Pesanan Penaja ^_^

28 May 2015

Team Koir Yang Awesome..!!

Assalammuallaikum.

Hai.

Fuh, lega semua big event semi years 2015 dah selesai. Boleh rehat dan santai-santai lepas ni sementara menanti bulan September nanti. Get ready to event Karnival Usahawan Desa (KUD) plak.

Seperti biasa kalau ada event-event besar yang nak nyanyian dari team koir. Of course aku akan join. Bila di #throwback balik dah 5tahun aku join team koir dari pelbagai team. Ada yang dari team Kementerian, Jabatan dan Agensi. Mana yang dipanggil untuk show. Aku mesti terlibat atas tiket minat bukan bakat. Kihkihkih. (Bunyi dah ala retis plak ekk. Join event besar saje.. Padahal bakat kelaut. Kalau disuruh menyanyi solo memang hancusss) :-)

Permulaan kisah bagaimana aku join koir ni berlaku secara tak sengaja sebab mengantikan kawan sebenarnya. 1st event koir yang aku join adalah di Kuala Lipis, Pahang sempena 50 tahun KKLW. Masa ni peserta koir terdiri dari wakil agensi di bawah KKLW tu sendiri. Masa ni aku pun baru masuk kerja gov so dapat ler kenal ramai kengkawan dari agensi lain. Waktu ni pun aku tak kawin lagi. Tak kenal pun lagi Incik Padil. So jangan tanya mana fayadh dan faiz ketika tu ye. Kuikuikuik.

Backdrop Anniversary 50 Tahun  KKLW

Gambar kenangan bersama kengkawan dari JHEOA dan RISDA.
 Korang jangan marah Kak Mira hokeyyy kalau tengok gambar ni semua blurrr blurrr. Sorry. Almaklum ler time ni fon tak berapa nak canggih. Kamera Nokia je pun. Megapixel pun just 5MP @ 6MP je kot. Akak pun tak berapa nak ingat dah. Nak beli yang baru. Time tu baru mula kerja. Baru mula merantau. Ibarat kehidupan baru nak bermula. Ni pun copy image dari FB. Gambar dalam laptop semua dah hilang. Sib baik da FB boleh ler cilokkk gambar dari situ. So kita abadikan kenangan ni dalam blog plak yea.

Time ni memasing pakai baju korporat agensi masing2. Akak time ni baru mula kerja di JHEOA a.k.a Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.
Tapi sekarang dah tukar nama ke JAKOA a.k.a Jabatan Kemajuan Orang Asli

Cer tengok Mokcik yg menyanyi sambil tertutup mata dia tu.
 Nampak sangat fefeling giler mokcik ni nyanyi. Betul2 menghayati tu. :-)
Time ni agensi yang terlibat adalah KETENGAH, RISDA, KEDA, KEJORA, MARA, JAKOA, KKLW dan FELCRA. So memang happening time ni. Dari jauh datang hanya nak bagi komitmen suara untuk event.
Cewahhhhh..
Lepas je event ni selesai. Banyak lagi jemputan koir yg akak terlibat. Ada koir untuk perhimpunan bulanan, Anugerah Cemerlang, Hari Pekerja, Hari Belia dan banyak lagi. Kesemuanya dibawah anjuran Kementerian dan Jabatan. Tapi tak ada gambar untuk akak abadikan disini.

Ni adalah event KUD Tahun 2011. Kalau tak silap akak ler. Gambar ni pun akak cilokkk dari FB akak @CikPuanAmiraZara.
Waktu ni kena menyanyi 3buah lagu iaitu Negaraku (Lagu Wajib), lagu Malaysia Satu (Faizal Tahir) & Desa Wawasan. Team ni dipimpin oleh konduk Abang Shah dari RISDA.
Cikgu Vokal cakap kalau nak menyanyi kena bulat kan suara. Suara kena lepaskan. Bukak Mulut. Aaaaaaaaaa.. Kalau menyanyi tak nak bukak mulut tak payah menyanyi katanya. 


Masa ni dah kenal Incik Padil yea. So dia ler yg jadi photographer time ni. Waktu ni pun akak dh 2tahun bekerja dalam gov. Dah ada kemajuan sikit. Dah mampu sikit beli kamera. Tak perlu kamera fon dah. HAHAHAHAH
Wajah pun time ni dah cerah sikit dari mula kerja dulu. Bahana duk dalam aircond. Cerah dah kulit. (Nak perasan sekejap) Hikhikhik Baru ler putehhhh
Ni adalah event terakhir sebelum akak kawin. Lepas kawin tak sempat nak berkoir. Akak dah pregnant si Fayadh. So rehat selama 2tahun. Baru akak come back dengan team koir yang baru iaitu #Kumpulan Koir INFRA.

