Pesanan Penaja ^_^

8 May 2014

Apo Bondo Eh Ni?

Hai :-)

Assalammualaikum.

Aku nak tanya korang ler. Sapa suka main game-game yg femes dekat iPad, fon atau dekat FB korang tu? Kalau dulu dekat FB fames game Farmville. Sekarang ni femes pulak Candy Crush. Ramai kawan-kawan aku duk invited game tu. Penuh notification.

Kalau kat iPad atau fon pulak femes Talking Tom. Tapi serius ler aku memang tak reti nak main game-game cam ni.


Cuma yang terbaru lagi terhangat sekarang ni. Aku tengok ramai kawan -kawan aku duk tanya jawapan game Apo Bondo Eh Ni? kat FB. Aku pun hairan nape asik tanya jawapan kat FB. "Kalau tak tahu main tu. Tak payah ler main. Ni asik tanya jawapan kat orang je.(berkata dalam hati) hehe T_T. Nak dijadikan kisah. Esoknya aku gi ofis tengok kawan-kawan ofis aku ni pun heboh gak main game Apo Bondo Eh Ni? sambil terkekek-kekek gelak. Aku tengok sini Apo Bondo Eh Ni? Tengok sana Apo Bondo Eh Ni? Semua heboh dengan game ni. Ermm Mula ler cam-cam pertanyaan timbul dalam kepala hotak aku ni. Best sangat ke game ni? Cmana nak download game ni? (nak bayangkan bertapa daif nya aku bab-bab gajet ni. Erti kata lain bangang). So mulut aku ni pun ringan ler bertanya camana main game ni, download kat mana? Kena bayar ke game ni? Ngupo eh sonang yo installed kat fon yo. Free jo. Osah kampung kuno eh den ni. Ntah zaman mana aku tinggal pun aku tak tau. Semua perkembangan dunia gajet ni aku tak tau dan tak pernah nak amik tau. Alasan kononya tak minat.

Alik-alik dah install game ni. Aku pun main dan heboh pulak duk bertanya jawapan kat kawan-kawan FB. Amik ko mira. Kalau dah tak tau main tu. Tak payah ler main. Ni heboh tanya jawapan kek kengkawan. (cakap sengsorang) kihkihkih. So datang ler someone kawan aku ni duk bagi jawapan. Asal aku tanya je.Dia bagi jawapan. Cam dah terror je main game ni. So aku pun tanya dia dah main game ni stage ke berapa. Semua soalan dia ada jawapannya. Rupa-rupanya dia pun dapat jawapan bocor. HAHAHAHAHA. Patut ler ko terror main En. Redzuan oiiii.


Aku pun cilok jawapan dari redzuan dan mula berlagak dengan Incik Padil. Malam hari yang sama aku suh Incik Padil install game ni. Dia pun install dan mulakan bermain. Asal Incik Padil tak tahu jawapan je. Dia tanya aku. Aku pun bagi jawapan dengan rasa bangga cikit. Sebabnya aku kurang peka dan kurang amik tahu isu-isu semasa berbanding husband aku ni. Selalunya aku yang tanya cam-cam soalan kat dia. Dia yang bagi jawapan. Tapi ari ni dia tanya soalan aku boleh jawap. Kehkehkeh ;-p Incik Padil pun suka ler aku bagi jawapan yang betul sambil mulut dia tak henti-henti puji aku.

Ayang ni pandai ler jawap. Otak ayang ni cerdik ler. Ayang ni pandai ler teka game ni. bla bla bla. Wah, melambung-lambung pujian Incik Padil yea. Aku suka. Aku suka. Aku suka kena puji.

Tiba-tiba pujian Incik Padil terhenti.

Tapi mana ayang dapat jawapan ni semua ekk??? Incik Padil hairan tiba-tiba bini dia boleh jawap semua soalan tu. Cam terror je.

Aku pun jawap ler. Ayang dah main level lagi tinggi dari abang tanpa guna HINT cikit pun. (Cewahhh,berlagak ko yea mira).

Incik Padil pandang aku dengan muka cam tak puas ati dengan jawapan berlagak aku tu. T_T

Aku pun teruskan permainan ni sambil tengok jam dah pukul 12 tghmalam. Aku nak main sampai penghujung dah ni sambil dalam hati berkata "Terror nya aku main. Dah nak abis dah ni." Tiba-tiba pada permainan yang terakhir dengan jawapan yang terakhir. Aku ingat game ni TAMAT ler. Rupanya ada lagi sambungan dan lagi susah. Uwaaaa. Aku dah start nak pening duk cari jawapan, duk teka sana sini. (Amik ko Mira. Tadi ko berlagak sangat dengan husband ko kan.) So mana nak cari JAWAPAN bocor lagi ni. Terpaksa ler aku bertanya kek rakan FB aku ni.

Boring duk fikir jawapan. Aku pun stop playing the game. Then tido. Tiba-tiba fayadh bangun. "Ma,apar." OMG aku tengok jam dah pukul 12.30 tghmlm. Nak tak nak aku masakkan maggie. Sebab fayadh tak nak pulak makan biskut. Nak masak nasi goreng. Bahan tak ada pulak. Ermmmm... Fayadh,cepat makan ni. Kita boleh tido balik.



Good Nite semua.










No comments: