Pesanan Penaja ^_^

22 May 2014

Berpantang Part 1 : Set Berpantang Tanamera

Hello :p

Assalammuallaikum

Alhamdulillah. Pagi-pagi tengok fon dah da message kat inbox dari someone reader ni yang mintak aku tolong ler share cerita Set Berpantang yg aku guna masa berpantang dulu.

Ermmm. Ohkey ler sayang. Terima kasih yea atas cadangan tu. Sebenarnya memang akak nak cerita pun. Cuba take time sikit nak buat entry ni. Almaklum ler tengah kerja kan. Tergendala jap cerita.

Sebenarnya kalau korang nak tahu masa lahirkan Fayadh dulu. Aku menggunakan Set Berpantang Tanamera.

Eh, bukan ke akak ni dealer Shaklee? Kenapa tak amik Set Berpantang Shaklee? Set Berpantang Shaklee tak bagus ke? Amboi, korang kalau bertanya tu tak putus soalan. Bia akak citer abis dulu yea.

Aku bertemu jodoh dengan Shaklee ni masa nak memeriahkan susu badan dulu. Aku amik ESP dan Alfalfa. Sebelum tu aku menggunakan Tanamera sebagai Set Berpantang ditambah dengan minuman Air Periuk, Air Pati Ikan Haruan Polleney dan Air Pati Ikan Haruan dengan Gamat Maspati. Hahahahah. Korang larat ke nak minum air-air tu semua? Jujur ler akak bagitau bauan air-air tu semua Masha Allah busuk+longkang+payau. Yang ok cikit bau dan rasa nya tu ler Pati Ikan Haruan Polleney.

[✔] Apa produk yang ada dalam Set Berpantang Tanamera? 
[✔] Apa khasiatnya? 
[✔] Berapa harga setiap produk?
[✔] Nak guna produk ni time bile?

Baik ler. Bia akak terangkan dengan lebih terperinci yea tentang Set Berpantang Tanamera ni.
Cewahhhhh, berakak-akak pulak yea. :-)

Pertama sekali aku guna Minyak Kelapa Dara (VCO) harga RM34 (100ml) sebelum bersalin lagi. Aku guna minyak ni sebagai persediaan untuk bersalin lebih lancar dan lebih mudah tanpa koyakan di Miss V. Hari-hari aku minum VCO dan di urut pada kawasan perineum dan amalkan sejak awal kehamilan lagi. Selain tu, VCO ni juga mempunyai khasiat untuk mencegah, mengurangkan dan memudarkan strechmark, melembapkan lapisan luar kulit, mengelakkan sembelit, mengelakkan rekahan dan melecet pada puting dan sebagai minyak urutan bayi. Tapi koyak juga memandangkan aku yang tak sabar nak meneran. Nak tau kisahnya klik sini.

Kedua, aku beli berasingan jugak iaitu Herbal Massage Oil harga RM33 (100ml) sebelum bersalin sebab kaki, punggung dan badan aku selalu sakit-sakit dan krem. Bila pakai minyak ni aku rasa selesa dan tenang sebab minyak ni tak panas sangat then ada bauan serai+herba-herba cikit. So memang sesuai sebagai minyak urutan sebelum dan selepas bersalin. Kaki aku pun kurang bengkak sampai ler bersalin. Khasiat yang ada dalam Herbal Massage Oil ni ia merangsang peredaran darah , membantu pembuangan air berlebihan dan kembung perut, menyingkirkan toksin dari badan, merangsang metabolisme, kesan aromaterapi yang menenangkan dan membantu melegakan sakit belakang , bahu dan leher yang krem serta pergelangan kaki yang bengkak.

Ketiga, aku beli jugak Brown Formulation Body Soap secara berasingan dengan harga RM 15 (125gm) sebab masa mengandung aku mengalami kulit yang berjerawat halus dan bertompok hitam di setiap pelipat badan cam bawah ketiak, pelipat lutut dan leher. So bila aku amalkan pakai Brown Formulation Body Soap ni kulit badan aku semakin halus dan tompokan hitam di setiap pelipat ni pun kurang dah hitamnya. Sabun ni membantu membuang sel-sel kulit yang lama, menghilangkan kehitaman di bahagian leher, perut, ketiak dan pelipat badan dan meransang peredaran darah pada kulit badan keran ia dihasilkan dari gabungan herba dan bijirin hingga menghasilkan permukaan kasar dan secara perlahan-lahan membuang kulit mati.

