Pesanan Penaja ^_^

13 Mar 2017

Kembara Musim Salju 2017 : Day 5 Welcome Tokyo by Shikanzen

Entry sebelum ni Day 4 Glico Man, Dontonbori, Osaka.

Hai semua.

Kon'niciwa.

Hari ni Kak MB kena bangun awal lagi untuk check-out dari Bakpak dan berjalan dulu di area Gion Street dulu sebelum menuju ke Kyoto Station untuk mengejar train Shikanzen pula.


Misi kembara hari ini akan di teruskan dengan touch point yang terakhir iaitu di Tokyo pula.. Ibu negara Jepun yang pesat membangun. Yeahhh,  misi semakin menuju ke penamatnya..

Namun rutin harian Kak MB masih seperti hari-hari yang lepas, Kak MB mesti wajib bersarapan dahulu dengan Pak Brahim's ni sebagai pembekal tenaga sebelum nak meneruskan perjalanan. Selepas sarapan baru ler akak keluar dari penginapan seawal pukul 6 pagi untuk berjalan dahulu ke area Gion Street untuk amik gambar lagi. Almaklum ler kelmarin di Gion Street banyak gambar tak menjadi. Gara-gara cuaca dah malam dengan suhu yang sejuk sangat. Jadi banyak gambar blurr..



Ni dia lorongan Gion. Sunyi lagi.


Untuk korang yang datang ke Gion ni dengan niat nak usha-usha Geisha atau Maiko. Harap-harap mematuhi ler peraturan dan hormati budaya dan adat mereka di sini seperti signboard yang di pamerkan ni.


Suasana time ni masih tak da kereta yang lalu di sini dan tenang je di jalan-jalan dan lorong-lorong kecil di waktu pagi. Walaupun dah tau, tak kan nampak Geisha ketika ni.

Tak pelah. Dah tak ada rezeki untuk melihat Geisha kan. Dapat snap gambar jalan pun jadi ler yea. Sambil mengamati keunikan senibina yang ada pada dinding di setiap kedai-kedai di sini serta melihat kawasannya yang bersih.





Jadi untuk pagi ni memang Kak MB sengaja santai-santai untuk amik udara di Gion Shijo ni dulu sebelum meninggalkannya.

Rasa sayu juga hati akak nak meninggalkan bumi Kyoto ni. Tapi apa kan daya Kak MB harus juga meneruskan perjalanan ni dan pastinya ini bukan kali terakhir akak di sini.

Insya Allah. Di tahun yang lain Kyoto pasti menjadi destinasi Kak MB jugak. Sebab masih banyak tempat lagi yang akak tak sempat nak jelajahi.



Dah puas kami berjalan di lorongan Gion. Kami berjalan pula ke Sungai Kamo-gawa yang terletak di hadapan Bakpak Hostel. Ternyata pemandangan di sini pada waktu pagi pun tidak menghampakan kami.



Viewnya sangat cantik. Di tambah dengan panorama warga tempatan yang berjogging dan berbasikal di sungai ini. Membuat hati Kak MB pun. Rasa lagi berat nak tinggalkannya.




Ternyata sungainya yang bersih memang membuatkan Kak MB tabik spring pada warganya yang sangat mementingkan kebersihan persekitaran sehinggakan tiada satu sampah pun kelihatan di situ.

Kenapa ler sungai Gombak tak seperti ini??


Okayyy ler.

Dah puas berjalan dan menikmati udara pagi di sini.  Akhir sekali Kak MB amik baggage dan check out dengan meninggalkan kunci bilik di box yang ada di receptionist ni. Berat rasanya nak pergi. :-(

Tapi apa kan daya???

Bye bye Bakpak..  Bye bye Gion...  Sob sob sob.. :-(


Kaki melangkah terus ke Gion-Shijo Station dan menaiki train menuju ke Kyoto Station pula. Keadaan dalam train pagi ni masih belum ramai lagi yang naik train. Jam pun masih pukul 7 pagi kot..

Sambil-sambil tu sempat gak ler mata Kak MB ni melihat gelagat rakyat Jepun ni yang kyusuk benar membaca. Kalau tak membaca pun. Mesti tangan tu melihat handfon jer. Mulut diam. Tak seperti Kak MB yang asik membebel je dengan Incik Padil.


Ni ler salah satu sikap dan budaya rakyat Jepun yang turut Kak MB kagum jugak iaitu menerapkan budaya membaca dalam kehidupan. Tak kira di mana mereka berada.

Sampaikan satu ketika tu pernah akak tengok train penuh dengan penumpang lain pun mereka tak hirau pun dengan penumpang yang ramai tu. Diorang buat dekkk jer. Masih teruskan dengan bacaan mereka walaupun berdiri.

Ermmmm... (mengeluh)

Leka kami melihat gelagat mereka ni. Tak sedar 30 minit dah kami dalam train ni duk memerhatikan gelagat orang dan akhirnya sampai juga di Kyoto Station.


Dengan tak berlengah lagi terus ajer kami ke kaunter JR di belah kanan untuk beli tiket Shikanzen Nozomi iaitu shikanzen paling laju di Jepun ni dengan kelajuan 300km/j (185mph).

Shikanzen Nozomi ni akan mengambil masa perjalanan 2jam 2 minit sahaja menuju ke Shinagawa Station dengan 3kali berhenti di Nagoya, Shin-Yokohama dan seterusnya di Shinagawa. Dari Shinagawa kami akan tukar train menuju ke penginapan Kak MB seterusnya di Asakusa pula. Perjalanan ni adalah sejauh 460 km ibarat dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Jadi untuk korang menikmati pemandangan Mount Fuji dari dalam Shikanzen ni. Korang boleh booking seat di belah kiri yea. Kalau korang dari Tokyo ke Osaka/Kyoto. Boleh booking seat belah kanan pula.. Harga tiket hanya 13,910 yen sehala.  Lebih kurang harga RM 559..

Untuk pengetahuan korang Shikanzen Nozomi ni tak cover dengan JR Pass yea.  Sebab ia ni special cases cikit. Tapi Shikanzen Hikari boleh cover dengan JR Pass.  Cuma bezanga Hikari ni lebih banyak berhenti sedikit dari Nozomi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Shikanzen (Japan Rail Pass) sila klik.

So Kak MB decide amik waktu Shikanzen Nozomi pada pukul 9 pagi tapi sayangnya tiket waktu ni untuk seat belah kiri dah SOLD OUT. Jadi akak dapat tiket pada pukul 10.02 pagi.

Tak pelah. Bia lambat sikit ke Tokyo asalkan Kak Mb dapat merasa pengalaman naik shikanzen dengan melihat view Mount Fuji.

So sebelum kita meninggalkan Kyoto ni. Jom kita tengok apa yang menarik di Kyoto Station ni.

Sebab dah berkali-kali akak duk ulang alik di station ni buat pertukaran train namun tak pernah sekali pun Kak MB explore di station ni. Dah nak balik baru ler ada kesempatan merayau di sini. :-)


Sekali rupanya besar jugak Kyoto Station nya ni. Ia tidak sekadar 4 tingkat. Rupanya atas tingkat 4 ni adalagi bangunan yang bertingkat-tingkat.

Nah. Amik korang. Ada berani naik tangga setinggi tangga batu cave ni?

Rupanya ada escalator juga tersedia. Dan dah tentu tangga bergerak tu menjadi pilihan Kak MB naik ke atas tu. Tapi rakyat Jepun selamba jer diorang naik tangga ni. Patut ler mereka ni kurus dan sihat-sihat belaka yea. Mereka memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rajin bersenam. Dan cara pemakanan mereka pun berbeza dengan kita. Lebih kepada memakan sup dan sayur berjeruk.


Peace yoo..


Ini ler wajah station ni suku dari saiz yang sebenar. Kak MB kira ada 20 landasan yang Kak MB nampak. Disebalik bangunan tu adalagi landasan keretapi bagi Shikanzen dan yang lain-lain lagi.

Wow.... Hebat kan Kyoto. 3kali ganda ia besat dari KL Sentral. Kalau tak betul-betul baca signboard. Boleh sesat dibuatnya ni.


Ini pemandangan di sekitar bandar Kyoto. Sangat padat dan bangunannya sangat berhampiran antara satu sama yang lain. Kalau bukak tingkap rumah boleh capai tingkap rumah jiran sebelah. Bayangkan???


Hah, ni ler Kyoto Tower yang terletak betul-betul berhadapan dengan Kyoto Station ni.

Tak dapat pergi tower ni. Dapat amik gambar pun jadi ler yea.

So puas sudah berada di sini.

Kami terus ke platform Shikanzen yang kami nak naiki. Waktu tu ada lagi masa sejam untuk menunggu ketibaan Nozomi kami.

Sambil-sambil menunggu. Boleh ler Incik Padil snap gambar si Nozomi ni dulu.


Kiranya kalau korang dari Tokyo nak ke Hiroshima dan patah balik ke Tokyo pun boleh dalam masa sehari. Yang penting ada JR Pass.. Jimat.

Ternyata train ni memang laju siottt... Sempat jugak Incik Padil amik video shikanzen ni. Cuma akak tak sempat nak menguploadkan lagi video ni di Mira Bechok.

Nanti-nanti Kak MB upload yea.



Dan tepat pukul 10 pagi. Announcement pun di beri untuk memaklumkan train kami akan tiba kurang 3 minit lagi.

Seperti biasa ketepatan masa adalah kepentingan yang harus di patuhi oleh rakyat Jepun. Tepat pukul 10.02 pagi Shikanzen Nozomi Kak MB pun sampai.



Yeahhhhh, jom kita naik. Tak saba nak tengok fuji plak ni... :-)


Bye bye Kyoto.. Welcome Tokyo.. Peace Yooo.. :-)

Shikanzen Nozomi meluncur laju meninggalkan Kyoto. Kini Kak MB teruja pula untuk melihat Mount. Fuji. Harap-harap masa di Fujiyama pada 5hb Feb ni muncul ler si fuji tu yea. Gunung yang pernah Kak MB mimpikan dulu.


Kini kami sampai semula ke kawasan yang bersalji iaitu di daerah Shiga. Tapi waktu ni salji dah banyak mencair dah.



Eh eh sungai pula ler...

Bukan.

Laut ler.


Ermmm, betul kottt... Laut ler ni... Cantiknya pemandangan. Subahanallah.

Tempat diorang ni tak boleh nak jangka tau. Sawah pun boleh ada di sebelah laut.

Kejap tadi gunung.. Lepas tu dah tempat bersalji pula. Dan kini dah laut dah. Jap kang jumpa mount fuji. So muka bumi di Jepun ni lain dari di tempat kita. Banyak pemandangan korang boleh lihat dalam satu masa.


Cuma Kak MB tak pasti. Ni laut apa? Daerah mana pun tak tau..


Yang tau diorang menggunakan tenaga solar untuk sumber elektrik di sini. Kira ni sebagai langkah penjimatan juga. :-)

Jadi satu per satu kawasan perumahan kami lewati. Sehingga sampai ke dalam terowong. Keluar terowong dan masuk terowong lain lagi. Jumpa lagi kawasan sawah serta sungai. Namun sedikit pun kami tak rasa goyang bila berada dalam Shikanzen ni. Bunyinya pun senyap je. Siap ada pramugari lagi duk jalan tolak troli offer makanan kepada penumpang yang ada.

Kak MB tak beli makanan pun. Leka melihat kawasan bumi nya. Betul-betul menghayati pemandangan ni. Huhuhuhu.


1jam 30 minit perjalanan. Baru kami nampak sayup-sayup nun di kejauhan fujiyama memunculkan diri dah...

Yeahhhhhhh...!!!!! Langit clear hari ni. Syukur sesangat. Dapat tengok mount fuji.

Orang cakap di musim sejuk lebih jelas untuk melihat mount fuji ni sebab langit sentiasa cerah. Kalau musim lain banyak hujan. Jadi langit selalu berawan.



Mount Fuji semakin kami hampiri.



Subahanallah.. Besarnya Fujiyama ni. Begitu kedil rumah-rumah yang ada di kaki gunungnya. Cantik sangat pemandangan di sini.

Macam dalam lukisan kan..

Alhamdulillah juga shikanzen ni bergerak dengan tidak bergoyang sedikit pun.. Incik Padil pun dapat ler snap gambar fujiyama dengan angle yang cantik. :-*

Jom kita layan gambar fujiyama ni yea.










Puas dah ke layan gambar Mount Fuji yang menjadi kebanggaan Jepun ni.

So kalau dah sampai keTokyo, Jepun. Jangan lupa masukkan ittinerary ke Kawaguchiko di Fuji. Untuk korang melihat Fujiyama dengan lebih dekat lagi.

Kalau rasa-rasa nak hiking Fuji. Boleh datang pada musim panas ekkk di sekitar bulan Jun hingga Ogos. Boleh mendaki gunung fuji pula. Musim lain ia di tutup pada orang ramai.

Ok ler. Puas dah berfujiyama dalam Shikanzen ni. Jangan lupa trip kami di Kawaguchiko akan datang.

Jadi perjalanan ni hanya sampai di Shinagawa dan kami tukar train menuju ke Asakusa pula.

Bye bye Fujiyama..!!!

Next entry Tokyo Cruise Asakusa

No comments: