Pesanan Penaja ^_^

22 May 2014

Berpantang Part 2 : Kesakitan Dalam Berpantang

KESAKITAN BERPANTANG PART 1

Hai gengs ^_^

Terima kasih sebab korang tak sabar nak tau apa dugaan yang aku hadapi masa berpantang ni yea? Ingatkan dugaan ni dah abis dah selepas bersalin. Rupanya tengah berpantang pun still aku mengalami kesakitan yang amat sangat. Dugaan. Dugaan.

Masa aku berpantang ni, alhamdulillah rezeki fayadh sangat murah apabila susu badan aku ada untuk fayadh. Seronok sangat bila dapat susukan Fayadh. Terasa dia dekat sangat dengan aku sebab aku boleh berborak dengan dia macam2 walaupun time tu fayadh bukan faham pun apa yang aku borakkan. Tapi aku pelik sikit kenapa fayadh ni kalau menyusu agak lama sampai 30minit pun tak berhenti menyusu. Haus sangat ke dia ni? Akan asik lapar je sebab menyusu lama sangat sampai puting breast aku dah mula sakit berdenyut. Bila 3hari berlalu dengan keadaan yang masih sama menyebabkan nipple aku dah start merekah, luka dan pedih.

Ya Allah, pedihnya. Macamana nak susukan fayadh ni? Aku dah mula rasa sakit. Tapi berbekalkan semangat yang ada untuk menyusukan Fayadh hingga 2tahun. Aku teruskan gak menyusukan Fayadh walaupun pedih. Akibatnya nipple aku berdarah dan luka. So aku ajukan sakit aku ni pada mak. Tapi mak cakap "Susu kamu tak banyak keluar kot. Sebab tu Fayadh menyusu agak lama. Cuba kamu bersihkan sekeliling puting kamu dengan air suam dan lap dengan tuala lembut." Aku pun ikut ler arahan mak aku tu. Tapi still sama gak. Susu ada sampai bengkak breast tapi keluarnya susu sikit je. Jadi mak aku suh aku pergi berurut.

Hari ke-4 berpantang aku mula berurut dengan seorang mak bidan ni. Mak bidan ni memang best mengurut. Abis seluruh badan aku diurut termasuk my breast. Lepas je mengurut dan bertungku. Dia pakai kan aku tapel dari Set Berpantang Tanamera tu dan berbengkung. Aku rasa sangat puas hati dengan hasil urutan mak bidan ni. So aku terus decide nak berurut dengan dia selama 5 hari. Incik Padil pun setuju.


Selepas berurut aku nampak perubahan pada breast aku semakin tegang kerana mengandungi susu badan yang banyak. Fayadh pun dah mula mengamuk sebab susu makin banyak tapi bila sedut keluar ciput je. Tak sabar betul si fayadh ni. Jadi aku mintak Incik Padil tolong belikan breast pum Medela yang aku tunjukkan pada dia sebelum ni. Tapi masalahnya Incik Padil tak pandai nak pergi membelinya breast pum tu dan memaksa aku keluar sekejap ke Fabolous Mom Cheras. Jadi, pilih punya pilih dengan aturan penggunaan yang betul. Aku pun balik ke rumah. Tapi apa yang memeranjatkan aku????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
?????????????
Kenapa kelenjar bawah ketiak aku ni ada ketulan sebesar bola ping pong di kiri dan kanan ketiak aku? Adoiiii. Sakit wei. Menyebabkan aku berjalan dengan keadaan tangan yang berkepak seperti gergasi dan ia jadi tak normal beb. Sakit ke???  Korang tak payah ler tanya sakit ke idok. Of course ler sakit kan. Sampai aku sendiri dah jadi tak malu dengan mak mertua dan dengan selamber je open my t-shirt then tunjuk bengkak kelenjar ketiak aku dan bengkak breast sehingga aku susah nak bernafas. Mak aku pun terkejut tengok bengkak ketiak aku ni dengan selamba mak cakap "Mak pun ramai gak anak tapi tak pernah pulak jadi bengkak gaya gitu." Mak pun mulakan andaian. "Agaknya susu ko dah penuh ni. Pergi pam cepat." Aku pun terus ler mengepam susu tapi malangnya dah 1jam mengepam still 2oz je yg dapat. Patut ler Fayadh ni mengamuk sakan bila menyusu sebab tak puas menyusu. Tapi apa penyebabnya yea? Nak katakan nipple tersumbat. Aku dah bersihkan dah nipple ni. 

Aduhaiiii. Aku dah mula rasa nak demam dah ni ditambah dengan kesakitan jahitan di bawah dan fayadh yang menagis je sebab tak puas menyusu. Malam tak boleh tido. Uwaaaaaa aku nak nangis ni. Time ni aku rasa nak panggil balik mak bidan untuk urut aku balik malam-malam ni. Bayar berapa pun sanggup asalkan tangan aku ni boleh di turunkan balik. Kalau tak. Asik nak berkepak je. Lenguh dah wei tangan asik berkepak je. Puas Incik Padil pujuk aku "Sabar ler sayang. Esok mak bidan tu datang balik. Jangan ler nangis. Nanti sayang meroyan." Time ni memang aku hampir nak meroyan dah tanggung kesakitan yang amat sangat dan stress dengar fayadh menangis je. Incik Padil terpaksa bawak fayadh keluar dari bilik dan mak mertua amik part jaga fayadh. Sementara Incik Padil pujuk aku suruh tido. Punya ler baik suami aku ni tapi cmana nak tido tangan tak boleh letak ke bawah. Bengkak kelenjar ni besar ditambah bengkak breast yg buat aku sesak nafas. Tak boleh nak baring dan tido dalam keadaan duduk. Subhanallah.

Esok pagi-pagi mak bidan sampai nak mengurut aku untuk hari yang ke-2. Mak bidan pun terkejut macam mana boleh bengkak di kiri kanan ketiak aku ni? Dia pun pesan "lain kali kalau bengkak breast atau rasa nak demam. Cepat-cepat makan panadol untuk mengelakkan demam sebab bile ibu demam anak yang menyusu pun akan demam jugak." Selepas mengurut mak bidan pun mintak izin dari aku untuk tengok breast dan nipple aku. Dia pun amik Cotton Bud dan bersihkan sekeliling nipple dengan air suam sambil picit-picit nipple aku ni. Time ni dah tak da perasaan malu dah yang penting aku tak sakit lagi. Buat ler apa sahaja pun aku redha. Picit punya picit, bersih punya bersih nipple ni. Tiba-tiba tupppppp memancut air susu aku dengan banyaknya. Rupa-rupanya puting aku tersumbat lagi dan yang lebih terkejut lagi disekeliling aerola nipple aku boleh mengeluarkan susu. Time ni leaking2 dah di buatnya.

Ok. Bab nipple yang tersumbat dah selesai. Susu mencurah-curah terpaksa tadah dengan kain lampin pulak sampai masam-masam dah bau nya. Berbalik semula pada kalenjar ketiak yang semakin membengkak ni. Mak bidan bagitau "Lorghh, susu kamu ni terlalu banyak selepas berurut semalam. Puting kamu pulak tersumbat menyebabkan dedek kamu bengkak dan dedek (.) (.) kamu tak boleh tampung susu yang banyak menyebabkan urat di antara dedek dan ketiak bolos/bocor. Ibarat empangan pecah masuk ke kelenjar ketiak. Tu yang ketiak kamu ni bengkak kerana bengkak ni mengandungi susu." "Tolong ler saya, mak bidan. Saya sakit sangat ni." merayu-rayu aku time ni dekat mak bidan. Mak bidan pun urut ler perlahan-lahan urat yang dah bolos ni sambil picit bengkak di ketiak ni sambil menuam batu sungai dekat urat yg bolos ni. 

Tiba-tiba2 ketiak ni keluar air siooot. 

Menjerit aku kat mak bidan "Mak bidan, ketiak saya berpeluh. Ada air keluar dari ketiak. Banyak". 

Mak bidan jawap "Tu bukan peluh. Tu air susu kamu yang dah naik ke ketiak. Kalau tak di urut dan tak di keluarkan air dari kelenjar ni. Nanti ia boleh jadi barah. Jadi acik kena tutup balik empangan urat yg dah bolos ni. Baru air susu kamu tak masuk lagi ke ketiak" 

Dengar je perkataan barah terus aku suh mak bidan tu urut sampai bengkak tu surut dan tak sakit. Hari tu dia mengurut sampai 3jam tanpa bayaran cas tambahan. Baik mak bidan ni. Bengkak di kelenjar pun makin kurang berbanding sebelum urutan tadi. Jadi aku teruskan penyusuan aku pada Fayadh sambil kepit kain di kiri kanan ketiak sebab lepas je mengurut di bahagian bengkak tu keluar susu sampai lencun baju aku dibuatnya. Bila aku menyusukan Fayadh breast belah kiri, yang breast belah kanan pulak mengeluarkan susu jugak sampai lencun baju. Jadi tugas Incik Padil ialah menadah susu yg leaking tadi dengan botol. Nampak je leaking tu setitik dua titik. Tapi bila di tadah dengan botol sampai gak 2oz tau. Jadi jangan membazir. Untuk mengurangkan bengkak dedek aku ni. Aku akan mengepam setiap 2jam sekali, selepas makan dan semasa menyusukan Fayadh. Dedek sebelah kiri Fayadh isap dan dedek sebelah kanan aku pam untuk buat stock EBM masa aku kerja nanti.

Begitu ler tugasan Incik Padil selama dia bercuti 2minggu menjaga aku dalam pantang. Sama-sama tak tido menjaga Fayadh. Sama-sama bermata panda. Sama-sama susah senang. Tapi kesakitan ni tak berakhir disini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESAKITAN BERPANTANG PART 2

Alhamdulillah. Selesai satu penyakit. Bengkak di kelenjar ketiak makin surut. Tapi kesakitan yang lain pulak yang datang. Aduhaiiii.

Di suatu pagi selepas 7 hari  bersalin. 

Aku : Abang, ayang sakit perut ler. Memulas-mulas ni. 

Incik Padil : Dah sakit perut tu pergi ler toilet pi beyak. Akan abang nak temankan sayang beyak.

Aku : Bukan nak suh abang temankan. Tapi ayang takut nak meneran.

Incik Padil : Takut???? Kenapa sayang takut nak meneran pulak? Beyak je cam besa.

Aku : Ayang takut jahitan luka bawah tu terbukak balik.

Incik Padil : Tak payah ler teran kuat-kuat. Buang yang asas je.


Buang yang asas??? Aku pun terfikir camana ekk nak beyak buang yang asas je. Boleh puas ke beyak? Ermmm. 30minit berlalu.



Incik Padil : Hah, dah puas dah memerut? Lama sayang dalam toilet. Lega dah ke perut tu?

Aku : Tak lega pun. Ayang beyak kua darah banyak sampai penuh satu mangkuk jamban. Sakit sangat-sangat. Ayang nak pitam dah.

Aku mengadu sakit dekat Incik Padil sambil menangis-nangis kesakitan. 

Semenjak peristiwa beyak berdarah tu. Aku jadi fobia nak membuang menyebabkan aku beyak seminggu sekali dan mengakibatkan sembelit yang teruk dan darah yang keluar memancut-mancut.



3minggu masa berlalu dengan keadaan yang semakin teruk aku pun pergi jumpa doktor. Doktor pun bagitau aku mengalami buasir dalaman di mana luka dibahagian usus. Bila aku membuang menyebabkan geseran bahan buangan aku tadi dengan luka bergeser dan menyebabkan pendarahan berlaku. Kalau tidak dirawat ia akan menyebabkan buasir itu terkeluar dari dubur dan memerlukan operation dilakukan. 

Wah, gerun beb bila dengar je penjelasan doktor tu. Aku di bagi ubat untuk melembutkan bahan buangan aku dan bagi ubat masuk dibahagian dubur untuk melawaskan pembuangan. Dah ler jahitan bawah sakit, kena buasir lagi, sakit kelenjar pun tak hilang. Ya Allah sengsara nya ler hidup. Ingatkan jumpa doktor dan makan ubat semua akan pulih kembali. Tapi sangkaan meleset.

Keadaan makin teruk kalau makan ubat lawas. Boleh membuang. Kalau tak makan ubat tak boleh membuang pulak. Hampir sebulan berpantang keadaan sakit tak hilang-hilang. Akhirnya Incik Padil bawak aku berubat cara kampung pulak. Incik Padil pi jumpa pak cik dia yang pakar dalam buasir ni dengan hanya menggunakan sebiji buah delima sahaja yang di rebus dengan air, kunyit, garam dan sedikit bacaan ayat Al-Quran. 

Alhamdulillah. Esoknya aku boleh membuang tanpa pendarahan berlaku tapi still perit ler. Selepas 2minggu berubat secara tradisional buasir aku makin pulih dan kini back to normal balik pencernaan aku. Buasir ni terjadi sebab aku meneran terlalu kuat masa bersalin hari tu.

Hah, tu ler kisah aku yang tak abis-abis dengan kesakitan. Walaupun sakit tapi tak serik-serik lagi tu. Ada hati nak bersalin lagi. Hahahahhaha. 

Sekian. terima kasih. Selamat membaca..!!!






























6 comments:

Unknown said...

Hi...nk tanya..blh tak nak contact number bidan tu..sy skrg tgh rasa sakit kt ketiak...boleh tak?please..thanks

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Boleh bg number bidan tu x?

Nadia said...

Boleh bg no bidan x?

mira bechok said...

maaf nadia..no fon dia dh tuka..sy hilang contact

Dash said...

Hi Bidan dari cheras ke? Boleh share nama x? May b boleh search.