Pesanan Penaja ^_^

20 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 2 Shirakawa Go

Entry sebelum Kanazawa Station

Ohayōgozaimasu (おはようございます)

Program hari ni kita nak ke Shirakawa Go. Nak tengok sendiri keunikan satu kampung ni yang mempunyai senibina bumbung yang agak unik binaannya dan telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1995 lagi.

Untuk maklumat lanjut. Korang boleh baca di sini Shirakawa Go.

Shirakawa Go pada musim winter mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Susah nak cakap bertapa viewnya memang cantik macam dalam lukisan pada musim sejuk tapi di musim-musim lain pun ia tetap cantik dan ada uniknya yang tersendiri pada setiap musim.

Korang kalau datang nak bercuti ke Jepun ni. Make sure Shirakawa Go ni masuk dalam ittinerary korang juga yea. Memang berbaloi datang kesini bia pun ia agak jauh dari Tokyo, Osaka dan Kyoto.



Untuk pergi ke Shirakawa Go ada 3 tempat yamg korang boleh naik bas iaitu melalui Kanazawa, Shin-Takaoka dan Takayama. So korang boleh arrange penginapan nanti area2 yang Kak MB sebutkan tadi. Yang penting untuk korang datang ke sini harus booking bas terlebih dahulu sebab tempat ni memang menjadi tumpuan pelancong di setiap musim.

Hari ni bas Kak MB adalah pukul 9.10 pagi dan waktu balik semula ke Kanazawa pada pukul 3.20 petang. Sepatutnya bas pertama pada pukul 8.30 pagi tapi dah fully book. So akak dapat turn yang ke tiga selepas trip pukul 9.00 pagi.

Ni akak nak suggest dekat korang juga untuk menghabiskan masa mengexplore semua kawasan di Shirakawa Go ni secara santai mengambil masa 4jam ke 5jam berjalan kaki (round trip). Tu baru betul-betul menghayati keindahan alam.

Kak MB memang tak suka kalau bercuti nak kena rushing sana-sini sebab akak nak menghayati sangat saat-saat indah melihat tempat orang dan ciptaan Nya secara relax dan santai je. Baru tersemat dalam memory ni. :-)

Ok ler. Katanya hari ni ada snow flake so memang betul ramalan yang di ramalkan. Sementara menunggu turn beratur menunggu bas. Tiba-tiba tengok ramai pula orang duk pusing-pusing kan. Rupanya snow flake..

Wah, akak pun jakun gak ler sekejap bia pun snow flake tu just salji halus-halus je.


Orang Jepun dah tak heran dah snow ni.. Akak je pengakkk sikit. Hahahaha.

Jom naik bas. Kita explore Shirakawa pula. Ikimashou..!! 行きましょう..!!!



Masa dalam bas akak da nampak satu benda seperti gambar di atas ni. Kerap nampak benda alah tu tapi tak tau apa. Bila di tanyakan pada warga tempatan rupanya itu adalah kubur masyarakat mereka. Bila dah mati. Mayat akan di bakar dan abu di simpan di situ. So kubur diorang pun tersusun dan terancang juga.

Ermm, good info. :-)









Sepanjang perjalanan menuju ke Shirakawa Go yang mengambil masa 1jam 30 minit ni. Kami di sajikan dengan pemandangan gunung ganang yang cantik di tutupi salji tebal di selang seli pula keluar masuk tunnel. Ada 14 tunnel yang korang akan lalui sepanjang perjalanan ni.

Tapi tak apa pemandangan tempat mereka sangat cantik sambil melihat juga pemandangan sungai mereka yang juga sangat bersih. Tak kerohhh macam sungai Gombak. Hhuhuhu.


Tadaaaa.. Kita dah sampai..

Jauh perjalanan tak terasa bila kita leka menghayati setiap keindahan yang ada di depan mata.

Tup tup tup dah sampai dah di bustop Shirakawa go.. Yeahhh, i'm coming..!!!

Tengok pelancong yang datang pun ramai dari tanah besar jer. Akak tak jumpa orang kita seperti ramainya di Osaka, Kyoto dan Tokyo..

Ermmm korang meh datang sini. Cantik sangat view. Tak rugi tau datang sini. Recommended. Thumbs Up.

So sampai je di sini jam baru pukul 10.40 pagi. Ada 4jam untuk akak mengexplore di sini.

Check ittinerary sepatutnya akak nak ke Warda House dan Kanda House di mana 2 buah rumah ni adalah rumah warga tempatan di sini yang di buka khas pada pelancong untuk melihat sendiri kehidupan mereka di sini. Masuk akan dikenakan bayaran 300yen/ head. Sila tanggalkan kasut anda sebelum masuk ke rumah ni yea.


Tapi sampai-sampai akak still tak jumpa mana letak nya 2 buah rumah ni pada hal dah nampak dah direction yang di tunjuk. Tapi tak jumpa pun so Incik Padil decide kita gi Shiroyama viewpoint nya dulu.

Nak ke viewpoint ni pun agak mencabar kaki juga sebab perlu mendaki satu bukit yang agak curam. Better korang yang pergi pada musim sejuk berhati-hati ketika berjalan. Takut tergelincir dengan salji yang agak tebal dan mencair ni. Pendakian amik masa dalam 15minit.

Pada yang membawa anak yang duk dalam stroller ni. Dukung aje ler anak tu. Agak seksa nak mendaki sambil menolak stroller ke atas di tambah dengan salji yang tebal. Melambatkan pergerakan. Ini akak cakap sebab ada satu famili tu bawak anak dalam stroller. Gigih menolak stroller ke atas tapi kesudahnya dia tinggalkan je stroller tu dekat tepi di separuh pendakian dan dia naik ke atas bersama anak dan isterinya aje.



Dek kerana sibuk bergambar jadi pendakian kami amik masa 30minit baru sampai viewpoint. Hahahah

Terima kasih pada photographer yang akak import terus dari Malaysia. FOC. Iaitu Incik Padil. Hikhikhik. Gambar yang cantik-cantik tu semua hasil tangan dia yea. Kalau hasil tangan Kak MB corfirm hancur gambar sebab tak ada bakat jadi photographer. Kalau jadi model tergedikk boleh ler Kak MB kannn.. Kan...  ^_^




Mengintai bumbung rumah orang dari celah-celah ranting pokok..






Pemandangan dari viewpoint.. Pemandangan cantik sawah padi yang dah diselaputi salji. Ni adalah gambar Ogimachi Village (荻 町) yang merupakan kampung terbesar dan tarikan utama di Shirakawa-go. Ada beberapa rumah di situ yang dipelihara oleh farmhouses Gassho-zukuri yang telah berusia lebih daripada 250 tahun.

Tapi Kak MB tak pasti yang mana satu rumah Gassho-zukuri tu sebab terlepas pandang nak pergi.


Cer korang tengok senibina bumbung rumah mereka?

Bumbung diorang ni unik tau sebab strukturnya yang agak luar biasa dan direka untuk menahan musim sejuk dan panas. Hah camner tu??? Maksudnya kalau musim sejuk. Bumbung ni boleh menahan penghuni dari kesejukan tapi kalau musim panas ia bertukar menjadi aircond plak.. Hihiihi..

Bumbung gsho-zukuri dibina seperti tangan dalam doa yang menyerupai tangan sami Buddha ketika solat. tapi sebenarnya ia diperbuat daripada jerami padi dan tanpa menggunakan satu paku pun. Bumbung ni akan ditukar pada setiap 30tahun hingga 50tahun penggunaannya. Setiap kali nak tukar bumbung ni penduduk setempat akan sama-sama bergotong-royong membinanya.



Tu dia pemandangan lembah sungai Shokawa (Desa Shirakawa) yang sempat Incik Padil zoom.




Hah, penatnya mendaki. Baru akak diva da peluang nak bergambar.

Cantik tak pemandangannya????

Cantik kan..

30 minit baru sampai viewpoint ni. Nak amik gambar pun kena take time sebab ramai sangat orang yang nak snap picture masing-masinng. So tunggu ler untuk hasil yang hebatt..


Sambil menunggu turn nak bergambar. Jom basuh tekak dengan air dekat vending machine ni dulu. Merata ia ada. Tak kira hujan atau bersalji. Utuh je dia duduk dekat situ.



Phewittt.. Pengantin lama..


Wei, jom ler kita cari Wanda House plak.. Dah 1jam dekat luar ni. Sejuknya dengan suhu -2.. Muka akak dah pedih ni dengan tangan pun kebas dah..


Ni ler bumbungnya. Tebalkan??? Dari jerami padi..



Salji yang mencair akan menitis ke bawah. Tapi dek kerana suhu yang sejuk sangat. Jadi bila dia menitis dan tak sempat ke bawah dah beku. Jadi ler fenomena gitu.. Bila dah banyak-banyak. Unik plak nampaknya.


Hah, jumpa gak akhirnya rumah Wada-ke House ni. Rupanya dia terkeluar sikit dari jalan yang kami lalui tadi. Bila nampak crowd ramai situ. Baru tau tu rumah yang kami cari.



Jom ler masuk. Beku dah duk luar ni.


Sekali masuk dalam nampak cerek pemanas ni. Tak tau apa function cerek ni duk situ. Akak pun menadah tangan dulu sebab tangan Kak MB dah kebas oittt.. Hot pad yang ada pun tak mampu memanaskan tangan ni. Rasa pedih hujung-hujung jari tu.



Bila badan dah terkawal suhunya. Baru tau ni ler cara tuan rumah yang bernama Wada tu duk memasak air zaman dulu.





Ni antara barangan pinggan mangkuk Wada yang di gunakan dalam penyediaan makanan mereka dulu. Sekarang dah jadi barang pameran. Yang duk sini pun anak-anak dia je.

Kalau korang nak tau rumah ni ada 2 tingkat tau. Kalau dari luar nampak setingkat je. Tapi rupanya setiap rumah akan ada loteng di atas bumbung rumah mereka untuk simpan barang2 mereka dan tempat menternak ulat sutera.


Selipar jepun..



Ni mesin untuk membuat sutera dari ulat sutera tu sendiri.


Ni gambar contoh daun dan ulat sutera yang sedang di kering kan.


Gambar ni atas adalah ulat sutera yang dah dikeringkan. Tunggu masa untuk di buat benang pula. Iaitu benang sutera.


Tangga yang agak curam. Hati-hati yea kalau naik dan turun tangga tu. Sebab Kak MB pun hampir tergelincir dibuatnya.




Ni adalah contoh baju dan kasut si petani di sini yang di gunakan ketika bercucuk tanam pada musim sejuk.. Ermm tahan ke tu sejuk??? Akak yang pakai baju berlapis dengan stoking berlapis ni pun beku.

Tapi yea ke tu gambar untuk bercucuk tanam di musim sejuk????

Mana ada tanaman boleh hidup ketika sejuk.. Jarang kot tanaman hidup di musim sejuk tahap beku ni... HIkhikhik..

Tak pasti pula Kak MB. Kalau salah. Sila tolong betulkan akak yea...


Gambar ketika bersawah pada musim panas. Sama-sama bergotong royonng.

Ok ler. Kita tinggalkan Wada House. Kita mencari pula Kanda House. Dengar cerita nya Kanda House ni sama juga seperti rumah Wada tadi cuma yang istimewanya dia ada Free  minum tea.

Akak suka benda free-free ni. Walaupun tea je. Hihihihi.


Lorghhh.. Yang di cari adalah Kanda House.. Tak jumpa.

Tapi kedai ni yang Kak MB jumpa. Nampak dari jauh macam bau sedap je. Tak tau ler bau makanan apa sejuk2 ni. Rasa lapar pula.


Maybe bau dari fried mashed potato beef kot.. Beef apa??? Akak tak tau. Tapi Kak MB tak beli pun.

Just aiskrim green tea je akak nak cuba macamana rasanya kan. Wajib cuba.

Sedap giler.. Marvellous... Makan perlahan-lahan sebab sejuk. Tak payah risau cair.. Sebab sejuk ni weii. Orang giler makan aiskrim sejuk-sejuk gini. Lantak ler kan...



Harga 600yen untuk 2 aiskrim. Tak perlu convert duit malaysia.. Kang menangis kang..

Jom teruskan pencarian rumah Kanda.




Misi gagal lagi. Kanda House tak jumpa gak :-(

Perjalanan diteruskan sehingga terjumpa sungai Shokawa ni.

Subahanallah.. Birunya air. Jernih kot.. Nasib ler musim sejuk. Kalau musim panas ni. Dah lama akak ke sungai ni berendam ke mencuci ke.... Memang cantik. Tak ada satu sampah pun yang ada. Memang berdisplin sungguh rakyat mereka.

Nak je tanya air longkang rumah mereka ni dioarang salirkan ke mana? Besa tengok saliran longkang semua ke sungai. Tu yang bersepah sampah kot..




Salji di kawasan Shirakawa Go ni memang tebal. Untung ler sapa yang datang sini time salji turun. Corfirm lebat saljinya. Tengok ler kereta tu baru sehari tak bergerak dah setebal tu saljinya. So korang kalau berjalan di tepi-tepi rumah tu.

Please mind your head. Takut salji tebal jatuh ke bawah hempap kepala korang. Maun koma kang dibuatnya .


Tak pelah. Kanda House kami tak jumpa. Sungai yang jumpa so teruskan ke Deal Bridge.



Sungai yang bersih menjadi kekaguman Kak MB kepada mereka yang sangat menjaga kebersihan alam sekitar dan pemeliharaan alam semula jadi tanpa tergugat dengan kemodenan mereka.


Ni adalah pedestrian bridge atau deal bridge menuju ke Gassho-Zukuri Minkaen iaitu muzium Gassho-zukuri dan tempat parking bus persiaran.




Apa benda ni???

Lorghhh, fire monitor rupanya.. Iaitu pili bomba mereka. Ingatkan pondok burung merpati tadi.. Hahahhaha


Ohhh, macam ni function fire moniter tadi ketika kawasan mereka ada kebakaran. Kiranya setiap rumah akan ada pili bomba cenggini. So gambar di atas adalah fire training cara mereka. Tak ada kereta bomba bunyi ni no ni no tu der..

Lagi satu ada sesetengah rumah akan letak paip getah tepi umah mereka untuk mencurah air ke salji yang bertakung tu. Kiranya air salji yang cair akan masuk ke longkang. Jadi air longkang tu akan di kitar balik dekat pili menjadi air yang mengalir untuk cairkan salji...

Ermmmm, ilmu baru bagi akak..




Selain melihat viewnya yang cantik. Di sini banyak benda yang korang boleh dapat ilmu dan belajar tentang cara kehidupan mereka.

Ok kita tinggalkan sungai dan pili bomba.

Moh kita berjalan semula ke bus stop tadi.. So now dah pukul 1.00 petang. Time lunch. Perut dah lapar ni. Nasib ada bekalan yang akak bawa iaitu Pak Brahim's.

Sebelum tu singgah jap ke kedai ni nak beli air. Tapi sekali ternampak buah oren dan strawberry serta aiskrim ni.. Nampak macam sedap je aiskrim ni. Harga pun just 350yen je.. Tapi buah strawberry dengan oren tu mahal. Jadi Kak MB batalkan aje niat nak membeli buah tu.

Cukup ler gambar buah oren yang besar saiznya tu sebagai kenangan buat akak. Aiskrim tu pun nampak special sebab 100% strawberry isi nya di tabur lagi slice strawberry. Marverllous..

So sampai je di hentian bus tadi dah pukul 2 petang dah. Jom kita makan dan tunaikan apa yang patut sambil menunggu bus pukul 3.20 petang ni.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang kalau nak balik ke Kanazawa boleh tunggu bus di pintu ke-2 yea. Toilet di hentian bus ni pun bersih. Ada bidet lagi.. Alhamdulillah. Bus ke Kanazawa dah sampai. So kami duduk mengikut seat yang kami dah book.

Sampai dalam bas baru terasa kaki penat dah. Bila check fit kami dah berjalan lebih 11,000 langkah dah untuk hari ni.Tapi kaki tak sakit lagi. Maybe cuaca sejuk. Urat pun beku. Tunggu ler sampai hotel kang. Corfirm berminyak angin kang ni..

Jom kita balik.. Bye-bye Shirakawa Go..

Next time akak datang lagi yea. Insya Allah di musim lain pula.. Nak repeat Kanda House pula..




Gambar terakhir kami pada hari ni sebelum mata berlabuh dalam bas ni.

Ni adalah damn diorang. Cantik kan??? Air yang turun tu pun beku. Sempat ler snap dari dalam bas je. Nasib baik sharp gambarnya..

Ok bye.. Wasalam...

Next entry Day 3 : Kyoto & Nara Park

2 comments:

Anonymous said...

Nak tanya dalam bas duduk belah kanan atau kiri untuk dapat pemandangan yang cantik macam dalam gambar ni?

mira zara said...

saya naik bas ni dari Kanazawa. So masa pergi dan balik saya amik seat belah kiri.. tapi pemandangan kiri kanan memang cantik. xrugi pun