Hah, tu ler pengalaman aku menggunakan produk Tanamera. Sangat awesome. Bila dah rasa kehebatan produk ni masa mengandung lagi ditambah pulak dengan testimoni yang aku baca dalam Pa&Ma. Terus decide nak set berpantang Tanamera ni je. Tak nak set berpantang lain dah. ^_^ Ketiga-tiga produk diatas tu boleh dibeli secara berasingan yea. Ia juga ada dalam set berpantang jugak.

Bila dah bersalin dan mengalami pengeluaran darah yang banyak. Badan kita ni rasa  letih dan lesu sangat. Bila berdiri tu terasa badan terhuyung hayang tak seimbang. Mak cakap, dulu kita bawa muatan berat, bila dah bersalin baby dah keluar. Perut jadi kosong. Tu yang buat kita terhuyung hayang dengan perut kulit mengeleber sampai ke pangkal rahim. Kalau di ingat2 balik kenangan tu. Masya Allah teruknya perut aku. So itu pentingnya kita berpantang dengan cara yang betul untuk memulihkan kembali kesihatan dan tenaga dalaman dan luaran. Makan minum kena pantang. Pergerakan kena kawal. Nanti aku cerita kat entry lain yea. Sekarang kita sambung balik. Apa produk yang ada dalam set ni lagi.

Lepas je keluar dari hospital dan balik ke rumah. Mak mertua aku dah suruh aku pakai bengkung ni dengan rambut di ikat tinggi2 sebab tak nak angin masuk dalam badan dan angin naik ke kepala. Masa aku berpantang ni Incik Padil bercuti selama 2minggu untuk menjaga aku. Jadi tugasan Incik Padil ialah tolong aku mengikat bengkung ni kemas-kemas dari bawah punggung hingga ke atas perut setiap hari. Sebab nak kempiskan dan padatkan balik perut aku yang dah membesar cam belon dan mengelebeh ni. Aku pakai bengkung ni 24jam selama 30 hari berpantang dan hanya bukak bila nak pi toilet je. Selepas 30 hari hingga 6bulan aku hanya pakai korset dan girdle je untuk dapatkan balik ship badan yang dulu.

Kalau korang nak tau kebaikan memakai bengkung kerana ia memberi sokongan penuh dari bawah payudara sehingga ke pinggul dan punggung untuk membantu dalam pembakaran lemak dan pengekalan air, membantu menegangkan kulit perut dari  menggeleber dan  kendur, membantu memadatkan dan menguatkan otot dan tisu abdomen, membantu mengecutkan dan memulihkan rahim ke saiz sebelum mengandung dan menyokong kembali postur badan ketika penyusuan badan. Korang boleh beli bengkung ni dengan RM 70 termasuk postage.

Kalau suami tak ada masa berpantang. Macam mana nak ikat bengkung ni?

Ok. Jangan risau. Set Berpantang Tanamera ni ada disediakan buku manual cara untuk memakai bengkung dengan betul. So korang boleh tengok contoh gambar seperti diatas yea.

Dalam kita heboh nak mencantikkan balik bentuk badan kita ni. Jangan pulak kita lupa pada Miss V kita. Hah, dia pun perlu dikembalikan balik kejelitaan dan kehebatannya seperti sebelum bersalin gak. Kalau tak di jaga dengan betul nanti ia akan berbau, berair dan berpeluh. Nanti cik abang cari lain nanti. Padan muka korang. So jangan lupa guna Feminine Wash Herba ni. Ia boleh dibeli berasingan RM26.50 (14 sachet x 10gm). Khasiat yang ada dalam Feminine Wash Herba ni, ia membantu menyembuhkan jahitan dan mengurangkan bengkak pada luka, menjaga kebersihan dan kesegaran di kawasan kemaluan dan mengguatkan otot faraj dan mengurangkan keputihan. Bauan ia adalah herba hasil daripada campuran herba aromatik yang kaya dengan minyak pati , anti radang dan anti bakteria.

Cara penggunaan : Ambil 1 sachet Feminine Wash Herba direndamkan dalam satu besen air suam. Basuh kemaluan anda dengan air tersebut.

Tapi aku buat 1sachet tu pakai 2x pagi dan petang masa mandi. Rendamkan 1 sachet feminine wash tu dengan air panas+air sejuk dalam satu besen. Pastu aku rendamkan punggung aku selama 15minit dalam air besen tu. Rasa sangat lega. Denyut jahitan tu pun berkurangan. Tak caya.. Korang try ler set ni.

Aku dalam berpantang kena mandi sebelum pk8 pagi sebab mak bidan akan datang mengurut aku selama 2jam. Jadi air mandian akan disediakan oleh mak mertua kerana aku berpantang kat umah mertua. Pagi2 lagi dia dah masak air seperiuk besar. Kang si Incik Padil angkat air panas+air sejuk untuk aku bersiram hasil air rendaman Herbal Bath ni. Mandian herba ni boleh beli berasingan jugak RM26.50 (14 sachet x 10gm). Bila korang mandi dengan air herba ni badan korang akan kembali segar bertenaga dan hilang bau badan tau. Badan akan berbau herba-herba yang sangat menenangkan. Senang cerita masa berpantang ni aku rasa cam puteri raja di layan dengan baik. Tu yang rasa nak beranak lagi tu. Kihkihkih.

Cara penggunaan : Ambil 1 sachet Herba Mandian direndamkan dalam satu besen air panas+air sejuk. Mandi dengan bersabun kan Boreh Badan Srub dan Brown Formulation Body Soap.

Ni ler gambar Boreh Badan Srub yang boleh di beli berasingan RM46 (4 sachet x 20gm + air mawar 50ml).

Cara penggunaan : Ambil 1sachet Boreh Badan Srub dan di letakkan dalam piring dan dibancuh dengan air. Tak perlu ler air mawar tu. Tu choose masing-masing ohkeyy. Gaulkan hingga sebati dan sapukan pada badan. Gosok dan sental ler segala daki-daki dan kulit mati yang ada kat badan tu yea. Aku berscrub ni 3hari sekali je berscrub. Antara kehebatan yang ada pada Boreh Badan Srub ialah gabungan herba dengan ciri-ciri pemanasan, memberi tenaga dan merangsang peredaran darah.

Lepas je mandi, aku dah ready untuk berurut pulak. Aku berurut selama 5hari berturut-turut. Setiap sesi urutan ambil masa 2jam dengan bayaran RM 500 untuk 5hari beserta dengan mandi dan urutan baby juga. Murah kan?

Semasa berurut mak bidan akan diselang selikan dengan menungku perut, pangkal rahim dan tapak kaki dengan batu sungai yang telah di panaskan. Masa ni ler segala darah nifas yang terkumpul dalam rahim akan keluar. Sangat sedap mak bidan ni urut, fresh dan bertenaga sangat-sangat. Mak bidan mengurut menggunakan Herbal Massage Oil Tanamera.

Ni contoh gambar batu sungai yang aku pinjam dari biras aku. Batu ni akan dipanaskan di atas dapur gas dan dibalut dengan kain tebal. Baru dituamkan ke perut aku.

Lepas je berurut dan bertungku, mak bidan mula menyapukan Firming Herba Blend atau nama melayunya Tapel yang ditampalkan pada perut sebelum memakai bengkung. Ini bertujuan untuk menegangkan, memadatkan otot-otot dan kulit kendur di perut. Khasiat terhebat yang ada dalam Firming Herba Blend ialah menggalakkan pembebasan air dan pembakaran lemak, merangsang aliran darah ke kawasan perut dan memadatkan perut yang mengelebeh, menguatkan otot dan mencantikkan semula pembentukan perut dan punggung untuk menjadi lebih slim dan untuk hasil yang terbaik gunakan bengkung.

Cara penggunaan :  Ambil 1 sachet Firming Herba Blend di letakkan dalam piring dan dibancuh dengan air. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada perut anda sebelum memakai bengkung. Biakan ia kering sekejap dan pakaikan bengkung untuk membentuk tubuh badan anda.

Aku pakai Firming Herba Blend ni sekali je bersama bengkung. Sebab aku mengalamai pembengkakkan kelanjar sebesar bola ping pong di bawah ketiak yang amat sakit. Nanti aku ceritakan camana boleh jadi cam ni yea. Tapi ia bukan salah produk ni.

Seterusnya, selepas selesai berurut,bertungku,bertapel dan berbengkung. Kini pakai pulak pilis di dahi iaitu Calming Herbal Blend Paste untuk menyegarkan mata yang letih dan lesu kerana kekurangan tidur atau stress, memberi kan kelegaan dan ketenangan dan melegakan migrain.

Cara penggunaan : Ambil ½ sachet di letakkan dalam piring dan dibancuh dengan air. Gaulkan bersama dan sapukan pada dahi anda selepas mandi pagi dan petang. Biakan ia kering selama 3jam. Baru cuci.

Tapi aku pakai dari selepas mandi pagi hingga ke mandi petang. Baru cuci. Pastu pakai balik pilis ni lepas mandi petang. Alasan mak aku, wajib pakai pilis untuk tak nak bagi angin naik ke kepala dan mengurangkan sakit kepala. Aku pakai 4 hari je. Pastu tak pakai dah. Rimas.

Alhamdulillah. Dah selesai segala-galanya kini tiba masa untuk bersarapan. Hah, jangan pulak korang nak makan nasi lemak atau makan makanan yang berminyak. Mak hanya benarkan aku makan roti, biskut craker bersama air milo atau air holick sahaja. Tapi selepas berurut untuk 5hari ni aku minum pagi aku pilih Herbal Tea Tanamera. Rasanya sama seperi teh yang lain-lain cuma ditambah halia dan kunyit dalam bentuk uncang. Kebaikan Teh Herba ini kerana ia menggalakkan aliran susu ibu, memanaskan badan, merangsang peredaran darah, menggalakkan pembuangan darah beku dari rahim dalam tempoh pendarahan selepas bersalin, mengurangkan keradangan uterus dan kawasan kemaluan, melegakan sembelit, menggalakkan pembebasan penahanan air dan mencegah dari kembung perut.

Yeahhhh, mandi dah sudah, berurut, berbengkung pun dah selesai dan perut pun dah kenyang. Baby pulak lepas mandi dan berurut dan dah di bagi susu. Dia pun tido balik.

So mak cakap time berpantang ni tak perlu buat kerja rumah. Bila baby tido mak baby pun kena tido sebab malam akan berjaga menjaga si Fayadh. Jadi badan aku dah sedap kena urut ditambah perut yang kenyang mula ler mata jadi layu. Jadi sebelum tido aku spray dulu Lavender Floral Water harga RM36 (70ml) pada bantal tido sebagai aromaterapi bagi menenangkan emosi dan kelesuan dan membantu tidur yg lebih nyenyak. Selain itu, ia juga boleh dijadikan toner pada wajah korang.


Selain tu, kalau korang tak tahu time bile nak pakai semua produk berpantang Tanamera ni. Jangan risau. Setiap pembelian set ini akan disediakan buku manual yang menunjukkan jadual penggunaan produk ni serta cara untuk melilit bengkung dengan betul dan kemas. Mudah dan selamat.

Alhamdullillah. Selesai gak perkongsian aku terhadap Set Berpantang Tanamera ni. Jadi kalau korang nak beli set ni dulu harganya RM 360 termasuk postage. Harga sekarang mengikut set mana yang korang nak ler. Untuk makluman lanjut korang boleh lawati website Tanamera sendiri di link http://tanamerapostnatal.com/ atau pada dealer yang diiktiraf tanamera iaitu kak ashikin di link https://www.facebook.com/ashikintanameramoms

Kenangan berpantang ni tak abis disini yea. Selepas ni aku akan kongsikan apa yang aku makan dan minum masa berpantang dulu? Aku akan ceritakan juga kesakitan yang aku alami akibat pembengkakkan yang tumbuh di kalenjar ketiak aku ni.

Sorry ler. Entry kali ni terpanjang ler pulak. Bye bye bye.



















7 comments:

Nurul Aini said...

T.kasih atas perkongsian.. sangat membantu..

Nurul Aini said...

T.kasih atas perkongsian.. sangat membantu..

mira bechok said...

Kasih diterima yea :-)

mira bechok said...

sama2 kasih sis fatimah..sy amalkan utk anak kedua..alhamdulillah kurang koyak..

http://www.decondesignscom-decon.blogspot.my/ said...

seems to be great!, love the products
www.sahelwa.com

mira bechok said...

Yup.. 100% the product is the best... Recommended..

Azi said...

Boleh kongsikan no.telefon & nama mak bidan yg puan gunakan?