Assalammuallaikum.
Terima kasih yea sebab sudi baca blog yg baru ni. Bia aku kenalkan diri aku ni dulu. Nama aku Mira. Lahir pada 18 Oct. Asal Negeri Sembilan. Sudah berkahwin dan dah punyai seorang anak lelaki. Bekerja sebagai kerani di sector Government sambil belajar ohkeyy. Hobby aku suka mengemas.
Camana ekk aku dapat nama Mira Bechock ni.???
Ohkeyyy bia aku citer cikit yea. Aku memang suka bercerita atau bercakap tak berngenti dari kecik. Ada je benda aku nak tanya, nak diborakkan. Kadang-kadang naik rimas orang nak melayan karenah aku. Sebab susah nak behenti berborak tu ler makcik-makcik atau kawan-kawan aku gelarkan aku Si Mira Bechok. Orang Nogori Sombilan kobar "mulut leter". Ada je citer yg nak di borakkan. Kadang-kadang tu sampai kawan suruh postpone citer sambung esok. ^_^
Ni ler gambar aku masa kecik yang suka bercakap dan mengomel je...
Lagi satu aku dari kecik memang suka tulis diari. Aku start tulis diari masa sekolah menengah form 1. Apa aktiviti aku hari tu mesti aku catatkan. Masa tu mana de blog atau komputer. Komputer masa tu orang kaya je mampu beli, tak cam sekarang. Sebab tu hati aku ni cam memangil-manggil je nak kongsi cerita kat blog ni. So aku harap korang tak boring ler yea baca entry aku selepas ni.
Oh lupa nak bagitau korang. Semua diari aku tu dah aku bakar sebelum aku kahwin masa tahun 2012. Atas alasan nak bina dunia baru. Nak lupakan segala kenangan yang tercatat dalam diari tu. (poyo je ayat)
Ha, okey lah ari pun dah larut malam. Sampai sini je ler intro serba sedikit tentang diri aku ni. Esok aku sambung lagi yea.
Bye Bye.. zzzzZZZZ
No comments:
Post a Comment