Pesanan Penaja ^_^

30 Dec 2015

Azam 2016 Nak Jadi Isteri & Ibu Yang Pandai Masak

Happy New U'olls..!!

Kejapnya masa berlalu kan dah nak masuk tahun 2016. Alhamdulillah. Ada peningkatan cikit entry blog aku tahun ni. Hahahahhaha. Last year 2014 just 16 entry. This year 2015 just 20 entry. 
Ok ler nok..
Almaklum ler aku blogger sendu.. Bukan blogger Hot & Top cam orang lain hokeyyy. Boleh cari duit dengan menulis. Aku menulis bila rasa nak, ada idea, ada mood and free time.
Tapi ada yang bertanya dekat aku tau katanya 'Mira Bechok'. Tapi entry sikit je. Ni bukan blogger sendu. Ni blogger malap. Hahahahha
Hallooooo, uolls. 
Yang Bechok tu mulut aku bukan tangan aku wei. Aku ni penat dah menaip dkat ofis. Penat kerja. Dah tak larat plak nak menaip cerita lagi dekat umah.
3 hero dekat umah tu nak bagi setle gak kan.
"Tapi orang lain pun kerja gak. Lagi hebat kerja diorang. Ada artis lagi. Tapi akak sekadar kerani cabuk pun buzy gak ke."
Cett. Choiii giler mulut ko dik.
Sebenarnya aku malas nak menulis ler. Kadang2 otak tepu tak ada idea nak menulis. Hah, amik ko. Puasati tak alasan aku.
(Perbualan ini hanya rekaan semata-mata) Hikhikhik

Sapa ler aku ni. Bukan famous pun. Tak ada orang datang bertanya pun perihal blog aku ni de.
Aku sengaja nak berangan sekejap. Konon2 aku ni famous. Camana ler yea perasaan jadi org fofular ni. Jap2 org tanya bila nak kua entry baru.. Jap2 orang emel orang whatsapp apa perkembangan diri kita. Jap2 org invite event sana event sinun. Mesti best kan.. (berangan lagi..)

Ok ler. Untuk tahun akan datang 2016 ni. Tak ada azam baru pun.
Cuma aku nak jadi seorang ibu dan wife yang lebih bersabar dan lebih terbaik di mata dan hati si suami dan si anak-anak. Tu je. Azam sama tahun ni gak.

Sebenarnya aku sedih nak tinggalkan tahun 2015 ni. Bukan sebab banyak kenangan manis mahupun pahit. Tapi tahun depan anak2 akan mulai sekolah dan belajar berdikari. Umur aku pun akan bertambah lagi menghampiri 30 series. Fayadh tahun depan dah 4 tahun akan ke tadika dan si Fa'iz masuk 2 tahun dah akan ke taska. Uwaaaa..!! Anak-anak dah besar. 
Please jangan cepat besar sayang. Sebab mama tak puas lagi nak bermain dan bermanja dengan korang semua. 

Sob sob sob. =(

Dah nama pun nak jadi mama yg terbaik di mata family kecil aku ni. Jadi aku kena pikir kan macamana nak pikat selera tekak dan perut suami dan anak-anak aku. 
Kalau kebiasaan aku hanya masak lauk pauk untuk Incik Padil je. Anak-anak makan apa yang perents makan. 

So next year aku kena try tambah sikit energy diri untuk masak lebih cikit lauk iaitu tambahan menu untuk anak2 plak. Masakan akan lebih healty. 

Memandangkan anak2 pun akan bersekolah berdekatan dengan ofis next year. Jadi jadual aku pun akan lebih padat dan memenatkan itu pasti.

Kalau sekarang balik kerja boleh pick up Fayadh sahaja di sekolah. Then balik ke rumah boleh terus masak dgn aman tanpa si adik. Kadang2 boleh relax skjap 1/2jam baru masak kan. Tapi untuk next year. Aku kena amik kedua2 orang di tadika dan taska then bawak balik ke rumah. Kalau adik ada mesti susah sikit nak masak tanpa bantuan Incik Padil untuk menjaganya.

Almaklum ler adik baru setahun 2bulan. Lebih banyak masa nak melepet dgn mama je. Susah nak bergerak ke sana ke mari. Mama nak ke toilet yak pun adik nak ikut. Nak tinggalkan dgn si abang. Takut kang ntah apa2 si abang membuli adik.

So next year kena tunggu Incik Padil balik kerja ler baru boleh masak dgn aman. Kalau tak sambil masak sambil tinjau anak2 buat apa.

Untuk pikat selera Incik Padil memang tak susah. Tekak dia simple je. Hari2 ko hidang lauk ayam pun dia ok. Tak jemu makan ayam pun. Cuma jangan ler ikan. Corfirm dia tak usik lauk tu. Rela dia makan lauk tomato mentah buat ulam makan dengan nasi putih lagi dari dia makan ikan tu.

Kalau entry last year aku pernah cerita menu sepanjang bulan Ramadhan kan? Kalau korang tak ingat. Boleh klik sini. Menu tu ler aku selalu guna untuk jadi guide aku di dapur dan time beli barang basahan.

Tapi untuk tahun 2016 ni aku cuba tambah sikit menu yang lebih up to date untuk Incik Suami tau.
Ni kira ibarat Projek Memikat Suami ni. Almaklu ler awal2 tahun ni bonus nak dapat. ASB dividen pun nak dapat. Tahun depan kenaikan gaji pun 2x. 

Boleh ler pikat2 selera depa. Untung2 dapat 20% bonus. Ada x kenaikan bajet nafkah isteri? Hahahhahaha

Meh kita tengok. Menu apa yang menarik nya.

Suri-suri dekat rumah tu boleh ler buat panduan korang nak masak apa setiap hari kan. Tak ler hari2 sambal ayam.. Hari-hari sambal telur.. Hari-hari lauk belacan kan. Jemu beb.


Kalau korang nak mintak aku resepi masakan ni. Maaf ler yea. Aku hanya buat list je. Kalau nak resepi selalunya aku google sendiri atau tengok dekat FB. Hehehe.

Menu untuk anak-anak plak pun ada aku sediakan ni. Ni salah satu menu yang aku copy dari taska dan tadika anak2 aku. Hanya menu hari sabtu, ahad dan menu makan malam tu aku buat sendiri. Kebanyakan menu makan malam. Aku jarang bagi yang heavy just menu light2 je. Sebab di siang hari diorang pun dah banyak makan. Bila malam aku bagi yang heavy menu atau yang manis2. Anak-anak aku tak nak tidur. Ni semua hanya panduan sahaja. Terpulang korang nak ikut ke tak. Anak korang kan si ibu mesti tau tekak si anak.


Bab sarapan ni hanya menjadi panduan aku sahaja. Jarang aku follow. Sebabnya orang bekerja cam aku ni. Bila hari-hari cuti ler aku nak amik kesempatan bermalasan atas tilam kan. Jadi kalau sempat aku buat kan gak sarapan untuk anak-anak dan suami. Tu pun tgk bahan apa yang ada di dapur dulu. Selalunya aku beli je dekat kedai nasi lemak ke atau kuih muih. Lebih cepat.
Almaklum ler aku ni keluarga kecik. Kalau nak buat nasi lemak pun akan nak masak 1pot je. Buat kerak lebih dari nasi. Pastu makan sekali je. Tak berbaloi.
Semoga u'olls berjaya dalam operasi menambat selera keluarga korang nanti yea. 

Ingat tau..! Practise make perfect..!
Selamat mencuba..!

Happy New Year..!!!

Bye..! Bye..! Bye..!








































29 Dec 2015

Suprise..! Happy Birthday Incik Padil

" Panjang umurnya.. Panjang umur nya..
Panjang umur nya setahun.. Setahun lagi... "

bla.. bla.. bla.. Lupa lirik da ^_^

Syukur alhamdulillah. Kelmarin genap dah usia Incik Padil 28tahun. Yeahhh, selamat hari tua. Tapi macamana pun aku lagi tua cikit dari dia. Hihihihi Alorghhh tua 2bulan je. But still same year lahirnya tahun 1987 gak.

Hadiah apa nak bagi ni???????

Uwaaaaaa.. Bab hadiah ni memang aku FAILED.

Dulu zaman cintan cintun pun aku memang jarang bagi boyprend hadiah. Abihh koman pun belanja makan je. Tu pun KFC. Kalau nak grand cikit Restoran Western Food. Tak ada makna aku nak perabihhhh duit dekat orang yang tak konfem jadi laki aku lagi kan. Amboiii. Teruikkkk perangai ko Mira. Duit orang ko tarah. Duit ko. Ko simpan. Dasar kedekut.

So dengan Incik Padil ni lain cikit. Sebelum aku tarah duit dia dulu. Dia cepat2 LOCK aku ajak kawin. Tu yang tak sampai 6bln kenal dah kawin.

Bak kata Incik Padil lepas kawin dulu. Daripada dia mengabihkan masa dan duit dekat awekkk yang blom tentu jadi bini dia. Baik dia kawin siap2. Kalau abih duit dia nanti pun bini dia gak. (Dia xtau yg aku ni bkn pisau cukur je. Pisau blade, pisau potong daging semua ada) Hahahahah

So aku memang tak sempat nak celebrete besday dia masa bcinta dulu. Bila nak bagi hadiah utk next year plak aku dah bsalin. Jadi anak sulung aku yang lahir tu aku kira sbg hadiah paling berharga yang aku bagi pada dia.

Ok what hadiah aku ni? Hahahaha Dasar kedekut aku kan. Teruk betul perangai aku.

So this year tahun ke-4 ler aku kenal dia. Dah 2org anak pun. Fayadh pun dah 3tahun. So akan tahun ni nak bersalin lagi kan. Cukup2 ler tahun lepas bagi hadiah anak lagi Si Faiz tu. Kan tahun ni hadiah sama gak

Fikir punya fikir...

Tinkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.........!!!! Yeayyyyy Idea sampai..!!!!!

Apa kata aku buat kek je ler utk dia? Ermmm idea yang bagus. (Puji diri sendiri. Uwekkkk. Muntah)

Tertiba plak.. (Cam idea tak bagus je). Sebab oven xda. (alasan)

Alorghhhh, setakat kek ni. Boleh beli je dekat kedai. SR pun lagi best kek nya. Harga pun murah. (Ayat pemalas nak dropkn semangat aku kan)

Fikir lagi..

Fikir dan fikir.

Ok. Finalis Aku decide buat kek "Coklat Moist Selembut Hati Mu". Amboiii, nama tak tahan nak dengar. Rasa kek nya lom tau cmna kan.. Ntah sedap ntah idakkk.

Tapi aku nekad nak buat gak kek ni penuh dengan kasih sayang.

So bertungkus lumus ler aku contact kak nani ex roommate masa duk umah bujang dekat Dato Keramat dulu malam2 buta aku whatsapp orang mintak resepi Kek Coklat Moist ni.

Bukan tak boleh google resepi nya. Cuma aku teringat akak ni je time tu yang terus whatsapp mengacau orang pk11 malam mintak resepi. Sabo yea kak nani weiii.




Ni ler contoh kek yang kononnya aku nak design ala2 gini. Tapi aku nak buat yang Kit Kat tu.

Suweet suweet coklat. Ibarat cam suweet cinta aku ler. (Poyo je. Uweekkk)

Padahal aku bukan da bakat pun buat kek.

Tapi demi Incik Padil. Aku try jadi insan yang the best di mata dan di hati dia.

Uwaaaa..!!! Touching jap,.!

Esok nya aku ajak Incik Padil beli barang2 buat kek. Bila Incik Padil tengok banyaknya coklat. Dia tanya aku nak buat apa bahan2 kek ni dengan borong coklat banyak2 ni. Heran dia. Sebab aku ni bukan pengemar coklat. Tapi ari tu boleh plak aku memborong coklat banyak kan. Mesti ler Incik Padil heran.

"Saya nak buat kek sebab da kawan tempah hujung minggu ni."aku jawab selamba je sambil tolak troli barang.

"Pandai ke ayang buat kek?"

Amboi, pandang rendah nampaknya ko dekat aku yea. Tau ler aku memang pendek orangnya.

"Hello, see my KAKI ok" Amboiii belagak nya jawapan. Hikhikhik.

Memandangkan besday Incik Padil hari ahad 27 Dis. Jadi aku buat alasan kononnya. Kawan aku nak pick up kek ni dekat Tasik Chempaka sebab plan aku nak surprise kan dia dekat tasik tu sambil breakfast dengan anak2.

Tapi bila difikir2kan balik. Aku ni pemalas bangun pagi. Kang terkocoh2 siapkan anak. Dengan ragam anak2 pagi2 tu. Kecohnya lagi. Terus mood surprise jadi ntah apa-apa kang.

Jadi hari sabtu 26 Dis tu. Aku siapkan kek tu petang. Sambil Incik Padil jaga anak2. Aku pun berkungfu panda dekat dapur menyiapkan kek.



Aku dah lama tak buat kek ni. Bila sekali sekala buat aku boleh tersalah step plak. Boleh plak aku masukkan kek ni dalam loyang yang kecik. Lepas tu isi penuh2 tahap loyang tu. Then kukus.

Bila dia nak mengebu. Melimpah ruah ler baki kek keluar. Apa lagi kek aku jadi comot dan naik dia tak sekata. Bila dah masak kek tu.

OMG..! Kek aku senget..!!! Uwaaaa... Nak nangis..

Bila Incik Padil tengok mood aku cam tak cantik. Dia pun tanya knapa?

Aku jawap kek tak jadi.(Muka sedih)

Bila kek dah sejuk. Aku pun try mendeko kek dengan letak coklat topping atasnya.

Ermmm, still tak dapat cover kesenggetan kek aku ni.

Tapi kek yang sengget ni tidak membayangkan hati aku pun sengget cam kek ni tau. Cuma otak aku selalu senget2 sikit. Tapi sengget2 aku ni ler penceria hati Incik Padil tau.

Tapi dengan semangat yang membara. Aku buat gak bagi sudah mengtoping kek ni. Lepas tu aku aturkan Kit Kat ni di sekelilingnya.

Tertibaaa..!! Dugaan lagi..!!

Abanggggg..!!!! Kit kat tak cukup 2batang lagi. Uwaaa..!!! Kedai dah ler jauh.. Magribh dah ni. Kan nak berlari ke Mydin Putrajaya semata2 nak beli Kit Kat je.

Dugaan.. Dugaan..

Aku dah frust dah time ni sambil tersandar ke dinding. Menung jap.

Incik Padil pun cakap. Tak pelah. Abang gi kedai acheh jap gi beli Kit Kat ekk? Berapa Kit Kat tak cukup lagi? Incik Padil offer diri tolong aku siapkan kek yang kononnya kawan oder ni. Elok je suaranya. Dah, ayang jangan sedih. Abang keluar sekejap gi kedai.

Terharu hati aku. Rasa bersalah pun ada sebab menipu dia.

Padan muka ko Mira. Tipu lagi laki. Kan dah kena BALA. Buat apa saje. Allah tak redho. Cam2 dugaan sampai. Sob sob sob. Sedih.

Tertiba fon aku berbunyi. Incik Padil call bagitau. Semua kedai area sini tak ada Kit Kat. Dia kena gi Mydin Putrajaya gak beli Kit Kat 2butir yang tak cukup ni. Semata2 coklat yang tak cukup ni Incik Padil sanggup gi belikan walaupun jauh.

Sabar nya ler hati mu wahai suami ku sayangggg.

45minit lepas tu. Yeahhhh Kit Kat sampai.

Ok. Jom mendeko lagi. Deko punya deko. Nak kasi tutup kecacatan kek ni. Aku letak coklat M&M dengan Milo Nugget ni banyak2.

Yeahhhh.. Tarangggg..

Siappp dah kek aku. Wahhh, tak nampak kan kesenggetan kek ni?





Nampak cam perfect plak kek ni. Hahahahhaha. Perasan ko je Mira.

Incik Padil pun puji kek yang aku buat ni cantik. Apa lagi kembang kempis ler punggung aku kena puji kan.

Bila jam dah pukul 10 malam. Aku rasa mcam tak jadi plak nak buat surprise dekat Incik Padil esok. Aku takut huru hara je dgn anak2 nanti. Jadi bila aku tengok anak2 pun dah tidur.

Idea datang kembali nak surprise kan dia pukul 12tghmalam kang je ler. Anak pun dah tidur. Jadi feelling kasih sayang tu lebih sikit. Hahahhaha. Korang jangan nak fikir bukan2 hokehhh. ^_^

1minit je lagi nak pukul 12 malam. So aku pun ke dapur siapkan air panas untuk Incik Padil minum. Sebab dia tgh tengok TV lagi time tu. Jadi siap pasang lilin semua dekat kek.




Sambil bawak ke ruang tamu kek tu. Sambil aku nyanyikan lagu Birthday perlahan-lahan. Kang nyanyi kuat2 kang. Terjaga plak anak2 ni kang.

Happy birthday to you..!
Happy birthday to you..!
Happy birthday to my sayang..!
Happy birthday to you..!

Time aku bawak kek ni ke depan Incik Padil. Terkejut monyet Incik Padil. Hahahhahah

Lepas je dia tiup lilin ni. Just he say thanks my dear. Sambil one kiss di dahi aku.

Wahhh, nampak tak feeling nya laki aku bila anak2 dah tidur. Terus cakap omputih laki aku. Muahhhhhh..!!

Incik Padil pun tanya. "Cakap nak buat kek untuk kawan. Kenapa bagi kek tu dekat abang?"

So aku jawap balik dekat Incik Padil "abang ler kawan saya. Kawan dunia akhirat saya."

Terharu Incik Padil dengar jawapan aku bagi. Speechless.

Ermmm tu je ler kisahnya Surprise birthday untuk Incik Padil tahun ni. Kek aku simpan. Esok baru potong dengan anak2.



Esoknya pun memandangkan anak buah pun ada dekat umah mertua di Kajang. Aku bawak kek tu ke sana. Then setle abis licin kek aku.



1 Dec 2015

Tips Mengelak Kebocoran Kewangan

Assalammuallaikum semua.

Wah ari ni dah 1 Disember. Cepatnya masa berlalu dah hujung tahun.

Tak lupa gak akak nak wish Happy Belated Birthday for my 2nd kiddos Muhammad Fa'iz Hilman untuk 1years pada 29 Nov hari tu. First kid akak Muhammad Faydh Hilman akan di sambut pada 3 Dis nanti untuk ke-3 tahun.

Uwaaa, sedihnya hati tengok anak-anak cepatnya membesar. Tak puas rasanya hati mengomol diorang masa kecikecik ni. Tau-tau Fayadh dah besar. Next year dah masuk tadika dah pun. Si adik plak masuk taska dah.

Jadi perbelanjaan makin bertambah. So this month this year kena rangka bajet utk next year plak.

Menteri-menteri kewangan "Sila Jalankan Tugas Anda" (ayat dituju untuk diri sendiri).

Semalaman akak duk fikir dan berbincang dgn Incik Padil mengenai perancangan kewangan kami untuk mengelakkan kebocoran duit di hujung2 bulan dan menghadapi suasana kewangan luar perancangan tahun depan.

Bila di lihat listed hutang yg dibuat. OMG..! Tak ada lebihnya. So no KFC no McD no Shoping2 no jalan2. Back to kehidupan 8 tahun lepas. Macmana waktu tu akak just kerja kilang sahaja dengan gaji RM 500 ++ sebulan. Ni kira gaji tak ada OT tau. Kalau overtime gila2 sabtu ahad dan kerja 12jam + OT ari2 pun baru dapat RM 1000 je sbulan. Waktu tu kenaikan gaji tahunan pn RM 5 setahun. Ada tu RM 3 setahun. Kalau bernasib baik prestasi kerja bagus pandai kipas bos lagi. Dapat ler RM 10 kenaikan setahun. Masih segar dalam otak akak ni. Permulaan kerja akak dulu basic RM450 selepas 4 tahun kerja last basic RM470 je. Naik RM20 je dalam 4tahun tu, Sedih kan?

Jadi waktu tu akak masih anak dara dan xda komitmen sangat. Just komit dgn parents sahaja. Bila dikenang balik waktu tu dgn kerja macam hamba. Penat dgn gaji 600 sbulan. Memang tak setimpal. Tapi alhamdulillah. Gaji waktu tu masih mencukupi dgn hutang kecik akak byr rumah parent RM250 sbulan, bagi mak, topup fon dan barang keperluan. Tapi waktu tu tak ada ler nak makan KFC setiap bulan macam sekarang. Setahun sekali nak makan KFC pun susah tau. Apatah lagi nak makan Kenny Roger's atau Pizza yang ketika tu bagi akak sangat mahal dan makanan tu utk orang kaya je.

Tapi dengan cara yang tersendiri akak manage duit. Alhamdulillah. Rasanya belum pernah akak hidup merempat dan belum pernah hidup akak dikelilingi hutang yang boleh buat akak pening kepala membayarnya. Apa sahaja barang yang nak dibeli semua ukur di baju sendiri dulu. Ikut kemampuan poket.

Satu je akak nak ingatkan korang untuk jadi kaya korang kena bijak mengawasi emosi korang sendiri. Kawal emosi untuk tidak bershoping. Kawal tekak untuk tidak makan yang sedap2 di restoran2 mewah. Ini salah satu tips untuk elakkan kebocoran kewangan dihujung2 bulan. Tapi kalau korang mampu dan tiada kebocoran kewangan sana sini. Ok je.. Ni atas diri sendiri jugak yea

Akak berkongsi apa yang akak terapkan dalam hidup akak. Bukan nak cakap akak perfect atau bagus sangat. Tapi cuba sharing benda2 yang bermanfaat ni kan. Bukan nak tunjuk pandai. Hokeyy..!



Antara tips yang akak amalkan untuk mengelak kebocoran duit dari sejak tamat sekolah lagi.

Tips #1 - Simpan Sebelum Belanja
Bila dapat gaji. Akak selalu buat simpanan terlebih dahulu. Kadang2 simpan RM 10 kadang2 RM 50 sebulan dalam ASB. Akak tak suka simpan yang ada ATM Kad ni. Bila ada ATM Kad ni mula ler gatal tangan nak mencucuk dkt mesin ATM tu. Bila dah bijak sedikit. Akak cuba buat potongan gaji automatik melalui company kilang. Bila dah kerja macam sekarang ni. Akak cuba buat simpanan melalui pelaburan ASB dan main kutu dgn kawan-kawan. Dapat kutu segedebuk. Simpan lagi. Ni antara cara akak membayar penat lelah akak bekerja. Walaupun tak nampak hartanya tapi nilai yang disimpan buat akak rasa lega. Penat kerja pun hilang tengok duit sentiasa ada tersimpan.

Tips #2 - Tukar Duit kepada Harta
Walaupun akak masih tak ada kereta sendiri. Tapi alhamdulillah akak ada rumah hasil kongsi beli bersama Incik Padil. Korang boleh baca 1st Properties kami. Selain tu akak try tukar duit yang tak seberapa ni kepada Gold Bar. Sebab kadang-kadang duit yang tersimpan dalam bank pun ada risiko nya. Apa risikonya? Nanti akak cerita di bab yang lain.

Tips #3 - Katakan "Tidak pada Kad Kreadit"
Ada yang cakap kad kreadit ni penting di saat waktu yang terdesak. Tapi sebenarnya kalau anda bijak menguruskan kewangan sendiri. Insya Allah. Anda tidak akan mengalami masalah kewangan di saat terdesak. Bila ada kad kreadit ni bahaya jika anda tidak mampu mengawal emosi dan nafsu anda untuk membeli. Walaupun tak nampak pengaliran duit keluar. Tapi anda terlupa tau2 hutang dah banyak. Jika ia tidak terkawal. Kad ini boleh buat korang pening untuk membayanya. Interest kad kreadit pun tinggi tau. Jadi please katakan Tidak for Kad ni.

Tips #4 - Berbelanja Secara Tunai
Jujur akak cakap memang jenis akak tak suka dgn kad kreadit. Kalau nak berhutang pun hanya cetern2 barang sahaja akak beli dgn berhutang contoh rumah atau kereta. Yang lain2 besanya akak simpan sikit2 duit dan baru beli barangan secara 'cash'. Jarang akak beli barangan secara ansuran. Kalau masih tak mampu nak beli dgn cash. Akak akan simpan dulu angan2 utk beli barangan tersebut. Cara ni mendisplinkan akak untuk tidak buat hutang2 yang akan membebankan akak.

Lagi satu akak tak suka simpan duit terlalu banyak dalam poket mahupun "cash di tangan". Bila ada duit sikit je dalam tangan mula ler nak membeli ntah apa2 barangan ntah. So akak selalu membeli menggunakan debit card. 0 interest payment.

Tips #5 - Bijak Berbelanja
"Bijak berbelanja" ni sangat penting tau. Bila dapat gaji selalunya mesti kita terasa nak makan yg sedap2 kan. Nak shoping barangan. Almaklum ler baru dapat gaji. Kita enjoy..! Kalau ini yang kita amalkan selalu. Nampak gayanya tengah bulan hingga ke hujung bulan makan mi segera ler jawabnya kan. So kita ubah tabiat ni. Kita cuba buat simpanan dahulu dan selesaikan perbelanjaan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pendidikan, kesihatan dan perbelanjaan anak-anak terlebih dahulu. Then baru kita tengok bajet adakah boleh kita berbelanja atau pun tidak.

Macam akak. Hobi suka simpan resit pembelian. "Wallet" tu penuh bukan sebab banyak duit tapi full dek resit saje. Balik shoping akak akan buat list. Berapa banyak pengaliran duit keluar dan masuk untuk bulan tersebut.

Tips #6 - Tambah Sumber Pendapatan
Akak akui sekarang nilai RM50 tu sangat kecik dibandingkan nilai sewaktu akak kecil dulu. RM50 dulu boleh beli macam2 berbanding sekarang. Isi minyak kereta pun abis dah RM50. So cabaran kehidupan akan datang sangat tinggi. Semua barangan dah mahal. Itu kena bayar. Ini kena bayar. Jadi kalau nak berharap makan gaji dan tunggu gaji pada hujung bulan memang sangat2 strugle untuk berjimat. Jadi tak heran sekarang ramai yang buat part-time job. Ikut minat korang ler. Ada suka bisnes online, buat insurans, kerja partime di shoping complex, ada amik upah menjahit. Macam2 kerja part-time boleh dilakukan. Asal pekerjaan itu halal dan tidak memberi impak negatif pada pekerjaan hakiki korang. Jangan plak buat bisnes tapi curi2 masa kerja di ofis. Ponteng kerja sebab nak berbisnes. Hah, jangan ler macam tu plak. Apa2 pun bia rezeki yang kita dapat tu adalah dari sumber yang halal dan berkat. Baru bahagia kehidupan kita dan keluarga.

Tips #7 - No "Window Shoping"
Window shoping ni memang susah nak dipisahkan dari kaum hawa. Ini adalah salah satu pengubat stress kan. Tapi kalau asik nak mencuci mata dekat shopping mall. Lama kelamaan tersangkut gak kan untuk membeli. Bila dah membeli. Duit habis. Stress datang balik. So daripada terjebak better elakkan aktiviti window shopping ni. Berbelanja ikut senarai yang perlu sahaja. Kalau dah tengok2 barangan lain tu. Kang listed 10 barang tapi akhirnya terbeli 15 barang.

Tips #8 - Rajin Bersedekah
Ini adalah salah satu untuk mensucikan harta dan rezeki yang kita ada. Akak selalu tanamkan dalam hati ini dan cuba menerapkan nilai-nilai yang baik dalam membesarkan anak2 untuk berkongsi barangan dan bersedekah. Kita tak akan jatuh miskin kalau kita bersedekah. Biapun hanya RM 1 saje tapi jika ada keikhlasan. Insya Allah. Tuhan akan memperlipat gandakan rezeki yang kita perolehi. Semoga harta2 dan rezeki yang kita kecapi hari ini mampu kita berkongsi bersama dengan orang lain. Ingatlah..Dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain juga..

p/s : Satu je selalu akak ingatkan pada diri akak. Tak semesti orang yang kaya dan duduk dirumah yang besar dan mewah itu adalah kaya. Kadang-kadang duit simpanan kecemasan pun tak ada. Penuh dengan hutang. Dan jangan pandang rendah pada orang yang susah dan hidup besederhana itu. Ntah2 hidupnya lebih bahagia tanpa dikelilingi hutang di pinggang.

19 Nov 2015

Rezeki itu RAHSIA Allah SWT

Hai.

Syukur Alhamdulillah. Hari ni hati hakak manyak senang. Muka ada senyum. Jiwa manyak bunga-bunga.

Hah, dah macam bunga2 cinta nyanyian Misha Omar plak dah.

Ok ler. Hari ni akak bukan nak buka cerita ala-ala BELAGAK..! Tapi nak berkongsi pengalaman hidup akak dari mula kawin sampai dah ada 2orang anak ni. Ia berkait rapat dengan REZEKI.

Korang kena ingat selalu. Ada 3 perkara dalam kehidupan ini yang sentiasa menjadi RAHSIA.
  1. Jodoh      
  2. Rezeki     
  3. Mati

Yang ni memang tak ada sesapa pun yang tahu kecuali Allah SWT. Bercinta ler bagai nak rak pun. Kalau dia bukan jodoh anda. Hubungan tu tak akan sampai ke jinjang pelamin.

Walaupun siang malam kita bekerja dan berusaha hingga ke titisan peluh terakhir sekalipun. Kalau Allah masih tidak mengizinkan ITU adalah rezeki kita. Maka ia tentu bukan milik kita lagi.

Tapi kita sebagai hambaNya kena ingat selalu. Allah itu tidak kejam. Ia tidak pernah menganaiya hamba-hambaNya. Insya Allah. Dengan usaha kita yang berterusan di iringi doa yang berpanjangan. Pasti ada yang lebih TERBAIK yang Allah janjikan untuk kita yang kita sendiri pun tak jangka.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah 
akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, 
dan diberikannya rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka, 
dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, 
nescaya Allah mencukupkan keperluannya."

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Hah, dah macam ustazah plak dah akak pagi-pagi ni yea. Hahahahaha.

Back to experience in my life.

4tahun dulu, serius akak bagitau tak pernah terlintas yang akak akan berkahwin diusia 24tahun kerana kewangan akak time tu tak stabil lagi sebab baru 2 tahun bekerja dalam sektor kerajaan ni. Harta apa pun tak ada. Kalau bercinta tu asik je nak "FRUST". Lepas tu duk fikir ada ke lelaki nak orang cam akak ni. Dah ler rupa tak cantik mana (eiceh merendah diri kononnya), harta tiada, perangai pun tak senonoh. Almaklum ler orang keras kepala, keras hati, degil cam akak ni sapa nak, sapa tahan kan. Jadi simpan je angan-angan nak kawin tu.

Tapi dah orang kata. Kalau dah jodoh tu tak kemana. Tu yang lamaran sampai tak dipinta. Tu yang heboh satu ofis akak. Tak ada ribut tak ada angin tertiba nak bertunang dengan Incik Padil. Sebabnya Incik Padil ni ala-ala bos di ofis akak time tu. Memang kami tak pernah bergurau senda atau menunjuk kan yg kami ni ada ehemmm ehemmmm. Bercakap pun hal kerja sahaja.

Kenangan Bertunang 12 Nov 2011

Tup tup tup nak bertunang plak. Orang lain yang taruh hati dekat Incik Padil. Orang lain plak yang bertunang dgn dia kan. Ke tak makan hati si kawan tu. Yang akak plak sebelum lamaran sampai. Bercinta dengan orang lain tapi bertunang dengan orang lain. Lagi ler terpaku terkejut beruk mak abah. Kenapa pilihan akak adalah Incik Padil bukan ex-bf yang dulu.? Pastu tak kenal tapi boleh plak terima pinangan Incik Padil kan. Hihihihihi.

Ermmmm. Pasti akak ada alasan yang kukuh ketika itu. Apa alasannya? Nanti akak cerita ler bila FREE2 nanti.

Tadi akak dah bagitau kan. Akak umur 24thn harta pun tak da. Maksudnya duit tak ada ler. Jadi macamana nak kawin kalau duit tak ada. Tapi alhamdulillah. Namanya jodoh dah sampai. Dalam-dalam akak tak ada duit ni pun majlis pertunangan still berlangsung selepas 2bulan Incik Padil datang merisik dan 3bulan lps bertunang. Kami berkahwin. Maknanya tak sampai 6bulan akak kenal Incik Padil kami terus berkawin. Bayangkan 6bulan nak cari duit mana utk buat majlis kan. Syukur alhamdulillah Allah SWT mempermudahkan urusan kami membina masjid. Dengan istilahnya percintaan kami ini adalah "Bercinta Selepas Kawin Itu Lebih Indah". Memang indah pun.

Kalau ler aku tau Incik Padil ni jodoh aku. Tak payah aku buang air mata selama ini berbaldi-baldi menangis kerana kecewa dan sakit hati. Puikkkkk... !!!! Haram Jadah..!!!

Comel kan Incik Padil time ni? Sekarang lagi comel tau...
Sweet Memory 10 Feb-12 Feb 2012

Bila dah berkawin ni pasti akan ada yang bertanya soal anak plak. Soal anak ni sangat-sangat sensitif sebenarnya yg orang jarang nak faham dan alert. Korang ingat hari ni kawin esok dh boleh tau pregnant ke idak ke. Tapi syukur alhamdulillah. Dalam waktu akak mengenali Incik Padil dan menyulam kasih dan sayang selepas kawin. Kami di beri berita gembira bakal bergelar ayah dan ibu pada tahun yang sama kami berkahwin. Maknanya anak yang bakal lahir ni akan keluar hujung tahun sama bulan kelahiran dgn Incik Padil. Berganda-ganda ler kecerian Incik Padil ketika tu.

Ini ler namanya rezeki orang berkahwin. Syukur sangat-sangat kepada Allah. Alhamdulillah.

First own hero. Mr. Fayadh

Walaupun kami gembira dgn berita ini tapi jauh disudut hati tetap terasa gusarnya. Memandangkan duit banyak dah habis ke majlis perkahwinan kami. Ada sedikit ketakutan dalam hati. Takut kami tak mampu membesarkan bayi ini dengan sebaiknya seperti pasangan lain. Tapi berkat usaha dan doa yang berterusan. Kami percaya bayi yang bakal lahir ini juga akan memberi rezeki buat kami.

Syukur alhamdulillah. Incik Padil dapat partime job sebagai agen insurans ketika itu disamping kerja-kerja hakiki di pejabat. Dengan rezeki yang ada ini kami membesarkan bayi yang diberi nama Muhammad Fayadh Hilman yang membawa maksud "Yang terpuji, Murah Hati, Kesopanan, Kesabaran".

Yeah, dah ada baby.. Suka.. suka.. suka.... ^_^

Keluarga kecil kami. Tapi bahagia.

Selepas 2tahun berkawin akak dikurniakan lagi seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Fa'iz Hilman yang bermaksud "Yang terpuji, Berjaya, Menang, Kesopanan, Kesabaran". Jadi bertambah struggle ler Incik Padil mencari rezeki untuk akak sekeluarga. Waktu ni memang ada rasa takut sebab waktu ni Incik Padil ada membeli sebuah rumah. Tapi untuk anak ke dua ini pun syukur kepada-Nya. Bisnes yang akak buat secara kecil-kecilan ni pun mampu menampung apa yang kurang dalam urusan rumahtangga akak. Banyak bisnes akak buat. Dari jual produk Shaklee, jual baju dan jual tudung. Alhamdulillah. Ada rezekinya.

Tu dia kereta buatan Malaysia jeerrr...
Nikmat hasil titik peluh kami berdua.
Ini rezeki anak-anak untuk kami merasai lebih keselesaan.
SURPRISEEE from Incik Padil tau..!!!!!
Thanks sayang abang ketat-ketat...!!

Jadi komitmen akan semakin bertambah. Akak plak sebagai seorang isteri tetap menjadi
penasihat kewangan yang berjaya. Percaya akan adanya rezeki untuk anak-anak ini.

Alhamdulillah dengan usia 27tahun Incik Padil dan usia perkahwinan baru setahun jagung 3tahun ini. Incik Padil telah membuktikan ia mampu menjadi ketua keluarga yang baik. Lengkap dah famili ini dengan isteri, anak-anak, rumah baru dan kini kereta baru disamping kerjaya yang baik dan bisnes yang semakin maju.

Jadi kepada korang yang baru berkahwin atau yang baru nak berkahwin tak perlu risau dan takut. Perkahwinan itu adalah ikatan suci. Ada rezeki untuk orang yang berkahwin. Ada rezeki untuk anak. Pada yang tak bertemu jodoh lagi pun. Jangan bersedih. Jangan bermuram durja. Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Satu je akak selalu ingatkan pada diri akak sendiri. "Jangan banding kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap orang. Allah itu adalah sebaik-baik perancang."

Tips untuk membuka pintu rezeki :

  1. Jangan DERHAKA dengan ibu bapa.
  2. Jangan BERGADUH dengan saudara mara.
  3. Sentiasa BERTAQWA & BERIBADAH kepada Allah
  4. Tidak akan papa kedana kalau kita BERSEDEKAH
  5. Jangan tidur selepas Solat Subuh
  6. Sentiasa buat solat Dhuha
  7. Melibatkan diri dalam perniagaan
  8. Sentiasa BERSYUKUR atas nikmat yang diberi
  9. Sentiasa BERDOA, BERTAWAKAL & BERUSAHA berterusan

27 Oct 2015

Tips Mengurus Belanja Dapur

Hai.

Alhamdulillah. Selesai dah pembentangan Bajet 2016 negara. Bersyukur sesangat2 PM still bagi kakitangan awam Bantuan Khas RM500. Sedikit atau banyak kita kena bersyukur dalam kehidupan ini. Jangan selalu meminta-minta dan jangan selalu mengeluh sana sini tak cukup. Bagi akak mudah sahaja. Akak memang pegang prinsip ni dari muda mudi lagi. Rezeki tu rahsia Allah SWT. Dia yang  Maha Memberi. Cukup atau tidak terpulang pada kita yang manage kewangan dan kehendak kita. Kalau duit sedikit kehendak banyak. Mana datang kecukupannya. So pandai2 bajet ler yea. Yang penting jangan selalu menyalahi orang lain. Salahkan diri sendiri dulu.

Akak faham. Sekarang zaman semua barang mahal. Sana kena cukai. Sini barang naik. Sinun nak kena bayar. Semua benda nak kena fikir. Tak ada yang FREE. Masuk toilet pun sekarang bayar 50sen tau. Tak ada dah 20sen. Jadi nak buat macamama. Kalau asik nak marah dan salah kan orang sana sini. Lama2 akak pulak kena darah tinggi dan penyakit lain nanti. Kalau nak marah beria2 pun. Bukan boleh selesaikan masalah. Harga barang tak akan turun. Still akan terus naik. Jadi akak mula berfikir. Cara pendekatan yang macamana boleh menyelesaikan masalah kewangan keluarga yang sentiasa tak cukup ni. Anak makin hari makin dewasa. Tempolok makan makin besar. Keinginan anak2 pun makin banyak.

Kalau ikut stail akak. Akak memang siap-siap melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan dalam hubungan rumahtangga kitaorang dari dulu lagi. (Nampak tak ada kegilaan kuasa disitu. HUHUHU) Alhamdulillah. Sehingga kini Incik Padil masih berpuasati dengan reputasi akak sbg Menteri. Tak ada rombakan kabinet buat masa ni yea. Insya Allah.

Jadi setiap bulan akak akan membentangkan Bajet Keluarga pada Incik Padil. Lagi sehari atau 2hari nak gaji. Mula ler akak bz menglistkan barang2 keperluan wajib.

  • Apa nak kena beli? 
  • Berapa yang perlu dibayar? 
  • Barang apa yang penting perlu diutamakan? 
  • Mana bil-bil yang penting harus disetlekan dulu? 

Beli dulu keperluan anak-anak baru duk fikir keperluan diri sendiri. Rasanya semua mak bapak macam akak kot. Anak-anak lebih penting dari segalanya.
Jadi bila dah gaji. Kasi setle dulu bil-bil dan beli barang2 keperluan baru duk terasa tekak nak makan luar dengan family. Tapi berlainan dengan segelintir masyarakat sekarang. Melalui pemerhatian akak. (Hahahaha Dah macam agen 007 plak dah) Akak selalu perasan bila musim orang bergaji semua makan area Restoran mewah. Pagi gaji. Lunch tak nampak dah warung-warung atau medan selera ni. Bila tengah bulan baru nampak kedai mamak. Hujung bulan????? Fikir2 sendiri ler yea. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Duit korang. Hak korang. ^_^

Tapi akak berbeza sedikit.

Ni antara list hutang yang perlu diselesaikan oleh Incik Padil dan akak.
Hah, jangan terkejut tengok amoun banyaknya HUTANG tu. Jangan plak mengklafikasikan cukup ke idak duit gaji kitaorang. Kalau tengok BAKI macam tak percayakan. Korang hanya perlu percaya rezeki tu datang nya dari Allah SWT.

Walaupun skrg minyak mahal. Tapi akak dah buat bajet minyak hanya RM300 sebulan untuk kereta Saga FLX je. So seminggu RM60 shj utk perjalanan 300km/j. Kalau korang pakai BMW jangan ler compairkan harga minyak keta korang dgn keta akak hokey.

Tol memang dah naik. Tapi bajet akak still RM100 sahaja sebulan utk isi Touch N Go akak. Jadi pandai2 ler nak bajet cmana perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Macam situasi akak. Pagi2 Incik Padil akan menghantar Faiz ke umah mertua di Kajang sejauh 15km. Kang dari sana naik moto ke ofis. So balik kang laluan sama masih 15km dgn tol ulang alik RM3.60. Darab plak dgn 30hari. Dah berapa kan? So kira ler cukup ke idak bajet sebulan. Tapi korang jangan tak percaya. Bajet ni cukup untuk famili akak. Siap balik ke Senawang lagi. Cukup je bajet ni.

Jangan plak cakap akak tak gi berjalan. Akak gi berjalan2. Tapi stakat yg dekat2 ler. Tak ada ler berjalan2 istilah holiday jauh2 tu kena kira bajet lain.

Macam tu gak dengan perbelanjaan dapur dan harian akak. Ni semua akak yang list kan. Incik Padil hanya bagi duit sahaja. Pandai2 ler nak guna duit tu. So perbelanjaan bahan2 basah akak dah tetapkan RM50 seminggu. Cukup ke??????

  • RM50 seminggu x 5minggu= RM250 ni bajet sebulan duit beli barang2 basah.
  • Dapur kering RM150 sebulan.
  • Barang baby RM250 sebulan

Whattt RM50 beli barang basah seminggu???? Cukupppp ke tu??????????

Cukup ler wei. Dengan RM50 ni akak boleh beli sekor ayam, udang, daging, sayur, bawang dan santan tau. Untuk kapasiti 3orang makan yea. Hah, percaya tak??? Mesti PERCAYA dengan syarat korang gi shoping dekat pasar borong. Beli stock barang seminggu. Hahahahah. Ni ler tips akak untuk berjimat. Akak jarang shoping barang2 basah dekat shoping mall. 1st bagi akak bahan2 basah tak sesegar pasar borong. 2nd harganya jauh lebih murah. Contoh ayam sekor akak blh dapat rm5.50 sekilo. Beli sekor RM10 je. Dipasaraya akak pernah beli RM19 seekor.Bila tengok harga macam tu. Terus tak jadi beli. Serius akak bagitau. Akak sangat cerewet dalam bab harga ni. Harga nak murah tapi barang nak segar. Barang nak kualiti baik tapi nak murah harganya. So pasar ler jawapan nya. Incik Padil plak malas nak pening2 dia rela jadi driver saje. Hehehe.

Selain tu akak ada gak buat senarai menu utk sarapan dan menu makanan yang akak nak masak utk minggu tu. Jadi sampai ke pasar. Tak perlu dah nak fikir2 masak apa dan bahan apa nak beli. Ikut je list bahan2 nak beli. Lebih mudah dan jimat masa.
Itu kalau bab bahan2 basah dan mentah. Kalau bab barang2 kering dan keperluan harian. Akak memang beli dekat shoping mall. Tapi shoping mall tu hanya yang terpilih saje. Wah bunyi macam kerekkk. Shoping ala2 Cold Storage. No Giant No Tesco... Salah salah dan salah tue... Hikhikhik. Sebenarnya akak suka shoping dekat Mall Mydin Kajang ni. Memang akak suka shoping dekat Mydin ni dari anak dara lagi. Bagi akak barang dia lebih murah. Tak percayaaa lagi??????

Nah ni antara compair harga yang telah akak buat. Bukan akak pergi ke Mall X dan Y untuk survey harga tau. Korang pun tau kan zaman online sekarang ni. Shoping barang dapur basah pun boleh online dah sekarang ni. Tapi bagi akak tak suka cara ni. Sebab akak lebih seronok pergi shoping sendiri barang2. Boleh pilih, pegang dan tengok kualiti barangan tu sendiri. Lebih puasati bagi akak ler.

So sebelum beli barang2 keperluan. Akak dah buat listing. Akak akan try buat oder barang melalui online kononnya dan dapatkan total harga tanpa chekout. So bila dah oder semua barangan ni akak akan print dan bawa listing harga online td ke Mydin dan beli barangan mengikut listing online tersebut.

Tapi kadang2 tak semua barang yg di Mydin ada di Mall X so tambah je di bawah ruangan online td tu dan kira harga semua. Total di Mall X - dengan harga di Mydin tadi.

Contoh macam ni.

Total Harga Mall X         :    RM350.49
Total Harga Mall Mydin : -  RM338.35
                                             --------------
                                              RM 12.14 ----> JIMAT
                                            ---------------
Cer kira kalau JIMAT RM12.14 sebulan. Kalau 12bulan berapa? Kalau 5tahun? 10tahun?

Mesti korang fikir. Cikit je jimat. Tapi untuk jangka masa panjang. Banyak jugak tau.

Maybe dia sikit JIMAT pada yang berduit tapi BANYAK JIMAT pada golongan yang kurang duitnya.

Tapi ni untuk akak punya perbelanjaan. Korang boleh amik cara akak tp bukan amounnya. HEHE. Kalau Mall X murah korang tu duk Puchong tapi ko duk Banting. Akan dtg ke Mall yg jauh tu semata2 nak harga murah. Depend for your jarak,minyak dan tol. Hokeyyy..!!

Abis shoping tepek resit dekat petiais, Sudahnya petiais aku ni dh macam papan kenyataan dah. Situ ler nak tepek list menu. Situ gak ler nak tepek resepi.

Soalannya mesti ada yang nak bertanya kan. Akak tak makan luar ke? KFC? Pizza? Shoping baju kasut? Mainan anak2? Jajan anak2? Tengok wayang??? Hehehe. (Mampu tersenyum) Of course. Mesti ler ada akak makan luar,berjalan2 dan shoping. Duit lebihan tu kan ado. Tapi tidak ler shoping dekat Pavilion. Tempat besa2 je.

Ni antara format ringkat yang selalu akak buat setiap bulan untuk dibentangkan bajet depan Incik Padil.

Korang boleh cuba terapkan cara ni yea.

Dan jangan lupa buat potongan simpanan 10% dari gaji korang disimpan dalam Bank, ASB atau pelaburan emas. Ni penting utk recover poket korang bila bocor dikemudian hari.

Almaklum ler, pakai kereta of course ada ragamnya kan. So duit-duit ni akan membantu uolls. Macam tu gak kalau ada famili. Mana tau anak sakit plak. Duit2 ni boleh didahulukan.

Kalau macam akak. Tak ada duit. Duit2 bisnes boleh tolong cover atau mencukupkan apa yang tak cukup. So tak perlu meminta-minta duit orang lain atau mengharapkan bantuan orang. Berdikari atas diri sendiri. Dan yang paling penting hentikan merunggut sana sini tak cukup atau marahkan barang2 yg semakin naik ni. Sebab bila kita selalu marah2. Rezeki kita akan mahal. Pintu rezeki kita akan ditutup oleh Allah SWT.

Bagi pandangan akak kalau setakat gaji bawah 5ribu tu. Duduk di kota metropolitan ini bak kata pakar ekonomi tu Miskin. Kalau bawah 3ribu tu katanya Miskin Tegar. So akak tak pernah berbangga diri kalau kita dapat gaji banyak. Sebab ia tidak bernilai. Kerana dulu akak hanya Pekerja Kilang. Bonus setakat RM50 setahun dan kenaikan gaji pun RM 5 setahun. Sedihkan???

Kalau kita rasa susah ari ni. Ingat ler.. Ada ramai lagi orang diluar sana lebih susah dari kita. (Motivated tuk diri sendiri)

Bagi akak sangat mudah dalam hidup ni.

  • Bukan kerana GST hidup saya susah. Dan bukan kerana BRiM hidup saya mewah.

Semuanya datang dari Allah SWT. Selalu mohon doa dan selalu lah bersyukur.

Ingatlah.! Tanda-tanda rezeki yang berkat.

  •  Sedikitnya mencukupi. Yang banyak boleh dikongsi bersama.

Tertiba jadi ustazah plak aku ni.

Kalau dah buat bajet ni. Mesti ler stragle mematuhi bajet yg telah dibuatkan. Tapi akak selalu terover bajet tang keperluan dapur kering tu. Almaklum ler, shoping bawak anak2. Mak amik satu barang. Anak amik 2barang. Kesudahannya akak beli 10barang. Si anak amik 15barang. Tapi sebelum buat pembayaran segala coklat, mainan, vitagen sila tinggalkan ke tepi. Part ni Incik Padil ler curi2 tinggalkan balik barang2 yg dah Fayadh amik ni. Tu baru sorang. Sok akan datang Si Faiz plak. Ermmm Pokai papa.

Bukan kedekut tau dengan anak2 tapi kami mengajar anak2 supaya tidak semudah itu untuk mendapatkan apa yang diorang nak. At least satu saje yg kami offer bila keluar bersama. Kalau dah dapat mainan. No baju no jajan jajan. Pilih ler mana yang dioarang nak. Tp still ada limit harga.

20 Oct 2015

Hadiah Hari Jadi yang Penuh Makna

Assalammuallaikum. 
Yeahhhhhhh..
PICTURE IHSAN en GOOGLE
"Happy besday to me.! 
Happy besday to me.! 
Happy besday. Happy besday...
  Happy besday to me..!!!!!!

Wah, semangat betul menyanyi lagu besday pagi-pagi Ahad ni mengalahkan budak2 nak meniup lilin kek kan.. Hahahahaha. Menyanyi untuk diri sendiri hokeyyy.

Alhamdulillah.. Bertambah lagi satu usia akak ari ni. 18 October.. Uwaaaa..!!! Aku dah tuaaa..!! Tak lama lagi nak masuk 3series dah. So apa lagi. Rumah kata pergi..! Kubur kata mari..!

Erkk..! Cam seram je bunyinya. Keji betul korang kan. Aku tau ler aku jahat. Amal pahala pun tak banyak lagi untuk buat bekalan di SINUN. Tapi tak perlu sindir aku. Hikhikhik. (Sikit pun tak sentap).

Tapi yang lebih malang. Hari ni besday hakak boleh plak kena cherry berry (cirit-birit). Uwaaaa..!!!! Dari semalam rasa tak sedap badan. Rupanya hari ni nak sakit ler. Fayadh pun kena ciken pok. So my Incik Husband cakap tak dapat ler makan kek. Alasan semua orang tak sihat. So kita celebrate dgn air kelapa je. Pengubat penyakit cherry berry.

Ohkey ler... Dalam keadaan sakit ni. Bukannya boleh makan banyak pun. Tunggu ler aku sihat nanti. Aku nak oder macam2 makan yg sedap2. ^_^

Whatever pun. Terima kasih Incik Hubby i a.k.a Incik Padil A.k.a my lover yang menjadi supporter aku, good couple, good papa for my kids and tulang belakang, tulang tengkuk, tulang leher dan sebagainya yang sentiasa menyokong apa benda positif yg aku buat dan menegur benda yg negatif. Thanks sebab sentiasa mengingati akan kelalaian your wife ni.

So aku nak bagitau korang awal-awal Incik Padil bukan orang yang romantik sangat yea. So tak perlu nak tanya aku mana celebrate besday tadi? Dapat bunga ke idak? Da coklat ke tak? No no no. No candle light dinner. No surprise-surprise party ni. Dia main teragak dia je. Kalau dia rasa nak surprise. Tup tup tup surprise je.

Ermmmm.. (Mengeluh). Bunyi cam hampa je.

Tapiiii................
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<

Disebalik kekurangan yang ada. Sebenarnya ada kelebihan dan special thing Incik Padil yang tersembunyi yang hanya aku sorang je tahu dan merasainya.

Memang Incik Padil bukan orang yang romantik dan romantis. Tak pandai memujuk. Tak pandai nak berpuisi puitis. Bermadah helah ni. Tapi dia adalah yang penyabar and cool person. Tapi ia tak bererti dia tak pandai marah.

Hohohoho..!! Ingat..!!! Sarang tebuan jangan dijolok..!!!!

So ari ni my besday. Aku tak bajet ada apa2 yg special pun dari Incik Padil sebab hari2 biasa pun adalah hari yang istimewa kami bersama. Cuma hari Maal Hijrah hari tu dia ada bawak aku dengan anak-anak ke Jusco Balakong ni untuk shoping.

Whatt shopping..???? 

Giler ke apa laki aku ni ajak shopping tengah2 bulan ni.. Tengah2 kita struggle berjimat2 duit. Dia bole ajak gi shoping plak. Tapi nak dijadikan cerita. Hari tu memang aku tak bertanya dia pun apa yang dia nak shopping kan.

Sampai-sampai je ke Jusco tu. Dia ajak aku gi area jual barangan elektrik dekat situ. Aku pun mengekor je. Bila aku tanya nak buat apa ke tempat elektrik ni. Kata Incik Padil nak survey barang-barang elektrik untuk rumah baru. Window shoping. Satu barang ke satu barang kami survey. Tapi tak beli pun. Just nak survey harga je.

Dia ajak aku lagi ke kedai hanpon sebelah kedai elektrik ni plak. Aku tanya lagi sayang nak beli handfon ke? Incik Padil jawap tak ler. Saje tengok2 handfon. So aku ngekor lagi buntut dia. Tengok ler satu per satu fon yang ada dekat situ. Cara tengok cam nak beli. Tapi tak mungkin dia nak beli fon baru sebab ari tu baru je beli fon baru. (Bisik dalam hati je)

Dari kedai Samsung masuk plak kedai Sony. Lepas tu masuk plak kedai iPhone. Still tengok dan belek2 fon yang ada. Bukan membeli pun. 

Ermmm.. Hairan plak aku tengok perangai laki aku hari ni.

Dah puas belek2 fon. Kami kua dari kedai fon tu then terus jalan2 lagi. Katanya nak ajak shoping. Tapi ni dah nak magribh ni masih tak beli apa2 pun. Sampai ler ke area pakaian wanita dalam Jusco ni.

Tertiba lagi Incik Padil bersuara suh pilih mana baju seluar yang aku minat. Beli je. Dia bayar kan.. Ulang lagi sekali. DIA BAYARKAN..!!!!! Hahahahahah.

Bukan tak pernah dia bayarkan tapi aku heran tertiba offer diri ajak shoping then nak bayarkan plak tu ditengah2 bulan ni. 

Nak kata dapat Duit Kutu dah abis. Bonus belom dapat lagi. Gaji dah kua 2minggu lepas. Gaji yang ada pun ckup2 utk tunggu next gaji je.

Pelik. Pelik. Pelik....

Masa ni aku dengar dia suh pilih mana baju seluar yang aku suka dia bayarkan. Aku terkejut weiii..!! Mata aku terbeliak.. Mulut ternganga pandang Incik Padil.

Ko bia betul Incik Padil wei. Shoping tengah2 bulan. Dengan tak ada Sale nya. Pastu offer diri nak bayarkan plak tu. Ko meroyan apa ni??? Ok ke idok laki aku ni? Demam ke? Rasa dahi tak panas pun.

Aku pun bersuara.

Aku : Bia betul baby ni suh ayang pilih baju seluar ni. Mahal ni. Tak ada less.
Incik Padil : Iye. Pilih je jangan banyak soal. Cepat..! Kang offer tutup kang. 
Aku : Betul ke ni? Pilih apa saje? Mahal pun ok???
Incik Padil : Iye.

Hah, apa lagi. Orang dah offer. Cam orang mabuk ler aku bershoping sakan. Hahahahah . Vonggok punya aku. Buruk perangai. Tapi dalam hati bersoal jawap gak ni. Apasal tertiba laki aku ajak aku shoping ni. Ni mesti ada agenda lain ni. (Musykil seketika). Nak kawin lain ke? 

Memandangkan shoping ala mengejut. Tak sempat nak plan apa yang aku nak beli. Otak tepu seketika apa yang selalu aku idamkan. Pilih apa yang nampak depan mata je.

Pilih punya pilih aku amik je ler one sut pakaian pejabat yg aku idamkan dari dulu lagi. One sut kemeja panjang+seluar slack+coat. Amik je ler sepasang. Memandangkan harga nak kata mahal sangat. Idok ler mahal bebenor, Tapi dalam situasi tengah-tengah bulan ni. Bila tengok harga gitu. Bole dikira mahal ler. Tapi tak sampai ler harga tercekik tulang. Aku takut nak amik berpasang-pasang. Cukup ler sepasang ni..

Ni ler padahnya shoping gaya mengejut. Kalau tak tu. Selalu berangan nak handbag LV, Kasut guess, Makeup bobbi brown. Walaupun zahir memang tak mampu nak beli tapi aku suka berangan-angan asalkan aku dapat kepuasan hati. Tapi bila Incik Padil offer diri nak bayar. Aku tak terfikir benda ni semua. Otak blurrr. Kalau time tu aku teringat LV, Guess bagai. Corfirm demam poket ko Incik Padil wei. Hahahhahahaha (Gelak Jahat).

Lepas je buat bayaran pakaian ni semua. Aku pun mula ler bertanya dekat Incik Padil mana dia dapat duit belanja aku hari ni kan. 

Katanya ada ler rezeki beli rumah ari tu. Selamba jee muka dia menjawap tanpa perasaan.

Aku pun tanya lagi. "Kita beli rumah baru kan sayang.. Bukan Tambah Orang Rumah Baru kan????"

Terus Incik Padil jawap ni hadiah besday awak ler. Besday awak kan hari ahad ni. Jadi saya belikan hadiah awak awal2 sebab tak tau nak beli apa utkk awakkkk. Bia awak pilih sendiri saya bayarkan je.

Apa lagi. Lepas je aku dengar apa Incik Padil cakap time tu aku rasa cam nak melompat2. Nak cium2 je Incik Padil dekat situ gak. Aku suka surprise ni. Hahahhahaha


Aku suka.! Aku suka..!! Aku sukaaaa..!!!

Zahirnya nampak tak romantik tapi sekali sekala dia buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Boleh pengsan dibuatnya seketika. 

Incik Padil oh Incik Padil. Kelakar jugak awak ni yea.

Jadi sebagai balasan. Aku try karangkan sedikit luahan hati aku ni buat Si Incik Padil. Ikhlas.

Tak romantik pun tapi ia ikhlas dari Sudut Kamar Hatiku. Hah dah macam tajuk lagu abang Jamal Abdilah kita dah.

Terima kasih atas hadiah yang diberi. Kalau tak ada hadiah pun ayang ok aje. Sebabnya abang dah jadi suami yang terbaik untuk ayang. Sanggup berjaga malam buatkan susu Fayadh. Tukakan pampers anak-anak. Padahal bini berdengkur sebelah tu. Abang sanggup bangun tengah2 malam tanpa kacau ayang tido. 

Bila hari cuti. Abang bangun awal mandikan anak2, bagi diorang sarapan. Tapi ayang tido lagi. Siap uruskan anak2. Baru abang bangunkn ayang dengan alasan ayang penat bekerja dan menguruskan rumahtangga kita setiap hari. Jadi hari-hari cuti abang bagi ayang cuti sehari tanpa perlu masak tanpa menguruskan anak2.

Walaupun kekurangan abang adalah tak pandai masak tapi abang tutup kekurangan itu dengan menjaga anak-anak ketika ayang masak dan mengemas. Bertolak ansur.

Walaupun abang tak suka aktiviti melipat kain mahupun mengosok baju. Tapi abang sanggup hari2 basuh baju dan mengampai baju asalkan abang boleh membantu ayang. 

Abang sanggup jadi driver ayang sentiasa. Berkhidmat ke sana sini. Bodyguard anak-anak dan isteri.

Walaupun abang bukan ler orang yang romantik yang sanggup menyuapkan makanan ke mulut bini ketika sakit tapi abang sanggup belikan makanan untuk ayang dan anak-anak ketika ayang sakit tanpa menyusahkan ayang dan sanggup menjaga anak-anak dan membiakan ayang rehat tido ketika sakit. 

Yang paling ayang terharu dengan abang. Tidak semua lelaki mampu melakukan kerja2 perempuan seperti abang. Biapun abang adalah anak bongsu yg sentiasa dimanjakan dan tak pernah lakukan kerja-kerja rumah tapi abang sanggup membantu dan meringgankan kerja2 ayang. Biapun kadang kala kerja2 rumah tu tak semenggah yang abang lakukan tapi abang ada inisiatif untuk membantu. Hehehe

Dan yang lebih buat ayang terharu walaupun abang tahu panas terik dgn jerebu lagi setiap hari terpaksa mengepos barang untuk setiap pelanggan ayang. Tapi demi minat seorang isteri yang suka berniaga. Abang sanggup meredah panas biapun kulit gelap berpanas asalkan isteri bahagia dengan minatnya. Tidak pernah ayang nampak abang mengeluh mahupun mengaduh penat.

Tapi abang seboleh-bolehnya menuruti semua kehendak dan keinginan ayang.

Jadi apa lagi yang ayang nak dan inginkan kerana ini semua sudah mencukupi buat ayang dan anak-anak

Bia sebanyak mana pun kekurangan abang tapi ia menjadi kelebihan buat ayang. Ia istimewa dimata ayang.

