Pesanan Penaja ^_^

15 May 2014

Kenangan Bersalin : Debaran Menanti Di Labour Room

Assalammualaikum semua.

Hai. ^_^

Hari tu aku dah kongsi kan cmana aku persiapkan diri sebelum bersalin kan. Tu amalan aku yang aku amalkan masa tengah mengandung lagi. Konon tak nak sakit masa bersalin. Bia senang nak bersalin. Cara menjaga kecantikan dan kebersihan diri semasa mengandung. Tips cmana nak anak sihat supaya tak kena kuning. Kalau korang terlepas entry tu. Sila klik sini ekk.

Kali ni aku nak kongsi crite plak saat-saat aku nak bersalinkan Fayadh dulu. Memang sangat mendebarkankan. Yea lah. Aku tak ada pengalaman bersalin ni kan. So macam2 yang aku fikirkan. Sakit bersalin ni camana? Tanda nak bersalin tu cmana? Kelaur darah ke keluar air ke? Sakit cam nak berak ke? Betul ke sakitnya bersalin rasa cam nak mati? Wah cam2 soalan duk fikir ni. Orang cakap bersalin ni ibarat nyawa dihujung tanduk.

Erkkk. Cam ngeri je nak bersalin kan? ^_^ Tak de lah. Pengalaman setiap orang yang bersalin berbeza-beza. Ada orang senang nak bersalin tapi mengalami alahan teruk. Ada orang susah nak bersalin tapi masa mengandungnya senang tak ada alahan teruk. Ada orang tak da alahan langsung sampai bersalin dan bersalin pun senang. Tu tandanya orang tu bertuah sangat-sangat. Tapi pengalaman aku yang pertama kali bersalin ni. Memang aku rasa jeran (sama maksud serik) nak bersalin lagi. Rasa tak nak dah bersalin. Sakit woo.

Petua minum minyak kelapa dara untuk tak nak koyak dan mudah bersalin kononnya. Semua tak berfungsi buat aku. Allah Maha Besar. Tiada kuasa yang boleh menghalang ketentuannya. Aku still rasa sakit dan mengalami luka koyak yang teruk.

Tapi sakit tu sekejap je. Bila korang dah tengok baby yang comel tu. Hilang dah sakit tu.

Al-Kisahnya.

03 Disember 2012 / 3.00 pagi
Tiba-tiba aku terbangun dari tido sebab sakit perut nak terbeyak. Tapi gi toilet tak nak plak beyak. Tido balik. Tapi sakit lagi perut. Orang tua-tua bagitau kalau sakit sikit-sikit jangan cepat sangat pergi hospital. Nanti jenuh kena seluk bahagian bawah tu. Bia sakit setiap 10minit. Baru pergi hospital. So aku kira sakit time ni baru 15minit sekali sakitnya datang. Relax mira. Tarik nafas. Tahan 5saat. Hembus.

 03 Disember 2012 / 4.30 pagi
Sakit contractions semakin kerap. Dari 15minit sakit. Ni dah 10minit pulak. Mak mertua pun suh Incik Padil cepat bawak gi hospital. Ni nak bersalin dah ni. Bergegas ler aku dari Kajang ke Hospital Umra di Shah Alam.

Kenapa jauh sangat pilih hospital nak bersalin? Alasan aku sebab nak cousin aku yang jadi senior nurse dekat Hospital Umra ni sama sambut baby aku. Lagipun layanan dan harganya pun murah. Murah ke? hehe.

03 Disember 2012 / 5.00 pagi

30minit je laki aku drive dah sampai Hospital Umra. Kejap je kan. Sebab pagi-pagi buta jalan tak jam. Aku pun masuk je jumpa doktor then dia seluk Miss V check pembukaan dan bagitau dah bukak 3cm. So boleh masuk ward dan tunggu progres seterusnya. Aku di bagi ubat tahan sakit untuk berehat dan tido.

03 Disember 2012 / 8.00 pagi
Sedar-sedar dah pukul 8pagi. Ubat tahan sakit pun dah hampir abis. Contraction pun makin kerap. Bila perut aku ni di pakaikan Mesin Analisis Kardiotograf (CTG) untuk melihat contraction baby semakin kerap atau tidak kerana alat CTG ni yang menunjukkan saat-saat nak bersalin semakin hampir. Baby semakin kerap mengeras dan memulas-mulas setiap 5minit. Alat CTG ni pun memekak je setiap 5minit gak mengikut contraction baby. Bising. Time tu ler aku dah tak senang duduk dah. Rasa nak berlari ada, nak berjalan pun ada, nak tido pun ada. Jap jap perut aku mengeras dan memulas. Pastu ok balik. Apa aku buat masa tu semua dah tak terkena dah. Bila alat CTG ni dah dipasangkan. So aku tak dibenarkan berjalan. Terpaksa mengiring sambil Incik Padil urutkan pinggang aku ni yang bagaikan nak tercabut dah.

Gambar Contoh : Alat CTG yang dipasangkan dekat perut.

03 Disember 2012 / 12.00 tghari
Time ni aku dah hampir penat menahan sakit selama 7jam. Doctor pakar perbidanan pun sampai then check pembukaan serviks dah 5cm. So aku diminta bersiap untuk ke Labour Room. Siap-siap beyak dulu. Tuka baju untuk masuk dewan bersalin.

03 Disember 2012 / 12.15 tghari 
Bila sampai Labour Room aku still dipakaikan alat CTG. Keadaan Labour Room tu pun sejuk. Aku cuba tenangkan jiwa. Fikirkan yang positif je. Tak lama lepas tu doktor pun sampai. Aku terkesima jap. Erkkkkk
OMAIGOD..!! Doctor lelaki berketurunan bengali tapi beragama islam. Dia bagitau nak seluk Miss V aku then pecahkan air ketuban aku sebab tengok aku dah sangat letih. Bukaan pun dah 5cm. Wah, malunya. Tengok tangan dia plak bapak besar kan.. Erkkkk. Time ni aku boleh imagine tangan dia besar nak seluk bawah aku. OMG..!!! Jadi dia nak bagi cepat bersalin. Pecahkan air ketuban. Time ni aku dah tak malu dah dengan harapan. Cepat-cepat ler bersalin dan hilangkan rasa sakit ni cepat. Aku dah tak tahan sakit dah ni.

Pushhhhhh..!!! Alhamdulillah. Rasa lega je. Panas sangat air ketuban tu keluar. Rasa pun relax jap. Tak sakit pun. Tenang seketika.

03 Disember 2012 / 1.00 petang
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Uwaaaaa. Nak nangis dah. Aduhai. Rupa-rupanya ketenangan yang aku rasai tak bertahan lama. Tak sampai satu jam air ketuban pecah. Contraction datang balik dan sakitnya lagi dasyat dengan rasa baby lagi kuat mengeras+perut memulas+rasa nak meneran beyak time sembelit. Aku sampai tak boleh nak tenang, nak baca surah Yassin pun tak boleh dah. Hanya kalimah Allah je yang mampu aku sebut. Time ni dah bukak 6cm. Cousin aku senior nurse situ dah bagitau jangan meneran. Tapi aku kan degil. Keras kepala. Aku teran juga walaupun baru 6cm akibat tak tahan sangat dengan sakit perut nak terbeyak tu. Aku menahan sakit teramat sangat sampai kaki aku mengigil-gigil dan pinggang rasa nak bercerai dah dari badan.

03 Disember 2012 / 2.00 petang
Doctor datang then offer kalau-kalau aku nak amik epidural untuk mengurangkan kesakitan aku. So Incik Padil decide amik epidural sebab dah tak sanggup tengok aku menahan kesakitan. Wajah dia pun sedih+takut+kecian kat aku. Dia pun bagitau kalau boleh dipindahkan rasa sakit tu. Bia abang yang tanggung sakitnya. Tapi apa kan daya. Sakit tu tak boleh nak dipindah-pindahkan abang sayangg oiiii. Lepas je aku di cucukkan epidural di bahagian tulang belakang aku. Fuh lega aku rasa seketika. Kaki aku pun rasa kebas. Aku boleh tido jap. Rehat dan tenang.

03 Disember 2012 / 4.00 petang
Alhamdulillah dapat aku rehatkan badan selama 2jam tido. Time ni aku bangun sebab terasa sakit balik tapi tak dasyat sangat. Incik Padil pun sempat ler bagitau aku. "Sayang, cuaca kat luar awan dah gelap cam nak hujan lebat je. Tengok ada guruh dan petir." Tapi time ni aku dah tak hirau dah sekeliling aku apa nak jadi jadi lah. Aku lebih fokus untuk bersalin. Sabar punya sabar. Alat CTG pun makin kerap berbunyi dengan kuat. Check serviks dah bukak 8cm. Aku pun dah rasa tak tentu arah dah menanggung kesakitan balik. Nurse bagitau husband boleh dah bagi air selusuh.

03 Disember 2012 / 5.00 petang
Doctor pakar masuk bersama 3 nurse mengelilingi katil aku ni. Tapi bukan doctor lelaki benggali yang pecahkan air ketuban aku tadi. Kali ni doctor perempuan pulak. Alhamdulillah. At least tak ada rasa malu sangat sebab doctor perempuan lebih memahami kesakitan kita ni. Doctor pun bagitau dah boleh ready untuk bersalin sebab dah bukak 9cm. Atas bantuan docktor. Pembukaan serviks aku dibantu untuk mencapai 10cm. Doctor tolong koyakkan sebab aku dah tak tahan sakit. Aku pun dah lama meneran dari bukaan 6cm lagi.

Okay,mira. Ready untuk teran okeyy. Don't give up. Tarik nafas dalam-dalam. 1,2,3. Pushhhh... pushhhh.. Pushhhh... pushhhh..  Dengan sekuat tenaga meneran atas bantuan Incik Padil yang menolak aku dari belakang supaya aku boleh angkat badan ke depan.

Kepala fayadh dah keluar cikit tapi tersekat dekat ubun2 kepala dia. Tarik nafas lagi mira. 1,2,3. Pushhhh... pushhhh.. pushhhh... pushhhh.. Keluar kepala fayadh sampai ke leher. Badan pulak tersekat tang bahu. Tapi time ni doctor tak bagitau kepala baby dah keluar. Doctor just bagitau. Mira,u kena kuat teran lagi. Kalau tak baby u akan lemas. Don't give up. Kali ni kita kena keluarkan baby cepat.

Then Incik Padil pun beriya bagi semangat. Ayang kena kuatkan semangat. Jangan letih. Anak kita dah nak keluar dah. Cepat yea sayang.
Dengan berbekalkan semangat+excited nak tengok fayadh lahir.

03 Disember 2012 / 5.32 petang
Dengan kiraan 1,2,3 Aku menjerit dengan laungan takbir Allaahhhhhhh Hu Akkbarrrrrr... Masa ni aku rasakan cam nak gi berperang dah.

Tiba-tiba?????
??
??
??
??
??
??
??
??
??
??
Aku terasa ada something yang meluncur laju dari keluar dari perut aku. Pushhhhh baki air ketuban keluar memercik muka doctor dan aku dengar teriakkan suara bayi menangis. Aku rasa perut aku. Wah dah kempis tak ada benda keras dh dalam perut ni. Kalau di tanya apa perasaan aku time ni. Of course aku rasa sangat terharu. Hanya airmata aku mengalir. Sangat gembira+sedih+bangga.

Alhamdulillah akhirnya fayadh keluar pkl 5.32 petang pada 03 Disember 2012 dengan bunyi petir guruh berdentum di luar. Cam drama ler pulak. kihkihkih

Alhamdulillah. Selamat dah satu proses kelahiran. Lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad yang diberi nama Muhammad Fayadh Hilman bin Muhammad Fadzil dengan berat 3.6kg. Tersasar sedikit dari berat scan sebelum masuk labour room 3.1kg je. Alik2 keluar amik kau naik 500g. Jadik 3.6kg. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat ilahi atas kurniaan baby yg comel dan sihat..






Ohkey ler.. Story aku kali ni panjang dah. Next entry. Insya Allah. Aku kongsikan pulak detik-detik menakutkan masa Miss V aku nak kena jahit. Uwaaa.. Seriau beb.

Wassalam..





No comments: