Pesanan Penaja ^_^

20 May 2014

Kenangan Bersalin : Gerun Saat Nak Kena Jahit

Assalammualaikum semua.

Alhamdulillah. :-)

Selamat dah aku melahirkan putera pertama yang diberi nama Muhammad Fayadh Hilman secara normal. Sekarang sesi jahit menjahit plak. Wah, dah macam jahit baju plak yea. Ngeri dengor nye. kihkihkih.

Tapi sebelum tu bia aku citer dulu bab selepas je baby Fayadh keluar. 1st doktor bagi aku tengok dulu jantina baby apa. Boy or girl? 2nd baru diorg angin kan fayadh sampai budak tu menangis dan bersihkan lendir2 cikit. Then baru dia bagi fayadh pada aku untuk disusukan. Nak susukan Fayadh  ni adalah permintaan aku sendiri untuk segera susukan baby walaupun time tu aku dalam keadaan masih berdarah2 dan still dalam labour room sebab kak ipar aku pesan kalau tak nak baby kena kuning, cepat2 susukan baby walaupun dalam labour room. So sila request pada nurse untuk susukan baby cepat-cepat. Alhamdulillah Fayadh tak kena kuning.

Tiba-tiba???
??
??
??
??
Doktor,camana saya nak pegang budak ni? Cmana nak susukan dia? Tak reti ler. Aku bertanya dengan kerut seribu kat dahi. Time ni memang terasa sangat kekok nak pegang fayadh sebab dia masih lembut dan lembik je.

Then datang ler nurse tolong ajar aku. Cmana nak dukung baby and ajar cara nak susukan baby cara lekapan yg betul?

Aku pun heboh tanya lagi kat nurse "breast saya cam tak ada susu je?" Nurse pun tekan2 ler breast aku nak bagi kua susu. Adoiii, kau perah breast aku cam ko perah breast lembu yea. Ngok betul. Sakit wei. Hampehnya nurse. Nurse ni India tau. Nangis jap aku.

"Ohkeyyy, mira. Ready untuk jahit yea. Your baby kami bersihkan betul-betul and kami akan hantar ke wad baby. Si bapa boleh tunggu di luar labour room."arah si doktor. Tiba-tiba je hati aku sayu tengok fayadh diambik dan kena keluar. Uwaaaa baru jap tadi aku peluk dan susu kan dia. Tiba-tiba orang lain bawak lari pulakk. Very touching time ni. Baru aku rasa sifat keibuan tu bile berpisah dengan anak.

Tapi perasaan sayu tu sekejap je. Bila aku tengok peralatan yang nak digunakan masa menjahit nanti terus berdebar balik. Masa jahit ni. Ada orang cakap sakit kena jahit. Ada yang cakap ngilu je. Tapi pengalaman aku just ngilu je. Sebab aku request 2x masuk ubat bius. So tak sakit tapi still rasa ngilu. Adalah dalam 10minit doctor duk menjahit bahagian bawah yang terkoyak teruk tu.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT. Selesai gak saat-saat getir dan mendebarkan setiap jiwa wanita yang bersalin. Aku tabik spring pada ibu-ibu yang ramai anak tu. Terpaksa bertarung nyawa sampai 7 ke 8 orang anak. Fuh, aku yg sorang ni pun perit+mendebarkan+seronok dibuatnya.

Wah, Fayadh dah pandai senyum walaupun baru 3jam lahir. Chilll..!!!

Pkl 7.00 malam semua urusan di labour room selesai dan aku di bawa ke bilik wad untuk mandi dan berehat. Pk9.00 malam baru family belah abah datang dan mak mertua aku pun datang dengan kak ipar dari Kajang ke Shah Alam menaiki train semata-mata nak tengok Si Fayadh dan tido ler ramai-ramai dekat wad. Sebaik private hospital ^_^ Sangat terharu. Terima kasih semua yang bagi support moral pada aku yang pertama kali bergelar ibu ni exspecially my Incik Padil. Kami yang sama-sama zero experience.




Nanti aku cerita kan Camana aku berpantang yea? Kesakitan tu tak abis lagi disini. Bersambung pulak dirumah.

Nak tau apa kesakitan tu? Tunggu next entry yea. Bye bye bye.



Tips : Kalau tak nak anak kena kuning. Pastikan korang susukan baby secepat mungkin walaupun masih dalam Labour Room. Request ler pada doctor untuk susukan baby dengan kadar segera kerana susu ibu yang pertama sangat baik untuk antibodi baby yang baru lahir. Pastu susukan baby sekerap yang boleh at least 2 jam sekali. Walaupun ketika itu baby korang tengah syok-syok tido kan. Sila kejutkan baby korang untuk disusukan. Normally ler baby baru lahir asik nak tido je. Kebiasaan di hospital baby akan diletakkan di wad baby dan ibu akan diberi rehat. Baby akan diberi pada ibu jika dia menangis kerana lapar je. So ibu main peranan. Korang boleh rehat dan tido tapi still 2 jam kena bangun untuk susukan baby. Ni ler amalan yang aku buat masa kat hospital. Memang tak cukup tido. Mata cam Panda dah. Tapi alhamdulillah Fayadh tak kena penyakit kuning. Selamat Mencuba..!!!













No comments: