Yuhuuhuu.
Korang sihat ke? Aku tak berapa nak sihat. Sebab????
Yeahhh, Abang Fayadh nak dapat adik. T_T Selepas 3bulan aku gugur. Alhamdulillah. Rezeki. Bertambah lagi ahli keluarga Incik Padil hujung tahun ni. So cam besa ler simptom-simptom orang mengandung ni macam-macam. Aku pun tak terkecuali daripada pelbagai alahan. Sebab tu aku jarang dah update blog ni.
Tapi kali ni alhamdulillah alahan tak seteruk masa mengandung 1st baby dulu. Kali ni lebih kuat, boleh lagi makan walaupun selepas makan akan muntah dan still sama tak boleh bau orang memasak makanan ni. Cepat je loya. Jadi aku dan Incik Padil terpaksa ler tapau makanan dekat luar. Aku pun tak boleh nak ngadap komputer lama-lama atau dengar deringan fon. Mula ler cepat je kepala ni pening.
Aku memang happy sangat dengan second baby ni. Harap-harap gegurl lah pulak. Tapi kalau dapat boy pun aku tetap bersyukur asalkan baby sihat. Tahun ni ramai gak kawan-kawan aku yang pregnant. Ada jugak yang dah selamat bersalin. Turn aku Insya Allah bulan Disember hujung tahun ni.
Masih teringat2 lagi saat-saaat manis time aku mengandungkan si fayadh dulu. Almaklum ler 1st baby 1st mengandung mana da pengalaman kan. So bagi aku seksa ler nak hadapi morning sickness ni. Pagi-pagi je muntah, tak boleh nak makan, sampai lembik dibuatnya dan akhir sekali terpaksa check in di hospital 2x warded hokkey. Kira bertuah ler sapa yag mengandung tak da alahan tu. Boleh mengandung setiap tahun.
Wajah pucat ketika warded dulu. Alahan teruk.
Ni berat 47kg masa seminggu selepas kawin.
Ni berat 60kg masa 6bulan mengandung. Naik 13kg beb.
Ni ler hasil rupa aku bile dah moolat segala-galanya. Bahagia katanya. Akhirnya masa ditungu-tunggu dah tiba. Yeah Padil Jr. nak keluar dah. Pagi-pagi buta pukul 3pagi aku dah start sakit perut nak terbeyak. Tapi gi toilet tak nak plak beyak. Tido balik. Tapi sakit lagi perut. Sampai ler aku aku kira sakit setiap 10minit. Pkl 4.30 pagi aku dan Incik Padil bergegas dari Kajang ke Hospital Umra di Shah Alam. Masuk je jumpa doktor pun bagitau dah bukak 3cm. So boleh masuk ward dan tunggu progres seterusnya. Tunggu punya tunggu akhirnya fayadh keluar pkl 5.32 petang pada 03 Disember 2012. Selamat dah satu proses kelahiran. Lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad yang diberi nama Muhammad Fayadh Hilman bin Muhammad Fadzil dengan berat 3.6kg. Tersasar sedikit dari berat scan sebelum masuk labour room 3.1kg je. Alik2 keluar amik kau naik 500g. Jadik 3.6kg. Apa-apa pun aku bersyukur ke hadrat ilahi atas kurniaan baby yg comel dan sihat tanpa penyakit kuning.
Lepas tu turn nak menyihatkan balik badan-badan ni kena pulak berpantang dengan betul. Aku kira bertuah sebab mak mertua aku jaga aku dengan baik cam puteri beb. Makan dimasak dan dihidang kan. Air mandian di sediakan. Ada tukang urut. Ada tukang nak mengikat bengkung aku selama 30ari. Ada peneman untuk berjaga malam bersama. Senang cerita masa berpantang ni aku rehat sepuas-puasnya. Terima kasih mak mertua dan Incik Padil aku yang baik hati. Semua tu adalah pengalaman dan kenangan yang terindah buat aku.
Cite cmana aku bersalin dan berpantang dulu. Nanti aku crite dengan lebih detail hokeyy. Bye Bye Bye
No comments:
Post a Comment