Pesanan Penaja ^_^

23 Feb 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 3 Kiyomizudera Temple & Gion Street (Geisha)

Entry sebelum ni Kyoto Station & Nara Park

Hai.

Selamat malam.

Penatnya kaki berjalan masih terasa hingga kini.

Dari Kanazawa kita ke Nara dan teruskan perjalanan ke hostel dan keluar semula ke Kiyomizudera dan Gion Street by walk...

Woww... Fantastikkk.. Today akak dah berjalan 20,000 langkah..

Kalau tadi ke Nara. Kini akak nak sambung perjalanan ke Kiyomizudera Temple pula untuk snap sunset di sini.

Dapat ke tak view sunset hari ni?

Tunggguuuu.. Scrolll ler gambar ke bawah yea.

Dari Bakpak ke Kiyomizudera sebenarnya boleh naik bas tapi Incik Padil just decide jalan kaki lebih cepat. Memandangkan waktu tu dah pukul 4.00 petang kan. Sunset pukul 5.00 petang dan magribh pukul 5.30 petang. Ada 1jam je lagi untuk snap sunset.

Kalau naik bas kita tak tau waktu perjalanan bas biler.. Takut lambat nanti. Jadi berjalan aje ler lebih kurang 25minit dari Bakpak menghala ke Gion Street then baru sampai di Kiyomizudera ni.

Gion Street

Huh, ingatkan berjalan ni just santai-santai je. Sekali route walk ni perlu mendaki beb...

Kiyomizudera ni sebenarnya terletak di atas bukit. So sepanjang jalan akak perlu mendaki bukit yang agak curam.. Curam lagi bukit ni dari bukit dekat Shirakawa semalam.

Fuh, penat wei. Banyak kali juga akak berhenti rehat sambil beli air Livita dekat vending machine. Tengok minah-minah salih ni. Relax je bawak backpack besar sambil mendaki. Akak kau ni pancit di buatnya..

Nyesal plak ikut idea Incik Padil ni tadi... Huhuhu


Tengah-tengah mendaki dalam crowd yang ramai. Tertiba ujan gerimis plak. Alamakkk, ujan plak..

Kak MB agak sensitif sikit dengan hujan ni. Mudah sakit kepala. So berhenti sekejap dekat deretan kedai di Higashiyama District untuk beli payung. Info lanjut klik sini Di sini ada pelbagai deretan kedai yang menjual cenderahati, makanan, restaurant dan kimono untuk para pelancong. Cuma harga dia mahal atau tak tu Kak MB tak pasti. Sebab hari dah agak lewat. Kak MB kena kejar masa sebelum kiyomizudera tutup pada pukul 6.00 petang. Jadi tak sempat nak singgah membeli belah.


Tu ler Higashiyama District.

Walaupun dah petang dan hampir senja. Tapi masih ramai lagi pelancong yang datang. Tak kira hari ujan. So nak amik gambar pun agak susah sebenarnya. Banyak sangat model tak di undang masuk dalam frame. :-0

Jadi jangan berlengah lagi sebab kita dah kesuntukan masa. For your info untuk masuk ke Kiyomizudera ni akan di kenakan bayaran sebanyak 400 yen/ head.




Apa keistimewaan Kiyomizudera ni?

Sebenarnya Kiyomizudera adalah satu temple lama yang tersenarai dalam tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1994 . Dia terkenal denga senibina kayunya yang menonjol keluar dari dewan utama yang menempatkan kuil ibadat dan pelbagai senjata Kannon. Selain tu, kedudukannya pada 13 meter di atas lereng bukit mampu memberikan pemandangan indah dengan pelbagai pokok-pokok ceri blossom dan maple pada musim bunga dan musim luruh. Hah, mesti cantikkan view pada musim bunga dan autumn kan..? Dan yang istimewanya juga ia dibina tanpa menggunakan paku. Ala, macam Istana Seri Menanti ler ni kan...

So korang kalau datang ke Kyoto ni wajib masukkan Kiyomizudera ni sebagai check point yang wajib korang singgah. Kalau tak singgah. Maknanya percutian korang tak lengkap ler..




View dari bawah bukit.

Untuk info yang lebih lanjut mengenai Kiyomizudera. Korang boleh baca di sini yea Kiyomizudera.

Maaf.. semua pokok tinggal ranting je.. Almaklum ler, musim sejuk kan...







Cuaca agak mendung petang ni sebab tengah hujan gerimis kan.. So harap-harap ada luck ler Kak MB nak tengok sunset dari Kiyomizudera ni..

Tak pelah kita layan dulu moment-moments indah ni yea.




Jom kita terus kan berjalan dan kali ni kita menuruni bukit pula.



Hah, yang ni ler kot Kak Jehan cerita kan hari tu iaitu air terjun Otowa yang terletak di atas dewan utama Kiyomizudera dan air nya dibahagikan kepada tiga aliran berasingan untuk pelawat datang minum menggunakan bekas yang disediakan. Setiap aliran air ini dikatakan mempunyai manfaat yang berbeza iaitu mendapat umur yang panjang, kejayaan dalam kehidupan dan cinta yang sejati. Sekiranya pelawat yang minum ketiga-tiga aliran air ini akan dianggap tamak.

Ok. Jom kita daki semula bukit ke atas untuk tengok sunset pula. Walaupun cuaca semakin gelap.







Yeahhh, nasib dapat apa akak nak... Thanks Incik Padil..

Lama kot nak stay di Kiyomizudera ni menunggu sunset dalam cuaca mendung ni. Nasib ada luck untuk akak... :-)

Boleh ler ni kan.....

Mision complete...

Jom berjalan semula ke Higashiyama District dan terus ke Gion Corner sejauh 1.4km. Dari Kiyomizudera ni pun korang boleh pergi ke Kodaiji Temple dan Yasaka Shrine.

Gion Corner atau Gion Street ni adalah tempat yang terkenal di Kyoto dengan geisha (geiko) dan maiko (perintis geiko) sebagai penghibur di kedai-kedai, restoran dan Ochaya. Kalau nak jumpa mereka ni amat ler susah. Sebab diorang ni berjalan sangat laju tau. Tau2 hilang dah dari pandangan.. Tak sempat nak jadi paparazzi.. Tengok nasib ler... Tapi selalunya diorang ni akan pergi berkerja pada waktu 5.00 petang. So kalau nak usha diorang ni pada waktu cenggitu ler.



Sumber : Google

Ni ler geisha.. Gambar dia atas akak amik dari google.

Geisha ni biasanya berumur 20 tahun ke atas. Manakala Maiko pula berusia 14tahun ke atas dan 19tahun ke bawah. Maiko ni akan di ajar tugas seperti geisha sebagai perintis geisha bila dewasa nanti... Tapi sebenarnya geisha ni bukan pelacur seperti yang di kata kan. Mereka ni adalah pelayan kepada pelangan yang datang untuk minum di restoran atau kedai-kedai dengan bermain alat-alat muzik, tarian serta menghidangkan teh.

Cantikkan mereka ni?

Sayangnya akak tak dapat tengok geisha atau maiko ni. Almaklum ler sampai di Gion pun dah pukul 6.30 petang. Hari dah malam. Mereka pun dah masuk bekerja.

Info lanjut tentang Geisha di Gion Street.

So dapat amik gambar jalan je ler. Tu pun punya ramai orang.. Cuaca pun sejuk. Tangan gigil dah nak snap picture. Banyak gambar tak menjadi...





Ni ler lorong Geisha dan Maiko iaitu Gion Street seperti Lorong Chow Kit.. Tapi tidak seperti Lorong HT. Jalan dan lorongnya bersih walaupun sempit. Tak ada tikus melintas serta sampah bersepah sana sini.




Di lorong-lorong ni ler banyak restoran dan kedai-kedai minum yang menjadi tempat geisha dan maiko bekerja.

Gambar-gambar di bawah ni Incik Padil amik pada selepas subuh pada keesokkan hari nya. Sebab banyak gambar tak menjadi masa malam di Gion Street tu. Kamera beku dah.



