Pesanan Penaja ^_^

29 Aug 2014

Rumah ku.. Syurga ku...

Hai uolls...

Apa khabar?

Cer korang tengok contoh dekorasi yang sempat kak mira google ni. Cantik-cantik kan? Berangan jap kak mira. Kalau-kalau dapat beli rumah atau apartment ke nanti. Boleh buat design cam ni?

Wah, cantiknya Living Room dia. Tema feveret kaler kak mira ni. Sejuk dan mendamaikan pemandangan.

Bab Ruang Santapan plak. Kak mira memang suka yang simple dan mudah dibersihkan.

Hah, dekorasi dapur ni paling Kak mira suka. Siap da Simple Bar lagi tue.

Ni salah satu contoh design bilik anak bujang ku Si Fayadh nanti. Tema kaler tak ada lagi. Tapi susun atur perabot boleh di praktikkan gaya camni.

Ni design Master Bedroom. Of course bilik beradu ahkak kan.. Sengaja pilih warna purple gelap. Feeling2 ala2 tido kat hotel 5star. Hahahahah. Kerja aku nak berangan je..!!!

Tak pe dik oiii. Bia berangan-angan dulu. Dari angan2 esok mana tau jadi kenyataan plak apa yang diangan kan. Tak payah dah nak pening2 kepala duk fikir konsep apa nak pilih. Warna apa yang sesuai.

Bia kita ni berangan yang berisi dan berasas. Bukan cam Mat Jenin. Kalau tak kerana nak beli rumah. Tak de ler akak berangan dan feeling2 nak design ala-ala moden kontemperori kan.

" Rumah apa akak mira nak beli ekkk? " Ermm bunyi cam mudah benar nak membelinya cam beli kacang kuda. Soalan ni nanti akak jawap. Ohkeyyy.

Belek punya belek. Angan punya angan. Sampaikan Incik Padil tanya mana nak cekau duit buat design ala gini.

Alah, cik abe oii. Kita duk pilih design gaya gini tapi tak semestinya perabot mewah cam tu. Sapa suh shoping dekat Lorenzzo? Kita cari2 bahan deko kat Lazada ke, IKEA ke, kedai elektrik atau perabot yang besa2 sudah ler. Ikut kemampuan kiter.

Sapa suruh amik pereka dalaman nak deko rumah camni? Of course ler kena da duit puluhan ribu kan.


So ni ler gunanya baca buku-buku ilmiah cenggini. Boleh amik konsep apa korang nak. Hasilnya lebih puasati. Lebih jimat.


So apa lagi jom hias rumah sempena cuti hari merdeka ni kan.... :-)

Selamat Hari Merdeka ke-57.