Assalammuallaikum semua. Sori lambat update entry. Baru buat satu entry aku dah letih, senyap pastu aku kepam kan entry ni hampir 2 minggu.
Sorii.. Sorii.. Sorii Ohkeyy
Maaf la yea mira sangat-sangat sibok. Tak sempat jari jemari aku ini nak menaip story. Ni aku nak tanya korang ler. Besa kalau hujung-hujung minggu korang bawak kemana anak-anak korang berjalan yea?
Aku akui lah lifestyle aku memang sentiasa sibuk. Aku sibuk bukan sebab aku Wakil Rakyat atau Menteri tapi aku sibuk dengan belajar, kerja ofis hour dan bisnes sebagai side income. So bile dapat keluar bersama suami dan anak sekali sekala membuatkan aku hargai setiap masa dan saat bersama.
Korang pernah dengar tak nama Kid'z Paradise??? Pernah tak mama papa, umi abi, ayah ibu bawak anak-anak ke sini? Tempat ni memang happening. Aku sebenarnya planing nak bawak fayadh ke Water Splash di Level 5 Mines Shopping City. Tapi disebabkan ada renovation so aku terpakasa bawak fayadh ke Kid'z Paradise di Level 4. So far tempat ni memang aku suggest ler kalau korang nak gi shoping tapi malas nak bawak anak. Korang boleh drop anak korang dekat palyground ni then korang go ler shoping. Tapi make sure ada ler penjaga yang menjaga anak-anak korang tu yea.
Ni signboard Kid'z Paradise yang sempat En Padil snap kan. Aku time ni heboh melayan si fayadh main Cassia Seed Pool.
Gambar pintu masuk Kid'z Paradise berdekatan dengan escalator. Kalau kanak-kanak lalu depan ni corfirm teruja nak masuk ke sini. Siap kan je duit yea.
Berdekatan dengan pintu masuk tu. Ni ler Cassia Seed Pool yang fayadh suka main. Cassia Seed ni mengantikan pasir. Daripada bia kan si anak main pasir yang kita tak tau kebersihannya. Disini insya allah tak ada najis binatang yea. hihihi Baju anak pun tak kotor
Tengok ler tu si fayadh yang bersungguh nak masukkan Cassia Seed tu dalam permainan ala-ala mesin pengisar padi.
Memang seronok ler aktiviti ni. Time ni aku rasa dekat sangat dengan anak.
Lupa sekejap soal bisnes dan belajar.
Tak perlu nak ke pantai nak main pasir. Di sini pun dah boleh main ala-ala pasir. Best sangat dan seronok.
Next permainan area Ball Pool ni fayadh memang teruja nak memanjat. Semua tempat dia nak terokai exspecially gelongsor tu. Berpuluh kali dia nak main. Bersilih ganti ler aku dan padil mengekor dia panjat tangga tu nak ke gelongsor. Pastu jap nak menjerit jap nak bergolek-golek kat bola tu. Amboiii suka benor ko yea fayadh. Pastu memanjat plak. Jap lagi di baling nya bole tu ke papa Padil. Fayadh oh fayadh.
Terujanya fayadh nak membaling bola tu ke mama dan papa nya.
Siap bergolek-golek kat atas bola tu. Sampai terlelap-lelap dah mata tu.
Si mama pun teruja gak nak main slide ni Haahahah Almaklum ler dah lama tak main gelongsor kan. Alang-alang menemankan si anak bermain apasalahnya sekali sekala jadi kebudak-budakkan. Si padil hanya mampu geleng kepala je. Kihkihkih.
Jom kita main pusing-pusing plak yea. Jangan sampai pening sudah ler sayang.
Untuk maklumat u'olls bayaran masuk adalah RM 38/child. Tapi korang kena bawak siap-siap stokin dari rumah. Kalau tak korang kena beli stokin yang ada dijual disitu RM4/sepasang. Memandangkan aku memang tak ready nak kesitu terpaksa ler beli stokin 3pasang untuk si fayadh, si padil dan aku. Total RM 50 no limit untuk bermain then mak-mak boleh gi shoping selama mana korang nak shoping. Biakan anak-anak bermain sepuasnya di Kidz Paradise.
Dah penat memanjat,membaling ball. Heboh plak si kecik ni nak main kuda. Tengok ler tu gaya Wikang dia tu. Sampai terjongket dah kuda tu dibuatnya. Jangan sok jadi mat rempit sudah ler sayang.
Bersungguh betul si fayadh ni menunggang kuda itu.
Part main kereta ni agak lucu sikit. Sebab orang drive kereta ke depan tapi fayadh drive kereta ke belakang plak. Bile ditegur tau plak si fayadh ni berangin. Aduhai anak mama.
Layan kan je ler karenahnya.
Selain itu, Kid'z Paradise juga ada menjual makanan dan minuman. Jika anda kehausan atau kelaparan duk mengejar anak sana sini tu tak perlu risau untuk beli makanan dari luar kerana disini dah disediakan segalanya.
Ia juga menawarkan tempat yang happening dan sesuai untuk u'olls berparty. Sesapa yang nak buat party besday bole buat di Kidz Paradise ni. Disini ada senarai pakej yang di tetap kan mengikut bajet korang. Tak mahal ler harga around RM 1++ hingga RM 8++. Badut, belon dan makanan memang dah inclued mengikut pakej. Jom kita intai serba sedikit info kid'z paradise ni :
Info Kid'z Paradise
Admission (Per Day)
- Weekdays RM25
- Weekend, School Holidays & Public Holidays RM38
- RM150 Voucher - 8 Admissions On Any Day
- RM250 Voucher-15 Admissions On Any Day
Kid'z Paradise VIP Member
- RM500/Per Child
- Unlimited access to Kid'z Paradise
- Free Birthday Party Voucher RM50x2
- Free 8 Admission Voucher
- Invitation to all events organized by Kid'z Paradise
- Valid for 1 year
Birthday Party Room
- RM50 /Hours
- RM150 Voucher - 4 x RM50 Voucher
Drop and Shop!
- Weekdays RM40/hour
- Weekend, School Holidays & Public Holidays RM60/hour
* 50% extra for children below 2 years old
So apa tunggu lagi? Jom rancang party your kidz.. Ingat anak. Ingat Kid'z Paradise.
p/s : Sayangi Keluarga Anda, Sayangi Diri Anda Juga..
2 comments:
cam best jer mira...
open / close kul bape
-miss froggy-
memang best miss froggy. kalau bawak anak ni. memang happening.
open nya pagi dalam pk10. close malam.tp xtau pukul brapa. masa mira pergi waktu petang,tp nak blik pk8 still bukak lagi
Post a Comment