Gambar yang ni di ambil pada time pukul 6.00 pagi keesokkannya yea. Masing-masing tengah tido lagi.





Tak pela.. Walaupun sedikit hampa tak dapat jumpa geisha.. So next time akak kena repeat balik ke Gion ni jika ada peluang lagi datang ke Kyoto.

Perut pun dah berbunyi time ni. Lapar kott asik berjalan dari petang hingga ke malam. Dengan mendaki dan menurun bukit di tambah cuaca yang sejuk.

Jom ler kita cari Restoran Halal Ramen Naritaya yang memang dekat dengan area Gion ni. Halal Ramen Naritaya ni adalah restoran halal yang di iktiraf oleh Halal Japan, Halal Gourmet Japan dan Halal Gavi.

So untuk ke Naritaya ni Incik Padil google map sahaja. Follow je direction yang google bagi ni melalui lorong-lorong belakang kedai.

Kira 15minit jugak ler nak mencari kedai ni. Tapi alhamdulillah sampai jugakkk..


Naritaya Halal Yakiniku.

Ermmm bila pandang ajer signboard. Kak MB rasa pelik plak..

Hari tu akak search katanya Halal Ramen Naritaya Noodles.. Siap google street lagi. Ni Naritaya Yakiniku plak.. Ermm macam salah jer.. Dah tuka menu kottt..

So akak pun masuk ler ke kedai ni. Tenggokkk memang ramai rakyat Malaysia dalam ni tengah menikmati hidangan.


Wow, baunya sungguh sedap dari daging yang mereka bakar.


Bila tengok dekorasi kedai ni. Akak dapat rasakan mesti harga makanan di sini agak mahal. Sebab kalau di Ramen Noodles tu tak mahal sangat harga setiap menunya. Tapi apa kan daya. Kami dah tersalah masuk kedai. Dah duduk pun. Perut pun lapa.


So check harga menu. Ermmm.. Hanya berbalas pandang dengan Incik Padil. Bukan kedekut tapi nak kena saving juga sebab masih jauh lagi perjalanan kembara ni.

Memandangkan perut pun lapar sangat dah sampai tangan pun mengigil-gigil. Jadi oder sahaja mana yang nak makan. Makan ajer bak kata Incik Padil.


So akak oder Rice Beef Bowl 2 mangkuk 1 untuk akak dan 1untuk Incik Padil.. tapi portion makanan ni agak besar. Kalau ada anak kecik boleh sharing makan. Akak makan pun memang kenyang giler..

Puas hati.. Sedap..


Salad tuna 1 mangkuk dan air minirel 2 botol

Tu pun akak teringin nak makan daging wagyu.


Incik Padil oderkan juga demi kasih pada isteri kan.. Nampak macam banyak tapi dah bakar.. Kecik ajer portion nya. Jadi ler.. Nak makan wagyu di Menate's asik pending ajer. So di sini baru merasa nikmatnya makan daging wagyu.

Alhamdulillah. Kenyang dah kami berdua. Memang sedap sangat makanan di sini. Nanti akak ceritakan yea Naritaya ni di entry yang lain.

Bila dah lepas makan dekat Naritaya Yakiniku ni. Baru tau dan perasan.



Lorghhh.. Restoran Halal Ramen Noodles tu sebelah ni je kedainya... Sebelah Naritaya Yakiniku ajer..

Ermmm.. Dah selamat pun perut ni makan wagyu dah. Kenyang.

So sesapa mencari makan halal area Gion. Ada 2 kedai ekk.. Satu Halal Ramen Noodles.. Satu Naritaya Yakiniku.. Ada menu nasi di sini.. Kedai sebelah-sebelah je..

Jom kita balik semula ke Bakpak Hostel... Kaki dah penat ni..



Jam baru pukul 8 malam. Tapi sunyi nya seperti dah pukul 12 tengah malam. Tak ada kereta langsung. Sunyi sepi.

Entry akan datang Day 4 Fushimi- Inari Shrine

No comments: