih kurang aktiviti aku masa dalam pantang dari subuh hingga ke pagi esoknya. Penat, mengantuk, lapar, sakit, seronok. Cam2 perasaan ada. So kalau korang nak bergelar ibu, mental fizikal kena kuat. Kalau tak kuat nanti meroyan cam aku. Tak cukup tido je aku menangis cam budak kecik. Sebabnya dari zaman sekolah hingga ler zaman anak dara aku memang menjaga kualiti tidur aku harus 8jam tido. Erti kata lain "hantu tido". Then bila jadi ibu. Wah tido tak cukup. Jadi menangis mintak orang lain jagakan Fayadh. Hinggakan sampai satu tahap aku mengantuk giler. Tak nak susukan Fayadh siap marah2 lagi si Fayadh. Terpaksa Incik Padil tenangkan aku. Tu tandanya aku dah nak meroyan. Aku tak ingat apa2. So berhati-hati ler masa berpantang ni. Cam2 perasaan dan hasutan akan ada. Banyak2 bersabar dan istifar.

Jom kita tengok. Apa hasilnya bila berpantang dengan betul?

Yeayyy, saya berjaya menurunkan berat badan yang dulunya 70kg masa mengandung dan kini berat 50kg.

 Gambar 2bulan selepas berpantang.

Gambar 14bulan selepas berpantang.

So u'olls selamat berpantang dan enjoy yea dalam berpantang ni... :-)