Eh eh kenapa dengan team ni? Kenapa masuk team koir INFRA? 
Kenapa tak join team yang dulu?

Hah, sebenarnya lepas akak bersalin kan Si Abg Fayadh. Kak Mira terus tukar tempat kerja dari JAKOA ke INFRA a.k.a Institut Kemajuan Desa plak. Lebih mudah, senang dan dekat dengan kawasan rumah. Kemudahan semua ada. Tak perlu nk bersesak2 menghadapi jem pepagi buta dekat highway tu.

Team Koir INFRA. Merah Mak Ngah sioottt.. Ni bergambar selepas selesai event.
Tapi sebelum nak join team yang baru ni. Peserta perlu menjalani audition dulu tau. (Wah, dah macam retis dah. Ala, AF gitewww.) Tujuan sebenar mengadakan audition ni untuk mengenal pasti jenis tone suara supaya bile menyanyi dalam group. Iye lebih harmony dan sedap didengar. So time ni ler masing-masing menunjukkan bakat menyanyi yang terpendam. Dah macam2 suara dengar. Suara katak pun lagi sedap kot. KIHKIHKIH. But uolls dont' worry. Be happy hokeyyy. Sedap atau tak suara tu. Itu semua tak penting. Ia boleh dipelajari dan bakat boleh diasah dan di gilap. Just take time.

One by one take place to audition first :-)
Second u'olls must babblingggg mengikut tempo yea.
Hah, yg kecik comel ni ler teacher vokal kami. Namanya Hasraniza. Suara dier memang Superbbb..!!



Amboiii, kemain suka korang yea mentang-mentang cikgu cantik. Gedikkkss uolls. Wink wink wink

Ni semua tengah training vokal dan preparation lagu untuk event Anugerah Ilham Desa dan Forum Asean ICT nanti. Kami-kami ni kena menyanyi depan delegasi Asean hokeyyy. Hah, nampakkan bertapa superbbb nya kami ni dah ala-ala profesional artis gitew. Hahahahaha. Padahal vokal akak hancur. Kalau disuruh menyanyi dah serupa itik nyila. Cmana bunyi itik nila. Korang cari ler sendiri.

 Penat dah akak menulis ni. Jom kite layan gambar je ler yea.

Ni 3orang mak dara yea. masing-masing dah kawin.
Yang tengah tu Kak Mek a.k.a Mak Hayammmss kami..!!

Yang comel dari kiri tu Syaz namanya. Comelkan dia?
Tapi sebenarnya dia tengah pregnant. Tu yang berseri muka tu.
Walaupun tengah sarat pregnant still berkampung dekat Dataran Rembau ni. Demi tugas mulia dan bakti pada negara. Perghhhh, bunyi macam patriotik gilerrss..
Walaupun mama buzy dengan menyanyi sana sini. Anak-anak ni sentiasa di hati. Dikendong ler sana sini. Mana mama da event situ ler mereka pun ada. No excuse. Walaupun ada anak. Tugas harus dilaksanakan. Ni wajah baru bangun tido si faiz. Belum sempat mandi lagi. Mama dah tinggalkan kitew nak pi koir.

Eh eh ada orang tangkap gambar kitew ler. Tapi si adik sibuk duk tengok lampu yang mengelip tu.

Si Faiz bermata moolattt.Bertelinga capang. But still cute.








Kalau masing-masing dapat bergambar mesti tak hinggat dunia. Cam-cam posing yea. Ni event Forum Asean ICT di Impiana Hotel KLCC. Walaupun penat masih tak hilang lagi berkampung 4hari di Dataran Rembau dan straight pula berkampung di Impiana Hotel ni. Tapi senyuman still terukir dibintang  dibibir.

 Says Cheese..!!!! :-) Peace yo..!









14 May 2015

Abang Fayadh Dan Taska.!

Hai.

Hari ni dah hari ke-4 Abang Fayadh masuk Taska Permata INFRA ni. Taska ni di bawah penyeliaan Kemas Daerah Hulu Langat tapi tempatnya di bawah tapak kawasan INFRA. So mana-mana parents yang staff dekat opis ni mudah dan senang hantar anak ke taska ni. Boleh ler jengung2 sekejap anak-anak bila waktu rehat. Taska ni menerima kanak-kanak yang usia dari 2tahun hingga ke 4 tahun. Next year adik Faiz plak masuk sini.

Tempat diorang makan dan belajar

Kalau nak buat besday party. Boleh ler besday anak sambut dekat sini.
Backdrop besday party pun dah ready.
Wajah excited hari pertama nak gi sekolah. Ceria.

Anak Manja Bucuk Macam Mama

Hari pertama (Isnin)

Isnin-11 May 2015 adalah first day Fayadh pergi school. So perasaan dia happy ler. Excited nak gi school sebab suasana baru, dapat ramai cikgu yang baik-baik belaka, pembelajaran baru dan ramai kawan-kawan baru. Happy ler dia time tu. Bila masuk je dalam bangunan taska tu Fayadh dah cakap dah dekat mama 'wah, cantiknya. Ada mainan tak mama?' Amboi, ko Fayadh banyak benda boleh tanya. Permainan jugak yang si Fayadh tanya kan dulu. Asyik ingat main je.

Baik je dia tu.. Excited nak jumpa kawan2 baru.


Aktiviti dekat sini memang padat. Setiap waktu di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik mengikut usia kanak-kanak. Macam-macam benda baru yang Fayadh boleh teroka dan belajar terutamanya belajar berdikari mnguruskan diri sendiri. Aktiviti hari pertama ni Fayadh hanya belajar buat kek.

Aktiviti buat kek.
Mulanya dia tak menangis hanya merenggek panggil mama. Makan pun tak ada selera sangat. Time ni sempat ler akak mengskodeng Fayadh di taska. Nampak dia cam bad mood.

Wajah budak bad mood. Baru lepas teringatkan mama dan nenek.
Tapi untuk hari ni akak hanya hantar dia separuh hari saje sebab petang tu ada check-up bulanan adik Faiz dan Fayadh sekali di Klinik Desa. So far teacher bagitau dia ok dan tak menangis. Fuh, lega mama dengar komen teacher. Today tak ada drama air mata. Tapi tak tau ler kisah hari-hari seterusnya.

Gambar hari ke-2 sebelum gi sekolah.
Singgah jap opis mama. Mama nak punch kad masuk kerja.

Still wajah ceria nak gi sekolah.

No crying.! I'm ultraman Max.!


Hari ke-2 (Selasa)

Rutin sama seperti semalam. Fayadh bangun tido dengan ceria. Sebut perkataan sekolah pun still excited dan tak menangis. Sampai je dekat sekolah pun dia terus ambik mainan blok dan main bersama kawan-kawan. Bila tengok dia dah leka jer. Mama pun apa lagi cabut ler perlahan-lahan tinggalkan dia. Kang kalau blah cam tu je depan dia maun meraung si Fayadh ni kang. So far keadaan still terkawal. Alhamdulillah. :-)

Hari ke-2 drama sebabak dah bermula..! Bahahaha
Pk12 tengahari teacher call mama bagitau Fayadh hari ni asik tido je dan tak nak makan sangat. Tido dari pk10 sampai pk12 tghari tak bangun-bangun sebab pagi tadi dia menangis panggil mama sampai letih dan tido. Kurang makan. Bila dengar cam tu. Akak tak terkejut sebab Fayadh memang kurang makan tghari. Hanya makan roti canai sekeping atau nasi lemak waktu pagi dan petang atau malam baru makan roti atau sedikit nasi. Maybe dia kenyang kot sebab Fayadh duduk dengan nenek dia banyak minum susu ibu. Jarang-jarang makan. Tu pun badan dia dah sebesar cm tu. Bila timbang berat dah 14.9kg. Kalau dia kuat makan. Lagi giant ler badan dia.

Cam ni ler rupa diorang tido. Dah disediakan siap2 bantal & selimut oleh pihak sekolah.
Selesa.  Ada aircond. Berjemaah tido.
Waktu petang pk5.30 akak amik dia. Dan-dan cembeng tengok mama dia datang. Teacher bagitau hari ni Fayadh banyak nmenangis dan asik tido dari pk10 pagi hingga pk12.30 tghari tido. Bangun hanya mandi dan makan. Lepas tu tido balik sampai pk4.30 baru bangun, minum petang, mandi dan pk5 dah tunggu mama datang jemput. Tu yang mata dia sembab sebab banyak menangis.

Hari ni Fayadh belajar melukis. Hanya dia je faham apa yang dilukiskan.

Cantik tak lukisan saya?

Sembab mata sebab banyak menangis je.

Ni ler kek hari ibu yang Fayadh buat semalam. Sedap. Coklat Moist.
Belum pk5.30 lagi. Fayadh dah stand by tunggu mama jemput dia.
Nampak mama datang terus menangis.
Alahai anak omak.!! Haru biru hidup.

Hari ke-3 (Rabu)

Hari ni sengaja pagi-pagi mama tanya Fayadh 'Hari ni nak pergi sekolah tak?' Fayadh jawap 'Tak nak sekolah. Nak gi opis. Tejer.' hehe.

Hari ni mood Fayadh tak macam hari pertama hari tu. Mood cam tak nak gi sekolah. Bila nampak je pintu sekolah. Fayadh still ok dan tak menangis walaupun mulut dia tak berhenti sebut panggil mama, nak mama, nak ikut mama. ^_^ Hahahaha. Masuk je dalam taska seperti biasa park dulu baju-baju dan pampers Fayadh yang nak pakai hari ni dekat rak yang dikhaskan. Lepas tu seperti biasa duduk sekejap bagi dia leka main dulu dan baru blah. Tapi hari ni dia dah tau taktik akak nak cabut lari. Awal-awal dia dah pegang kain, pegang kaki mama tak kasi balik. Kalau dia duduk pun siap duk atas riba mama. Punahhhh harapan nak cabut lari. Akhirnya terpaksa teacher amik Fayadh. Apa lagi bermula ler episod drama air mata. Kihkihkihkih.

Kawasan rak khas untuk meletakkan beg, pakaian dan pampers anak.

Kawasan untuk anak-anak mandi. Bersih, Teratur & Selesa

Tempat anak-anak mengosok gigi dan groming.
So hari ni penuh dengan kisah air mata. Main bola ok. Masuk balik taska menangis balik.

Teacher bawak plak gi library. Ok je mood si Fayadh ni tapi nampak je pintu taska balik. Terus menangis lagi. Waktu tido pun menangis. Balik pk5 tunggu mama pun menangis. Aduhai, pening ler kepala teacher kamu sayang oitt.! Tapi teacher awal-awal dah bagitau. Budak baru memang macam ni. Ia perlukan masa menyesuaikan diri dengan pesekitaran yang baru. Take time. Tak perlu risau. Teacher boleh handle. Kadang-kadang sampai 2bulan baru budak boleh sesuaikan diri mereka. Kena sabar. Fuh, lega sikit bila dengar explain dari teacher ni.

Hari ni teacher just bagitau Fayadh dah pandai bukak baju dan seluar sendiri. Bukak pampers pun dah pandai buang sendiri dalam tong sampah. Pandai dah mandi sendiri. Makan pun suap sendiri walaupun asik menangis je. Makan sambil menangis. :-(

Hari ke-4 (Khamis)

Takut kena tinggal. Tengah main blok pun nak menangis

Dah leka. Stop sekejap menangis tapi sambung balik menangis. Aduhai!

Hari ni awal lagi dah huru hara. Hahaha. Baru je on the way ke taska. Airmata Fayadh dah keluar dulu. Sambil berjalan menghala ke taska sambil tu ler bercucuran airmata mengalir. Menangis lagi si Fayadh ni. Belom sampai lagi ke taska. Masuk je ke taska kang tak tau ler meraung camana ni.

Betul sangkaan mama. Masuk-masuk je taska makin kuat plak si Fayadh ni menangis. Mana mama pergi disitu ler dia ikut. Mana mama duduk situ gak ler dia duduk siap pegang kuat-kuat tangan mama. Alahai kesiannya anak mama ni. Macam ler mama nak tinggalkan dia selama-lamanya. Tapi apa kan daya sayang anak mama kena jugak duduk di taska ni. Belajar jadi orang yang berguna. Eh eh silap. Bunyi macam selama ni tak berguna je. Silap-silap. Belajar jadi orang yang berdikari. Mama nak kerja cari duit untuk kesenangan kamu juga. Teacher suh tolong turunkan kerusi pun. Fayadh ikut apa teacher suruh tapi dalam linangan air mata. Kesian.

Sambil tolong teacher sambil menangis :-(
So hati mama kena cekal walaupun depan dia mama cam kejam biakan dia menangis tapi dalam hati sedih gak. Kalau nak di ikutkan hati ni memang tak sampai hati bia kan dia menangis dah macam orang merayu-rayu jangan tinggalkan dia. Alahai sayang. Mama kena kuat dan sabar. Nanti petang mama balik yea.

Ntah apa lagi ler komen teacher tentang kamu? Harap-harap Fayadh tak menangis sangat dan tak menyusahkan teacher.