Walaupun ayang banyak kekurangannya. Ayang bukan seorang isteri yang penyabar tapi abang selalu menjadi air dalam hubungan kita untuk membiakan ia sejuk sentiasa. Bukannya api. Tapi air dan angin yang mendamaikan. Abang sanggup mengalah sentiasa dengan beranggapan tiada sapa akan menang jika masing2 panas.

Abang tutup kekurangan ayang dengan kelebihan yang abang ada. 

Abang selalu cakap kita tak perlu jadi dan nampak sempurna dimata orang lain tapi kita menjadi sempurna bila bersama. Biakan saje kita yang merasainya.

Bukan segunung emas yang diharapkan. Bukan lautan belian yang diinginkan. 

Cukup sekadar kesetiaan dan saling memahami dan melengkapi sahaja.

Setia Hujung Nyawa..

Wah, dah macam drama swasta dah.. Mata masuk habuk. Sob.! Sob.! Sob.!

30 Sept 2015

Trio Air Fryer Awesome..

Assalammuallaikum semua.

Semoga u'olls sentiasa sihat dan selalu menjaga kesihatan dengan baik yea. Almaklum ler sekarang kan musim jerebu. Sana sini berkabus dengan bau asap yang menyesakkan lobang hidung ku.

Jadi kurang-kurang kan ler beraktiviti di luar. Banyakkan minum air suam dan beriadah dalam rumah je. Bila nak berriadah dalam rumah ni. Of course ler duk melepak king depan tv kan. On tv terus terlongok depan channel Go Shop ni.

OMG..!!! Air Fryer Philip..!!

What???? Harga RM899??? Terkedu seketika. Aku baru berangan-angan nak memasak guna benda alah ni dengan mengoreng tanpa minyak. Tentu laki aku kurus ckit kan. Mudah-mudahan kurang kolesterol dalam badan tu. Tapi bile tengok harganya. Tertibo kering air liur aku ni ibarat tercekik tulang dinasour dah.

Bila tengok technology yang digunakan dalam air fryer iaitu 'Rapid Air Technology'. So tak heran ler harganya mahal setanding dengan kualiti dia. Bukan sahaja boleh mengoreng tanpa minyak bahkan boleh membakar dan mengril jugak. So lupakan je ler Air Fryer Philips. Tak mampu den nak boli eh.

Walaupun niat dihati nak melupakan air fryer Philips ni tapi dalam fikiran ni masih terbayang2 gak. Alangkah untung nya dapat benda tu. Kerja memasak lebih mudah. Tak perlu nak bersihkan dapur yang berminyak tu. Jimat masa. Jimat minyak. Jimat tenaga.

Sambil-sambil otak berangan tertiba otak ni boleh lagi berhubung teringatkan LAZADA. Mesti dekat LAZADA da jual air fryer ala2 Philips kan. Apa lagi terus ler ke PC mengoogle web LAZADA.


Taraaaaaa.... Air Fryer jenama TRIO. Harga pun murah.

Apa lagi aku mintak ler Incik Padil belikan dengan alasan mudah nak masak ayam feveret dia. Boleh buat ayam goreng, ayam berempah, ayam pandan, goreng hati, goreng pedal tanpa meletup-letup. Sebenarnya benda ni lebih mempercepatkan urusan memasak aku. Tu yg beriya sangat memujuk laki aku belikan. Almaklum ler aku memang takut mengoreng jika minyak tu meletup2. Kalau nak goreng ayam atau hati ke pedal ke aku mesti suh Incik Padil tolong gorengkan. So dengan adanya Air Fryer ni tak ada ler aku menyuruh Incik Padil tolong aku mengoreng lagi. Hikhikhik. Baguskan alasan aku? Idea yang bernas.

Setelah ditimbal balik idea aku ni Incik Padil pun setuju belikan dengan alasan dia plak. Ni kira hadiah hari jadi aku next month. So next month besday jangan nak gatal2 request hadiah lagi ek. Hikhikhik. Incik Padil siap pesan kalau dah da air fryer ni mesti selalu gunakan. Jangan beli saje tapi tak guna.

So apa lagi dengan laju aku pi oder secara online siap mengoder sekali Yonanas Fruit Frozen Ice Cream Maker. Yang ni aku citer next time ekkk.



2hari selepas mengoder Trio Air Fryer di LAZADA. Barang idaman pun sampai. Apa lagi memang excited aku nak test tau. Dapat je barang terus keluarkan sosej dalam frozen tu tanpa perlu defrost kan. Punya ler buruk perangai aku. Gelojoh betul. Incik Padil siap bagi arahan suh basuh dulu periuk tu sebelum test.

Ermmm.. Baikkkkk.. Tanda akur dengan arahan Incik Padil.

Lepas je cuci periuk iaitu bahagian kita nak letak sosej ni. Aku lap2 ckit kang ada plak kena elektrik kang. Aku pun letak ler 3pcs sosej dan laraskan suhu dengan 180'C dengan masa 12minit. Sambil menunggu sosej siap digoreng. Aku pun bagi Si Fa'iz makan. Sesudah Fa'iz makan. Sosej pun siapppp.

Tiiinnnnnggggg..!! Wah da bunyi ler menandakan makanan tu ready to out. So aku pun excited nak tengok camana ler gaya rupa mengoreng tanpa minyak kan. Jakun aku sekejap.

Tadaaaaaa..!!! Wah gebu betul sosej aku ni. Warna dia pun tak gelap. Tak ada nak hangus sana sini. Masak dia sekata. Cantik je. Rasanya pun lebih sedap dari mengoreng dengan minyak. Juicy. Nampak kering diluar tapi lembab di bahagian dalam. So nice. Delicious.

Aku pandang muka Incik Padil untuk tengok reaksi dia bila merasa sosej yang digoreng tanpa minyak tue.

Yes, Incik Padil puji makanan tu lebih sedap dari biasa. So next time boleh hari2 goreng ayam untuk dia. Tue kata Incik Padil.

Aku mendengarnya speechless. Just say SYMP saje ler.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Yeayyyy, hari ni cuti. Hari sabtu. So boleh santai2 dekat rumah. Planning program hari ni nak gi pasar beli stock bahan basah seminggu. Jadi dah da air fryer ni feeling excited nak masak makanan bergoreng tu membuakkk2 kan. Almaklum ler asal nak makan hati goreng je. Bila terfikir hati yg bakal meletup2 tu. Terbantut tekak nak makan hati atau pedal goreng ni. Malas nak berperang dengan minyak panas tu.Termasuk ler ikan keli goreng berlada. Perghhhhh.. Kalau di goreng garing dan dimakan dengan nasi panas corfirm meletup2 dalam mulut.

Jadi apa lagi. Jom kita membeli ikan, hati, pedal serta tauhu. Boleh buat tauhu sumbat untuk juadah petang ni.





















Betul tak apa aku cakap kan? Benda ni awesome sangat. Sambil masak. Sambil boleh buat kerja lain.

Kalau time kerja tu. Balik dari ofis. Terus aku goreng ayam untuk Incik Padil. Tapi sebelum tu aku memang dah siap2 perapkan ayam tu dengan kunyit+garam+lada sulah cikit semalaman. Sebab dah plan esok hari memang aku balik kerja nak prepare menu ayam masak berlado untuk dinner. So sebelum masak sambal nya. Goreng kan dulu ayam tu dalam Air Fryer. Sambil tunggu ayam siap digoreng. Aku boleh gi mandi dulu ke atau kemas2 cikit umah sebelum Incik Padil balik menjemput anak dari umah mak mertua. Kang masing2 dah balik. Huru hara nak mengemas.

Jadi aku goreng ayam ni 15minit untuk ayam lebih ranggup kan. Siap 15minit masak dgn suhu 200'c. Aku pun ready dah mandi dan masuk balik dapur untuk siapkan sambal berlado ni.

Pungg pangg pungg pang dekat dapur. Tak sampai 30minit. Siap dah aku punya ayam masak berlado. Senang kan. Tapi maaf ler aku tak sempat nak amik gambar ayam berlado aku tu. Siap masak. AKu pun terus makan. Tu yg tak done nak snap gambar.

Tips Menggunakan Air Fryer :


Alihkan Kedudukan Makanan

  • Pastikan anda membuka penutup air fryer dan kacau makanan di dalamnya ketika makanan sedang digoreng dalam 'machine's basket'. Makanan seperti 'French fies' dan boleh dipadatkan. Untuk hasil yang baik, balik-balikkan makanan setiap 5 hingga 10 minit.
Jangan Terlampau Penuh
  • Beri makanan anda sedikit ruang di dalam air fryer bagi memastikan peredaran udara lebih efektif. Dengan itu, makanan yang terhasil lebih ranggup.
Pastikan Kering.
  • Pastikan permukaan 'pat foods' kering bagi mengelakkan percikan dan asap yang berlebihan (untuk masakan perapan). Begitu juga, apabila memasak makanan berlemak tinggi seperti kepak ayam, pastikan untuk membuang lemak daripada bahagian bawah mesin secara berkala.
Pembersihan.
  • Penggunaan span lembut dan bukan metal span ketika pembersihan dapat mengelakkan permukaan material air fryer anda bercalar. Juga, pastikan anda membiarkannya sejuk selama 30minit sebelum dibasuh!